Anda di halaman 1dari 2

Tema 11 : Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa

Pendahuluan
- Malaysia yang sedang membangun perlu terus melengkapkan sumber manusia
dengan pengetahuan dan kemahiran terkini, bagi melahirkan modal insan yang
mampu bertugas dalam semua sektor dan bersaing dengan negara lain dari segi
ekonomi.
- Kerajaan telah membina pelbagai usaha untuk meningkatkan Pendidikan
ekonomi terutamanya dalam kalangan Masyarakat muda kini termasuklah
golongan pelajar.
Isi 1
- Antara usaha-usaha yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan termasuklah Dana
Bantuan Persekolahan.
- Hal ini kerana terdapat sekolah dan juga murid yang menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran.
- Sebagai contoh, Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk membaik
pulih insfratuktur bangunan sekolah supaya dapat menjadikan suasana
pembelajaran yang kondusif dan memberikan dana kepada murid-murid yang
mengalami masalah kewangan di dalam keluarganya..
- Kesannya, murid-murid yang berkeperluan khas seperti golongan B40 dapat
meneruskan pembelajaran tanpa terbeban dengan masalah kewangan dan dapat
menjalankan sesi pembelajaran dengan selesa.
Isi 2
- Selain itu, Kerajaan juga telah memperkenalkan Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional.
- TVET dapat meningkatkan kemahiran diri dan memupuk keinginan untuk
pembaharuan. Ini kerana melalui eksperimen, mereka dapat melihat keupayaan
sesuatu produk itu secara dekat.
- Hal ini dapat mengurangkan kes pengangguran yang sedang berleluasa
terutama dalam golongan Masyarakat muda.
- Kesannya, Ekonomi negara akan lebih terjaga dan membawa kearah kemajuan
negara kerana kini, Pendidikan teknikal dan Latihan vokasional ( TVET) dapat
menjadikan sesebuah negara berupaya untuk menceburi bidang ekonomi dengan
lebih berkesan.
Isi 3
- Seterusnya, Ekonomi Negara yang giat berkembang telah membawa kepada
dana yang diperuntukkan untuk Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan.
- Murid-murid yang berkeperluan khas dan berpotensi untuk cemerlang dalam
bidang Pendidikan diberikan peluang untuk mendapatkan biasiswa mahupun
pinjaman Pendidikan.
- Hal ini dapat melahirkan lebih ramai lagi individu berjaya walaupun tanpa
kewangan yang utuh kerana ekonomi Kerajaan yang lancar sentiasa
menyediakan keperluan seperti kewangan kepada golongan yang memerlukan.
- Kesannya, pelajar juga akan lebih bersemangat dalam menjalankan sesi
pembelajaran kerasa mengetahui tentang peluang pekerjaannya yang sangat
tinggi kerana tiada masalah mengenai yuran dan sebagaianya.
Isi 4
- Akhir sekali, Kerajaan juga telah menyediakan pemerkasan aktiviti
penyelidikan di institusi pendidikan tinggi.
- Hal ini dikatakan kerana, Banyak perubahan dan penambahbaikan dilalui
pendidikan tinggi Malaysia dalam masa beberapa tahun ini.
- Perubahan ini pastinya memberi ruang pelajar lebih matang, berdikari,
berfikiran kritikal dan mampu menyumbang kepada negara sebaik bergraduat.
Perubahan positif di Malaysia menjadi penanda aras bagi negara lain.
- memberi impak kepada kewibawaan dan kesarjaaan graduan yang dihasilkan,
serta sumbangan kepada ilmu dan masyarakat.
Penutup
-Kesimpulannya, Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam membantu
golongan-golongan muda untuk terus berbakti kepada negara melalui
Pendidikan ekonomi.
- Golongan muda seharusnya menitikberatkan isu Pendidikan agar dapata
memajukan negara dari segi sektor ekonomi pada masa akan datang supaya
negara akan terlihat gagah di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai