Anda di halaman 1dari 4

Banding beza keseluruhan ketiga-tiga sistem kapal Aspek 1 : Sejarah kapal Setiap jenis kapal yang dikaji ini

iaitu kapal solar, kapal elektrik dan kapal nuclear sememangnya mmepunyai sejarah penciptaannya tersendiri. Namun demikian, setiap jenis kapal itu dicipta adalah atas keperluan dan kepentingannya tersendiri. Pertama, dibina di Kiel, Jerman, kapal solar atau nama komersialnya adalah PlanetSolar merupakan sebuah kapal solar terbesar di dunia dan mendapat kuasa secara eksklusif oleh tenaga solar. kapal ini bersih dan tenang telah dilancarkan pada Mac 2010 di Kiel, Jerman,selepas 14 bulan pembinaan. Pada Mei 2012 kapal yang lengkap perjalanan kuasa solar pertama di seluruh dunia, belayar untuk 584 hari. Manakala, sejarah penciptaan kapal elektrik iaitu Viking Lady pula adalah bermula apabila Tentera Laut AS sedang merancang untuk membangunkan kapal elektrik sepenuhnya. Pada tahun 2009, Foss merupakan kapal penunda sistem hibrid yang pertama yang dilancarkan. Ini diikuti dengan kapal Viking Lady telah dilancarkan pada tahun 2013. Kapal Viking Lady pula merupakan kapal bekalan pelantar elektrik diesel yang pertama. Seterusnya, kapal yang ketiga dikaji adalah kapal yang menggunakan tenaga nuklear. Kajian mengenai kapal berkuasa nuklear telah lama dijalankan iaitu sekitar tahun 1940. Pada tahun 1955, kapal nuklear pertama telah berjaya dibina iaitu USS Nautilus. Pada 17 Januari 1955, penemuan pertama mengenai penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga haba kepada enjin kapal laut. Mamie Eisenhower telah merasmikan penggunaan kapal nuklear pertama USS Nautilus. Setelah 40 tahun penemuan, 5 negara telah bergabung tenaga untuk menghasilkan kapal yang menggunakan 700 reaktor nuklear marin. Walau bagaimanapun, penggunaan kuasa nuklear pada kapal komersial masih tidak dijalankan. Kesimpulannya, di sini dapatlah kita simpulkan bahawa kapal yang terlebih awal dicipta atau digunakan di dunia antara ketiga-tiga jenis kapal yang dikaji adalah kapal berkuasa nuklear. Seterusnya diikuti oleh kapal menggunakan kuasa solar dan akhir sekali atau yang terbaru adalah kapal menggunakan bekalan pelantar elektrik diesel.

Aspek 2 : Konsep sistem yang digunakan oleh kapal Katiga-tiga jenis kapal iaitu kapal solar, kapal elektrik dan kapal nuklear mempunyai konsep sistem yang berbeza digunakan untuk kapal tersebut berfungsi. Pertama, kapal solar iaitu Planetsolar menggunakan konsep termokimia iaitu adalah kajian tentang

perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Kapal ini menggunakan

Fotovoltan atau fotovoltaik (bahasa Inggeris: photovoltaics atau PV) yang merupakan bidang teknologi dan penyelidikan berkaitan penukaran tenaga daripada cahaya matahari iaitu tenaga solar kepada tenaga elektrik Seterusnya, kapal elektrik lebih berpegang kepada konsep sistem elektrokimia. Kapal elektrik menggunakan turbin gas atau penjana nuklear, untuk menjanakan elektrik bagi membolehkan motor memusingkan kipas. Arah pemutaran pendorong kapal boleh dikawal oleh sama ada motor elektrik sendiri atau dengan menukar arus di pembekal elektrik. Sistem lain menggunakan pod pendorongan (propulsion pods). Pod pendorongan ialah motor elektrik, di mana setiap motor elektrik ini disambungkan pada aci kipas pendek dan dilengkapkan pada bahagian luar badan kapal. Akhir sekali, kapal nuklear pula adalah menggunakan sistem penggunaan tenaga nuklear. Kapal Berkuasa Nuklear menggunakan reaktor nuklear bagi menjana haba. Haba yang dihasilkan oleh reaktor nuklear merupakan tenaga yang dibebaskan hasil daripada tindak balas pembelahan atom nuklear. Pelindung Plumbum diletakkan di sekeliling reaktor bagi mencegah radiasi hasil daripada proses pembelahan nuklear terbebas ke persekitaran. Kesimpulannya, ketiga-tiga jenis kapal yang dikaji adalah menggunakan tiga jenis sistem yang berbeza iaitu bidang termokimia, elektrokimia dan tenaga nuclear.

Aspek 3 : sistem enjin kapal Katiga-tiga jenis kapal iaitu kapal solar, kapal elektrik dan kapal nuklear mempunyai sistem enjin yang berbeza. Kapal solar iaitu Planetsolar menggunakan sistem Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria yang menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir. Kapal elektrik pula dimana dalam sistem pendorong elektrik, jentera pendorong kapal dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu jentera stim dan jentera diesel. Kedua-dua sistem ini mempunyai kadar penggunaan bahan api yang rendah dan mudah dikendalikan. Penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator. Terdapar 2 jenis arus yang dihasilkan oleh generator atau motor kapal iaitu arus terus (DC) atau arus ulang-alik (AC). Ini bermaksud, motor elektrik mungkin beroperasi menggunakan arus terus (DC) dari bateri dalam peranti mudah alih atau motor kenderaan, atau menggunakan arus ulang-alik (AC) dari grid pengagihan elektrik pusat.

Seterusnya, kapal nuklear mempunyai dua jenis sitem. Pengaliran air melalui reaktor
berlaku di sistem primer. Pam dan penjana stim/wap air terletak di bahagian sistem primer. Apabila haba dipindahkan dari reaktor melalui air pada tekanan yang sangat tinggi, air tidak mendidih. Sebaliknya, air akan dipamkan dari penjana stim kembali ke reaktor untuk dipanaskan balik. Stim/wap air yang dihasilkan dari penjana stim/wap air memberi tenaga untuk menggerakkan penjana turbin. Penjana turbin akan menyebabkan kipas (propeller) untuk berpusing justeru menghasilkan pergerakan kapal ke hadapan. Penjana turbin juga digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik bagi kapal. Kedua-dua sistem primer dan sistem sekunder memainkan peranan penting dalam pengaliran semula dan pembaharuan air.

Aspek 4 : struktur kapal Kapal solar iaitu Planetsolar dibuat daripada struktur karbon kapal yang sangat ringan. PlanetSolar adalah kapal solar yang terbesar di dunia. 512 m2 kuasa panel photovoltaic 6 blok litium-ion bateri. Bahagian boleh tanggal tambahan membolehkan ia untuk mendedahkan sebanyak 516 m2 permukaan photovoltaic (panel solar) kepada matahari. Kapal solar ini terdiri terutamanya daripada serat karbon dan resin epoksi, menyediakan, profil anggun ringan yang mengurangkan seretan. Ia mampu membawa sehingga 60 penumpang dan beroperasi dengan anak-anak kapal daripada empat orang. Panel Photovoltaic meliputi hampir keseluruhan dek, dengan panel tambahan dipasang pada landasan yang hidraulik melepasi belah kapal apabila ia di laut. Kepak belakang boleh condong untuk menjejaki matahari dan memaksimumkan output elektrik. Panjang kapal ini adalah 31 meter, lebar 15 meter, mempunyai ketinggian 6.3 meter dan seberat 89 tan. Kapal Viking Lady iaitu kapal elektrik ini panjangnya adalah 92.2 meter dengan ukuran lebar 21 meter. Ketinggiannya adalah 7.6 meter. Berat bersih kapal ini adalah 59000 dwt sahaja. Seterusnya, kapal nuklear The Big E pula boleh membawa muatan seberat 100 000 tan. Dibina dengan menggunakan 60,923 tan besi. Kapal nuklear ini adalah Kapal Laut (Tentera) Amerika Syarikat yang terbesar. Panjang kapal adalah bersamaan dengan 4 padang bola sepak. Telah bergerak sepanjang 1,000,000 batu nautikal. Kapal ini juga menggunakan 8 reaktor nuklear dan boleh membawa 90 buah jet pejuang.

Anda mungkin juga menyukai