Anda di halaman 1dari 2

Refleksi kendiri Program perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telahpun berlangsung di Pangkor Village Beach Resort

selama 4 hari 3 malam, iaitu dari 2 hingga 5 April 2012 telahpun membawa pengetahuan dan pengalaman yang berlainan daripada kehidupan harian. Ia merupakan papan lonjatan yang membawa saya ke tahap yang berlainan, membolehkan saya menikamti kegembiraan, kesedihan, kehampaan, keletihan, kegeraman dan perasaan yang susah digambarkan dengan menggunakan perkataan.

Program Binan Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukkan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Berdasarkan Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 bahawa ...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahirkan, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Kegembiraan dapat diperolehi semasa kami berjaya menyempurnakan persembahan sewaktu malam kebudayaan. Kami berasa menyegar apabila kami persembahan berjaya dipersembahkan. Hal ini disebabkan kami telahpun meletakkan banyak usaha dalam persembahan, melatih berkali-kali untuk meminimumkan segala kesilapan yang mungkin diakibatkan. Selain itu, sewaktu sesi water confidence, saya berasa amat gembira kerana saya berjaya mengenggam teknik-teknik asas untuk berenang dan menyelamatkan mangsa dengan menggunakan seutus tali. Kami amat susah untuk belajar kemahiran tersebut pada kehidupan harian dan ia merupakan pengalaman yang amat berharga. Selain itu, semasa sesi kembara, ia juga membawa kegembiraan yang tidak ternilai apabila saya berjaya menawan bukit tersebut. Pengalaman dan pengetahuan seperti kena tunduk apabila berada di tempat yang cerun. Selain itu, saya berasa amat gembira apabila khemah saya berjaya didirikan. Perasaan tersebut amat susha digambarkan kerana sebelum itu, khemah saya tumbang beberapa kali lagi. Selepas pensyarah

memberi tunjuk ajar dan kerjasama ahli-ahli kumpulan, maka kami berjaya mendirikan khemah kami.

Titik kegembiraan lebih senang ditonjolkan sekiranya ada kesedihan. Apa yang menyedihkan ialah saat khemah kami hampir tumbang dan dimasukkan air. Barang kami hampir hanyut oleh air hujan yang terlimpah ke dalam khemah kami. Namun, disebabkan saya ditugaskan untuk menjaga malam pada hari itu, saya terpaksa bermalam dengan khemah yang dimasukkan air itu. Selain itu, saya berasa sedih kerana tidak mempunyai masa tidur yang cukup. Hal ini menyebabkan saya tidak mempunyai kecergasan yang secukupnya untuk meneruskan aktiviti-aktiviti BIG.

Salain itu, dalam perkhemahan ini, hubungan antara rakan-rakan kelas K17, rakan-rakan daripada k14, k16, k18 dan k19 dapat diakrabkan. Kami dapat mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam melalui ice breaking, memahami budaya dan bangsa yang berbeza, istimewa negeri yang mengagumkan dan sebagainya. Di samping itu, hubungan saya dengan rakan-rakan sekelas dapat dieratkan selepas melalui beberapa aktiviti seperti sesi kembara, water-confidence, berkawat dan sebagainya. Seperti, semasa sampai giliran saya untuk mengawal malam, rakan sekelas saya akan memanggil saya bangun untuk mengawal malam. Selain daripada itu, semasa sampai giliran saya untuk bertugas untuk memasak, rakan-rakan sekelas akan membantu saya mencuci pinggan mangkuk apabila mereka lapang. Saya juga membantu kumpulan cenderamati yang dijawat oleh kelas rakan saya. Hal ini menampakkan semangat kerjasama antara kami. Tambahan pula, khemah saya terdapat rakan yang berasal dari kelas yang berlainan, iaitu kelas K16. Dan hal ini merupakan perkara yang amat dibangga-banggalkan kerana kebanyakan orang memilih rakan yang sekelas dengan mereka sebagai rakan sekhemah, namun kami tidak berbuat demikian.

Kesimpulannya, saya amat berbesar hati dengan apa yang saya lalui selama 4 hari 3 malam ini. Terima kasih kepada para pensyarah, tutor dan juga rakan-rakan sekalian.

Anda mungkin juga menyukai