Anda di halaman 1dari 8

TOKOH ASTRONOMI ISLAM : AL-KHAWARIZMI

1.0 PENGENALAN

Bidang astronomi amat penting dalam kehidupan manusia. Astronomi merupakan kajian
mengenai alam semesta yang dilakukan menggunakan teleskop oleh astronomer (Aslan
Rafie, 2008). Hal ini bermaksud kajian dibuat dengan melihat planet, matahari, bulan, komet,
bintang dan galaksi dari segi sejarah, pergerakan, lokasi dan komposisi kimia. Bidang
astronomi dipelajari dan diteroka bukan sahaja untuk keperluan ibadat tetapi bidang ini
merupakan asas kepada perkembangan bidang-bidang sains lain seperti ilmu pelayaran,
pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya.

Tamadun manusia awal seperti Mesopotamia, Mesir dan Yunani telah banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu astronomi. Sehingga kurun ke-16 M, teori
Ptolemy adalah teras pengetahuan astronomi dan dapat mempengaruhi astronomi Islam dan
Eropah Barat (Jumali, 2008). Menurut Aliah Abdul Rahim (2001), ahli astronomi ialah orang
yang mengkaji astronomi dan kebiasaannya mereka bekerja di dalam bangunan yang
dinamai balai cerap. Di dalam bangunan ini, terdapat teleskop dan peralatan lain yang
digunakan untuk mencerap. Al-Biruni, al-Khawarizmi, Nasir al-Din al-Tusi, Nicolaus
Copurnicus, Tycho Brake, Galileo Galilei dan ramai lagi ahli astronomi memberi sumbangan
yang besar terhadap bidang astronomi yang masih digunapakai sehingga hari ini.

Menurut kajian Susiknan Azhar (2010), bidang ini bukan untuk pengembangan ilmu
semata-mata tetapi ia penting untuk melaksanakan ibadat-ibadat dalam agama Islam yang
berkaitan dengan waktu seperti solat, puasa dan haji. Ahli astronomi purba menggunakan
planet sebagai kalendar serta untuk meramal masa hadapan (Aliah Abdul Rahim, 2001).
Perkara ini penting bagi petani terutamanya untuk menaman tamanan dan juga menuai.

Setelah berabad-abad berlalu, ahli astronomi menemukan banyak perkara tentang


matahari, bulan, planet dan bintang yang jauh. Mereka telah membuktikan bahawa bumi
yang didiami oleh manusia merupakan sebahagian daripada Sistem Suria. Dengan
menggunakan teleskop paling berkuasa di dunia, ahli astronomi ini dapat melihat beribu juta
kilometer merentas Alam Semesta. Dengan itu, banyak penemuan telah dibuat oleh ahli
astronomi perintis yang mengkaji langit malam.

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya telah memilih untuk membuat kajian
tentang tokoh ahli astronomi Islam iaitu al-Khawarizmi. Hal ini kerana beliau telah
memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada bidang astronomi.

1
2.0 LATAR BELAKANG AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau juga
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Di Barat, al-Khawarizmi
dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismim, al-Goritmi, al-
Gorismi dan dieja dalam beberapa perkataan lagi. Beliau berketurunan Parsi yang berasal
dari kawasan Khwarizm iaitu di kawasan Aral Sea yang merupakan sebahagian daripada
Uzbekistan dan Turkmenistan. Al-khawarizmi di lahirkan di Bukhara dan gelaran al-
Khawarizmi diberi kepada beliau sempena nama tempat kelahirannya iaitu Khawarizm. Pada
kurun ketiga Hijrah bersamaan kurun kesembilan Masihi telah menyaksikan kehidupan aktif
al-Khawarizmi dalam bidang Matematik. Namun begitu, ahli sejarah dan biografi tidak dapat
menetapkan dengan pasti tarikh kelahiran dan kewafatan beliau (Abdul Karim Mustafa,
1998).

Beliau memasuki sekolah rendah (Kitab) seawal umur 6 tahun dan belajar membaca,
menulis, menghafaz Al-Quran serta mempelajari asas `Ulum As-Syariah dan Ulum al-
Adbiah (ilmu-ilmu dalam bidang sastera) di peringkat sekolah menengah (madrasah). Al-
Khawarizmi amat berminat dalam bidang `Ulum ar-Riyadhiah (ilmu-ilmu dalam bidang
matematik, al-Gebra, dan geometri) sehingga beliau diarahkan oleh pendakwah masjid yang
beliau jumpai dalam perjalanan pulang dari ladangnya untuk pergi ke Baghdad bagi mencari
ilmu matematik (Abdul Karim Mustafa, 1998). Beliau juga telah menghabiskan masa selama
2 tahun untuk mempelajari ilmu matematik daripada para sarjana di Baghdad. Penguasaan
beliau dalam bidang matematik dibuktikan melalui perdebatan antara Khalifah ar-Rashid
tentang masalah-masalah matematik dan Al-Khawarizmi turut mengetahui ilmu matematik
orang Mesir kuno, Yunani, Parsi dan Babylon. Oleh sebab itu, beliau dilantik sebagai ahli
akademik matematik di situ.

Al-Khawarizmi hidup semasa zaman Khalifah Bani Abbasiyah iaitu sewaktu


pemerintahan Khalifah al Mamun dan beliau pernah diamanahkan untuk bertugas sebagai
pustakawan sewaktu bekerja di Baitul-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad. Beliau amat
mahir bahasa Parsi danTurki yang dipelajari oleh ibu bapanya (Abdul Karim Mustafa, 1998).
Di situ juga, beliau ditugaskan untuk mengumpul dan menterjemahkan buku-buku Yunani ke
dalam Bahasa Arab dan disebabkan oleh kebijaksanaan beliau, beliau dipilih untuk
memimpin perpustakaan khalifah pada zaman itu.

Beliau merupakan tokoh matematik yang paling tersohor dalam sejarah. Beliau mahir
dalam bidang matematik, astronomi dan geografi di Baitul-Hikmah. Segala teori dan ilmu al-
Khawarizmi telah mempengaruhi pemikiran ahli matematik pada abad pertengahan. Ekoran

2
daripada ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam bidang matematik, ia telah menjadi
pencetus kepada bidang astronomi yang berasaskan matematik.

3.0 SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Al-Khawarizmi memberikan banyak sumbangan dalam dalam bidang matematik dan


astronomi. Beliau banyak menghasilkan karya antaranya Al-Jabr wal Muqabalah yang mana
beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi. Seterusnya, beliau juga menghasilkan karya Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
Dalam karya ini, beliau telah mengajukan dan mengemukakan 800 buah contoh-contoh
persoalan matematik. Antara karya-karya beliau yang lain ialah Mufatih al-Ulum, Al-Jami wa
al-Tafsir bi Hisab al-Hind, Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah (mengenai
algebra), Al-Tarikh, Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah dan banyak lagi.

Rajah 1 : Salah satu kitab karangan Al-Khawarizmi

3.1 DALAM BIDANG ASTRONOMI

Walaupun al-Khawarizmi banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik, beliau turut
telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang astronomi yang dikaitkan dengan
bidang matematik disebabkan oleh ilmu beliau dalam bidang matematik yang terlalu tinggi.

Al-Khawarizmi juga bekerjasama dengan ulama al-Mamun untuk bertugas di


observatori (balai cerap) astronomi yang didirikan di Baghdad. Balai cerap ini merupakan
balai cerap yang pertama di Baghdad dan digunakan untuk mengetahui tentang kedudukan
bumi serta keluasannya, selain mengukur garisan latitud dan longitud secara lebih tepat
daripada ukuran Ptelomy. Balai cerap ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam
sejarah astronomi Islam dan menjadi tempat titik tolak aktiviti saintifik dalam dunia Islam
pada pertengahan abad ke-13 (Kassim Bahali, 2014).

3
Al-Khawarizmi menghasilkan dua makalah tentang astronomi semasa bertugas di
perpustakaan istana. Makalah yang pertama ialah tentang alat daripada batu marmar yang
dipanggil Ruhkamat yang digunakan untuk mengenal pasti waktu solat berdasarkan
perubahan bayang-bayang sesuatu benda dalam bulatan, mulai terbit matahari hingga
tenggelam matahari bersesuaian dengan dua kali putaran bumi di sekeliling paksinya
menghadap matahari. Beliau juga menghasilkan satu lagi makalah tentang sejenis alat
ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi ini juga bergantung
kepada ilmu pengiraan al-Jabr yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi. Alat pelayaran
seperti kuadran digunakan untuk menyukat sudut dan altitud serta astrolab digunakan untuk
mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.

Menerusi kitab al-Amal bi al-Astrulab iaitu pengiraan menggunakan astrolab dan


KItab Amal San Al-Astrulab iaitu seni pengiraan menggunakan astrolab, beliau telah
menceritakan tentang penggunaan alat astrolab untuk menentukan altitud jisim samawi
daripada titik cerapan tertentu. Astrolab merupakan alat untuk mengukur ketinggian bintang
yang diperbuat daripada kayu atau logam yang digunakan ahli falak untuk menentukan
altitud jirim samawi, untuk menentukan latitud dan masa pencerap, atau melakukan
pengiraan matematik. Alat astrolab yang dicipta al-Khawarizmi dikatakan mampu
menyelesaikan 43 masalah yang berkaitan dengan pengiraaan tersebut. Sekurun kemudian
pula, tokoh falak Iran yang terkenal Abdul Rahman al-Sufi pula telah mereka cipta alat yang
sama untuk digunakan dengan lebih cekap sehingga mampu menyelesaikan sebanyak 1000
masalah berkaitan dengan astronomi dan matematik.

Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah buku yang dihasilkan oleh al-
Khawarizmi yang berdasarkan kaedah astronomi India yang dikaji oleh beliau. Selama al-
Khawarizmi berada di perpustakaan istana al-Mamun, beliau telah menelaah kitab India
yang tebal iaitu as-Sidhant yang berkaitan dengan astronomi (Abdul Karim Mustafa, 1998).
Melalui kitab tersebut, beliau telah mengkaji dan meneliti carta-carta astronomi yang
mengariskan pergerakan bintang di angkasa. Al-Khawarizmi turut meringkaskan kitab ini
supaya mudah difahami yang diberi nama as-Sind Hindus-Saghir (as-Sind-India Kecil) untuk
menyebarkan ilmu astronomi India dalam kalangan pelajar dan ulama astronomi di negara-
negara Islam. Beliau telah menyusun carta-carta tersebut menurut keperluan kajiannya
tentang matematik yang menyentuh tentang kitaran planet di sekeliling bintang. Dalam karya
ini juga, terdapat 37 simbol pada pengiraan kalendar astronomi dan 116 jadual kelendar
astronomi.

4
Sehubungan dengan itu, beliau telah mencipta takwim berasaskan kompromi aliran
India, Parsi dan Yunani. Takwin yang menggunakan tahun Parsi ini kemudiannya
mempunyai pengaruh yang besar di Timur dan Barat (Mahmood Zuhdi, 2003).

3.2 DALAM BIDANG MATEMATIK

3.2.1 NOMBOR

Sistem nombor yang digunakan kini iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9 diperkenalkan oleh Al-
Khawarizmi kepada tamadun dunia sebagai sumbangan beliau yang masih digunapakai
sehingga kini. Setiap bangsa di dunia mempunyai cara yang tersendiri untuk membuat
pengiraan melalui angka-angka. Contohnya, tamadun-tamadun terdahulu seperti Yunani,
Romawi, Mesir Kuno, Babylon dan Parsi telah lama memiliki angka-angka tertentu yang
membolehkan mereka melakukan pelbagai operasi pengiraan dan memungkinkan ilmu-ilmu
matematik dan geometri berkembang. Angka-angkat tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Walaupun begitu, al-Khawarizmi merupakan orang
yang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam bidang matematik. Melalui
penggunaan nombor sifar, nombor yang mencapai infiniti dapat diterbitkan.

Angka-angka ini kemudian dipinjam oleh orang Eropah dan digunakan secara meluas
di dunia. Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja
membolehkan operasi pengiraan matematik malah diperluaskan meliputi operasi kuasa, log,
dan sebagainya. Malah ilmu ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang
dengan lebih pesat. Angka sifar yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi telah dipinjam oleh
bahasa-bahasa Eropah dengan sebutaan cifre, chiffre dan zero. Bagi mengenang jasa
beliau dalam bidang ini, satu istilah matematik iaitu logaritme telah dicipta oleh orang-orang
Barat sempena nama beliau.

3.2.2 ALGEBRA

Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-Jabr melalui sumbangan beliau dalam
memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-Jabr. Al-Jabr secara ringkasnya merupakan satu
bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang
mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah dan banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan.

Berlaku pelbagai isu berkenaan ilmu algebra semasa pemerintahan Khalifah al-
Mamum dimana berlaku percanggahan dan telah timbul pelbagai pendapat tentang warisan
ilmu matematik India, Mesir dan Yunani yang mengatakan bahawa ilmu ini rumit, tidak jelas
dan tidak dapat dimanfaatkan dalam urusan masyarakat (Abdul Karim Mustafa, 1998). Oleh

5
sebab itu, al-Khawarizmi telah mengkaji semula ilmu algebra yang tidak tersusun dan
mengambil masa yang lama untuk mengkaji serta mencipta kaedah-kaedah algebra. Ilmu
yang dinamakan al-Jabr wal Muqabalat memuatkan istilah-istilah yang baharu iaitu
pemboleh ubah, pemboleh ubah kuasa dua dan juga pemalar (Abdul Karim Mustafa, 1998).
Pemboleh ubah ini ditulis sebagai x, pemboleh ubah kuasa dua x2, dan pemalar sebagai c.
Al-Jabr merupakan pemindahan sebutan x atau pemboleh ubah yang lain kesebelah pihak
yang sama dalam persamaan itu manakala al-Muqabalat pula merupakan penyatuan
sebutan-sebutan tersebut. Misalnya dalam persamaan yang berikut :

x2 x = 3x + 5

Oleh itu,al-Jabrnya adalah x2 = 3x +x + 5 dan al-Muqabalat pula x2 = 4x + 5.


Kandungan kitab ini juga memuatkan tentang pengiraan pendaraban, campur, tolak, bahagi,
persamaan, kerja-kerja pengukuran, permasalah jual beli dan pembahagian mata wang
dalam aktiviti perdagangan. Selain itu, ilmu ini telah memudahkan kerja mengukur satah
yang rata dilakukan iaitu dari segi keluasan piramid dan bulatan kon. Kesemua kaedah yang
dicipta telah menyelesaikan isu-isu dalam urusan masyarakat. Berdasarkan kaedah-kaedah
yang telah dicipta oleh al-Khawarizmi, bidang matematik kini semakin berkembang dan
kaedah ini merupakan pencetus kepada pelbagai kaedah matematik yang baharu yang
banyak dicipta untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik yang timbul kini.

Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah merupakan buku yang sangat


mempengaruhi pemikiran cendekiawancendekiawan Eropah dan kemudiannya
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Robert Chester pada tahun 535H/1140M dengan
tajuk Liber Algebras et Almucabala dan pada tahun 1247H/1831M buku ini diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris oleh Frederic Rosen (Susiknan Azhari, 2010). Dalam buku ini, beliau
telah menghuraikan tentang ilmu algebra sebagai suatu cara menyelesaikan masalah yang
di dalamnya terdapat bilangan yang tidak diketahui (Mahmood Zuhdi, 2003). Beliau juga
menyebut banyak formula yang sehingga hari ini masih sesuai dipelajari daripada buku ini
dan antara formula yang masyhur ialah tentang nilai hakiki bagi yang majhul.

