Anda di halaman 1dari 6

Sumbangan Islam Dalam Bidang Ilmu Falak(Astronomi)

Selangkah kemajuan manusia yang dicapai, seribu kebaikan yang dapat dinikmati. Demi

kehidupan pada hari mendatang, manusia kini berpusupusu meneroka segala ilmu pembangunan

hidup yang ada bagi memperbaiki taraf hidup dari generasi ke generasi (Jasmi et al., 2017).

Segala aspek dirangkumkan untuk merealisasikan setiap insan yang menginginkan kemajuan

kepada kehidupan manusia sejagat. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan pesat dalam

pelbagai aspek sains dan teknologi pada masa kini. Landasan agama Islam menjadi satu batu aras

agar manusia tidak tersasar jauh dalam mengejar pembangunan (Ahmad, Z., 1996; Jasmi, 2017;

Kamarudin, 2005.; Wan Mohamed Radzi, 2000). Kejayaan islam tertegak hingga kini atas usaha

para ilmuan islam berusaha mengkaji kejadian planet ciptaan Allah, merungkai permasaalahan,

dan memperlihatkan pada dunia betapa cantiknya warna-warni ciptaan Allah s.w.t. salah satu

kemajuan islam adalah sumbangan ilmuan islam dalam bidang astronomi. Astronomi Islam atau

astronomi Arab boleh disebut juga ilmu Falak atau ilmu hisab merupakan salah satu ilmu

keislaman yang dilupakan. Padahal ilmu ini telahpun dikembangkan oleh ilmuwan-ilmuwan

Muslim sejak abad pertama Hijrah. Bukan hanya untuk pengembangan ilmu sahaja, tetapi

juga, dan ini lebih penting, untuk kepentingan praktis menjalankan perintah-perintah agama yang

sangat berkaitan dengan waktu, seperti solat, puasa, dan haji. Dalam abad pertengahan,

perkembangan astronomi Islam menunjukkan majunya peradaban Islam dengan lahirnya

tokoh-tokoh besar. Selanjutnya, dengan astronomi Islam setiap Muslim dapat memastikan ke

mana arah kiblat untuk suatu tempat di permukaan bumi yang jauh dari Mekah. Dengannya pula

setiap Muslim dapat mengetahui waktu solat sudah tiba atau matahari sudah terbenam (ghurub)

untuk berbuka puasa. Dengannya juga orang yang melakukan rukyah dapat mengarahkan

pandangan ke posisi hilal yang lebih mendekati ketepatan. Dengan demikian, astronomi Islam
atau ilmu hisab dapat mendatangkan keyakinan kepada setiap Muslim dalam melakukan

ibadah, sehingga ibadahnya akan lebih mantap. Pada masa sekarang ini kehadiran

astronomi Islam adalah sangat penting, bukan sahaja kerana dalam beberapa hal tetap

diperlukan tetapi lebih dari itu ianya juga memiliki makna yang sangat penting

dalam menghargai peradaban Islam.

Tokoh-tokoh islam dalam bidang astronomi.

Bila kita telah mula berbicara tentang tokoh islam dalam bidang astronomi, nama yang tidak

asing dalam bidang ini adalah Al-Kawarizmi. Berikut adalah sedikit biodata beliau:

 Nama sebenar: Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi

 Dilahirkan di: Bukhara

 Dikenali sebagai: sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff

 Dikenali di barat : al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,

al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

 Zaman kegemilangan: tahun 780-850 Masihi

Al-Khawarizmi juga mempunyai sumbangan yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang

sains astronomi iaitu bidang kaji bintang atau ilmu falak. Bidang astronomi juga membuatkan al-

Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq

atau pengetahuan tentang bintangbintang, yang melibatkan kajian tentang kedudukan,

pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Sumbangan

Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan

Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Al-Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu
10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja

asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji

bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Buku Al-Khawarizmi mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a

wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam

buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard

bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar

Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat

yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya

kedua-dua buku itu telah hilang.

 Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghan(870M)

Beliau merupakan salah seorang sarjana Islam dalam bidang astronomi yang amat dikagumi.

Beliau juga merupakan salah ahli astronomi pada masa Khalifah Al-Ma'mun. Dia menulis

mengenai astrolabe dan menerangkan mengenai teori matematik di balik penggunaan peralatan

astronomi itu. Kitabnya yang paling terkenal adalah Fi Harakat Al-Samawiyah wa Jaamai Ilm al-

Nujum tentang kosmologi.

Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dan masih

terkenal di Eropah sampai masa Regiomontanus. Pengetahuan Dante Alighieri

tentang astronomi Ptolemaic, yang ditulis dalam bukunya Divina Commedia

serta karya-karya lainnya seperti Convivio, telah diambil dari karya Alfraganus
yang dibaca beliau. Pada abad ke-17 orientalis Belanda Jacob Golius menerbitkan teks Arab atas

manuskrip yang diperolehi di Timur Dekat, dengan terjemahan Latin baru dan catatan yang lebih

menyeluruh.

 Abu Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-Battani al-Harrani atau nama panggilan

Al-Batani (858 - 929 M)

Al-Batani banyak mengkaji dalam bidang perhitungan Ptolomeus mengenai orbit bulan dan

planet-planet tertentu. Dia membuktikan kemungkinan gerhana matahari tahunan dan

menghitung secara lebih tepat sudut lintasan matahari terhadap bumi, perhitungan yang sangat

tepat mengenai lamanya setahun matahari 365hari, 5 jam, 46 menit dan 24 detik. Al-Battani

mengusulkan teori baru untuk menentukan keadaan dapat terlihatnya bulan baru atau “anak

bulan”. Selain itu, ia juga berhasil mengubah sistem pergiraan yang membagi satu hari ke dalam

60 bagian (jam) menjadi 12 bagian (12 jam), dan setelah ditambah 12 jam waktu malam

sehingga berjumlah 24 jam. Buku fenomenal karya Al-Battani pun diterjemahkan Barat. Buku

"De Scienta Stelarum De Numeris Stellarum" itu masih disimpan di VATIKAN ROMA

ITALIA. Tokoh-tokoh astronomi EROPAH seperti "Copernicus", "Regiomantanus", "Kepler"

dan "Peubach" TAK MUNGKIN MENCAPAI BERJAYA tanpa jasa Al-Batani. Copernicus

dalam bukunya 'De Revoltionibus Orbium Clestium' mengaku berutang budi pada Al-Battani.

 Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham(965 - 10390 M)

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang suka melakukan penyelidikan. Penyelidikannya

mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan

Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan
menemukan berbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang

ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antara lain Light dan On Twilight

Phenomena. Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan

dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana. Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula

apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan

hilang apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah

berhasil menghasilkan kedudukan cahaya seperti biasan cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu

Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar, dan dari situ ditemukanlah

teori kanta pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para ilmuwan di Itali untuk menghasilkan

kanta pembesar yang pertama di dunia. Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah

menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang

mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan kewujudan

tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai

jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah

memberikan ilham kepada ilmuwan barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau

telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan

kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa kini.

 Al-Biruni (973 - 1050 M)

Al-Biruni turut memberi sumbangan dalam bidang astrologi pada zaman Renaissance. Ia telah

menyatakan bahawa bumi berputar diatas paksinya.. Pada zaman itu, Al-Biruni juga telah

mengira ukuran bumi dan membetulkan arah kota Makkah secara saintifik dari berbagai arah di

dunia. Dari 150 hasil karyanya, 35 diantaranya didedikasikan untuk bidang astronomi.
Ketika berusia 17 tahun, dia meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan

altitude maksima matahari.Saat berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk

kajian peta, "Kartografi", yang termasuk metodologi untuk membuat projek bentuk muka bumi

pada bidang datar. Saat berusia 27, dia telah menulis buku berjudul "Kronologi" yang merujuk

kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku

tentang astrolab, sebuah buku tentang sistem pengiraan perpuhan/genap, 4 buku tentang

pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.Beliau membuat penelitian radius Bumi kepada

6.339,6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke 16).

Anda mungkin juga menyukai