Anda di halaman 1dari 13

PROGRAM LITERASI DAN

NUMERASI (LINUS)

sub – NKRA Pendidikan


Objektif sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi


selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah.
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Apa itu Program LINUS?

LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi


(Literacy and Numeracy Screening)

LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan
murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi
(Matematik) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah.

LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu


Membaca, Menulis dan Mengira
2
LINUS
• Suatu program bagi memastikan murid sekolah
menguasai literasi dan numerasi dalam tempoh
tiga tahun pertama persekolahan rendah.
• Dilaksanakan mulai 2010 untuk murid Tahun 1.
• Tiga komponen utama…
– Literasi
– Numerasi
– Saringan
STRATEGI PELAKSANAAN
• Saringan (LPM)
• Bina bahan (BPK)
• Peningkatan pedagogi guru (BPG)
• Sebaran maklumat, kutipan dan analisis
data (BPSH)
• Pemantauan, bimbingan dan penilaian
(JNJK)
• Murid berkeperluan khas (BPKhas)
MATLAMAT LITERASI
• Semua murid, kecuali berkeperluan khas
berkeupayaan menguasai asas literasi
(dalam Bahasa Malaysia) setelah
mengikuti pendidikan Tahap I.
DEFINISI ASAS LITERASI
• Keupayaan untuk membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan
ayat majmuk yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam pembelajaran serta komunikasi
harian.
KANDUNGAN PROGRAM LITERASI

• Prabacaan (Mengenali abjad, mengeja


dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup).
• Membaca dan menulis perkataan daripada
suku kata terbuka dan tertutup.
• Membaca, menulis dan memahami ayat
tunggal dan ayat majmuk yang mudah
(menggunakan kata hubung “dan”).
MATLAMAT NUMERASI
• Semua murid berkeupayaan untuk
menguasai asas numerasi kecuali murid
berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan sekolah rendah.
DEFINISI ASAS NUMERASI
• Kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik
yang mudah serta mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik
dalam kehidupan harian.
KANDUNGAN PROGRAM NUMERASI
• Pranombor, Nombor Bulat
– Memadan
– Membanding
– menyusun
– Membilang

• Operasi asas
– Tambah dan tolak
– Darab
– Bahagi

• Aplikasi
– Wang
– Masa dan waktu
– Bentuk
Definisi Literasi dan Numerasi asas di bawah Program LINUS
Literasi Asas
Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (menggunakan kata
hubung) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian
Kemahiran Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Berupaya ▪ Minima 500 perkataan umum ▪ Minima 800 perkataan umum ▪ Minimum 1000 perkataan
membaca, menulis yang mudah yang mudah umum yang mudah
dan memahami ▪ Ayat tunggal ▪ Ayat mudah & majmuk ▪ Ayat mudah & majmuk
dengan kata hubung dengan kata hubung dalam
perenggan pendek

Numerasi Asas
Keupayaan menyelesai operasi asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasi
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian
Kemahiran Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Membaca, menulis, ▪ Nombor sehingga 50 ▪ Nombor sehingga 100 ▪ Nombor sehingga 1000
mengira dan
menyusun (ikut
susunan) nombor
bulat
Operasi Asas ▪ Fakta asas untuk tambah dan ▪ Fakta asas untuk tambah dan ▪ Fakta asas untuk tambah dan
tolak tolak, darab (2, 5 & 10) dan tolak, darab (3,4,6,7,8 & 9)
bahagi ( 2, 5 & 10) dan bahagi (3,4,6,7,8 & 9)

Aplikasi ▪ Mengira duit sehingga RM10 ▪ Mengira duit sehingga RM50 ▪ Mengira wang sehingga RM100
▪ Menyatakan waktu dalam ▪ Menyatakan waktu dalam jam ▪ Menentukan masa dalam sejam
sehari secara analog pada jam analog
▪ Mengukur panjang sesuatu ▪ Mengukur panjang sesuatu ▪ Mengukur panjang objek dalam
objek dalam unit-unit relatif objek dalam unit yang betul unit yagn betul (dalam cm sahaja)

1
Maklumat Perbandingan LINUS 1.0
Dengan LINUS 2.0
• LINUS 1.0: Literasi BM dan Numerasi dan
LINUS 2.0: Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi
• Istilah Saringan;
LINUS 1.0 : 3 kali saringan setahun (saringan 1 – 9),
LINUS 2.0 : 2 kali saringan setahun (saringan 1 dan
saringan 2)
• Semua murid perlu menduduki semua saringan
sepanjang berada di tahap 1 dan jumlah saringan
adalah 6 kali ( dua kali setahun : Tahun 1, Tahun 2 dan
Tahun 3)
• KPI Literasi Bahasa Inggeris – Saringan Baseline akan
dijalankan pada jun 2013 dan KPI akan ditentukan
selepas itu.
Maklumat Perbandingan LINUS 1.0
Dengan LINUS 2.0
• Penguasaan konstruk dalam LINUS 1.0 adalah
menguasai sehingga konstruk 8 untuk literasi, dan
menguasai hingga konstruk 10 untuk numerasi, baru
dianggap sebagai Perdana. Untuk LINUS 2.0, murid
perlu menguasai semua 12 konstruk untuk Literasi dan
Numerasi, baru dianggap sebagai menguasai ataupun
perdana.
• Dalam LINUS 2.0 murid-murid akan dikategorikan
kepada dua kategori sahaja iaitu Menguasai (Perdana)
dan Belum Menguasai (Linus dan Tegar).

Anda mungkin juga menyukai