3.2.3 GEOMETRI DAN TRIGONOMETRI

Melalui penggunaan algebra, al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam bidang


geometri dan trigonometri yang merupakan bidang pecahan kepada bidang matematik yang
melibatkan pengiraan. Geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu
geo yang membawa erti bumi dan metri yang bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula
geometri merupakan ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-

6
sifat ruang. Geometri juga berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut,
permukaan dan pepejal dalam ruang.

Trigonometri merupakan istilah yang berasal daripada istilah Inggeris trigonometry


yang hanya digunakan sejak akhir kurun ke-16 Masihi sahaja. Ia dipadankan daripada
perkataan Yunani Trigonometria, yang bererti sukatan tiga sudut. Bidang ini juga berkaitan
dengan pengiraan bagi segi tiga, sukatan, sisi dan sudut. Keseluruhan perkembangan
trigonometri pada zaman dahulu adalah dimotivasikan oleh masalah yang berkaitan dengan
arkitek dan astronomi di mana semua ini berhubung kait dengan bentuk-bentuk atas sfera.

Sehubungan dengan itu, al-Khawarizmi telah memuatkan bidang-bidang ini di dalam


karya beliau iaitu Hisab-al-Jabr waal-Muqabalah.

4.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, Al Khawarizmi merupakan salah seorang tokoh serta sarjana


Islam yang sangat disanjungi dan segani terutamanya apabila melibatkan kepakaran beliau
dalam bidang matematik. Dan beliau merupakan salah seorang tokoh dan sarjana Islam
yang sepatutnya dijadikan contoh dan teladan dalam memajukan serta meningkatkan tahap
keyakinan diri dalam ilmu pengetahuan. Rahsia kejayaan para tokoh dan sarjana Islam ini
adalah kerana ketakwaan dan kesungguhan mereka dalam berlumba-lumba untuk menimba
ilmu dan semua ini dilakukan atas dasar keimanan mereka yang sepenuhnya kepada Allah
S.W.T.

Ilmu astronomi ini telah memberikan maklumat dengan lebih mendalam tentang alam
semesta yang luas dan ilmu ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti
menentukan waktu solat. Justeru itu, peredaran masa dan kemajuan teknologi membuka
lebih banyak peluang untuk masyarakat melihat sendiri keindahan alam semesta dan
mencungkil rahsia serta misteri di sebalik pelbagai fenomena yang berlaku. Tambahan pula
dengan ciptaan peralatan astronomi yang bertaraf antarabangsa menambahkan teknik untuk
mempelajari ilmu tersebut (Utusan Online, 2015). Pada hakikatnya, ilmu astronomi amat luas
untuk diteroka dan masyarakat perlu sedar akan kepentingan mempelajari ilmu tersebut.

7
5.0 RUJUKAN

Abdul Karim Mustafa. (1998). Tokoh Cendekiawan Islam : Al-Khawarizmi (Ahli Matematik).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aliah Abdul Rahim. (2011). Perintis Sains : Astronomi. Selangor Darul Ehsan : Perpustakaan
Negara Malaysia.

Aslan Rafie. (2008). Sains Angkasa. Dicapai pada 15 Februari 2016, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/11354-sains-angkasa.html

Kassim Bahali. (2014). Balai Cerap dalam Islam. Dewan Kosmik, Ms 6-9.

Mahmood Zuhdi. (2003). Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sisiknan Azhari. (2010). Perkembangan Kajian Astronomi Islam Di Alam Melayu. Jurnal
Fiqh, No. 7 ms 167-184.

Jumali. (2008). Sumbangan Nicolas Copernicus dan Al-Biruni dalam Ilmu Astronomi. Dicapai
pada 17 Februari 2016, daripada https://fastnote.wordpress.com/sumbangan-nicolas-
copernicus-dan-al-biruni-dalam-ilmu-astronomi

Utusan Online. (2015). Planetarium Negara Jendela Astronomi. Diakses pada 20 Februari
2016, daripada http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/planetarium-negara-
jendela-astronomi-1.75302

Anda mungkin juga menyukai