Anda di halaman 1dari 23

SCE3109 Tenaga dalam Kimia

1


TAJUK 1


TERMOKIMIA



1.0 Sinopsis

Termokimia ialah suatu kajian tentang perubahan tenaga yang menyertai suatu
tindak balas kimia. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang jenis
tenaga dan perubahan tenaga. Anda juga akan mengkaji tentang Hukum
Pertama Termodinamik, pemuliharaan tenaga, tenaga dalam dan pemindahan
tenaga, tindak balas eksotermik dan endotermik.


1.1 Hasil Pembelajaran


1. Mengenal pasti pelbagai jenis tenaga;
2. Menyatakan perubahan tenaga;
3. Mendefinisi konsep pemuliharaan tenaga/ Hukum Pertama Termodinamik;
4. Menerangkan konsep tenaga dalam dan pemindahan tenaga;
5. Menerangkan tindak balas eksotermik dan endotermik;
6. Melaksanakan aktiviti PCK untuk mengajar tajuk kurikulum yang sesuai.
















SCE3109 Tenaga dalam Kimia
2


1.2 Kerangka Tajuk





Rajah 1.1 Kerangka Tajuk


1.3 ISI KANDUNGAN

1.3.1 Jenis Tenaga

Tenaga ialah sesuatu yang berkemampuan untuk membuat kerja atau memberi
haba. Ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tenaga
digunakan dalam semua bidang seperti menggerakkan jentera, menyalakan
lampu elektik, memasak makanan, menggerakkan kenderaan dan sebagainya.
Tenaga wujud dalam berbagai bentuk seperti yang berikut:

Tenaga kimia
Tenaga kintetik
Tenaga keupayaan
Tenaga haba
Tenaga elektrik

Termokimia

Sifat Tenaga

Perubahan
Tenaga

Hukum Pertama
Termodinamik

Pemuliharaan
Tenaga
Tenaga Dalam
dan Pemindahan
Tenaga
Tindak balas
eksotermik dan
endotermik
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
3
Tenaga cahaya
Tenaga bunyi
Tenaga nuklear

1.3.2 Sifat Tenaga

Tenaga wujud dalam dua bentuk asas iaitu tenaga keupayaan dan tenaga
kinetik. Sistem kimia mengandungi kedua-dua tenaga keupayaan dan tenaga
kinetik. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disebabkan oleh kedudukan
sesuatu objek. Tenaga keupayaan sesuatu bahan bergantung kepada
komposisinya, jenis atom dalam bahan, bilangan dan jenis ikatan yang
menggabungkan atom dan cara penyusunan atomnya. Sebagai contoh, air
tersimpan dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan graviti kerana
berada tinggi dari paras. Sekiranya pintu empangan dibuka, air akan turun
dipengaruhi oleh graviti dan membuat kerja memutarkan janakuasa bagi
menghasilkan tenaga elektrik. Setiap molekul air juga mempunyai tenaga
keupayaan kimia yang disebabkan oleh daya tarikan dan penolakan elektrostatik
dalam setiap atom dan di antara atom.
Tenaga kinetik adalah tenaga yang disebabkan oleh gerakan sesuatu objek.
Tenaga kinetik sesuatu bahan dikait rapat dengan gerak rawak dan tetap atom
atau molekulnya dan berkadar dengan suhunya. Sebagai contoh, apabila air
dari empangan dibiarkan terjun, tenaga keupayaannya bertukar kepada tenaga
kinetic akibat dari pergerakan air tersebut. Di samping itu, molekul air
mempunyai tenaga terma disebabkan oleh putaran, getaran dan gerak rawak
molekul.



SCE3109 Tenaga dalam Kimia
4
Layari Internet (1 jam)

Layari internet untuk mengumpulkan maklumat tentang pelbagai
sumber tenaga di Malaysia. Kategorikan sumber tenaga itu
sebagai tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga yang tidak
boleh diperbaharui

1.3.3 Perubahan tenaga

Semua bentuk tenaga adalah saling bertukaran antara satu sama lain. Rajah 1.2
berikut menunjukkan beberapa contoh perubahan bentuk tenaga.

Perubahan tenaga Contoh
Tenaga kimia tenaga haba dan tenaga
cahaya
Pembakaran bahan api
seperti kerosin dan
sebagainya
Tenaga kimia Tenaga elektrik Bateri
Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga
elektrik
Perubahan air kepada stim
yang menggerakkan dynamo
bagi menghasilkan tenaga
elektrik
Tenaga kimia Tenaga bunyi Letupan mercun
Tenaga cahaya Tenaga kimia Fotosintesis
Tenaga elektrik Tenaga cahaya Penyalaan mentol elektrik

Rajah 1.2 Perubahan bentuk tenaga


1.3.4 Hukum Pertama Termodinamik/Pemuliharaan Tenaga

Apabila tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, jumlah
tenaga adalah tetap. Tenaga dipulihara. Hukum Pemuliharaan Tenaga atau
Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain.


SCE3109 Tenaga dalam Kimia
5
Memikir (2 jam)


Lukiskan satu siratan tenaga yang menunjukkan pengubahan
pelbagai jenis bentuk tenaga dalam kehidupan anda.


1.3.5 Tenaga dalam dan permindahan tenaga

Dalam termokimia, sistem adalah bahagian dari semesta yang akan dikaji,
misalnya dalam suatu ujikaji, bahan dan hasil tindak balas adalah merupakan
sistem. Sekitar adalah bahagian luar system, misalnya kelalang, makmal dan
sebagainya. Sistem dan sekitar membentuk semesta. Sistem boleh dibahagikan
kepada 3 jenis; iaitu

(a) Sistem terbuka
Dalam sistem terbuka, kedua-dua tenaga dan jirim dapat dipindahkan daripada
suatu sistem kepada sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan. Haba
dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (sebagai jirim) juga turut meruap
ke sekitarnya.

(b) Sistem tertutup
Dalam sistem terbuka, hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada
sekitarnya. Misalnya, air kopi panas dalam cawan yang tertutup rapat, hanya
haba dihilangkan kepada sekitarnya.

(c) Sistem terpencil atau tersekat
Pada sistem ini, tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah. Misalnya, air
panas yang disimpan dalam termos.

Perpindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba q atau kerja, w. Perpindahan
tenaga ini menjejaskan jumlah keseluruhan tenaga, iaitu tenaga dalam, E yang
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
6
terdapat dalam sistem tersebut. Jumlah tenaga dalam, E sesuatu sistem terdiri
daripada jumlah semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul
atau ion dalam sistem itu. Bagi suatu sistem terpencil atau tersekat, jumlah
tenaga dalam adalah tetap kerana tiada tenaga atau jirim yang dapat berpindah.
Ini merupakan suatu pernyataan lain bagi Hukum Pertama Termodinamik yang
boleh dituliskan sebagai Jumlah tenaga dalam suatu sistem terpencil atau
tersekat adalah tetap.

Pada praktiknya, adalah sesuatu yang tidak mungkin bagi kita memisahkan
suatu tindak balas kimia dengan sekitarnya kerana bahan kimia yang kita
gunakan sentiasa berada dalam keadaan bersentuhan dengan sekitarnya.
Namun begitu, kita masih boleh mengukur akan perubahannya sahaja, disebut
perubahan tenaga dalam, E, di mana
E = E
final
- E
initial

E
final
ialah tenaga dalam keadaan akhir sistem
E
initial
ialah tenaga dalam keadaan awal sistem
Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada sistem kepada sekitarnya
mempunyai tanda negatif kerana sistem tersebut mengalami kehilangan haba.
E
final
< E
initial

Sebaliknya tenaga yang mengalir masuk kepada sistem daripada sekitarnya
mempunyai tanda positif kerana sistem tadi mengalami pertambahan haba.
E
final
> E
initial


1.3.6 Tindak balas eksotermik dan endotermik

Haba yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia disebut secara umum
sebagai haba tindak balas. Haba tindak balas ini merupakan kuantiti haba yang
bertukar di antara sistem dengan sekitarnaya apabila suatu tindak balas kimia
berlaku di dalam sistem tersebut pada suhu tetap. Dalam tindak balas
eksotermik, haba dipindahkan dari sistem ke sekitar manakala dalam tindak
balas endotermik, haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Rajah 1.3
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
7
menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas eksotermik dan Rajah 1.4
menunjukkan profil tenaga bagi tindak balas endotermik.



Kandungan H
2
O (g) bahan
Haba , H
H = - 44 kJ mol
-1

(haba dibebaskan)

H
2
O (l) hasil
Laluan tindak balas

Rajah 1.3 Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik




Kandungan H
2
O(g)
Haba, H
H = + 44 kJ mol
-1

(haba diserap)

H
2
O (l)
Laluan tindak balas

Rajah 1.4 Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik

















SCE3109 Tenaga dalam Kimia
8

Perbincangan ( 2 jam)


Aktiviti PCK 1 untuk mengkaji pemindahan tenaga.

1. Laksanakan aktiviti yang berikut dan nyatakan perubahan tenaganya.

i) Pasangkan lampu meja;
ii) Nyalakan sesuatu lilin;
iii) Pasangkan kalkulator yang berkuasa solar;
iv) Masukkan dua bateri ke dalam kereta mainan dan pasangnya;
v) Tarik satu belang getah;
vi) Memerhati telefon yang berdering.


Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut:

Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas?
Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini?
Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam
pengajaran dan pembelajaran anda.
Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?
Apakah masalah pembelajaran/miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran
topikmindahan tenaga?
Sebagai guru, bagaimanakah anda boleh membantu pelajar anda untuk
mengatasi masalah pembelajaran atau miskonsepsi mereka?




1.4 Rujukan

Ramli Ibrahim (2001). Asas Kimia. Puchong: Uni-Ed.

Brown, T.L., Lemay, H.E., & Bursten, B.E. (2000). Chemistry: The Central
Science. (8
th
ed.). New Jersey: Prentice Hall.

http://www.fi.edu/guide/hughes/energyconservation.html (Hukum Pemuliharaan
Tenaga)

http://dbhs.wvusd.k12.ca.us/webdocs/Thermochem/Law-Cons-Mass-Energy.html
(Hukum Pemuliharaan Tenaga)

SCE3109 Tenaga dalam Kimia
9

TAJUK 15


KIMIA NUKLEAR



15.0 Sinopsis

Sesetengah nukleus atom tidak stabil dan mereput secara spontan dengan
memancarkan sinaran zarah alfa, beta dan gamma. Sinaran ini bergerak
menembusi jisim dan mengion molekul, maka sinaran tadi boleh memberikan
kesan terhadap organism secara biologi. Namun ini, adalah penting sinaran ini
dapat dikesani. Dalam tajuk ini, anda akan diberi pendedahan tentang alat
pengesanan sinaran radioaktiviti, kesan biologi radiasi dan penggunaan kimia
nuklear.


15.1 Hasil Pembelajaran


1. Menjelaskan berbagai alat pengesan radioaktiviti;
2. Menerangkan kesan biologi radiasi terhadap manusia;
3. Menerangkan berbagai penggunaan kimia nuklear.


15.2 Kerangka Tajuk



Figure 15.1 Kerangka Tajuk




Kimia Nuklear
Alat Pengesan
Sinaran
Radioaktiviti
Kesan Biologi
Radiasi
Penggunaan
kimia nuklear
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
10

15.3 Isi Kandungan

15.3.1 Alat Pengesan Sinaran Radioaktiviti
Sinaran nukleus boleh dikesan menggunakan alat pengesan seperti berikut:
a) Lencana filem fotografi
b) Pengesan Sintilasi
c) Tiub Geiger-Muller
d) Elektroskop Kerajang Emas
e) Cloud Chamber
f) Pengira Spark

Lencana filem fotografi

Lencana filem fotografi biasanya digunakan oleh orang yang bekerja di sekitar
yang mendedahkan mereka kepada radiasi. Lencana ini mengandungi filem
fotografi yang terdedah apabila terkena radiasi. Di depan filem fotografi terdapat
berbagai penyerap dengan ketebalan yang berbeza untuk menahan tembusan
sinaran radiasi. Jika dos radiasi terlalu tinggi, filem fotografi bertukar warna
kepada hitam. Selepas seketika masa, filem itu diproses dan dari ini kadar
pendedahan akan menunjukkan dos radiasi yang diserap oleh seseorang pada
masa itu.







SCE3109 Tenaga dalam Kimia
11






Rajah 15.2 Lencana Filem Fotografi
(Sumber: http://images.goggle.com)

Pengesan Sintilasi


Pengesan sintilasi adalah alat pengesan radiasi yang boleh menghitung zarah
dipancarkan daripada nucleus radioaktif. Prinsip asas alat ini ialah penggunaan
suatu bahan misalnya fosfor yang boleh memancarkan kilauan cahaya apabila
ianya disinari oleh radiasi. Bilangan kilauan atau sintilasi se unit masa adalah
berkadar dengan bilangan radiasi yang memukul permukaan suatu bahan.
Rajah 15.3 menunjukkan proses suatu pengesan sintilasi.
.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia
12

Rajah 15.3 Pengesan Sintilasi
(Sumber: http://images.goggle.com)


Bahan yang biasa digunakan ialah kristal natrium iodide yang mengandungi
talium (II) iodida sebagai fosfor untuk mengesan zarah alfa. Kilauan yang
dihasilkan oleh proses sintilasi dipancarkan melalui tingkap optik ke dalam tiub
photomultiplier . Bahagian pertama photomultiplier ialah foto katod yang
menghasilkan elektron apabila cahaya memancar ke atasnya. Elektron ini akan
ditarik kepada suatu siri plat yang dipanggil dinod melalui aplikasi voltan tinggi
positif. Apabila suatu elekton daripada foto katod memukul dinod pertama,
beberapa elektron dihasilkan yang kemudian akan ditarik kepada dinod kedua di
mana penggandaan elektron berlaku. Urutan ini berterusan sehingga ke dinod
terakhir di mana denyut elektron sekarang sudah berjuta kali lebih besar
daripada di awal tiub. Pada takat ini, elektron dikumpulkan di anod pada hujung
tiub dan membentuk denyut elektronik. Denyut ini dikesan dan dipamerkan di
atas alat pengukur.


Tiub Geiger-Muller

Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip
bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
13
tekanan rendah. Zarah alfa dan beta boleh dikesan secara langsung
menggunakan tiub Geiger-Muller. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang
diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Dalam tiub itu terdapat dua
elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan. Pancaran radiasi masuk
ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan
mengeluarkan electron daripada molekulnya. Ion dan electron yang dihasilkan
oleh pengionan radiasi membolehkan pangaliran denyut arus elektrik ringkas di
antara elektrod. Arus ringkas ini dibesarkan dan dibilang menggunakan alat
pengira seperti meter kadar atau skala sebagai satu kiraan. Bilangan kiraan se
unit masa adalah berkadar dengan jumlah radiasi yang melalui tiub Geiger-
Muller. Apabila tiub Geiger-Muller digunakan untuk mengesan pancaran
radioaktif, kadar kiraan latarbelakang ditolak daripada kadar kiraan yang
didapati. Rajah 15.4 menunjukkan proses dalam tiub Geiger-Muller manakala
Rajah 15.5 adalah suatu tiub Geiger-Muller.



Rajah 15.4 Proses dalam Tiub Geiger-Muller
(Sumber: http://images.goggle.com)


SCE3109 Tenaga dalam Kimia
14


Rajah 15.5 Tiub Geiger-Muller
(Sumber: http://images.goggle.com)


Elektroskop kerajang-emas

Elektroskop kerajang emas terdiri daripada sebatang logam tegak biasanya
loyang dan pada hujungnya tergantung dua keping selari keranjang emas. Suatu
terminal logam diletakkan di atas di mana caj yang diuji digunakan. Untuk
melindungi kerajang emas daripada angin sejuk, ia diletakkan dalam suatu botol
gelas, biasanya terbuka di bawah dan dipasangkan kepada suatu tapak.
Elektroskop digunakan untuk mengesan kehadiran caj. Apabila terminal logam
disentuh dengan objek bercaj, kerajang emas akan mencapah dalam bentuk V.
Elektroskop juga boleh dicaj tanpa sentuhan dengan objek bercaj melalui induksi
elektrostatik. Jika suatu objek bercaj di bawa berdekatan dengan terminal
elektroskop, kerajang emas juga mencapah kerana medan elektrik objek
menyebabkan batang elektroskop untuk mencapah. Caj dengan polariti yang
bertentangan dengan objek bercaj akan tertarik kepada terminal, manakala caj
dengan polariti yang sama akan menolak kerajang emas dan menyebabkannya
mencapah. Rajah 15.6 menunjukkan proses dalam Elektroskop Kerajang Emas.


SCE3109 Tenaga dalam Kimia
15



Rajah 15.6 Proses dalam Elektroskop Kerajang Emas
(Sumber: http://images.goggle.com)


Kebuk Awan (Cloud Chamber)

Kebuk awan Wilson ialah alat untuk memerhati laluan pergerakan zarah
radioaktif. Rajah 15.7 menunjukkan suatu kebuk awan dan Rajah 15.8
menunjukkan keratan rentas suatu kebuk awan.
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
16

Rajah 15.7 Kebuk Awan
(Sumber: http://images.goggle.com)






Rajah 15.8 Keratan Rentas Kebuk Awan
(Sumber: http://images.goggle.com)

SCE3109 Tenaga dalam Kimia
17
Bahagian atas dan bawah kebuk ditutup oleh gelas yang bergaris pusat
beberapa sentimeter. Pada bawah kebuk terletak suatu omboh. Udara dalam
kebuk ini ditepukan dengan wap air. Apabila omboh ditarik ke bawah dengan
cepat, isipadu kebuk akan mengembang dan suhu akan menurun, menjadikan
udara dalam kebuk tepu melampau dengan wap. Jika terdapat suatu zarah
bercaj dalam keadaan tepu melampau ini, wap air akan mengkondensasi atas
ion iaitu laluan caj. Maka, kita boleh lihat jejaknya. Cahaya dicerahkan dari tepi
untuk melihat jejak zarah dengan jelas.

Pengira Spark
Pengira Spark ialah suatu alat khas untuk mengesan zarah alfa. Ia mengandungi
kasa logam dengan suatu wayar di bawahnya dan disambungkan kepada
bekalan kuasa,. Sumber zarah alfa ialah plutonium-209 yang disimpan dalam
bekas plumbum tertutup. Zarah alfa akan menyebabkan pengionan udara dan
menghasilkan suatu discaj percikan api yang dikesan oleh pengira.




Rajah 15.9 Pengira Spark
(Sumber: http://images.goggle.com)



SCE3109 Tenaga dalam Kimia
18


Rajah 15.10 Penggunaan Pengira Spark
(Sumber: http://images.goggle.com)


Memikir (1 jam)


Banding bezakan berbagai alat pengesan sinaran
radioaktiviti dengan menggunakan penyusun grafik.


15.3.2 Kesan biologi radiasi

Kerosakan yang dihasilkan oleh radiasi begantung kepada tenaga radiasi,
tempoh pendedahan radiasi dan sama ada sumber radiasi di dalam atau di luar
badan. Di luar badan, sinaran gamma adalah sangat merbahaya kerana ia dapat
menembusi tisu manusia dengan berkesan. Kesan biologi radiasi boleh
dikategorikan sebagai pendedahan masa panjang dan masa pendek.

SCE3109 Tenaga dalam Kimia
19
(a) Pendedahan radiasi masa panjang menghasilkan pembinaan radikal
bebas yang menyebabkan mutasi genetik atau kanser. Radiasi tenaga
tinggi boleh membuangkan elektron daripada sebatian dan menghasilkan
radikal atau radikal bebas dalam tisu yang dilaluinya. Radikal ini yang
kekurangan elektron sangat reaktif dan boleh menyebabkan tindak balas
dalam bahan stabil sel organisma hidup. Jika tindak balas ini melibatkan
bahan genetik seperti gen dan kromosom, perubahan ini mengakibatkan
mutasi genetik atau kanser.

(b) Pendedahan radiasi yang kuat masa pendek bercenderung
memusnahkan tisu di tempat yang didedahkan dan mengakibatkan
sindrom radiasi merisik seperti rasa mual, keletihan, muntah, kehilangan
selera, sakit tekak, cirit birit dan kekurusan sederhana. Kemusnahan
cepat tisu menjadikan radiasi kuat sebagai suatu alat yang sesuai untuk
rawatan setengah-tengah kanser.

(c) Pendedahan radiasi juga boleh menyebabkan kemandulan, kelihatan tua
lebih awal, kekurangan sel darah putih, kemusnahan sistem badan,
berdarah dalam dan akhirnya maut.



Membuat Nota (2 jam)

Untuk mendapat kefahaman mendalam tentang kesan biologi
radiasi, baca artikel dalam laman web berikut:
http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.ht
mll
Buat nota ringkas tentang bacaan anda dan kongsikan
pengetahuan ini dengan rakan sekerja anda.





SCE3109 Tenaga dalam Kimia
20
15.3.4 Penggunaan kimia nuklear

Kimia nuklear digunakan dalam berbagai bidang.

(a) Rawatan Perubatan

Bahan radioaktif banyak digunakan dalam rawatan perubatan sebagai penyurih
radioaktif yang diagnostik untuk mengenal pasti sesuatu penyakit.. Misalnya,
Iodine-123 digunakan sebagai penyurih radioaktif bagi rawatan kanser tiroid.
Cobalt-60 digunakan untuk rawatan kanser untuk memusnahkan sel kanser yang
membahagi dengan sangat cepat. Sinaran gamma digunakan untuk
mensterilkan alat pembedahan.



Rajah 15.11 Rawatan Kanser Tiroid
(Sumber: http://images.goggle.com)


(b) Industri

Bahan radioaktif digunakan untuk mengenal pasti kebocoran paip bawah tanah.
Suatu bahan radioaktif yang menghasilkan zarah alfa dimasukkan dalam paip.
Sinaran alfa mempunyai kuasa penembusan yang paling rendah, maka ia sesuai
digunakan untuk mengesan kebocoran paip. Sinaran alfa yang dibebaskan oleh
bahan radioaktif itu dikesan oleh pengira Geiger-Muller, maka mengenal pasti di
mana tempat kebocoran paip itu. Bahan radioaktif juga digunakan untuk
mengawal ketebalan bahan seperti kertas dengan menggunakan pengira Geiger-
Muller.
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
21

Rajah 15.12 Pengesanan Kebocoran Paip Bawah Tanah
(Sumber: http://images.goggle.com)


(c) Kaji Purba/Arkeologi

Bahan radioaktif boleh digunakan untuk menetapkan tarikh bahan antic atau
fosil. Misalnya, Karbon-14 digunakan untuk menentukan umur barang purba
walaupun telah berumur beberapa ratus ribu tahun. Karbon-14 hadir di atmosfera
dalam bentuk karbon dioksida. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida yang
mengandungi karbon-14 untuk proses fotosintesis. Selanjutnya, haiwan akan
memakan tumbuhan tadi, maka padanya terdapat karbon-14. Apabila hidupan
tadi mati, nisbah karbon-14 dengan karbon-12 mulai berkurangan kerana
pereputan karbon-14 yang berterusan dengan kadar yang kecil. Nisbah kedua-
dua karbon inilah yang menjadi kunci penentu tentang tarikh mati hidupan.
Pentarikhan karbon-14 hanya boleh digunakan bagi bahan yang mempunyai
umur tidak melebihi 50 000 tahun sahaja, bagi yang lebih lama lagi daripada
tempoh ini, pentarikhan dilakukan dengan menggunakan isotop uranium-238.

(d) Pengawetan Makanan

Bahan radioaktif juga digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan
supaya ia tahan lebih lama. Ia juga digunakan untuk menghalang percambahan
kentang dan sayur-sayuran supaya boleh disimpan lebih lama.
SCE3109 Tenaga dalam Kimia
22

(e) Pertanian

Sinaran gama digunakan untuk mensterilkan haiwan peliharaan. Ia juga
digunakan untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baru. Fosfor-32
digunakan sebaagi pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunaan
fosfat oleh tumbuh-tumbuhan. Karbon-14 digunakan untuk mengkaji laluan
karbon dalam fotosintesis tumbuh-tumbuhan.

(f) Senjata Nuklear
Proses transmutasi nukleus bahan radioaktif secara pembelahan dan pelakuran
digunakan untuk menyediakan bom atom dan bom hydrogen yang digunakan
sebagai senjata nuclear.
(g) Kuasa Nuklear
Pembelahan nucleus secara berantai dengan kawalan terkawal dalam reaktor
nuklear menghasilkan kuasa nuklear yang mampu memenuhi bekalan elektrik
setiap sektor masyarakat.





Mengumpul Maklumat (2 jam)

Kumpulkan maklumat mengenai cara menguruskan bahan
radioaktif. Senaraikan langkah keselamatan yang boleh diambil
dalam pengurusan bahan radioaktif.





SCE3109 Tenaga dalam Kimia
23

Latihan (2 jam)


Kumpulkan maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga alternatif yang bermanfaat bagi umat
manusia. Sediakan satu poster tentang kelebihan dan kelemahan
penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga
alternatif di Malaysia.
Sebarkan maklumat yang disediakan kepada orang lain
dengan mempamerkan poster ini di papan buletin sekolah anda.
Tuliskan satu refleksi sebanyak 200 perkataan tentang
pengalaman anda semasa menyediakan latihan ini.


15.4 Rujukan

Brown, T.L.; Lemay,H.E.; Bursten, B.E. (2000) Chemistry-The Central Science.
Eighth Edition, New Jersey:Prentice Hall.

McMurry,J.; Fay,R.C. (2001) Chemistry. Third Edition, New Jersey: Prentice Hall.

http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/consumerproducts.html (kesan biologi
radiasi)
http://en.wikipedia.org/wiki/Geiger-M%C3%BCller_tube (Tiub Geiger-Muller)
http://physics.kenyon.edu/EarlyApparatus/Static_Electricity/Electroscope/Electros
cope.html (Elektroskop Kerajang Emas)
http://www.answers.com/topic/nuclear-reactor (Tenaga nuklear)
http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_reactor_technology (Tenaga nuklear)

Anda mungkin juga menyukai