Anda di halaman 1dari 13

ana Bermain Catur: Peraturan dan Asas-

asas
Ia sentiasa tidak terlambat untuk belajar bagaimana bermain catur - permainan yang paling
popular di dunia! Belajar undang-undang catur adalah mudah:

Langkah 1. Bagaimana untuk Menyediakan Papan


Catur
Pada permulaan permainan, papan catur dibentangkan supaya setiap pemain mempunyai
petak putih (atau warna muda) di sebelah kanan bawah pemain tersebut. Kepingan-
kepingan catur kemudiannya disusun dengan cara yang sama pada setiap kali. Barisan
kedua (atau deretan) papan diisi dengan bidak-bidak. Rook diletakkan di sudut, dengan
kuda di sebelahnya, dan diikuti dengan biskop, dan akhir sekali ratu diletakkan di petak
yang sama warna dengan warna ratu tersebut (ratu putih di petak putih, ratu hitam di petak
hitam), dan raja diletakkan di petak terakhir.

Langkah 2. Bagaimana Kepingan Catur Bergerak


Setiap daripada 6 kepingan catur memiliki pergerakan yang berbeza. Kepingan tidak boleh
bergerak menembusi kepingan lain (akan tetapi kuda boleh melompat di atas kepingan
lain), dan tidak boleh bergerak ke petak yang diduduki oleh kepingan sendiri. Walau
bagaimanapun, kepingan boleh digerakkan untuk mengambil alih petak yang diduduki
kepingan pihak lawan, dan seterusnya menangkap kepingan tersebut. Kepingan secara
amnya digerakkan ke posisi di mana ia boleh menangkap kepingan lawan (dengan
mengambil alih petak dan menggantikan kepingan tersebut), mempertahankan kepingan
sendiri jika ia boleh ditangkap, atau untuk mengawal petak-petak penting permainan.

Bagaimana Menggerakkan Raja dalam Catur


Raja merupakan kepingan yang terpenting, tetapi di antara yang paling lemah. Raja hanya
boleh bergerak satu petak dalam apa jua arah - ke atas, ke bawah, ke tepi, dan secara
pepenjuru. Raja tidak boleh bergerak dirinya ke dalam check (di mana dia boleh ditangkap).
Apabila raja diserang oleh kepingan yang lain, ini dipanggil "check".

Bagaimana Menggerakkan Ratu dalam Catur


Ratu ialah kepingan yang paling kuat. Dia dapat bergerak dalam setiap arah lurus - ke
depan, ke belakang, ke tepi, atau secara pepenjuru - sejauh mana yang boleh selagi dia
tidak bergerak menerusi mana-mana kepingannya. Dan, macam semua kepingan, jika ratu
menangkap suatu kepingan lawannya maka pergerakannya berakhir. Perhatikan bagaimana
ratu putih menangkap ratu hitam dan kemudiannya raja hitam dipaksa untuk bergerak.
Bagaimana Menggerakkan Rook dalam Catur
Rook boleh bergerak sejauh mana ia mahu, tetapi hanya ke depan, ke belakang, dan ke tepi.
Rook-rook adalah kepingan yang kuat apabila mereka melindungi dan berkerjasama
sesama sendiri!

Bagaimana Menggerakkan Biskop dalam Catur


Biskop boleh bergerak sejauh mana yang ia mahu, tetapi hanya secara pepenjuru. Setiap
biskop bermula pada satu warna (cerah atau gelap) dan mesti kekal pada warna itu. Biskop-
biskop bekerjasama dengan baik sesama sendiri kerana mereka menutup kelemahan antara
satu sama lain.

Bagaimana Menggerakkan Kuda dalam Catur

Kuda bergerak dengan cara yang sangat berlainan berbanding dengan buah yang lain -
bergerak dua petak dalam satu arah, dan kemudiannya satu pergerakan lagi dengan sudut
90 darjah, sama seperti bentuk huruf "L". Kuda juga adalah satu-satunya buah yang boleh
bergerak melepasi buah yang lain.
Bagaimana Menggerakkan Bidak dalam Catur
Bidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan menangkap dengan cara yang berbeza:
mereka bergerak ke hadapan, tetapi menangkap dengan menyerong. Bidak hanya boleh
bergerak ke hadapan dengan satu petak setiap masa, kecuali pada langkah pertama mereka
di mana mereka boleh melangkah dua petak ke depan. Bidak boleh menangkap dengan
menyerong satu petak di hadapannya. Mereka tidak boleh bergerak atau menangkap ke
belakang. Jika ada buah lain yang berada betul-betul di hadapan bidak, ia tidak boleh
bergerak melangkah atau menangkap buah tersebut.

Langkah 3. Temuilah Peraturan-peraturan Istimewa


Catur
Terdapat beberapa peraturan istimewa dalam catur yang seakan-akan tidak logik pada
mulanya. Mereka telah diwujudkan untuk menjadikan permainan ini lebih seronok dan
menarik.

Bagaimana Menaikkan/Promosi Bidak dalam Catur


Bidak mempunyai satu lagi kebolehan khas iaitu jika bidak sampai ke hujung papan
bertentangan, ia boleh bertukar menjadi buah yang lain (dipanggil promosi). Bidak boleh
dinaikkan pangkat menjadi apa jua buah. Ramai yang salah tanggapan bahawa bidak hanya
boleh ditukarkan dengan buah yang telah ditangkap. Ia TIDAK benar. Bidak kebiasaannya
dinaikkan pangkat menjadi ratu. Hanya bidak sahaja yang boleh dinaikkan pangkat.
Bagaimana untuk melakukan "en passant" dalam Catur
Peraturan terakhir untuk bidak dipanggil "en passant," iaitu perkataan Peranchis yang
bermaksud "in passing" atau "berlalu secara kebetulan". Jika suatu bidak bergerak dua petak
ke depan untuk pergerakan pertamanya, dan secara demikian berhenti di sebelah bidak
lawan (iaitu melompat dan melewati keupayaan bidak lawan untuk menangkapnya), bidak
lawan itu mempunyai pilihan untuk menangkap bidak pertama yang sedang bergerak
melepasinya. Langkah istimewa ini mestilah dilakukan sebaik selepas pergerakan bidak
pertama berlalu melepasinya, jika tidak, pilihan untuk menangkapnya akan tiada lagi. Klik
melalui contoh di bawah untuk lebih memahami peraturan ini yang ganjil tetapi penting.
Bagaimana untuk Castle di dalam Catur
Salah satu peraturan khas catur dipanggil sebagai castling. Pergerakan ini membolehkan
anda melakukan dua tindakan dalam satu pergerakan: menggerakkan raja anda ke tempat
yang selamat (mudah-mudahan), dan memindahkan rook anda dari penjuru papan ke
dalam permainan. Pada giliran seseorang pemain, dia boleh menggerakkan rajanya sejauh
dua petak dalam satu arah dan kemudiannya menggerakkan rook dari penjuru berkenaan
ke petak bersebelahan raja di arah bertentangan. (Sila lihat contoh di bawah.) Tetapi, untuk
melakukan castling, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi:

 ia mesti menjadi langkah pertama raja itu


 ia mesti menjadi langkah pertama rook itu
 tidak boleh ada sebarang kepingan di antara raja dan rook untuk bergerak
 raja tidak boleh berada dalam check atau melalui check
Perhatikan apabila anda melakukan castling ke satu arah, raja berada lebih dekat dengan
tepi papan. Ia dipanggil castling "sebelah raja". Tetapi castling ke arah yang lain, melalui
kedudukan ratu, dipanggil castling "sebelah ratu". Tidak kisah di arah mana, raja sentiasa
bergerak hanya dua petak apabila castling dilakukan.

Langkah 4. Ketahui Siapakah yang Melakukan


Pergerakan Pertama dalam Catur
Pemain dengan kepingan putih selalunya bergerak terlebih dahulu. Oleh yang demikian,
pemain-pemain biasanya membuat keputusan siapakah mendapat putih dengan
kebarangkalian atau nasib seperti membalikkan duit syiling atau mengerahkan seseorang
pemain meneka warna sebiji bidak yang disembunyikan dalam tangan pemain yang lain.
Seterusnya putih akan melakukan pergerakan, diikuti hitam, kemudian putih lagi, kemudian
hitam dan seterusnya sehingga tamat permainan. Kebolehan bergerak terlebih dahulu
adalah kelebihan kecil yang memberikan pemain putih peluang untuk menyerang dengan
segera.

Langkah 5. Semak Semula Peraturan-peraturan


Bagaimana Memenangi satu Permainan Catur
Terdapat dua cara untuk menamatkan satu permainan catur: dengan checkmate, atau
dengan seri.

Bagaimana untuk Checkmate di dalam Catur


Tujuan permainan ialah untuk checkmate raja pihak lawan. Ini berlaku apabila raja diletak
dalam check dan tidak mampu keluar daripada check. Terdapat hanya tiga cara suatu raja
dapat keluarkan diri daripada check: bergerak keluar daripada check (walaupun dia tidak
dapat castle!), menghalang check dengan kepingan lain, atau tangkap kepingan yang
sedang mengancam raja. Jika raja tidak dapat melarikan diri daripada checkmate maka
permainan tersebut berakhir. Biasanya raja tidak ditangkap atau dikeluarkan daripada
papan, hanya permainan itu diisytiharkan tamat.
Bagaimana untuk Seri di Permainan Catur
Kadangkala, permainan catur tidak berakhir dengan seorang pemenang, tetapi dengan seri.
Terdapat 5 sebab kenapa sesuatu permainan catur boleh berakhir dengan keputusan seri:

 Posisi ini mencapai stalemate di mana ianya giliran salah seorang pemain untuk
bergerak, namun rajanya TIDAK dalam check tetapi dia masih tidak mempunyai
pergerakan lagi yang sah
 Pemain-pemain mungkin boleh sahaja bersetuju untuk seri dan berhenti bermain
 Tiada cukup kepingan di atas papan untuk memaksa checkmate (contohnya: satu raja
dan satu biskop lwn. satu raja)
 Seorang pemain mengisytiharkan seri jika posisi yang betul-betul sama diulang
sebanyak tiga kali (walaupun tidak semestinya tiga kali secara berturut-turut)
 Lima puluh pergerakan berturut-turut telah dimainkan di mana kedua-dua pemain
tidak menggerakkan bidak atau menangkap buah

Langkah 6. Belajar Strategi-strategi Catur yang Asas


Terdapat empat perkara mudah yang setiap pemain catur perlu tahu:

Lindungi Raja anda


Letakkan raja anda di penjuru papan di mana ia biasanya selamat. Jangan lengahkan
castling. Anda seharusnya melakukan castling seawal yang mungkin. Ingat, tidak kira betapa
dekatnya anda untuk checkmate pihak lawan jika raja anda mengalami checkmate terlebih
dahulu!

Jangan Memberi Buah Catur Begitu Sahaja

Jangan kehilangan buah anda dengan cuai! Setiap buah adalah bernilai dan anda tidak akan
menang jika tiada buah untuk melakukan checkmate. Terdapat sistem mudah yang
digunakan oleh kebanyakan pemain untuk menjejak nilai perbandingan bagi setiap buah
catur. Berapakah nilai buah-buah catur?

 Satu bidak bernilai 1


 Kuda adalah bernilai 3
 Biskop adalah bernilai 3
 Satu rook adalah bernilai 5
 Ratu adalah bernilai 9
 Raja adalah tak terhingga nilainya
Pada akhir permainan, kiraan mata ini tidak membawa sebarang makna – ianya hanyalah
satu sistem di mana anda boleh menggunakannya untuk membuat keputusan ketika
bermain, yakni membantu anda dalam menentukan bila anda patut menangkap, menukar
buah, ataupun membuat pergerakan lain.

Kawal Petak-Petak Tengah Papan Catur


Anda perlu cuba untuk mengawal pertengahan papan dengan buah dan bidak anda. Jika
anda mengawal pusat, anda akan ada lebih banyak ruang untuk menggerakkan kepingan-
kepingan anda dan akan menjadikannya lebih susah untuk lawan anda mencari petak-petak
yang baik untuk kepingannya. Dalam contoh di atas putih membuat pergerakan-pergerakan
yang baik untuk mengawal pusat papan sementara hitam bermain pergerakan-pergerakan
yang buruk.

Gunakan Semua Kepingan Catur anda


Berdasarkan contoh di atas, putih mengerahkan semua buahnya ke dalam serangan! Buah-
buah anda tidak berfungsi apabila mereka berada di barisan pertama. Cuba membangunkan
semua buah anda supaya anda boleh memanfaatkan lebih banyak kuasa apabila menyerang
raja. Menggunakan satu atau dua buah untuk menyerang tidak akan berhasil jika
menentang pemain bertahap baik.
Langkah 7. Berlatih dengan Bermain Banyak
Permainan
Perkara terpenting yang anda boleh lakukan untuk menjadi lebih baik dalam catur ialah
untuk bermain catur dengan banyak! Ia tidak penting jika anda bermain di rumah dengan
kawan-kawan atau ahli keluarga, ataupun bermain online, anda perlu bermain permainan ini
dengan banyak untuk bertambah baik. Hari ini ia adalah mudah untuk memperoleh suatu
permainan catur online! Klik di sini untuk ke tempat bermain catur.

Bagaimana Bermain Varian-varian Catur

Walaupun kebanyakan orang bermain mengikut peraturan-peraturan piawai catur, ada


sesetengah orang yang suka bermain catur dengan pengubahsuaian terhadap peraturan-
peraturan tersebut. Ini dipanggil "varian catur". Setiap varian mempunyai peraturan-
peraturannya sendiri.

Bagaimana Bermain Catur960


Chess960 mengikuti semua peraturan piawai catur, kecuali kedudukan permulaan buah di
barisan belakang, di mana ianya diletakkan secara rawak di dalam salah satu daripada 960
posisi yang mungkin. Castling dilakukan seperti catur piawai, di mana Raja dan Rook
berakhir di kedudukan biasa posisi castling (g1 dan f1, atau c1 dan d1). Permainan 960
adalah seperti catur piawai, tetapi memiliki lebih banyak variasi di dalam fasa pembukaan.

Bagaimana Bermain dengan Peraturan-peraturan Kejohanan Catur

Kebanyakan kejohanan mengikut set peraturan yang umum, dan sama. Peraturan-peraturan
tersebut tidak semestinya harus diguna pakai ketika bermain di rumah atau online, tetapi
anda mungkin ingin mempraktisnya juga.

 Sentuh-gerak - Jika mana-mana pemain menyentuh salah satu kepingan miliknya, dia
mesti menggerakkan kepingan tersebut selagi pergerakan itu sah. Jika pemain
menyentuh kepingan pihak lawan, dia mesti menangkap kepingan berkenaan. Pemain
yang ingin menyentuh kepingan untuk membetulkan kedudukannya di atas papan
mestilah terlebih dahulu memberitahu niatnya, biasanya dengan menyebut "adjust".
 Jam dan Pemasa - Kebanyakan pertandingan menggunakan pemasa untuk mengawal
berapa banyak masa yang diperlukan untuk setiap permainan, dan bukannya untuk
setiap pergerakan. Setiap pemain mendapat nilai masa yang sama untuk sepanjang
permainan mereka dan mereka boleh menentukan bagaimana masa itu patut
digunakan. Apabila seorang pemain membuat pergerakan, mereka akan menekan
butang atau tuas untuk memulakan jam pihak lawan. Jika seorang pemain kehabisan
masa dan lawannya mengisytiharkan kehabisan masa, maka pemain yang kehabisan
masa akan kalah (melainkan jika lawan tidak memiliki buah yang cukup untuk
melaksanakan checkmate, ianya adalah seri untuk kes sedemikian).

Soalan-soalan Lazim Catur (FAQ)


Bagaimana saya dapat meningkatkan kemahiran dalam catur?

Mengetahui peraturan dan strategi asas hanyalah satu permulaan - terdapat banyak perkara
yang perlu dipelajari dalam catur sehingga anda tidak mampu mempelajari kesemuanya
sepanjang hayat! Untuk menambah baik, anda perlu melakukan tiga perkara:

1. Main banyak catur — Teruskan bermain sahaja! Main seberapa banyak yang mungkin.
Anda perlu belajar daripada setiap permainan – permainan yang anda menang dan
permainan yang anda kalah.
2. Belajar dengan pengajaran catur — Jika anda benar-benar ingin menambah baik
dengan cepat maka anda patut melakukan pembelajaran catur online. Anda boleh
dapatkan pengajaran catur online di sini.
3. Silalah berseronok — Janganlah berasa kecewa jika anda tidak memenangi kesemua
permainan anda dengan serta merta. Semua orang kalah – termasuk jaguh-jaguh dunia.
Selagi anda terus berseronok dan belajar daripada permainan-permainan yang anda
kalah maka anda bolehlah menikmati catur untuk selama-lamanya!

Apakah pergerakan pertama yang terbaik dalam catur?

Meskipun tidak ada pergerakan terbaik dalam catur yang disetujui semua, ianya penting
untuk cuba mengawal pusat papan dengan serta merta. Ini kerap mengakibatkan
kebanyakan pemain menggerakkan salah satu daripada bidak-bidak pertengahan mereka
(di depan raja dan ratu) dua petak ke depan sama ada dengan 1. d4 atau 1. e4. Sesetengah
pemain yang lain lebih suka 1. c4 atau 1. Nf3. Kebanyakan pergerakan yang lain adalah tidak
sebegitu baik. Bobby Fischer percaya bahawa menggerakkan bidak raja 1. e4 adalah yang
terbaik.

Warna apakah yang bermula dalam catur?


Pemain dengan kepingan putih selalunya bergerak terlebih dahulu.

Adakah bidak berupaya bergerak ke belakang?


Bidak tidak boleh bergerak ke belakang. Walau bagaimanapun, apabila bidak sampai ke
hujung papan yang bertentangan, anda mesti menaik pangkat bidak tersebut kepada buah
lain (seperti ratu). Kemudian, ia boleh bergerak sama seperti buah tersebut, dan boleh
bergerak ke belakang.

Dalam catur, bolehkan anda menggerakkan lebih daripada satu kepingan


pada waktu yang sama?

Anda hanya boleh menggerakkan satu kepingan catur pada satu masa apabila ianya giliran
anda untuk bergerak - dengan satu pengecualian! Apabila anda melakukan castling, anda
menggerakkan kedua-dua raja dan rook dalam satu langkah.

Apakah kepingan catur yang paling penting?


Raja adalah kepingan catur yang paling penting. Jika anda kehilangan raja, anda kehilangan
permainan. Akan tetapi ratu adalah kepingan catur yang paling kuat.

Bilakah catur dicipta?


Asal usul catur tidak begitu jelas, walaupun ramai percaya ia berkembang daripada
permainan-permainan yang menyerupai catur yang dimainkan di India hampir dua ribu
tahun dahulu. Permainan catur yang kita ketahui hari ini telah pun wujud sejak abad ke-15
di mana ia menjadi popular di Eropah.

Apakah matlamat catur?


Permainan catur dimainkan oleh dua orang pemain yang duduk bertentangan antara papan
yang mengandungi 64 petak berwarna selang-seli. Setiap pemain memiliki 16 kepingan: 1
raja, 1 ratu, 2 rook, 2 biskop, 2 kuda, and 8 bidak. Matlamat permainan adalah untuk
memberikan checkmate kepada raja yang lain. Checkmate terjadi apabila raja berada dalam
kedudukan untuk ditangkap (dalam check) dan tidak dapat lari dari tangkapan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai