Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kesan Positif

i. Membentuk Sebuah Kurikulum Kebangsaan

Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan semua sekolah di Malaysia perlu mengikuti
kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan. Fungsinya adalah bagi membantu
memperkembangankan potensi dan bakat murid untuk melahirkan insan yang sempurna. Sebagai
contoh, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSRR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Matlamat kurikulum kebangsaan adalah
bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan akan direalisasikan mengikut program
pendidikan yang dirancangkan bagi membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ii. Pengukuhan Pendidikan Prasekolah/ Awal Kanak-Kanak

PERMATA, KEMAS dan PASTI merupakan contoh yang diperkenalkan oleh KPM. Pendidikan di
peringkat prasekolah diwajibkan dengan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang
telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan presekolah telah
mendapat pengiktirafan. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) telah
diperkenalkan. Pada tahun 2008-2009 KPK disemak semula dan ditukar kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Hal ini bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus
diikuti oleh semua prasekolah KPM dan juga swasta. Strategi KPM adalah untuk memperkukuhkan
pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik di samping
memelihara hak asasi kanak-kanak. Melalui pendidikan awal ini, diyakini mampu meningkatkan
kemahiran kanak-kanak membaca, mengira dan menulis serta menanam nilai positif dan keyakinan
diri dalam diri kanak-kanak.

iii. Pendidikan Teknik Dipertingkat

Antara pendidikan teknik yang dilaksanakan termasuklah Kolej Vokasional, Politeknik, Technical and
Vocational Education and Training (TVET) dan lain-lain lagi. Pihak kerajaan amat komited dalam
meningkat keupayaan belia dengan menitikbertakan kepentingan kemahiran dan praktikal. Hal ini
membolehkan politeknik untuk mengadakan program dengan kerjasama dari mana-mana institusi,
perbadanan mahupun organisasi perindustrian. KPM juga telah menetapkan untuk mengadakan
program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi
sama ada dalam dan luar negara. Penuntut yang cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi
haruslah mempunyai daya saingan dan peka kepada perubahan yang berlaku di sekelilingnya supaya
dapat memenuhi tenaga kerja dalam industri.

iv. Pendidikan Khas Ditumpukan

Terdapat institusi pendidikan khas di negra kita misalnya Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan
Inklusif. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu meningkatkan potensi diri,
keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan berdikari. Dari segi pelaksanaannya, ianya juga dapat
membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan
bumiputera lain dalam usaha melahirkan insan hebat ini. Peranan guru pendidikan khas turut
diperkukuhkan agar setiap penuntut dapat pendidikan yang sempurna demi menjadi rakyat yang
berkualiti.
Kesan Negatif

i. Penggunaan Bahasa Asing

Sekolah antarabangsa terutamanya dan sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing
di Malaysia. Namun walaubagaimanapun, KPM telah mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran yang mesti diambil oleh penuntut antarabangsa.

ii. Pendidikan Sebagai Suatu Perniagaan

Pendidikan bukan lagi perkhidmatan kerajaan tetapi dijadikan sebagai barang perniagaan. Pihak
pendidikan swasta melabur untuk mendapatkan keuntungan dan mereka mengenakan bayaran yang
tinggi sehingga ada penuntut yang tidak mampu meneruskan pengajaran. Contohnya, yuran
pendaftaran tadika swasta dicaj sebanyak RM1,00-RM2,000 manakala di peringkat pengajian tinggi,
yuran IPTS mencecah RM50,000 – RM200,000. Oleh yang demikian, KPM masih melaksanakan
kawalan yuran di institusi pendidikan swasta di samping perluasan pendidikan percuma.

iii. Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran di Malaysia berlaku disebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang
mendapat pendidikan tinggi. Mengikut statistik kajian negara, kadar pengangguran adalah sebanyak
3.3% iaitu membawa jumlah 503,000 penuntut, dan daripada jumlah ini seramai 204,000 adalah
graduan. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif misalnya memperbanyakkan
program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan dan membuka banyak peluang pekerjaan
dalam negara.

iv. Kehilangan Tenaga Kerja Mahir

Penghijrahan rakyat yang berpendidikan tinggi, berbakat dan berkemahiran ke luar negara sering
terjadi di negara kita. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa di Malaysia peluang pekerjaannya
masih lagi kurang. Ada juga yang beranggapan tawaran gaji yang ditawarkan adalah menarik dan
berasa selesa dengan suasana kerja yang lebih baik berbanding di Malaysia. Oleh kerana itu,
Malaysia kehilangan tenaga kerja mahir dari semasa ke semasa. Pihak kerajaan telah mengurangkan
penghantaran pelajar ke luar negara untuk membantu mengembangkan ekonomi Malaysia di
samping menyediakan peluang kerja yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai