Anda di halaman 1dari 4

1.

0 LAPORAN PENULISAN REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah bertungkus lumus mengikut tempoh
yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya persembahkan. Saya telah menerima
tugasan untuk Seni dalam Pendidikan (SDP) pada 19 Februari 2016 daripada pensyarah
bimbingan iaitu Puan Khadijah binti Amat@Kamaruddin.

Sebagai seorang bakal guru, menguasai kemahiran di dalam SDP adalah amat
penting. Hal ini kerana adalah apabila saya menghadapi alam pekerjaan kelak, adalah lebih
mudah untuk saya mempelbagaikan cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas menggunakan aktiviti-aktiviti kesenian. SDP menjurus kepada penggunaan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai pendekatan inter-disiplin dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Perkara ini sekaligus telah mendorong guru untuk menjadikan lebih kreatif, kritis, inovatif,
inventif dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang perlu
diaplikasikan kepada murid-murid yang mempunyai kecergasan yang pelbagai.

Tugasan kerja kursus yang perlu saya lakukan adalah kit pembelajaran yang
mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran bidang teras di sekolah rendah. Perkara utama yang ingin
saya fokuskan dalam tugasan kerja kursus ini adalah terhadap ilmu dan kemahiran yang
diperolehi berdasarkan konsep asas dan elemen SDP. Ahli kelas saya dibahagikan kepada
10 kumpulan kerana tugasan ini perlu dilaksanakan secara berpasangan. Pasangan saya
dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini ialah Nadiah Syafiqah. Setelah melakukan
perbincangan, kami telah memutuskan untuk membuat kit pembelajaran dalam mata
pelajaran Matematik untuk operasi tambah dan tolak serta cara-cara untuk membuat
persamaan matematik berdasarkan soalan yang disediakan.

Pertama sekali, kami perlu mencari bahan-bahan seperti paip pvc, kertas kotak,
bekas-bekas kecil, mounting board dan guli untuk membuat kit pembelajaran. Kit
pembelajaran yang dihasilkan oleh kami adalah sebuah kotak yang mengandungi saluran
untuk membenarkan pergerakan guli sehingga ke dalam bekas di luar kotak serta lorong-
lorong kecil dibuat sebagai medium untuk memasukkan guli ke dalam saluran di bawah
tersebut. Cara untuk menggunakan kit pembelajaran ini adalah dengan memasukkan guli ke
dalam saluran yang berlebel nombor satu hingga sembilan. Untuk operasi tambah, murid-
murid perlu mengambil jumlah guli yang sama dengan soalan yang diberikan. Soalan yang
diberikan menggunakan bilangan haiwan dan murid-murid perlu melakukan pergerakan
haiwan terlebih dahulu sebelum mula menyelesaikan soalan tersebut. Semasa murid

3
menggunakan kit pembelajaran tersebut, muzik dipasang untuk meningkatkan suasana
pembelajaran yang menyeronokan. Kit pembelajaran yang dibina telah mengintergrasikan
seni visual, muzik dan pergerakan.

Kami telah mengaplikasikan elemen-elemen yang terdapat di dalam seni visual


terhadap hiasan kit pembelajaran kami untuk menarik murid-murid menggunakan kit
pembelajaran tersebut. Kami mengunakan warna-warna asas (merah, biru dan kuning),
warna sekunder (hijau, jingga dan ungu) serta warna tertier yang digunakan untuk
menjadikan kotak tersebut lebih cantik dan membezakan bahagian-bahagian yang terdapat
pada kotak tersebut. Seterusnya, untuk seni muzik kami telah menggunakan kesemua
elemen di dalam seni muzik sepeti irama, melodi, harmoni, warna ton, ekspresi, bentuk dan
tekstur. Kami menggunakan lagu kanak-kanak iaitu Old Mc Donald Had a Fram untuk
menceriakan suasana di dalam kelas. Bagi seni pergerakan pula, kami menggunakan
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan haiwan yang akan dilakukan oleh
murid-murid dan berpindah daripada satu stesen ke stesen yang lain untuk menyelesaikan
soalan yang diberikan.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai kemahiran dan
ilmu berkaitan dengan Seni dalam Pendidikan. Antaranya, saya telah berjaya menguasai
konsep-konsep asas yang terdapat di dalam seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Konsep-konsep ini diaplikasikan semasa menyiapkan kit pembelajaran yang diselitkan
dengan pelbagai elemen penting untuk mempelbagaikan dan mengembangkan kemahiran
yang akan diperoleh. Contoh kemahiran yang saya peroleh adalah kemahiran yang terdapat
di dalam seni pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, penggunaan
ruang yang baik, kesedaran tubuh badan, kualiti pergerakan dan cara untuk interaksi dengan
objek.

Dalam proses menyiapkan kesemua tugasan ini, terdapat beberapa masalah dan
kelemahan yang saya alami. Masalah pertama yang saya hadapi ialah kekangan masa. Hal
ini kerana masa saya terbatas dengan menghadiri kuliah dan aktiviti kelas sehingga waktu
petang. Pada awalnya saya merasakan masa yang diberikan adalah satu jangka masa yang
panjang namun setelah menyiapkan tugasan ini tanpa saya sedari masa yang berlalu adalah
amat singkat. Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk mencari bahan-bahan
membuat kit pembelajaran seperti paip pvc dan kotak. Saya juga sedikit gementar semasa
melakukan persembahan perlaksanaan kit pembelajaran di hadapan pensyarah pembimbing
dan rakan-rakan namun perasaan gementar berjaya diatasi dengan mendapat kerjasama
yang baik daripada rakan-rakan.

4
Kekuatan yang ada untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan adalah
bimbingan yang padu dan berterusan daripada Puan Khadijah yang telah banyak membantu
dari segi panduan membuat kit pembelajaran. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau,
mungkin saya tidak berjaya menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, sokongan yang padu
daripada rakan-rakan dan ahli kumpulan telah banyak membantu dan memberi kekuatan
kepada saya untuk menghadapi cabaran yang dihadapi semasa proses menghasilkan kit
pembelajaran tersebut.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman, pengajaran dan


ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai
seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak
mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar
nanti.

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai
iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang
mendatang. Saya telah belajar untuk bijak mengatur masa agar segala perancangan untuk
sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat berjalan dengan lancar memandangkan pada
masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan
dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya
tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Segala cabaran yang dihadapi semasa
melakukan tugasan ini juga telah mengajar saya untuk lebih bersabar dan tabah. Melalui
kerja secara berkumpulan, semangat kerjasama dan setia kawan telah dipupuk. Walaupun
terdapat percanggahan pendapat, kami berjaya menyelesaikannya dengan perbincangan
dan saling menerima pendapat antara satu sama lain.

Dari segi penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, apabila menerima tugasan
daripada pensyarah saya akan menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan
berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti
selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Saya
juga akan memperbaiki segala kelemahan saya untuk kehidupan yang lebih baik.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini
sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

5
2.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Seni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai