Anda di halaman 1dari 16

Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

1

PENULISAN AKADEMIK
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), alam bermaksud dunia, bumi atau
segala yang terdapat di langit dan di bumi. Sekitar pula bermaksud di satu tempat atau
kawasan sekeliling. Perkataan alam sekitar pula membawa maksud keadaan sekeliling atau
lingkungan yang membawa maksud apa sahaja yang melingkungi manusia. Menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar Malaysia (2004), alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor
fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuklah tanah, air, udara, iklim, bau,
rasa, faktor biologi dan juga faktor sosial. Kesemua benda-benda ini saling bergantungan
antara satu sama lain.
Strategi Pemuliharaan in situ adalah salah satu cara pemulihan masa jangka panjang
dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ adalah pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia
ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan
ekosistem yang kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini
adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis
hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan,
pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran dan serangan penyakit. Pemuliharaan in-
situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan
tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat
pemuliharaan hidupan liar.
Strategi jangka masa panjang bagi memelihara ekosistem dan biodiversiti adalah
dengan memulihara populasi dan komuniti semulajadi di habitat asal mereka, atau lebih
dikenali sebagai pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis spesies
tidak mempunyai pilihan lain, tetapi perlu dipulihara dalam keadaan buatan manusia yang
dihasilkan oleh manusia. Keadaan ini dikenali sebagai pemuliharaan ex situ, ataupun
pemuliharaan di luar habitat asal mereka. Antara pemuliharan ex situ untuk tumbuhan dan
haiwan yang terdapat pada masa kini termasuklah zoo, akuaria, program penternakan khas,
kebun mainan, taman bokanikal, arboreta, bank biji benih, dan sebagainya. Semua
kemudahan ini mempunyai fungsi, jenis sasaran haiwan dan tumbuhan yang dipulihara, dan
meliputi bidang diversiti biologi yang tersendiri.


Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

2



Taman Buaya J ong

Ia terletak pada 18 batu atau 29 km Jalan Kuching/ Serian, dan memerlukan masa
kira-kira 20 minit untuk tiba ke lokasi tersebut dari ibu negeri Sawarak, iaitu Kuching. Taman
Buaya Jong ditubuhkan oleh Encik Yong Kian Sen, seorang pencinta binatang dan alam
pada tahun 1998.











KELUASAN
Jongs Crocodile Farm yang mempunyai keluasan 25 hektar ini merupakan sebuah
zoo mini dan ia merupakan pusat penternakan buaya yang pertama dan terbesar di
Malaysia. Ladang Buaya Jong dan Zoo mempunyai lebih dua ribu buaya diternak dalam
kurungan. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1963 dan dibuka setiap hari dari 9 pagi
hingga 5 petang. Selain itu, ia juga merupakan pusat penternakan buaya
spesiesTomistoma yang pertama di dunia. Tempat ini dikelilingi oleh hutan belukar dan
kebanyakan haiwan dapat hidup dan bergerak secara bebas. Oleh itu, zoo ini membekalkan
tempat yang ideal kepada reptilia, khususnya buaya dan membantu menyelamatkan spesies
tersebut daripada ancaman kepupusan.


JENIS HAIWAN YANG DIPULIHARA ( BUAYA )
Buaya ialah sejenis binatang veterbrata (mempunyai tulang belakang dan tulang
rangka) yang memakan daging sahaja. Buaya merupakan sejenis reptilia yang mempunyai
keistimewaan semula jadi untuk terus wujud. Buaya yang berdarah sejuk, sama seperti kura-
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

3

kura, cicak, dan ular, bergantung pada sumber-sumber luar, seperti matahari untuk
mendapatkan haba panas dan menjaga suhu badannya. Ia merupakan jenis dinasor yang
terakhir dan tidak pernah diubah dari segi biologi untuk berjuta-juta tahun.
Kebanyakan buaya mati pada tahun pertama disebabkan oleh tekanan, lapar, dan
pemangsaan. Hanya 5% yang dapat terus hidup sehingga matang. Umur buaya matang
adalah di antara 12-16 tahun. Buaya bertelur dan proses ini berlaku dalam masa yang
pendek, iaitu lebih kurang 5-15 minit sahaja. Kemudian telur akan ditimbus dengan rumput
dan sebagainya untuk dijadikan sebagai sarang. Sarang buaya ini bergantung kepada panas
matahari atau hawa panas menjadi tumbuhan reput sebagai tempat penetasan.
Sebagaimana dengan jenis lain, sarang ini akan diawasi oleh buaya betina.


SPESIES YANG DIPULIHARA
Terdapat dua jenis sasaran jenis spesies buaya yang dibela dan dipulihara di Jongs
Crocodile Farm, Kuching. Jenis yang pertama ialah buaya Malayan Gharial Air Tawar
(Tomistoma schlegelii), manakala jenis yang kedua ialah buaya laut (Crocodylus porosus).


1. BUAYA MALAYAN AIR TAWAR






Buaya Malayan Gharial Air Tawar, atau nama saintifiknya Tomistoma
schlegelii berasal dari keluarga Crocodylidae dan order Crocodilia. Malayan Gharial Air
Tawar, atau lebih dikenali sebagai buaya jejulung ini adalah sekeluarga dengan Buaya
Gharial (Gavialis gangeticus). Walaupun buaya jejulung ini menyerupai Buaya Gharial, tetapi
kepalanya berbentuk tirus ke arah muncungnya yang sempit dan tidak mempunyai muncung
hujung yang bulat seperti Buaya Gharial jantan. Antara ciri-ciri fizikal dan keunikan buaya
jejulung ini termasuklah berwarna coklat gelap dengan jalur hitam yang kabur di bahagian
belakang badannya, dan matanya yang berwarna kuning, coklat, dan perang.
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

4

Spesis Gharial air tawar ini biasanya didapati di kebanyakan kawasan paya darat air
tawar, tasik-tasik, dan sungai-sungai. Jenis ini tidak merbahaya pada manusia dan tidak
akan menyerang manusia, kecuali terpaksa. Gharial bertelur sebanyak 20-40 biji di lerang
tebing berpasir berdekatan dengan air. Pada masa kini, buaya jelulung merupakan spesis
yang amat terancam. Buaya jejulung mungkin telah pupus di selatan Negara Thai dan telah
hampir pupus di Malaysia. Ancaman yang paling serius dan ketara termasuklah pemburuan
haram dan kemusnahan habitatnya.

2. BUAYA LAUT ATAU TEMBAGA
Jenis pemuliharaan buaya yang kedua di Taman Buaya Jong, iaitu buaya laut, atau
nama saintifiknya Crocodylus porosus pula biasanya berasal dari keluarga Crocodylidae dan
order Crocodilia. Crocodylus porosus adalah sekeluarga dengan Buaya Mugger (Crocodylus
palustris) dan Buaya New Guinea (Crocodylus novaeguineae). Biasanya buaya jenis ini
boleh didapati di kawasan air masin atau di muara sungai dan paka bakau. Selain itu, ia
boleh juga boleh didapati di ulu sungai atau di paya air tawar. Buaya laut, atau juga dikenali
dengan nama Buaya Tembaga, Buaya Indo-Pacific atau Buaya Air Masin merupakan reptilia
yang paling besar antara spesies buaya. Kadang-kala ia juga dikenali sebagai
'Buaya Naked-Neck' kerana hanya buaya spesis ini sahaja yang tidak mempunyai sisik
besar di bahagian belakang lehernya.
Spesis buaya laut ini merupakan salah sejenis haiwan yang mempunyai tenaga yang
kuat, memerbahaya pada manusia dan ternakan dan lebih cergas daripada buaya air tawar.
Ia juga merupakan perenang yang handal. Buaya laut betina biasanya akan bertelur
sebanyak 25-70 biji dan jangka masa penetasannya adalah lebih kurang 78-90 hari. Buaya
laut betina akan membuat sarang daripada rumput, daun, kayu kecil, dan sebagainya,
bercampur dengan tanah. Ia hanya menggunakan kaki belakangnya dan ekor untuk
membuat sarang.








Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

5








STRATEGI PEMULIHAN EX- SITU

Secara umumnya, terdapat beberapa strategi pemuliharaan ex-situ telah
dikenalpasti dan dijalankan di Taman Buaya Jong. Antaranya termasuklah penangkapan dan
pelepasan buaya untuk jangka masa yang pendek, program pembiakbakaan dan
penternakan khas untuk jangka masa yang panjang, kajian penetasan telur buaya secara
manusia, pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya, menjalankan kajian dan
penyelidikan, dan memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada masyarakat luar.

1. PERTAMA
Pada peringkat awal pembukaan zoo mini ini, antara strategi pemuliharaan ex situ yang
diambil oleh pihak Taman Buaya Jong ialah penangkapan dan pelepasan buaya untuk
jangka masa yang pendek (Short-term Propagation and Release). Kira-kira tahun 1963 dan
1964, Encik Yong Kian Sen, pengusaha zoo mini tersebut telah menyelamatkan banyak jenis
spesies buaya dengan membeli mereka di pusat-pusat penjualan buaya yang terdapat di
sekitar sempadan Indonesia. Kemudian beliau memindahkan buaya-buaya tersebut ke zoo
mini untuk dipulihara dan diternak. Selain itu, pihak mereka juga menerima buaya-buaya
yang telah berjaya ditangkap dari tempat-tempat lain sekitar Pulau Borneo untuk diternak
dan dilepaskan di situ. Antaranya termasuklah Bujang Sudin, sejenis buaya yang berasal
dari Sri Aman, Sarawak, Pak Indon, sejenis buaya tembaga yang diperoleh dari
Indonesia, Bujang Samariang, sejenis buaya laut yang ditangkap di Samariang, Kuching,
dan banyak lagi. Sesungguhnya salah satu penyelesaian untuk memulihara buaya adalah
dengan menangkap mereka dan melepaskan mereka ke tempat yang selamat
seperti Taman Buaya Jong. Namun, harus diingatkan bahawa penangkapan di sini
bermaksud penangkapan yang jujur, bertanggungjawab, sah di sisi undang-undang dan
berteraskan pemuliharaan ex situ, daripada penjualan komersial semata-mata.

Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

6

2. KEDUA
Selain itu. strategi pemuliharaan ex-situ yang kedua ialah program penternakan
khas dan pembiakbakaan untuk jangka masa yang panjang. Objektif utama program ini
adalah untuk memastikan peningkatan yang tinggi bagi populasi spesies-spesies buaya di
dalam kurungan yang boleh diperoleh melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi
bioteknologi pembiakan terkini. Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi
bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada
pembiakan dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan
bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program
pembiakakaan ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan
penggunaannya secara lestari. Untuk program pembiakbakaan ini, pihak Taman Buaya Jong
telah menyediakan satu hutan semula jadi dengan kawasan paya yang banyak untuk
buaya-buaya betina untuk membiak di sana. Buaya-buaya betina akan membina sarang dan
menelur di sekitar kawasan pembiakbakaan. Sekiranya pembiakbakaan tersebut berjaya,
maka mereka akan meneruskan generasi baharu di sana.

3. KETIGA
Taman Buaya Jong juga berinisiatif untuk menjalankan kajian pengeraman
buatan, atau penetasan telur buaya secara manusia (artificial incubation). Sepanjang
menternak dan memulihara spesies-spesies buaya, ratusan biji telur telah dihasilkan oleh
buaya di situ tetapi tiada satu buaya pun yang menetasnya. Oleh itu, keluarga Yong telah
bertekad untuk menjalankan lebih banyak kajian tentang penetasan telur buaya. Akhirnya
pada pertengahan tahun 1981, anak Encik Yong Kian Sen, iaitu Johnson telah berjaya
mencipta satu inkubator yang diperbuat daripada plywood untuk menjalankan proses
penetasan telur-telur buaya tersebut. Sejak dari kejayaan pada masa itu, kajian penetasan
telur buaya ini diteruskan hingga ke masa kini.

4. KEEMPAT
Di samping itu, strategi-strategi lain yang dijalankan adalah termasuklah
pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya. Strategi ini melibatkan perancangan
aktiviti pengayaan habitat dan sumber kepelbagaian biologi dan bertujuan untuk memulihara
kepelbagaian biologi di kawasan perlindungan. Dalam strategi ini, buaya-buaya akan
dibahagikan dan ditempatkan ke kawasan habitat yang berlainan berdasarkan saiz mereka.
Pembahagian ini dijalankan atas sebab buaya merupakan haiwan karnivor dan mereka akan
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

7

memakan buaya yang bersaiz lebih kecil sekiranya mereka lapar. Dengan pembahagian
lokasi buaya ini, semua buaya yang berlainan saiz dapat terus hidup, dan yakini dapat
meningkatkan populasi mereka pada masa yang akan datang.

5. KELIMA
Malah, Taman Buaya Jong telah turut mengeksport sesetengah jenis buaya yang
terdapat di situ ke luar negara untuk tujuan pembangunan kajian dan penyelidikan (R&D).
Diharapkan bahawa dengan teknologi yang lebih tinggi dan canggih di luar negara, ahli-ahli
profesional dan amatur dapat menjalankan kajian yang lebih terperinci terhadap spesies-
spesies buaya ini, dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah pemuliharaan ex situ
yang lebih berkesan.
6. KEENAM
Strategi-strategi pemuliharaan ex-situ lain yang telah dijalankan oleh Taman
Buaya Jong adalah memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada masyarakat luar.
Dengan kawasan yang seluas 25 hektar ini, Taman Buaya Jong telah melakukan satu
pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep
terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung-
pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semula jadi yang dipamerkan dengan
pembinaan kandang yang sesuai. Selain daripada tujuan rekreasi dan ekonomi, tindakan
membuka zoo mini kepada masyarakat juga bertujuan untuk memberikan pendidikan dan
kesedaran awal pada masyarakat untuk mengetahui dan menghargai flora dan fauna, sedar
bahawa kepentingan memelihara dan memulihara haiwan dan tumbuhan, dan seterusnya
mempelajari bagaimana untuk menjalankan konversasi terhadap flora dan fauna yang kian
pupus dan terancam pada masa kini.


KELEMAHAN PEMULIHARAAN EX SITU
Terdapat beberapa kelemahan pemuliharaan ex situ :-
1. Spesies flora dan fauna yang dipulihara melalui strategi ex situ memerlukan satu tempoh
masa peralihan yang panjang sebelum mereka dapat mengadaptasi dan menyesuaikan
diri mereka dengan keadaan pemuliharaan ex situ tersebut. Oleh itu, terdapat
sesetengah jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri mereka mungkin akan mati dan
seterusnya mengalami ancaman kepupusan.
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

8

2. Pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga pakar professional dan ahli-
ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian penyelidikan dan kegiatan eksporasi yang
banyak terlebih dahulu. Usaha ini adalah perlu untuk melihat kecocokan sesetengah
spesies terhadap daerah atau lokasi pemuliharaan ex situ, sebelum flora dan fauna
dipindahkan ke tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang kekurangan kepakaran
dalam bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan pemuliharaan ex situ.
3. Pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang yang banyak dan sokongan
ekonomi yang cukup kukuh bagi menampung kos operasi. Semua kajian dan tindakan
yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex situ ini memerlukan kos pembelanjaan
yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos ini meliputi bayaran kepada biaya ahli professional,
bayaran kepada gaji sumber manusia, pembiayaan rawatan persekitaran, pembelian
peralatan yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna, kos penyenggaraan
kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya dana wang terhad,
maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin akan terganggu dan tidak dapat
dijalankan dengan lancar dan berjaya.


CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PROSES PEMELIHARA DAN PEMULIHARAAN

1. Meningkatkan keluasan kawasan pemuliharaan
Pada pendapat saya, pengurusan Taman Buaya Jong perlu meningkatkan keluasan
kawasan tempat pemuliharaan buaya. Ini menjamin keselesaan dan dapat
mengurangkan kesesakkan. Kawasan ini juga perlu lebih semulajadi bagi memberi
suasana habitat yang hampir sama dengan habitat asal.

2. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti
Bagi saya pihak Taman Buaya Jong perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak
universiti tempatan dan luar negara bagi meningkat kajian penyelidikan tentang
spesies buaya. Hasil kajian yang di dapati akan membolehkan proses pemuliharaan
dan pemeliharaan dapat dijalankan dengan lancar. Contohnya pihak Taman Buaya
Jong boleh mencari langkah yang paling sesuai bagi mengatasi masalah penetasan
telur buaya di dalam inkubator dengan bekerjasama dengan pihak universiti
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

9

tempatan seperti Universiti Sains Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam
bidang biologi dan zoologi khususnya tentang buaya.

3. Pengerak Pendidikan Kepentingan Fauna
Selain itu pihak Taman Buaya Jong juga boleh menjadi pengerak kepada pendidikan
kepentingan Fauna di sekolah- sekolah. Pihak Taman Buaya Jong boleh
mengedarkan risalah atau mengadakan sesi pameran tentang aktiviti pemuliharaan
dan pemeliharaan yang telah dijalankan oleh mereka. Mereka boleh juga
bekerjasama dengan kelab Alam Sekitar di sekolah. Sesungguhnya murid- murid
akan tertarik dengan aktiviti yang dijalankan kerana mereka ingin mengetahui buaya
dengan lebih lanjut. Sambil itu mereka perlu menyelitkan tentang kepentingan
menjaga spesies haiwan supaya tidak pupus. Secara tidak langsung mereka telah
menjadi NGO yang bergiat cergas di dalam aktiviti penjagaan alam sekitar.


4. Program Haiwan angkat dengan pihak swasta
Pada pendapat saya saya pihak pengurusan taman ini boleh mengurangkan kos
operasi mengendalikan taman ini dengan memperkenalkan haiwan angkat kepada
syarikat swasta yang lain seperti bank- bank, syarikat telekomunikasi dan lain lain.
Seekor buaya atau lebih akan ditaja oleh syarikat swasta bagi tujuan pengiklanan
serta sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam usaha
menanam sikap cintai alam sekitar. Ini secara tidak langsung akan membuatkan
haiwan- haiwan yang ada di kawasan ini akan tinggal dengan lebih selesa.

5. Meningkatkan pendidikan konservasi
Pendidikan konservasi dituntut bukan diperingkat murid sekolah tetapi meliputi
semua peringkat umur. Pihak taman ini boleh bekerjasama dengan Pos Malaysia
bagi menerbitkan sampul surat hari pertama dan setem khas yang mengandungi
maklumat tentang buaya kepada masyarakat. Mereka boleh juga mengatakan
dengan setiap pembelian akan menyumbang kepada dana pemuliharaan buaya.


KESIMPULAN
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

10

Kita amat bersyukur kerana negara kita mempunyai pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan.
Walaupun, mendapat sumbernya dari hutan kita pasti mengambil berat tentang populasi
spesis tersebut dan berwaspada terhadap tumbuhan yang terancam. Ini akan menyebabkan
tumbuhan dan haiwan akan kekal berterusan untuk tatapan generasi yang akan datang.
Kesedaran terhadap spesis adalah salah satu faktor yang harus dipegang oleh setiap
warganegara supaya kita tidak kehilangan harta hutan ( haiwan dan tumbuhan ) yang
dikurniakan oleh tuhan. Peranan pihak swasta yang mengambil insentif untuk memelihara
dan memulihara spesies haiwan seperti buaya ini amat baik dan perlu dipuji. Kita pula
perlulah menyokong usaha murni yang dijalankan oleh mereka ini. Pihak yang berwajib pula
perlu memberi bantuan khidmat nasihat serta kewangan bagi memastikan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan ini dapat dijalankan berterusan.






TUGASAN 3 SCE3107 PENULISAN REFLEKTIF
Pada 23 Febuari saya telah menerima tugasan daripada pensyarah SCE3107 iaitu
Ekosistem dan Biodiversiti.Tugasan saya pada kali ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah penyediaan lima laporan praktikal, bahagian kedua pula ialah penulisan
akademik dan bahagian ketiga pula ialah penulisan reflektif.

Pengalaman melakukan tugasan
a) Sebelum
Laporan praktikal perlu disediakan dan dihantar kepada pensyarah sce3107 saya iaitu Puan
Normee Binti Abd Rahman & En. Taufik seminggu selepas praktikal dijalankan. Bagi
tugasan penulisan akademik pula, saya mula membuat tugasan dengan memilih spesies
yang sesuai dan mempunyai banyak maklumat bagi menjawab soalan tugasan ini. Semua
maklumat yang diperlukan bagi tugasan satu dan dua dikumpulkan dan dicetak untuk dibaca
dan dianalisisnya. Maklumat- maklumat ini telah diperoleh daripada buku. Selain itu
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

11

maklumat ini banyak diperoleh dari internet sebanyak bahan rujukan bagi memudahkan kerja
kursus ini mencapai objektifnya.
b) Semasa
Setelah mengumpul maklumat, saya mula membuat tugasan satu dan dua. Panduan utama
untuk dirujuki adalah lampiran rubrik yang diserta oleh pensyarah saya. Hal ini bagi
memastikan saya menepati skema permarkahan yang telah ditetapkan. Selain itu,
perbincangan dengan rakan- rakan sekelas sama ada melalui perbincangan di dalam kelas
atau secara facebook dan whatsapp banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan.
Saya juga mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pensyarah tentang tugasan
dua. Hal ini kerana saya memilih spesies buaya bagi membincangkan tentang pemeliharaan
dan pemuliharaan spesies. Spesies yang saya pilih ini berbeza dengan rakan- rakan lain
yang banyak mefokus kepada tumbuhan. Saya bersyukur kerana pensyarah telah
kebenaran memilih spesies buaya sebagai tajuk.
c) Selepas
Selepas menyiapkan tugasan pertama , perkara paling penting saya pelajari adalah bukan
perkara mudah untuk membuat pemuliharaan sesuatu di sesuatu tempat. Ia mempunyai
pengiraan yang melibatkan nombor bagi memilih tempat yang paling perlu dibuat
pemuliharaan. Selain itu dapat saya ketahui bukan mudah untuk seorang taksonomis
mengetahui jumlah sesuatu spesies di sesuatu kawasan. Bagi pendapat saya usaha- usaha
untuk membuat keputusan pemuliharaan spesies amat sukar kerana banyak prosedur yang
perlu dipatuhi.
Bagi tugasan kedua, saya bersyukur kerana dapat memperolehi maklumat yang mencukupi
dari internet dan buku- buku ilmiah yang turut membantu menyiapkan tugasan ini. Saya juga
mendapat maklumat dari facebook tentang lokasi kajian saya.Untuk memulakan tugasan
ini pelbagai kretiria perlu difikirkan bagi memastikan tugasan ini benar- benar mencapai
kehendak permarkahan terutama dalam penyusunan maklumat mengikut kepentingan isi.
Format penulisan bibliografi di akhir tugasan merupakan masalah yang perlu difikirkan,
pelbagai format yang sering digunakan dalam penulisan bibliografi terutama apabila melayari
internet. Dalam tugasan ini saya rasakan format APA merupakan cara penulisan terbaik
bibliografi. Jadi saya mengambil keputusan untuk memilih format APA kerana format ini
merangkumi semua aspek yang dikehendaki dalam sesuatu penulisan bibliografi.
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

12


Masalah yang dihadapi dan cara mengatasinya
1. Penulisan teori bagi penyediaan laporan praktikal
Saya menghadapi masalah bagi mencari maklumat untuk penulisan teori praktikal.
Hal ini kerana pensyarah meminta supaya teori tentang sesuatu praktikal perlu ditulis
sehingga tiga muka surat . walaupun begitu masalah ini dapat diatasi dengan
mencari sumber- sumber berkaitan teori praktikal melalui perbincangan rakan,
rujukan buku- buku serta melayari internet.
2. Pemilihan spesies untuk kajian
Saya menghadapi dilema untuk memilih spesies yang bersesuaian bagi
menyempurnakan tugasan kedua. Pada mulanya saya memilih spesies gajah untuk
dijadikan kajian pemuliharaan tetapi kekangan maklumat yang agak terhad
menyebabkan saya menukarkan kepada haiwan lain iaitu buaya. Haiwan yang saya
pilih ini juga pada mulanya kekurangan maklumat, hasil perbincangan rakan- rakan
memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan tugasan ini. Perbincangan ini
memberi pelbagai info tentang haiwan ini bagi memudahkan tugasan ini dilaksanakan
dengan baik.

3. Format penulisan bibliografi
Format penulisan bibliografi di akhir tugasan merupakan masalah yang perlu
difikirkan, pelbagai format yang sering digunakan dalam penulisan bibliografi
terutama apabila melayari internet. Dalam tugasan ini saya rasakan format APA
merupakan cara penulisan terbaik bibliografi. Jadi saya mengambil keputusan untuk
memilih format APA kerana format ini merangkumi semua aspek yang dikehendaki
dalam sesuatu penulisan bibliografi.

Pengalaman yang diperolehi
Setelah selesai menyiapkan tugasan, saya memperolehi pelbagai info tentang pemeliharaan
dan pemuliharaan biodiversiti.
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

13

1. Mengetahui cara pemulihan dan pemeliharaan dibuat
Semasa membuat praktikal 2 hingga 6 saya mengetahui tentang cara pengumpulan
spesies ( praktikal 2) , dapat mengetahui cara pengukuran dan membandingkan
kepelbagaian spesies ( praktikal 4), mengira faktor pertumbuhan untuk setiap
populasi ( praktikal 5) dan untuk mengkaji dan mengukur diversiti genetik (praktikal
6).
2. Meningkat kefahaman teknik penetasan spesies buaya
Semasa membuat tugasan dua saya mendapat pelbagai info tentang buaya. Saya
juga mengetahui tentang teknik penetasan telur buaya di dalam inkubutor. Ini
merupakan maklumat yang terbaru saya ketahui. Selalunya ayam dan burung puyuh
sahaja diletak di dalam inkubutor untuk menetas.
3. Wujudnya pusat pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan swasta
Setahu saya pusat pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan dibiaya oleh kerajaan
tetapi setelah melakukan tugasan ini saya baru tahu wujudnya pusat pemuliharaan
dan pemeliharaan haiwan swasta. Mungkin banyak lagi haiwan yang dipulihara oleh
pusat swasta.


Kesimpulan
Akhir sekali boleh disimpulkan bahawa tugasan SCE3107 ini memberikan banyak info dan
pengalaman baru kepada saya tentang pemeliharaan dan pemuliharaan spesies.selain ini itu
saya juga sedar bahawa terdapat pelbagai flora dan fauna yang diancam kepupusan akibat
daripada aktiviti manusia sendiri. Jadi sebagai pendidik saya akan cuba selalu menerapkan
sikap cintai alam sekitar kepada anak didik saya. Diharapkan usaha murni ini akan
dipermudahkan oleh tuhan. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
SCE3107 Puan Normee bt Abd Rahman & En. Taufik atas khidmat nasihat dan bimbingan
beliau semasa saya membuat tugasan ini. Tidak lupa juga saya kepada rakan- rakan
sekuliah dan rakan maya internet atas segala maklumat yang telah diberikan kepada saya.

Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

14

























RUJUKAN
Arirakatama. (2008, Januari 31). Buaya Muara (Crocodylus porosus): Pemanfaatan vs
Pelestarian. Diakses pada 10 Mac 2013, daripada
http://arirakatama.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=/journal/item

Barbara, C. (2003). Ex Situ Conservation - out of the natural habitat. Diakses pada 10 Mac 2013,
daripada http://www.countrysideinfo.co.uk/biodvy2.htm


Introduction of Jongs Crocodile Farm & Zoo Sdn Bhd. (t. t.). Diakses pada 10 Mac 2013, daripada
http://www.jongscrocodile.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=30

Jong Crocodile Farm. Diakses pada 10 Mac 2013, daripada
http://www.jongscrocodile.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=30
Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

15


Jongs Crocodile Farm and zoo Sarawak . Diakses pada 10 Mac 2013, daripada
http://www.thristhan.com/jongs-crocodile-farm-and-zoo-kuching-sarawak
Jongs Crocodile Farm. Diakses pada 10 Mac 2013, daripada
http://www.sarawaktourism.com/en/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=41


Ong, Y. T. & Mayuree Thawichart Khongkha. (2004, Januari 15). Perlukah Haiwan Dikurung Atau
Dibiar Hidup Dalam Habitat Mereka? Diakses pada 11 Mac 2013, daripada
http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Jan04%2015o.htm

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya Terhadap
Keseimbangan Alam Sekitar. Diakses pada 12 Mac 2013, daripada
http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=1359

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. (2007, Oktober 3). Sejauh Manakah Sumbangan Biodiversiti
Terhadap Kehidupan Sejagat? Diakses pada 13 Mac 2013, daripada
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1405&cmd=r
esetall

Wikipedia. (2012, Jun 22). In-situ conservation. Diakses pada 15 Mac 2013, daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/In-situ_conservation

Wikipedia. (2012, Jun 25). Ex-situ conservation. Diakses pada 15 Mac 2013, daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Ex-situ_conservation

























Sce 3107- penulisan akademik- (Pemuliharaan Buaya)

16

Anda mungkin juga menyukai