Anda di halaman 1dari 4

Latar Belakang Tapak

Lokasi Kilim Geoforest Park di Langkawi



Mercu Tanda Kilim Geoforest Park
Langkawi, sebuah Pulau Lagenda yang penuh dengan misteri dari segi
catatan sosial, sejarah dan geografi fizikalnya. Lawatan ke Pulau Langkawi
seluas 478 km persegi merangkumi 104 gugusan pulau merupakan lokasi
formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu
dropstone berusia satu bilion tahun.
Percutian ke Langkawi tidak akan lengkap sekiranya tidak melawat Kilim
Geoforest Park. Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai tapak Geopark
daripada UNESCO pada tahun 2007 dan merupakan tapak Geopark yang
pertama di Asia Tenggara. Sehingga kini terdapat 90 tapak Geopark di
seluruh dunia. Selain dari Kilim Geoforest Park, penarafan daripada UNESCO
turut meliputi dua lagi tapak Geopark di Langkawi iaitu Machinchang
Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan meninjau keadaan kualiti
persekitaran tapak pelancongan ekosistem semulajadi yang menjadi tarikan
pelancongan dunia. Persekitaran yang terkawal dan dipulihara dari segala
bentuk ancaman dapat meningkatkan kualiti alam semulajadi kawasan
pelancongan ini secara berterusan dan mampu menjadi daya tarikan
pelancongan dan ekonomi secara mampan.
Kilim Geoforest Park
Kilim Geoforest Park mempunyai landskap karst (batu kapur) yang unik
dan antara yang terindah di dunia hasil hakisan serta cuaca. Geopark
merupakan kawasan yang mempunyai unsur seperti sejarah batu, formasi
menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah, keseluruhan kawasan
yang menarik dan mempesonakan serta mempunyai nilai warisan yang boleh
dihayati dan dipelihara.
Helang terdiri daripada :

a) Helang Merah



Helang merah dewasa berwarna coklat kemerah-merahan cerah dengan
kepala dan dada berwarna putih. Burung yang masih muda berwarna lebih
pudar iaitu coklat pucat dengan tompok pucat yang besar di kedua-dua sayap.

Burng ini selalu kelihatan di sepanjang pantai,melayang-layang dalam
bulatan tinggi di atas hutan bakau atau lumpur. Helag merah ini akan
menjunam ke bawah untuk menangkap mangsanya seperti haiwan kecil sama
ada hidup atau mati. Bunyi burung ini seperti ngiau kucing.



b) Helang siput



Burung ini besar berwarna putih tulin di kepala dan dada,kelabu cerah di
bahagian belakang dan sayap. Burung yang muda berwarna lebih coklat.

Helang siput ini hidup berpasangan di sepanjang pantai. Makanannya terdiri
daripada ikan,ular laut dan haiwan-haiwan lain. Setiap pasang mempunyai
satu daerah yang besar dan sarangnya terlatak di atas pokok yang tinggi.


c) Helang Berjambul,Helang kuik

Berwarna coklat gelap dengan kulit berwarna kuning dibahagian muka dan
ekor hitam dan putih. Jambulnya pendek dan sukar dilihat. Helang ini
selalunya kelihatan melayang dan ia boleh dikenali dengan melihat jalur
hitam dan putih yang lebar di sayap dan ekornya.

Apabila terbang burung ini mengeluarkan bunyi kwee,kwee,kwee,kwee,.
Burung ini boleh ditemui di hutan,ladang dan kawasan berhampiran
kampung.

Anda mungkin juga menyukai