Anda di halaman 1dari 4

Perkembangan ilmu Astronomi

dalam tamadun slam dan Asia


Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law
oI the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu
Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian atau
pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan
atmosIera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astroIizik.
Diantara zaman Ptolemy dan zaman Copernicus, dalam satu jangkamasa melebihi
seribu tahun, perkembangan astronomi adalah tidak menggalakkan di benua Eropah.
Sebaliknya, di tanah Islam pula, banyak progres yang penting telah berlaku di antara
kurun ke-9 dan kurun ke-11 didalam bidang peralatan matematik astronomi dan
cerapan langit.
Maka bermulalah zaman kegemilangan astronomi Islam dibawah pentadbiran
KhaliIah Al-Rashid dan anaknya Al-Mamun. Kedua-duanya menggalakkan usaha
saintiIik dan budaya dalam pentadbiran empayarnya. Dalam masa pentadbirannya di
Bagdad, antara tahun 813 dan 833, KhaliIah Al-Mamun telah menapakkan satu
perpustakaan yang terbesar sejak zaman Alexandria, yang dipanggil 'The House oI
Wisdom. Dia juga telah mengasaskan satu balai cerap tetap yang pertama di dunia.
Satu tokoh yang terkemuka dalam kurun ke-9 ialah seorang intelektual berbangsa
Farsi yang dipanggil Al-Khawarizmi. Dia telah menulis sebuah buku pertama
mengenai Algebra yang dipanggil 'Hisab al-jabr w`al-muqabala, sambil
memperkenalkan disiplin ini. Dia memperkenalkan dan menyebarkan penggunaan
nombor yang kita gunakan sekarang ini. Sumbangan utamanya terhadap astronomi
adalah dalam bentuk buku Sindhind zij yang berdasarkan astronomi India, dimana
terdapat jadual kedudukan Matahari, Bulan dan planet-planet. Dia juga telah mengkaji
berbagai aspek, dari gerhana sehingga Iasa-Iasa bulan.
Hampir pada zaman yang sama, pakar astronomi berbangsa Farsi bernama Al-
Farghani telah menulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil 'Kitab Ii
al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Ia merupakan satu usaha
berdasarkan astronomi Ptolemy. Dia juga memperkenalkan beberapa pandangan baru
termasuk precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet,
malahan bintang-bintang juga. Usaha ini memainkan peranan penting di Eropah Barat
apabila ia diterjemahkan kedalam bahasa Latin dalam kurun ke-12.
Dipenghujung kurun ke-9, tokoh yang terpengaruh ialah seorang pakar astronomi
Arab yang bernama Al-Battani. Ia mencerap langit dari Syria dan telah membuat
beberapa ukuran pada kepersisan amat tinggi buat zaman tersebut. Dia juga telah
menentukan jangkamasa satu tahun solar, ukuran precession ekuinoks dan
kecondongan dataran ecliptik. Dia juga mengambil kesempatan untuk mengasaskan
satu katalog mengandungi 489 bintang-bintang. Dari pandangan yang lebih teoritikal
pula, usaha utamanya yang ditulis di dalam Kitab al-Zij, adalah amat penting sebab ia
memperkenalkan buat pertama kali trigonometri didalam penyelidikan langit.
Pendekatan cara baru ini terbukti lebih berkuasa dari kaedah geometri Ptolemy. Buku
ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin didalam kurun ke-12. Ia telah
mempengaruhi tokoh-tokoh utama dari Eropah dalam kurun ke-16 hingga ke-17.
Dalam tahun 994, pakar astronomi Al-Khujandi, yang berasal dari Tadjikistan (nama
sekarang), telah mencipta satu sextant dinding yang amat besar di Balai Cerap Ray
berhampiran dengan Tehran. Ia merupakan satu alat yang pertama yang membolehkan
sudut diukur dengan lebih persis. Alat ini digunakannya terutamanya untuk mengukur
kecondongan dataran ekliptik dengan lebih persis.
Hampir pada masa yang sama, muncul seorang cendekiawan bernama Al-Biruni,
berasal dari kawasan lautan Aral. Seperti tokoh-tokoh sebelumnya, dia berminat
dalam beberapa bidang termasuk matematik dan geograIi. Dalam astronomi, dia
terkenal bukan saja disebabkan usaha cerapan bulan dan gerhana, malahan juga
pendekatan secara moden dalam kaedah eksperimennya terutamanya dalam analisis
kiraan ralatnya dan juga kiraan Al-Khujandi.
Dalam kurun ke-11, seorang tokoh berbangsa Farsi bernama Omar Khayyam, yang
pada masa tersebut terkenal didalam bidang sajak, juga berminat dalam beberapa
bidang lain, terutamanya bidang algebra dan astronomi. Dia telah mencipta jadual
astronomi baru yang istimewa disebabkan ukuran tahun solar pada tahap kepersisan
yang tertinggi buat masa itu.

Zaman kegemilangan astronomi di tanah Islam ini berakhir dalam kurun ke-12. Hasil
usaha zaman gemilang ini, sedikit demi sedikit telah diterjemahkan kedalam bahasa
Latin, terutamanya di Toledo Sepanyol, lalu tersebar di seluruh benua Eropah.
Melalui terjemahan tersebutlah tokoh-tokoh intelektual Eropah, dipenghujung zaman
pertengahan, mengkaji semula teori Ptolemy dan mempelajari perkembangan
astronomi hasil sumbangan dunia muslim.
Sementara itu,pencapaian dalam bidang matematik dan astronomi bagi tamadun Asia
merupakan antara buah tangan` Asia yang penting kepada dunia.Pencapaian dalam
bidang matematik mempunyai keselarian dalam pencapaian astronomi kerana dua
bidang ini saling melengkapi. Pencapaian tinggi Asia dalam bidang ini dimulai oleh
tamadun India sebelum dibangunkan dengan lebih pesat dalam tamadun Arab-Islam.
Tamadun dunia sangat terhutang budi dengan Tamadun India terutama dalam bidang
matematik kerana angka siIar atau kosong telah dijumpai dalam tamadun ini. Semasa
zaman Gupta ahli matematiknya memperkenalkan konsep siIar atau kosong . Sebelum
adanya konsep siIar hanya nombor positiI sahaja yang diketahui. Setelah nombor siIat
ditemui wujudlah nombor negatiI yang kita kenali sekarang ini. SiIar atau kosong ini
diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali
sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau siIr
yang kemudiannya dikenali sebagai Cipher atau Cypher dalam tamadun barat. Selain
angka siIar satu lagi sumbangan penting mereka ialah terciptanya sistem perpuluhan
yang terus digunakan hingga kini.
Pada kurun ke-5 M, satu sistem matematik yang memudahkan pengiraan tentang
astronomi telah diperkenalkan di India. Di sinilah kemudiannya kaedah yang dikenali
sebagai Ganitam diperkenalkan oleh ahli matematik India untuk mendalami ilmu
astronomi dan mereka mula membangunkan ilmu algebra. Orang Arab selepas kurun
ke-13 telah mengkaji tentang matematik India apabila mereka mula memasuki India.
Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperolehi dari sini yang
kemudiannya diberi nama Al-Jabar. Al` bermaksud satu, Jabr` pula bermaksud
penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat,
kaedah aljebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini
adalah dari al-Jabr` yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari
India.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari
yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M,, Brahmagupta telah
berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas.
Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir
menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi orang India
terutama ahli astronominya telah menyedari tentang adanya medan graviti dan
mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sIera. Brahmagupta pada kurun ke-7
menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah bumi kerana secara semulajadinya
bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Barat
dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang mengenengahkan
teori gravitinya. Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang
kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian. Barat
tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber kepada
cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti ketinggian
ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti Nalanda
yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana
dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China.

Anda mungkin juga menyukai