Anda di halaman 1dari 26

Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi

Riwayat Hidup
Nama Sebenar : Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi @ Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Nama Gelaran : Al-Khawarizmi,alCowarizmi, al-karismi, alGoritmi, al-Gorism, Augryam atau Angrism, Aurym, Augrim.

Tarikh Lahir : Antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Tempat Lahir : Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizmi. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. : Mungkin juga berasal dari Qutrubbull, sebuah bandar kecil di Baghdad.

Bidang Kepakaran : Bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Pencapaian : Terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan penggunaan Secans dan Tangen dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Anugerah : Ahli Falak Diraja Khalifah alMamun di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Pengalaman Bekerja : Dalam usia muda beliau telah bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

SIFAT- SIFAT PERIBADI


Seorang yang bekerja keras dalam mencari ilmu
dan memperkembangkan ilmu tersebut dengan lebih terperinci. Beliau tidak meniru bulat- bulat sesuatu rujukan, namun memperbaiki dengan lebih baik lagi supaya lebih jelas dan lebih terperinci. Suka mencuba sesuatu yang baru. Beliau tidak hanya tertumpu dalam satu- satu bidang ilmu sahaja. Sentiasa berfikiran jauh dalam setiap langkah pencarian ilmunya sehingga boleh menguasai ilmu falak. Sentiasa berpegang kepada al- Quran dan asSunnah.

Sumbangan

Ilmuan agung dalam pengajian matematik, astrologi, astronomi, dan geografi. Dalam bidang pendidikan, berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Banyak penemuan berkenaan bidangbidang tersebut diasaskan oleh beliau.

SUMBANGAN

Bidang Bidang Bidang Bidang

Matematik Muzik Astronomi/ Falak Geografi

Bidang Matematik

Tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Mendalami bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam

Memperkenalkan konsep algoritma dalam matematik, konsep yang diambil dari nama belakangnya.(Di barat, al- Khawarizmi lebih terkenal dengan sebutan Algorism) Teori algebra juga adalah penemuan dan buah fikiran Al khawarizmi.

Seni Muzik.

Al- Khawarizmi juga dikenal ahli seni muzik Dalam salah satu buku matematiknya, beliau telah menulis teori seni muzik. Buku itu diterjemahkan oleh Adelard dari Bath pada abad ke-12 dengan judul Liber Ysagogarum Alchorism. Pengaruh buku ini kemudian sampai ke Eropah dan sejarawan Philip K Hitti menyebutnya sebagai pengenalan pertama muzik Arab ke dunia latin. Semenjak itu, banyak pujian yang diberikan para sejarawan dan ilmuwan dari Eropah kepada karya-karya al- Khawarizmi.

Ilmu Astronomi/ Falak.

Bidang astronomi juga membuatkan alKhawarizmi dikenali pada zaman Tamadun Islam Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi. Yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Ilmu Geografi.

Sumbangan al- Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari. Tujuh puluh orang ahli geografi pernah bekerja dibawah pimpinan al Khawarizmi ketika membuat peta dunia pertama di tahun 830. Beliau dikatakan pernah pula menjalin kerjasama dengan Khalifah Mamun AlRashid ketika menjalankan projek untuk mengetahui isipadu dan ukurlilit bumi.

Karya dan Buku.

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah

Kitab at-Tarikh (falak), Kitab alRukhmat(falak), Istkhraj Tarikh alYahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab alJama bil Hisab al-Hindi (arithmatic).

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

Sistem Nombor: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Mufatih al-Ulum yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra. Al-Jabr wal Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Bibliografi
http://www.islamonline.com/alkhawarizmi.htm l http://www.mosti.gov.com.my/KegemilanganS ainsdalamTamadunIslam.htm http://www.malaspina.com/site/person_713.a sp http://www.islamicity.com/Science/Scientist/K hawirizmi.htm

http://www.ummah.org.uk/history/schol ars/KHAWARtmlIZ.html http://www.Wikipedia.com Al-Khawarizmi sarjana matematik dan astronomi (2006, May). Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai