Anda di halaman 1dari 12

S.

KAVINEASHA

4 ARIVAN
z
CATUR
z Sejarah catur dan asal usul catur

Peristilahan

Kata catur diambil dari kata bahasa Sanskrit berbunya sama yang bererti "empat", lebih tepat
lagi singkatan dari chaturanga caturaṅga atau "empat sudut". Di India kuno permainan catur
memang dimainkan oleh empat peserta yang berada di empat sudut yang berbeza. Hal ini
lain dari permainan catur moden di mana pesertanya hanya dua orang saja.

Perkembangan

Banyak negara mendakwa merekalah merupakan negara asal catur dalam bentuk yang
tersendiri. Walau bagaimanapun, ahli sejarawan berpendapat bahawa catur sebenarnya
berasal dari Iran purba, ia menjangkau dunia purbakala. India (dulu dikenali sebagai
Hindustan), Pakistan dan Afghanistan adalah beberapa negara diberikan sebagai contoh
z

Pembenaran

Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh evangelis Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa
Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur[petikan diperlukan].

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi
mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan
catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi
bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-
hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri
Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada
nard (backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu
Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan
pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.

Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain,
selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya. 1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat dan 2) tidak melibatkan
pertaruhan wang [1]
z
BUAH CATUR
 Buah catur terdiri dari dua set berwarna hitam dan putih. Satu set
terdiri dari 16 buah yang hanya bisa menempati satu petak:

• 8 buah bidak - di hadapan

• 1 raja - sebelah kanan pemain

• 1 menteri - sebelah kiri pemain

• 2 gajah

• 2 kuda atau satria

• 2 benteng atau tir


z

 Nama Huruf

 Bidak P

 Gajah B

 Tir R

 Menteri Q

 Raja K
z
STRATEGI CATUR

Strategi yang boleh digunakan biasanya bergantung kepada jenis lawan yang dihadapi, dan juga cara permainan pemain
sendiri. Strategi bermula dengan fasa pembukaan, kemudian bahagian pertengahan permainan, dan seterusnya hingga ke
bahagian akhir permainan.

Sesuatu permainan dianggap terbuka sekiranya semua bidak di tengah telah dimakan, dan dikira tertutup jika belum.
Permainan separa-tertutup pula merujuk kepada permainan yang sebahagian bidak di tengah telah dimakan. Penamaan
terbuka atau tertutup ini adalah kerana terdapat kebebasan pergerakan yang lebih bagi pemain dalam permainan terbuka,
dan selalunya menentukan kerumitan permainan tersebut. Khususnya, pengecaman permainan terbuka/tertutup ini penting
kerana permainan tertutup sesuai untuk Kuda, manakala permainan terbuka memberi kelebihan kepada buah jarak jauh iaitu
Menteri, Gajah dan Tir.

Pembukaan Strategik: Jika pemain memilih untuk bermain secara teori dan jangka panjang, dia boleh memilih bukaan
kompleks seperti Queen’s Gambit, Ruy Lopez, atau English. Dalam permaian sebegini, terutamanya dalam permainan
tertutup, kedudukan dekat di mana muslih kedudukan lebih berpengaruh daripada keputusan taktikal lebih mungkin. Dari situ,
pemain boleh menumpukan pada unsur strategik seperti mengawal lajur, struktur bidak, dan lain-lain pertimbangan
perkembangan jangka panjang.
z

 Pembukaan Taktikal: Untuk pemain yang lebih berminat akan permainan taktikal dan
gabungan, bukaan taktikal boleh dipilih. Contoh pembukaan seperti ini termasuklah Sicilian
Defence, Grünfeld Defence, dan kelainan lama Two Knights' Defence.

 Dengan memulakan pertukaran, sebarang permainan boleh dimudahkan, dan ia akan


menjadi lebih kepada permainan perkiraan. Jika ini tidak diingini, pemain perlu sentiasa
berjaga-jaga dan konservatif.

 Pemain sepatutnya sentiasa memikirkan berapa petak yang dikawal buahnya (iaitu boleh
menyerang), dan petak mana yang dikawal lawan. Pada permulaan permainan, pemain patut
berusaha mengawal bahagian tengah papan. Setelah beberapa lama permainan
berlangsung, pemain boleh memilih untuk menyerang satu rusuk, terutamanya jika Raja
telah berkubu ke sebelah itu.
z

MASA PERMAINAN

 Masa penyediaan : Lebih kurang 1 minit

 Masa permainan : Permainan biasa tanpa kawalan masa


biasanya berakhir kira-kira 10 hingga 60 minit; perlawanan catur
biasanya berakhir daripada kurang daripada sepuluh minit
(Catur kilat) hingga enam jam atau lebih.
z
GAMBAR CATUR DIMAINKAN
z
z TOKOH-TOKOH CATUR

Viswanathan Vladimir Kramnik Mikhail Botvinnik


Anand
TERIMA KASIH
z

Anda mungkin juga menyukai