Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

Falsafah pendidikan negara merupakan falsafah yang menjadi panduan kepada


sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini menjadi rujukan dalam merangka
pendidikan yang mampu melahirkan individu yang cemerlang melalui pendidikan.
Falsafah Pendidikan Malaysia ialah, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut falsafah ini, pendidikan merupakan salah satu cabang untuk


mewujudkan warganegara yang mengamalkan nilai-nilai kewarganegaraan dari
segala aspek. Pendidikan akan mampu menyemai semangat patriotik dalam diri
murid melalui sukatan mata pelajaran serta sukatan kurikulum yang disediakan untuk
murid di sekolah. Falsafah pendidikan ini berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis agar dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Dalam mencapai hasrat ini,
kurikulum pendidikan telah dikaji dan ditambah baik dari masa ke semasa. Negara
Malaysia telah menggunakan pelbagai kurikulum termasuklah yang digunakan pada
masa kini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Setiap sekolah di
Malaysia haruslah menggunakan kurikulum yang sama.

KSSR yang dibentuk adalah bertujuan untuk mencapai hasrat FPK dengan
menambahkan lagi elemen kewarganegaraan dalam pendidikan. Nilai-nilai
kewarganegaraan yang diterap melalui pendidikan dapat melahirkan murid yang
berpatriotik tinggi dan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera.
Antara usaha yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang pelaksanaan KSSR dalam
mencapai hasrat FPK adalah dengan penukaran subjek kajian tempatan dan subjek

1
Sivik dan Kewarganegaraan kepada subjek baru iaitu subjek Sejarah. Subjek ini
merupakan subjek yang paling sesuai dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Subjek ini dapat menyemai semangat patriotik dalam diri murid agar murid dapat
berkembang manjadi insan yang berguna untuk negara.

Selain daripada pengenalan subjek Sejarah ini, guru juga haruslah


memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid agar menjadi insan yang
seimbang. Guru merupakan ejen yang memastikan sama ada FPK dapat dicapai
melalui pendidikan ataupun tidak. Guru harus memahami isi kandungan mata
pelajaran bagi memastikan murid dapat belajar dengan baik. Guru haruslah
memastikan PdP yang dijalankan di dalam dan luar bilik darjah dapat memberi kesan
kepada murid untuk menjadi warganegara yang berwawasan dalam menjamin masa
depan yang lebih cerah. Falsafah ini diwujudkan agar dapat dijadikan panduan dan
rujukan guru untuk membimbing anak murid. Oleh itu, guru haruslah melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh berwibawa dalam membentuk generasi yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) yang dapat
membina negara yang harmoni.

FPK ini juga merupakan falsafah yang telah direka dengan menilai beberapa
aspek penting dalam membentuk masyarakat masa hadapan yang mampu
membangunkan negara. Falsafah ini direka dengan berpandukan kepada rukun
negara untuk memastikan pendidikan dapat membentuk murid menjadi warganegara
yang berpatiotik tinggi. Berpandukan kepada rukun negara, FPK memberi panduan
supaya guru mendidik murid untuk percaya kepada tuhan, menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran negara, bertanggungjawab dan berketrampilan, serta
berakhlak mulia. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru haruslah mampu menjadi
penyuntik semangat patriotik kepada setiap murid sebagaimana yang dinyatakan
oleh FPK. Pendidikan akan mampu menjadi kunci dalam melahirkan masyarakat
yang mengamalkan sifat kewarganegaraan yang baik sama ada melalui sukatan
kurikulum yang disediakan di dalam kelas mahupun melalui aktiviti yang dijalankan di
luar bilik darjah.

2
2.0 PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI SUKATAN MATA
PELAJARAN

KSSR yang diwujudkan adalah merupakan salah satu cara untuk memastikan
pendidikan terarah kepada matlamat yang telah dibentuk bersama FPK. KSSR telah
menyediakan sukatan mata pelajaran yang baru untuk memastikan murid dapat terus
berkembang menjadi insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada
keharmonian negara pada masa akan datang. Sukatan mata pelajaran yang
disediakan mampu membentuk murid menjadi warganegara yang sanggup
berkorban untuk negara dalam memastikan keamanan negara. Sukatan kurikulum
yang baru ini lebih mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh dengan
merangsang kognitif dan pemikiran murid menggunakan soalan-soalan rangsangan
aras tinggi yang disediakan oleh guru. Murid yang mampu bertindak balas kepada
soalan aras tinggi ini akan mudah memahami sukatan mata pelajaran yang
disediakan dengan lebih mendalam secara tersurat dan tersirat.

Antara mata pelajaran yang dapat dikaitkan dengan mudah dalam membentuk
murid menjadi warganegara yang berkualiti adalah mata pelajaran Sejarah. Mata
pelajaran sejarah ini telah diajar kepada murid bermula pada tahap dua. Subjek ini
diperkenalkan lebih awal kepada murid pada peringkat sekolah rendah kerana untuk
memastikan murid dapat memahami kepentingan Sejarah serta mampu untuk
menguasai kemahiran Sejarah dan nilai-nilai sivik kewarganegaraan yang diperolehi
sepanjang pembelajaran Sejarah dapat disemai dalam diri murid dan diamalkan lebih
awal sejak di sekolah rendah sehingga menjadi satu tabiat dan kebiasaan dalam
kehidupan harian kelak. Kurikulum Sejarah menyatupadukan pengetahuan,
kemahiran elemen kewarganegaraan dan nilai sivik sepanjang proses PdP
berlangsung. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat dipupuk dalam diri
murid melalui mata pelajaran Sejarah dengan mengenalkan murid kepada pengertian
sejarah dan kepentingan mempelajari Sejarah dalam membentuk masa depan yang
cemerlang bedasarkan kesinambungan peristiwa sejarah.

3
Pendidikan Sejarah tahun empat adalah bertemakan Sejarah Awal Negara.
Sukatan mata pelajaran yang mengandungi lima tajuk kecil iaitu Mari Belajar
Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah, Kerajaan Melayu Awal dan
Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka telah disusun secara kronologi
dari persekitaran pelajar dan juga disusun mengikut garis masa peristiwa sejarah
berlaku. Melalui tema Sejarah Awal Negara, murid secara amnya dapat mengenal
sejarah dan mengetahui lebih mendalam tentang sejarah negara Malaysia. tajuk
pertama bagi sukatan mata pelajaran Tahun empat adalah Mari Belajar Sejarah.
Permulaan bagi setiap perkara baru yang sangat penting adalah pengenalan dan
dalam tajuk satu ini murid akan diajar tentang konsep ilmu sejarah. Sepanjang
proses pembelajaran murid sekolah rendah bagi subjek Sejarah ini, mereka akan
didedahkan dengan satu perkara baru yang mampu mematangkan pemikiran mereka
melalui pendedahan fakta-fakta sejarah dan kepentingan memahami sejarah. Oleh
itu, mereka haruslah memahami apa itu sejarah dengan jelas.

Tajuk Mari Belajar Sejarah merangkumi empat Standar Kandungan iaitu,


Pengertian Sejarah Dan Kemahiran Sejarah, Pengertian Diri Dan Keluarga, Sejarah
Sekolah, dan Kawasan Tempat Tinggal Murid. Tajuk ini mampu memberikan
gambaran kepada pelajar berkaitan skop Sejarah yang merangkumi setiap peristiwa
penting yang telah berlaku dengan mempelajari konsep masa dalam sejarah serta
mengenali sumber-sumber sejarah. Murid dapat mempelajari ciri-ciri sejarah dan
kepentingannya kepada diri serta negara. melalui konsep masa, murid dapat
membandingkan pengalaman hidupnya pada masa kini dengan kehidupan
masyarakat pada masa lalu dan dapat memberikan kesedaran kepada diri mereka
tentang betapa untungnya mereka dapat hidup senang pada masa kini hasil daripada
titik peluh perjuangan orang-orang yang terdahulu. Mengetahui sejarah pembentukan
negara dapat membuatkan murid lebih bersyukur atas kenikmatan yang dimiliki
sekarang ini dan akan membuatkan murid menghargai jasa-jasa pejuang tanah air
dengan menjaga keamanan negara yang dimiliki.

4
Sejarah juga merupakan satu subjek yang mempunyai ciri-ciri futuristik
dengan melihat kepada kesan dan akibat perlakuan seseorang terhadap peristiwa
sejarah yang berlaku. Setiap tindakan yang dilakukan oleh individu akan
mempengaruhi sama ada individu itu sendiri mahupun seluruh masyarakat yang
terlibat dan memberikan kesan baik dan buruk. Murid dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah dengan mengetahui punca atau sebab berlakunya
peristiwa tersebut dan kesan yang akan berlaku akibat daripada tindakan yang di
ambil itu. Murid akan lebih berhati-hati untuk membuat tindakan terhadap sesuatu
perkara agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu sekali lagi. Murid yang
mempelajari tentang sejarah negara akan berusaha untuk memelihara negara
daripada dijajah semula oleh kuasa luar yang pernah terjadi pada masa dahulu
disebabkan pergaduhan sesama pemimpin di sesebuah kawasan yang ingin merebut
kuasa dan penjajahan yang berlaku disebabkan kelemahan pemimpin itu sendiri.
Oleh itu, murid harus sentiasa berhati-hati daripada menimbulkan sebarang
kekacauan di dalam negara yang boleh menyebabkan campur tangan penjajah
berlaku sekali lagi terhadap negara ini. Murid yang menghayati peristiwa
kemerdekaan sejarah akan memelihara warisan negara yang dikongsi bersama.

Murid tahun empat terus didedahkan kepada sejarah awal dunia mengikut
kronologi peristiwa bedasarkan garis masa ia berlaku. Murid dapat mempelajari
tentang Zaman Air Batu akhir iaitu zaman Plestosen dan zaman Holosen. Perubahan
zaman berlaku adalah disebabkan dengan peningkatan suhu di bumi yang telah
mencairkan ais di sebahagian besar bumi yang telah membentuk benua dan lautan.
Walaupun terdapat beberapa kawasan yang diselaputi ais pada masa kini, namun ia
masih terus mencair dari hari ke hari yang mengakibatkan paras air laut sentiasa
meningkat. Murid akan dapat mempelajari tentang ilmu geografi dan alam sekitar
yang mempengaruhi pembangunan negara. Peningkatan suhu terus berlaku
disebabkan oleh manusia sendiri yang melakukan kerosakan atas nama
pembangunan. Murid dapat disedarkan tentang sebab kerosakan yang dilakukan

5
oleh manusia yang mengakibatkan bumi di ambang kemusnahan dan hal ini akan
dapat menyedarkan murid akan kepentingan menjaga dan menghargai alam sekitar.

Selepas dunia melalui zaman Air Batu, kini masyarakat manusia telah
berkembang bermula sebelum kewujudan sistem tulisan lagi yang dipanggil zaman
prasejarah. Zaman sejarah adalah zaman setelah wujudnya sistem tulisan yang
merekodkan sejarah. Pengenalan zaman prasejarah kepada murid dapat dijadikan
iktibar tentang perjuangan mereka untuk terus hidup dengan melakukan perubahan
ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Sewaktu permulaan kehidupan
manusia tanpa teknologi canggih, mereka terpaksa bersaing dengan haiwan untuk
hidup dan sentiasa diancam dengan haiwan pemangsa yang buas, namun mereka
dapat meneruskan kehidupan mereka kerana mereka berani, kreatif dan inovatif
dalam menghadapi cabaran alam. Murid dapat mengambil iktibar tentang keberanian
manusia zaman prasejarah mengambil risiko untuk meneroka kawasan baru bagi
mencari sumber makanan dan tempat tinggal yang lebih selesa. Sikap berani ini
dapat membantu murid untuk berani mempertahankan negara daripada sebarang
ancaman musuh. Murid harus berani menentang musuh demi meneruskan
kesejahteraan hidup.

Mata pelajaran Sejarah bagi tahun empat turut memperkenalkan murid


dengan Kerajaan Melayu Awal sebelum Kesultana Melayu Melaka. Antara kerajan
Melayu awal yang dikenalpasti dan diterangkan adalah kerajaan Chih-Tu, Kerajaan
Santubong, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Temasik, Kerajaan Berua, dan
Kerajaan Kedah Tua. Kewujudan Kerajaan Melayu Awal di kepulauan Melayu ini
adalah disebabkan kehebatan mereka dalam perdagangan sehingga terkenal
sehingga ke sebelah Barat. Murid yang mempelajari Kerajaan Melayu Awal ini dapat
menghayati kegemilangannya dan mengkaji tentang kehebatan mereka dari segi
pentadbiran dan juga kegiatan ekonomi akan dapat menyemarakkan semangat
patriotik murid tersebut untuk turut sama mengembalikan kegemilangan di
Kepualauan Melayu yang pernah dikecapi suatu masa dahulu yang menjadi
kebanggan rakyat pada masa kini tentang kehebatannya. Murid juga dapat

6
mengambil iktibar terhadap cara pentadbiran yang menjadikan kerajaan mereka
sangat terkenal dengan kehebatannya untuk dijadikan panduan dalam merancang
masa depan negara yang lebih baik.

3.0 PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI AKTIVITI LUAR BILIK


DARJAH

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotik
dalam diri murid selain daripada sukatan mata pelajaran yang disediakan. Guru
dapat menyemai semangat patriotik ini dengan aktiviti luar bilik darjah. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan adalah seperti aktiviti persatuan. Guru boleh menggalakan
murid untuk menyertai sebarang kelab persatuan yang ditubuhkan di sekolah.
melalui aktiviti persatuan ini, murid dapat berinteraksi dan bersosial dengan
murid-murid lain serta guru-guru sekolah. Murid dapat mempelajari banyak perkara
yang mungkin tidak dapat dipelajari sewaktu berada di dalam kelas. Guru harus
memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid menyertai kelab
persatuan supaya matlamat FPK dapat dicapai di samping memupuk semangat
patriotisme dalam diri murid.

Terdapat pelbagai kelab yang ditubuhkan di sekolah khas untuk murid-murid


seperti kelab rekreasi dan pelancongan, kelab pembimbing rakan sebaya, serta
kelab rukun negara dan kelab keselamatan jalan raya. Kelab-kelab ini ditubuhkan
bagi mendedahkan murid tentang kemahiran-kemahiran yang boleh diguna pakai
secara berterusan dalam kehidupan seharian. Kelab persatuan merupakan salah
satu cara untuk murid mempelajari perkara baru melalui pengalaman secara terus
dengan menggunakan kesemua pancaindera. Sewaktu menjalankan aktiviti
persatuan, murid dikehendaki untuk menjalankan aktiviti secara bekerjasama untuk
memastikan visi dan misi persatuan dapat dicapai. Setiap murid akan disuruh untuk
menglibatkan diri secara aktif bersama-sama rakannya yang lain.

Murid dapat menyedari akan kepentingan bekerjasama antara ahli kelab


dalam menerajui kelab yang dianggotainya. Setiap ahli kelab mempunyai peranan

7
penting untuk menyumbang kepada kesejahteraan kelab. Sebagai contoh, sekolah
akan mengadakan hari kantin dan kelab-kelab yang terlibat akan membuka gerai
untuk mencari dana kelab. Mereka harus bijak menguruskan kelab dan
membahagikan tugas untuk setiap ahli agar mereka dapat membuka gerai dan
mengaut keuntungan. Mereka perlu bekerjasama agar gerai mereka tidak mengalami
kerugian yang mampu merugikan mereka semua serta kelab mereka. Guru dapat
mengaitkan perkara ini dengan nilai patriotisme murid terhadap negara. Murid yang
sedar akan kepentingan mereka untuk menyumbang kepada kesejahteraan kelab
adalah murid yang bertanggungjawab dan sedar akan tanggungjawab mereka yang
perlu mereka laksanakan kepada kelab.

Sifat bertanggungjawab ini boleh dilihat dengan lebih meluas dengan


menggunakan skop negara dan warganegara. Murid selaku rakyat Malaysia haruslah
sedar akan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara
memainkan peranan yang penting dalam memastikan negara mencapai
kesejahteraan. Murid telah dilatih dari awal untuk menjadi seorang warganegara
yang bertanggungjawab melalui pemupukan semangat bekerjasama antara ahli
kelab di sekolah. Murid dididik untuk mementingkan semangat kerjasama agar
matlamat yang lebih besar mampu dicapai bersama. Murid sedar akan kepentingan
bekerjasama untuk mewujudkan kelab yang hebat. Oleh itu, negara yang hebat
dapat dibentuk oleh semangat kerjasama yang patut ada di kalangan rakyat di
negara ini.

Guru juga dapat memupuk semangat patriotik dalam diri murid dengan
memberikan kesedaran mengenai perjuangan masa lalu para pejuangh. Guru boleh
membawa murid untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah seperti tapak tinggalan sejarah serta muzium-muzioum yang ditubhkan
dan monumen-monumen mahupun tugu peringatan yang ada di dalam negara. Guru
boleh menekankan perasaan menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang dengan
menceritakan mengenai sejarah perjuangannya. Guru juga boleh membawa murid
dengan lebih dekat apabila murid melihat sendiri kawasan tinggalan sejarah untuk

8
merangsang minda murid. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah mampu
menimbulkan rasa empati dalam diri murid dengan membayangkan suasana di
saat-saat tokoh-tokoh kemerdekaan berjuang bermati-matian untuk
mempertahankan kedaulatan negara serta usaha tokoh untuk memerdekakan
negara dari ancaman kuasa negara luar.

Aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan sambil belajar ini mampu memberikan
kesedaran kepada murid untuk menjadi warganegara yang lebih baik untuk
memastikan negara dapat terus membangun pada masa akan datang. Sebagai
contoh, guru mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke muzium-muzium
dan tempat-tempat bersejarah di Melaka. Murid dapat melihat bangunan yang telah
dibina pada zaman Portugis sewaktu Portugis menawan Melaka. Bangunan kubu
pertahanan ini merupakan bukti bahawa Melaka merupakan satu kawasan yang
pernah menjadi rebutan kuasa-kuasa besar pada suatu masa dahulu. Hal ini akan
menimbulkan semangat cinta akan negara kerana bangga akan kehebatan dan
kedaulatan negara ini pada suatu masa dahulu dan rakyat pada masa kini harus
mengembalikan semula kehebatan negara ini agar dapat menyaingi negara-negara
membangun yang lain.

Murid akan dapat melihat kehebatan negara ini serta merasai sebab mengapa
pejuang suatu masa dahulu berjuang bermati-matian untuk mempertahankan
kedaulatan negara serta berusaha untuk memerdekakan semula Tanah Melayu yang
dijajah. murid turut merasai betapa beruntungnya dapat hidup di negara merdeka ini
di atas titik peluh dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. perasaan empati terhadap
kepayahan dan keperitan pejuang masa lalu dapat membuatkan murid lebih
menghargai kemerdekaan yang telah dimiliki negara ini dengan bersusah payah
sehingga kini. Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak
mempersia-siakan usaha tokoh terdahulu agar nikmat kemerdekaan ini terus dirasai
oleh generasi akan datang.

Guru juga boleh melakukan aktiviti sukan dan poermainan. Aktiviti ini hampir
sama seperti aktiviti kelab persatuan, namun aktiviti ini lebih menumpukan ke arah

9
aktiviti fizikal. Guru boleh menggalakkan murid untuk menglibatkan diri dalam aktiviti
fizikal ini. Guru perlu menekankan bahawa minda yang cerdas ada pada bandan
yang cergas. Kepentingan aktiviti sukan dan permainan ini untuk melatih diri murid
dari segi emosi jasmani dan intelek di samping mengukuhkan lagi sosial dan rohani
murid. Murid dapat berinteraksi sosial bersama rakan-rakan sepasukan serta
guru-guru yang membimbing mereka. Murid dapat diterapkan tentang semangat
berpasukan dan mempelajari untuk mematuhi peraturan-peraturan permainan. Hal ini
secara tidak langsung dapat menambah baik displin murid untuk mematuhi arahan
pengadil. Murid bertolak ansur sesama ahli pasukan dan saling bekerjasama bantu
membantu antara satu sama lain untuk memenangi pertandingan yang mereka
tempuhi.

Nilai-nilai yang mereka dapat melalui aktiviti sukan ini mampu menjadikan
murid seorang warganegara yang bertoleransi. Sifat toleransi ini amat penting dalam
mewujudkan kesefahaman pasukan serta kesefahaman masyarakat kelak. Murid
sedar bahawa jika mereka tidak bekerjasama dalam satu kumpulan, mereka mungkin
akan menanggung kekalahan. Murid juga sedar akan risiko mereka untuk
dikecualikan ataupun digantung daripada sesuatu permainan sebagai denda jika
mereka melanggar dan tidak menghormati peraturan-peraturan permainan yang
telah ditetapkan. Murid akan bertindak lebih rasional sebelum mel;akukan sesuatu
perkara. Hal ini dapat dilihat dari sudut pandang sebuah negara sebagai kepatuhan
warganegara yang sentiasa mematuhi undang-undang negara untuk mengelakkan
sebarang masalah daripada berlaku dan menggelakkan daripada didenda dan
dihukum. Murid yang telah terlatih untuk mematuhi arahan ketua kumpulan akan
mampu untuk mematuhi pemimpin negara dari pelbagai aspek. Murid akan berusaha
untuk memenuhi harapan pemimpin negara dalam mewujudkan negara yang lebih
baik pada masa akan datang.

