Anda di halaman 1dari 19

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

EDU3108

Kesan Jika Guru Tidak


Menjaga Etika Perguruan
Pendahuluan
Etika Keguruan.
 Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990)

menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang


ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang
baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan
tanggungjawab moral. 

 Etika adalah panduan dan ketetapan yang telah


digariskan terhadap setiap perlakuan untuk
memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat
diperolehi seperti yang telah ditetapkan.
Isu Etika Perguruan
 Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak
menyaksikan pelbagai isu negatif yang telah menafikan
akauntibiliti dan etika perguruan dalam kalangan guru
pada masa kini.

 Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes


tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang
melibatkan etika perguruan yang tidak menyenangkan
tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf
pada statistik kajian ke atas perkara ini memaparkan
lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya
isu etika perguruan yang sedang berlaku. 
Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei
dalam tahun 2007, lebih 200 aduan telah diterima oleh
pihak Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku
yang melibatkan guru. Terdapat beberapa jenis kesalahan
utama yang telah dikenalpasti dalam aduan-aduan yang
telah dibuat, seperti rasuah, tidak hadir bertugas,
gangguan seksual, pecah amanah, penyalahgunaan dadah
dan sebagainya. Berikut merupakan analisis jumlah
peratus kesalahan yang telah dilaporkan. 
Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam
bentuk akhbar bercetak dan juga akhbar yang
diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini
tidak pernah lekang dengan topik etika perguruan.
Berkesinambungan dengan analisis aduan yang
terdapat di dalam Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-
tajuk utama berita, melibatkan etika perguruan yang
terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga
ke hari ini :
Isu etika perguruan yang semakin parah dan berpotensi
tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang
pelbagai kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap
akauntabiliti dan integriti perguruan, ekoran daripada
tindakan guru yang menyalahi etika perguruan.
Implikasi /Kesan
Muri
d

Masyara
Guru
kat

Sekol
Profesion
ah
Kesan Terhadap Murid
 Murid akan trauma untuk datang ke sekolah
 Murid-murid lain berfikiran negatif terhadap guru
berkenaan
 Murid tidak berminat mengikuti pembelajaran dan
pengajaran guru terbabit
 Murid tidak menghormati kerjaya guru
 Menimbulkan permasalahan yang berterusan
kepada proses pembelajaran
 Pengurusan pembelajaran dan pengajaran tidak
berkualiti
 Sistem pembelajaran negara akan tergendala
Kesan Terhadap Guru
 Menjejas nama baik guru
 Imej dan maruah guru dipersoalkan
 Guru sebagai “pengganti ibu bapa di sekolah”

untuk mendidik tidak dipercayai dan


dihormati
 Masyarakat tidak yakin dengan kebolehan

guru dalam mendidik


 Kekurangan sumber guru yang berkualiti
 Hilang integriti pada seorang guru
Kesan Terhadap Sekolah
 Masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah
sebagai institusi yang selamat
 Sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi

pendidikan yang memberi pendidikan


berkualiti kepada murid
Kesan Terhadap
Profesion Perguruan
 Generasi muda tidak berminat untuk menjadi guru
 Kekurangan generasi muda yang berbakat untuk
mendidik anak bangsa
 Tidak dapat melahirkan guru-guru yang
berkemahiran dalam pelbagai aspek
 Kekurangan generasi muda yang ingin menceburi
bidang perguruan
 Mencabar kewibawaan profesion perguruan
 Melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir
 Jatuhnya akauntabiliti profesion perguruan
Kesan Terhadap Masyarakat
 Hilang kepercayaan masyarakat terhadap
nilai-nilai murni seorang guru

 Persepsi sinis dari ibu bapa

 Pengaruh yang dibawa oleh permasalahan


tidak mematuhi kod etika perguruan
terhadap profesion perguruan adalah begitu
luas sehingga menjejaskan imej semua guru
di negara kita.
Faktor Yang Mendorong Kepada
Kelakuan Tidak Beretika
a)    Sikap guru
 Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit

dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun


di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian
yang sama.
 Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan

perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari.


 Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan

tidak memegang amanah serta mengabaikan kod


etika perguruan juga cenderung melakukan
kesalahan ini secara tidak sengaja.
Faktor Yang Mendorong Kepada
Kelakuan Tidak Beretika

b)    Persekitaran
 Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang
ditugaskan di persekitaran sekolah yang harmonis akan
memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya.
 Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi
sedikit sebanyak persembahan guru tersebut dalam
pekerjaannya.
 Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang
persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi
pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi
komitmen yang sepenuhnya.
Faktor Yang Mendorong Kepada
Kelakuan Tidak Beretika
c)    Bebanan kerja
 Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin

meningkat merupakan salah satu faktor yang


menyumbang kepada masalah guru ponteng.
 Tekanan kerja yang dibebani kadang kala

menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar


demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
 Guru mengambil langkah mudah dengan meminta

murid untuk melakukan kerja masing-masing


sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang
diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir.
Langkah Mengatasi Masalah
Perlanggaran Etika Guru.
 Dalam memastikan guru menjaga keterampilan
unggul dan tidak melanggari kod etika keguruan,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah
memberi kursus dan latihan yang selengkapnya
dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa
akan datang.

 Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir


yang terdiri daripada Guru Besar mahupun
Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut
menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil
dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya
memberi tekanan kepada guru.
 Amalkan budaya CAKNA dengan
menjelaskan garispanduan dan pekeliling
untuk sentiasa ingat mengingati sesama
guru.

 Selain daripada itu, guru-guru yang bakal


dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-
elemen yang terdapat dalam kod etika
keguruan di Malaysia sebelum mereka di
tempatkan untuk mengajar kelak.
Kesimpulan
 Guru yang beretika sentiasa mempamerkan ciri-
ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan
keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman
yang jelas serta mendalam, kesungguhan dan
komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan
tugasannya di sekolah setiap masa dan waktu.
 Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku
kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah,
dan mempunyai sikap optimistik dalam semua
tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan
kelemahan.
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan
ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang
dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan
contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru
sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi
mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."
Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.

Anda mungkin juga menyukai