Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Tugasan kerja kursus falsafah dan pendidikan di Malaysia merupakan cabaran yang agak
besar bagi saya.Saya dan rakan-rakan saya diberikan tugasan ini kerana kami mengambil
subjek falsafah sebagai subjek teras.Kami perlu menyiapkan tiga tugasan yang penting dalam
kerja kursus ini iaitu membina montaj,penulisan esei serta quiz.

Sepanjang kerja kursus ini,saya telah mempelajari banyak perkara yang baru.Antaranya ialah
kami diminta untuk membuat montaj secara berkumpulan.Saya telah mengetahui kepentingan
sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.Kami dapat berkongsi banyak idea dan menerima
pandangan ahli kumpulan yang lain bagi meningkatkan mutu kerja kursus kami.Saya juga dapat
menerokai perisian-perisian baru bagi menyenangkan tugasan membina montaj.Saya dan
rakan sekumpulan saya dapat menyiapkan pada masa yang singkat.Selain itu,penulisan esei
berkaitan tajuk profesionalisme keguruan dan pembelajaran abad ke-21 telah meningkatkan
pengetahuan saya tentang sistem pendidikan di negara kita sebagai seorang bakal guru.Saya
dapat membaca tentang topik tersebut daripada pelbagai sumber yang telah memudahkan
kerja penulisan saya.Quiz belum dijalankan dan saya sedang mengambil langkah selamat
dengan membaca topik-topik yang akan duji dalam kuiz nanti.

Di samping itu,saya telah menghadapi banyak kekangan yang telah meningkatkan tekanan
saya pada seketika.Saya menghadapi masalah pengurusan masa kerana saya terpaksa
mengagihkan masa untuk menyiapkan kerja kursus yang lain.Saya juga menghadapi kesukaran
untuk memahami topik yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.Saya asyik menghadap
komputer yang membuatkan saya letih.Seterusnya,saya menghadapi masalah dalam mencari
satu perisian yang bagus agar dapat menyiapkan kerja kursus dengan senang.Saya juga
menghadapi masalah apabila maklumat yang dicarikan oleh ahli kumpulan saya untuk tugasan
montaj tidak sampai pada masa yang singkat.Apatah lagi apabila virus dari pen drive telah
menjadi musuh utama semasa saya melakukan penulisan esei secara bersendirian.

Justeru,walaupun saya menghadapi banyak cabaran untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
ini,saya berjaya menghadapinya dengan bimbingan kawan dan doa saya kepada Tuhan.Saya
sangat berterima kasih kepada semua yang membantu saya secara langsung dan tidak
langsung.

Anda mungkin juga menyukai