Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERMAINAN

Peraturan ketingting dan syarat di dalam permainan melancarkan proses permainan dan juga

mendisiplinkan para pemain. Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting ; I. Ceper boleh pemain-pemain tidak boleh sama kerana mengelirukan para pemain untuk

membezakannya. II. Semasa bermain, ceper tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-mana petak dan di petak rumah pemain lain. III. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika

mengambil semula ceper mereka. IV. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan rumah. Semasa pemilihan rumah sekiranya ceper jatuh di atas

garisan ataupun rumah pemain lain, pemain dianggap mati dan akan memulakan semula permainan dari awal.

V.

Pemain boleh melompat di rumahnya tetapi tidak di rumah pemain-pemain lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali rumah pemain lain.

VI. Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak keempat/kelima dan ketujuh/kelapan dengan dua belah kaki. VII. Sekiranya pemain memijak petak yang mempunyai gundu dikira batal. VIII. Pemain dianggap mati jika pemain melihat garisan petak ketinting atau memijak gundu pemain lain semasa melakukan acara timbang untuk membina rumah. Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain atau pemain itu sendiri ingin menamatkan permainan. Pemain yang memiliki rumah yang paling banyak akan dianggap pemenang.

CARA BERMAIN
Tentukan giliran dengan cara osom! Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain. Pemain mesti membuang ceper ke dalam petak 1 dahulu dan pemain akan melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan satu kaki.kemudian diteruskan ke petak berikutnya mengikut turutan nombor.

Untuk memungut ceper, pemain hendaklah berdiri


atas sebelah kaki di dalam petak yang berhadapan dengan petak di mana cepernya berada. Sekiranya semasa mencampak ceper, ceper

terkena pada garisan ataupun terkeluar daripada petak, maka giliran akan diberi kepada pemain seterusnya. Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga ceper nya dibuang di petak 9.

Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih rumah. Pemain akan membaling ceper ke dalam manamana dari tempat permulaan. Di mana jatuhnya ceper, akan menjadi rumah pemain. Pemain yang mempunyai rumah yang banyak dikira pemenang.

Petak permainan.

MEMBINA RUMAH
Setelah selesai membaling buah ke semua petak, pemain itu akan melakukan acara timbang untuk menentukan rumah sendiri. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak tanpa melihat petak ketinting dan memijak rumah gundu pemain pemain lain. Bagi berdiri

mendapatkan

perlulah

membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiaranya pemain lain memijak atau rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG
Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain.

MATI
Pemain dikira mati sekiranya buah yang dilontar dan kaki terkena garisan petak,buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya,serta pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu juga,pemain itu akan dianggap mati apabila terlupa memijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak

kanan,pemain tidak memijak dua kaki serentak dalam petak rumahnya serta memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Anda mungkin juga menyukai