Anda di halaman 1dari 2

JUSTIFIKASI PEMILIHAN DAN PEMBINAAN BAHAN-

BAHAN VISUAL

Penyampaian yang mudah


Isi kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Sebaikbaiknya tumpuan
kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan di
kalangan pelajar. Sebaikbaiknya berpegang kepada prinsip mudah dilihat dan mudah
dibaca. Segala bahan lukisan yang digunakan kelihatan besar, jelas, ringkas dan
mengandungi bahan utama sahaja

Pengaplikasian elemen penyatuan


Hasil ciptaan reka bentuk visual mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar.
Ada hubung kait di antara satu sama lain. Ini telah dilakukan dengan menggunakan elemen
garis, bentuk, warna atau ruang. Penumpuan bermaksud hanya satu isi pelajaran yang
tertera di dalam satusatu grafik iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen
penumpuan ini telah dihasilkan dengan menggunakan garisangarisan kasar ;warnawarna
paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan kerana
pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan.

Pengaplikasian aspek perseimbangan


Aspek perseimbangan telah diaplikasikan dalam dua bentuk iaitu bentuk formal dan
yang bukan formal. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk yang disusun
dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat di antara susunan kiri
dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan perseimbangan tidak formal. Perseimbangan
ini memerlukan lebih daya gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian telah meningkatkan
daya tarikan bahan-bahan visual yang telah direka.

Pengaplikasian aspek ruang


Ruang yang telah digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi
dalam hasil reka bentuk bahan visual. Sebelum mereka bahan visual, ruang telah dirancang
terlebih awal supaya isi yang ingin diketarakan tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau
terlalu padat dan sesak. Garisan adalah elemen yang juga diberikan perhatian kerana
iaboleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya.
Penggunaan warna yang menarik
Warna juga telah diberikan penekanan dalam bahan visual yang telah dibina. Ia
digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna memainkan peranan penyatuan,
penumpuan dan perseimbangan dalam bahan visual. Ini melibatkan pengetahuan ketagori
ketagori warna, sama ada sejuk atau panas. Pemilihan warna dapat menghasilkan daya
tarikan kepada pelajar.Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan
poster, warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warnawarna objek
atau huruf yang digunakan. Jika warna latar belakang adalah ketagori warna cerah seperti
kuning, merah muda, biru laut dan hijau muda amatlah sesuai digunakan warnawarna yang
lebih kontras seperti hitam, merah tua,biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau
huruf.

Penggunaan huruf dan angka yang jelas


Huruf dan angka juga telah digunakan dalam hasil bahan visual. Fungsinya adalah
untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu,penggunaan sebarang
huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi kejelasannya. Ini akan melibatkan
kaedahkaedah penggunaan huruf, saiz huruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf,
seseorang itu harus menghadkan penerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan
dalam sesuatu bahan visual. Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu bahan visual, seseorang itu
harus menentukan jenis huruf; seeloknya huruf bold yang tidak mengelirukan.

Anda mungkin juga menyukai