4.0 KEPENTINGAN PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK

Pemupukan semangat patriotik ini amat penting kepada murid dalam memastikan
mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi JERIS. Pemupukan semangat

10
patriotik ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan murid dapat
berkembang mengikut garis panduan FPK melalui pendidikan. Murid yang seimbang
akan mampu mewujudkan negara yang maju pada masa akan datang. Semangat
patriotik yang dipupuk dapat dilihat melalui pelbagai aspek. Murid yang mempunyai
jati diri yang tinggi serta semangat cintakan negara akan memastikan negara yang
dicintainya ini akan terus membangun dan murid ini akan sentiasa berusaha
membangunkan negara bersama-sama. Oleh itu, murid akan bekerja keras dalam
memastikan ekonomi negara dapat terus berkembang. Tenaga kerja yang efektif
memerlukan tubuh badan yang sihat. Murid yang ingin menyumbang tenaga kepada
negara akan memastikan jasmaninya terjaga agar dapat bersiap sedia sepanjang
masa untuk berkhidmat kepada negara.

Murid yang mempunyai semangat patriotik tinggi akan sentiasa menyumbang


kepada keharmonian negara. Murid ini menyiapkan diri dari segi emosi dan jasmani
dalam memastikan kesejahteraan negara. Kemerdekaan yang dimiliki pada masa
kini haruslah dihargai dengan pengamalan sikap-sikap yang baik. Murid yang
mempelajari sejarah dapat mengetahui secara tidak langsung mengenai asal usul
negara Malaysia pada masa kini di samping pemupukan semangat nilai patriotisme
dalam diri murid. Penghayatan yang dilakukan murid dalam menelusuri sejarah
kewujudan negara ini akan mampu untuk melahirkan rasa bangga dalam diri
terhadap kehebatan dan keunikannya. Murid yang mempunyai jati diri dan
kebanggaan dalam diri tidak akan berdiam diri jika negaranya di hina dan diganggu
oleh kuasa asing. Murid akan berusaha untuk memastikan negara ini disegani.

Murid akan merasakan cinta kepada negara setelah mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai kehebatan negara ini dan merasai sendiri jerih payah
masyarakat terdahulu untuk membangunkan negara ini. Sebagai contoh, murid
mempelajari mengenai Kesultanan Melayu Melaka. Kehebatan Parameswara dan
pembesar-pembesarnya merupakan salah satu warisan kebanggaan negara
mengenai kehebatan dan keagungan sistem sultan yang diperkenalkan beserta
sistem pembesar empat lipatan yang membantu sultan dalam melancarkan proses

11
pentadbiran dan telah menjadikan Melaka sebuah negeri yang makmur dan terkenal.
Warisan sistem kesultanan yang dipakai sehingga kini adalah bertujuan untuk
mengembalikan semula kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di Tanah Melayu
dan murid dapat mengenali akan kelebihan sistem ini di samping menghormatinya
dan memastikan masyarakat bekerjasama mematuhi sebarang peraturan yang telah
digubal.

Semangat patriotik ini amatlah penting diterapkan dalam pendidikan untuk


membentuk murid yang mempunyai semangat cintakan negara. Semangat patriotik
ini mampu menjadikan murid sentiasa berwawasan dan bersemangat untuk
membina masa depan yang lebih baik. Murid akan bersemangat untuk memajukan
diri agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sesebuah negara itu
dapat berkembang maju disebabkan pemimpinnya yang berkaliber serta tenaga
kerjanya yang efektif. Tidak guna jika ada sepuluh pekerja tetapi hasil kerjanya
seperti seorang. Oleh itu, murid yang mempunyai semangat patriotik akan
memastikan dirinya sentiasa bersedia dari segi JERIS untuk medapatkan hasil yang
terbaik.

Pemupukan semangat patriotik ini nmemberi kesan kepada negara serta


rakyat sendiri. pemupukan semangat patriotisme sejak awal akan membantu guru
membina masyarakat yang cemerlang serta persekitaran yang baik. Masyarakat
akan datang telah disedarkan lebih awal mengenai nilai-nilai kewarganegaraan untuk
memastikan pada masa hadapan semua ah;li masyarakat akan mengamalkan
nilai-nilai kewarganegaraan yangt baik untuk mewujudkan negara yang harmoni.
Murid yang mempunyai kesedaran jati diri adalah murid yang tidak mudah
dipengaruhi oleh anasir luar untuk menjatuhkan negara. Terdapat segelintir golongan
yang cuba untuk menngganggu gugat kedaulatan negara pada masa kini seharusnya
dapat dielakkan jika mereka sedar akan tanggungjawab masyarakat dalam menjaga
keamanan negara berbanding pemimpin negara semata.

12
5.0 RUMUSAN

Pendidikan Sejarah di sekolah dapat melahirkan masyarakat yang berpatriotik tinggi


dan mempunyai jati diri yang kuat. Jati diri merupakan satu rangkuman terhadap
nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan. Hal ini akan membentuk
watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang
melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya. Semangat patriotisme pula
adalah semangat kecintaan terhadap negara dan sanggup bekorban untuk negara.
Sukatan pelajaran sejarah yang merangkumi sejarah diri, keluarga dan sekolah serta
sejarah awal dunia dan negara yang mampu menyemai semangat patriotisme dan
jati diri dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Pendidikan sejarah juga
menumpukan terhadap pendedahan awal bagi pelajar sekolah rendah sebelum
mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kefahaman
terhadap sejarah mampu menjamin masa depan negara yang lebih cerah dengan
masyarakat yang mempunyai pendedahan terhadap kepentingan sejarah serta
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam memperjuangkan kesahteraan
negara.

Pemupukan semangat patriotik ini hendaklah bermula sejak dari sekolah


rendah lagi kerana kanak-kanak lebih senang dibentuk dan supaya semangat ini
menjadi pendorong dalam diri mereka untuk terus belajar dan berjaya. Untuk berjaya
dengan cemerlang, ia memerlukan masa yang lama dan langkah awal. Oleh itu,
murid haruslah disemai semangat patriotik sejak kecil untuk memastikan generasi
baru dapat mewujudkan negara yang mantap dari pelbagai sudut di samping
memenuhi hasrat yang terkandung dalam FPK. Pembentukan negara harmoni akan
tercapai melalui pendidikan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan guru haruslah
sedar betapa pentingnya pemupukan semangat patriotik dalam diri murid sejak awal
kanak-kanak lagi.

Pemupukan semangat patriotik ini amatlah penting dan guru haruslah


memainkan peranan dalam memastikan murid dapat diterapkan dengan semangat
patriotisme dalam diri mereka. Guru boleh menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam

13
diri murid ini sama ada melalui sukatan mata pelajaran sewaktu dalam kelas
mahupun melalui aktiviti di luar bilik darjah. Guru boleh mengaitkan sukatan huraian
mata pelajaran dengan nilai-nilai kewarganegaraan dan menerangkan kepada murid
agar murid lebih jelas akan tujuan mereka mempelajari sejarah demi masa depan
negara. Guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti
sukan permainan dan kelab persatuan serta lawatan sambil belajar untuk memupuk
nilai patriotisme dalam diri murid melalui pengalaman secara terus.

Murid seharusnya bersyukur dan menghargai jasa-jasa pejuang kemerdekaan


negara yang telah berhempas pulas dan mempetarungkan nyawa bagi mengekalkan
keamanan negara ini. Perjuangan mereka sama ada secara kasar ataupun lembut
haruslah di ingati dan diperturunkan cerita mengenai kehebatannya dari generasi ke
generasi agar jasa mereka sering dikenang dan nama mereka dijulang sebagai
pejuang negara. Keberanian tokoh-tokoh memperjuangkan hak kebebasan negara
haruslah sentiasa dikenang dan diperingati serta diambil iktibar. Kisah perjuangan
mereka mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme masyarakat. Masyarakat
masa kini haruslah bersyukur dan menghargai jasa pengorbanan mereka dengan
mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai hasil daripada semangat mereka
yang berkobar mempertahankan kedaulatan negara.

14

Anda mungkin juga menyukai