Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERMAINAN CATUR

Catur adalah satu permainan yang dimainkan oleh dua (2) orang . Pemain pertama bermain dengan buah catur berwarna putih dan pemain kedua bermain dengan buah catur berwarna hitam. Pada permulaan permainan ,setiap pemain mempunyai 16 buah catur : Satu (King) , Satu (Queen) , Dua (Rooks) , Dua (Bishops) , Dua (Knights) dan Lapan (Pawns).

Permainan ini dimainkan di atas papan catur yang terdiri daripada 64 petak segiempat sama. Lapan baris mandatar (rows) dan lapan baris menegak(columns). Petak-petak tersebut terdiri daripada warna putih (light) dan hitam. Papan catur tersebut mestilah diletakkan dimana petak hitam berada di sudut kiri bawah.Untuk memudahkan gerakan dalam permainan setiap baris pada papan catur dilabelkan.

Black (hitam)

.a8 .a7 .a6 .a5 .a4 .a3 .a2 .a1

.b8 .b7 .b6 .b5 .b4 .b3 .b2 .b1

.c8 .c7 .c6 .c5 .c4 .c3 .c2 .c1

.d8 .d7 .d6 .d5 .d4 .d3 .d2 .d1

.e8 .e7 .e6 .e5 .e4 .e3 .e2 .e1

.f8 .f7 .f6 .f5 .f4 .f3 .f2 .f1

.g8 .g7 .g6 .g5 .g4 .g3 .g2 .g1

.h8 .h7 .h6 .h5 .h4 .h3 .h2 .h1

White (putih)

1. Permainan dimulakan dengan pemain yang mempunyai buah catur berwarna putih. Sebaik sahaja pemain melepaskan buah catur tersebut , pemain perlu menekan jam yang dsediakan.

2. Disusuli pemain yang mempunyai buah catur berwarna hitam membuat gerakan dan menekan jam yang disediakan.

3. Setiap pemain tidak boleh menukar gerakan yang telah dibuat sebaik sahaja menekan jam yang disediakan.

4. Castling
Terdapat peraturan dimana King and Rook boleh bergerak serentak. Walaubagaimanapun syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

King tersebut belum membuat sebarang gerakan lagi dalam permainan Rook tersebut belum membuat sebarang gerakan lagi dalam permainan. King tidak berada dalam keadaan check. Semua petak diantara King dan Castle perlu kosong. Apabila castling dibuat, King bergerak dua petak kearah Rook dan Rook bergerak melangkaui King ke petak bersebelahan.

5. Check, mate and stalemate

Check
Apabila pihak lawan berpeluang untuk mengambil King pemain, bermakna King berada dalam keadaan Check. Sebagai contoh: Rook berwarna putih berada dalam keadaan menyerang King berwarna hitam sekiranya King tidak membuat sebarang gerakan maka Rook boleh mengambil King bagi gerakan seterusnya. (Rook berwarna putih memberi check) Walaubagaimanapun pemain hendaklah berkata check apabila buah caturnya berjaya menyerang King lawan. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah catur lain selagi King nya masih berada dalam keadaan check. Kecuali gerakan itu adalah untuk melindungi King daripada terus di check. Apabila pemain telah membuat gerakan dan cuba berpatah balik, pemain perlu menggunakan buah catur yang sama (one has touched) untuk gerakan lain.

Mate
King dikatakan berada dalam keadaan mate apabila King dikenakan check oleh pihak lawan dan tidak boleh membuat sabarang gerakan penyelamat. Pemain yang berada dalam keadaan mate dikatakan kalah. Manakala pemain yang mengenakan mate adalah pemenang.

Stalemate
Apabila pemain tidak boleh membuat sebarang gerakan sedangkan dia tidak berada dalam keadaan check bermakna pemain tersebut diberikan stalemate. Permainan dianggap seri.

6.

Resign and draw proposals.

Pemain boleh menamatkan permainan, bermakna pemain tersebut ingin menyerah kalah dan pihak lawan adalah pemenang. Pemain juga boleh mencadangkan untuk seri : pihak lawan menerima cadangan tersebut (bagi kes di mana permainan berakhir dengan seri) atau pihak lawan menolak cadanagn tersebut ( bagi kes dimana permainan boleh diteruskan)

7. 50 moves rules

Jika terdapat 50 gerakan berturut-turut bagi buah catur putih dan hitam tanpa

Ada buah catur yang diambil oleh pihak lawan Ada pawn yang boleh digerakkan Maka pamain boleh menuntut untuk seri

8.

Touching pieces

Apabila pemain menyentuh salah satu buah catur miliknya ( dalam keadaan wajar) dia perlu menggerakkan buah catur tersebut .Apabila pemain telah menyentuh buah catur pihak lawan, (dalam keadaan wajar) dia perlu mengambil buah catur tersebut

9.

Chess Clocks and time

Kebiasaannya, pemain catur akan bermain menggunakan jam catur yang disediakan.Jam ini berfungsi untuk mengira masa yang diambil oleh seseorang pemain ketika membuat gerakan. Setiap pemain disediakan dengan jam yang berasingan.

Anda mungkin juga menyukai