Anda di halaman 1dari 19

TOKOH TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

AL-KHAWARIZMI
Disediakan oleh : Nur Adawiyah bt Muhamad Ajos Nur Fahana bt Muda

AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa AlKhawarizmi

RIWAYAT HIDUP
Dikenali diBarat sebagai: Dilahirkan di daerah Hawarizmi (Khiwa) satu daerah ke selatan Laut Arab pada 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850M. al-Khawarizmi

Juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff

al-Cowarizmi
al-Ahawizmi al-Karismi al-Goritmi al-Gorismi

Beliau juga dikenali juga sebagai Abu Jaafar kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Jaafar.

PENDIDIKAN
Pengetahuan dan kemahiran beliau meliputi bidang syariat, falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab

PENDIDIKAN

Memperkenalkan angkaangka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam

Menciptakan penggunaan Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi

KETOKOHAN AL-KHAWARIZMI Ketokohan AL-Khawarizmi dapat dilihat daripada dua sudut iaitu :-

Matematik

Astronomi

MATEMATIK
Memperkenalkan aljabar dan hisab Menghasilkan karya-karya yang terkenal ketika zaman tamadun Islam. Contohnya, Mafatih alUlum Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun islam Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah :

Kos, sin dan tan dalam trigonometri

Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan

Bagaimana mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam trigonometri

ASTRONOMI
Astronomi ditakrifkan sebagai ilmu falaq (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang). Seawal kurun ketiga lagi, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim, orang Sepanyol serta Kristian.

Geometri Trigonometri dan astronomi

Aljabar

Sumbangan AlKhawarizmi
Nombor Geografi

NOMBOR
Menerangkan penggunaan sistem angka dalam sebuah yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin iaitu ( De Numero Indorum ) yang berkaitan dengan aritmetik. Menerangkan angka sifar. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah. Melalui sistem ini juga, manusia dapat meramal gerhana, menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menganggar umur dunia dan sebagainya.

ALJABAR
Kemajuan aritmetik membawa kepada kemajuan aljabar (bidang matematik yang

menggunakan tanda-tanda dan huruf-huruf untuk mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah atau secara ringkasnya disebut sebagai ilmu persamaan. Pada abad ke-9 M, beliau telah menulis tentang aljabar yang bertajuk Al-Jabar wa al- Muqabalah. Al-jabar bermaksud mengubah satu kuantiti dari sebelah persamaan ke sebalah yang satu lagi. Al-muqabalah bermaksud memudahkan atau meringkaskan ungkapan yang terhasil dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah persamaan.

Orang pertama yang mengajar aljabar dengan mudah dan

dapat menyelesaikan masalah seperti perwarisan, pembahagian harta dan perniagaan.


Beliau menulis sebuah lagi buku Al-kitab Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa Al-Muqabalah yang bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal dalam kehidupan orang-orang Islam pada waktu itu. Beliau dikenali sebagai Bapa Aljabar.

GEOMETRI

Bidang matematik mengenai

ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal di dalam ruang.

Ilmu ini berkenaan dengan masalah magnitud dan ciri-ciri ruang. Beliau memberi satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan.

TRIGONOMETRI DAN ASTRONOMI

Trigonometri merupakan satu bidang matematik mengenai segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Ilmu yang berkaitan dengan aljabar ini pada asalnya hanya dilihat sebagai perkembangan daripada geometri. Pada abad ke-12 M, perkembangan trigonometri didorong oleh keperluan penyelesaian berangka berhubung dengan astronomi yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Muslim.

Trigonometri ialah suatu ilmu yang memenuhi keperluan praktikal bagi kedua-dua bidang astronomi dan geometri.

Trigonometri bukan sahaja bergantung kepada aljabar bahkan juga dengan alat-alat pelayaran seperti Kuadran (alat untuk menyukat sudut dan altitud) dan Astrolab (satu alat untuk menentukan altitud bintang, matahari dan planet). Astrolab boleh digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung serta dalamnya perigi. Beliau merupakan salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi dan sifat trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard. Antara kandungan kerja beliau dalam bidang trigonometri ialah 100 sifir sinus dan kotangen.

GEOGRAFI
Menghasilkan tulisan tentang geografi yang dimuatkan juga segala

ilmu yang diketahuinya daripada sarjana Yunani yang berjudul, arRubul Mamur. Kitab itu dihasilkannya semasa menjalankan tugas untuk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di observatori di Baghdad. Kitab ini dilengkapkan dengan carta-carta astronomi yang memerikan pergerakan bintang di langit.

Dalam kitab ini, beliau ada menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani iaitu Ptolemy tentang jarak antara negaranegara.

Selain menulis kitab-kitab ilmu, al-Khawarizmi juga menterjemahkan hasil-hasil karya sarjana Greek dan India dalam bahasa Arab.

Pada zaman itu, ilmu-ilmu tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, India, Parsi, Mesir, Babylon dan Mesir kuno sudah merosot dan hanya meninggalkan warisan ilmunya yang hampir disia-siakan. Antaranya ialah menterjemahkan kitab astronomi India berjudul as-Sindhant.
Beliau juga menterjemah kitab ilmu matematik India dalam bahasa Arab yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu matematik iaitu al-Hisabul-Hindi.

KESIMPULAN
Ketokohan dan sumbangan al-Khawarizmi khususnya dalam ilmu matematik cukup besar kerana ilmu yang diperkenalkannya mempengaruhi kemajuan bidang geometri, trigonometri dan astronomi. Ilmu-ilmu tersebut digunakan secara meluas sehingga kini dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjana perkembangan ilmu sains dan teknologi. Tamadun dunia, termasuklah tamadun Eropah yang maju kemudiannya banyak terhutang budi dengan sumbangan dan idea yang diberikan oleh al-Khawarizmi.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai