Anda di halaman 1dari 2

Dasawarsa ini, amalan nilai integriti dalam kalangan murid sering

diperkatakan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan


sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai intergriti amat penting
dalam melahirkan pelapis negara yang berkaliber dan berwawasan pada masa
depan. Oleh itu, setiap murid perlu mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan,
termasuk ketika berada di sekolah. Persoalan yang sering berlegar-legar dalam
gawang minda kita ialah apakah amalan integriti seorang murid dalam kehidupan
seharian?

Antaranya, pematuhan peraturan dan undang-undang sekolah merupakan


contoh terbaik murid-murid mengamalkan nilai integriti di sekolah. Murid yang
berintegriti bukan sahaja akan mematuhi masa masuk ke kelas malahan akan
memakai uniform yang lengkap dan kemas di kawasan sekolah. Oleh hal yang
demikian, murid- murid perlu sedar bahawa untuk menjadi manusia yang
berintegriti mereka harus menjadi manusia yang bermoral dan beretika dalam
semua aspek kehidupan. Ringkasnya, murid-murid mesti berusaha untuk
menyemai nilai integriti dalam diri mereka.

Jika kita berfikir sejenak, murid-murid yang berintegriti akan sentiasa


mempamerkan sahsiah terpuji. Dalam hal ini, mereka akan mengamalkan nilai-
nilai murni seperti jujur, amanah, sabar dan sebagainya dalam kehidupan harian.
Amalan nilai murni amat mustahak kepada murid-murid ialah pemimpin masa
depan negara. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Lantaran itu, murid-murid perlu mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh
agar dapat berdaya saing dan berfikiran kreatif serta inovatif. Pendek kata, murid-
murid hendaklah berusaha untuk mempamerkan sahsiah terpuji dalam kehidupan
harian.

Jika dilihat dari sudut lain, sebagai seorang murid yang berintegriti, mereka
harus mentaati dan menghormati kepada guru. Murid-murid tidak melawan kata-
kata guru ketika guru mengajarkan ilmu pengetahuan mereka. Guru juga
diibaratkan sebagai ibu bapa kedua murid. Mereka perlu menghargai jasa guru
memberi pengajaran, mendidik dan membimbing mereka dengan pelbagai nilai
murni dan nasihat. Murid-murid juga seharusnya berbincang dengan guru jika
mereka tidak memahami ajaran guru. Tuntasnya, murid yang berintegriti akan
menyemai sikap menghormati guru dalam diri mereka.

Kesimpulannya, peranan murid di sekolah bukan sahaja untuk menuntut


ilmu demi meraih / mencapai masa hadapan yang cemerlang, bahkan juga haruslah
menjadi murid yang berintegriti. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus
bersinergi untuk melahirkan murid yang berintegriti kerana hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Oleh itu, setiap murid harus sedar bahawa perjalanan yang
beribu-ribu batu semestinya bermula dengan langkah yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai