Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA CADANGAN

PEMBINAAN PROJEK INDUSTRI HERBA


DI
DESARU
A Special Presentation to :

Prepared by :
BIORESH WELLNESS SDN. BHD.
No.23,Jalan Pulai Perdan 11/2,
Taman Sri Pulai Perdana,
81110 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel : 07-5207737 Fax : 607- 5207737
E-mail : biofresh@yahoo.com.my
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam
semulajadi dan biodiversiti yang sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan
herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini memerlukan
penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari
kawasan hutan atau melakukan proses pembiakan tanaman daripada benih yang diperolehi.
Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba
tradisional. Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan
sumber ekonomi negara.

Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat. Walau
bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dimanfaatkan sebaik mungkin
dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan masyarakat secara
umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Masyarakat terutamanya masyarakat
Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan melalui penggunaan tanaman herba
merupakan satu kaedah perubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki keunggulan
dan keunikan yang tersendiri.

Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam ubat-
ubat moden menyebabkan masyarakat kini beralih untuk kembali menggunakan khazanah
alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa
penggunaan tanaman herba semakin penting dan bernilai di mata masyarakat.

Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi
masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha
telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam
skala yang lebih luas.

Malah, telah ada usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba
atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi
menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses
pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan
tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini
juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies atau
generasi tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara.
2.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA CADANGAN

i) Untuk menjadikan pusat pengumpulan koleksi herba ubatan di Desaru.


ii) Untuk menjadikan penanaman herba berskala besar.
iii) Menyediakan dan menghasilkan produk pengeluaran berasaskan minyak pati.
iv) Menjadi pengeluar herba segar untuk industri herba di Malaysia.
v) Menjadi penggeluar herba kering dan berkisar untuk kegunaan industri herba.
vi) Menjadi pengeluar herba dalam bentuk cecair (liquid) untuk kegunaan industri
herba.
vii) Menjadi pengeluar herba esktrak untuk kegunaan industri herba.
viii) Menjadikan kawasan Agro-pelancongan berasaskan herba.

3.0 JUSTIFIKASI

• Negeri Johor khususnya menjadi peranan yang proaktif dalam pembangunan dan
penyelidikan dalam industri herba. Membantu dalam memberi peluang untuk sektor
pertanian.

• Pelaksanaan Taman Herba ini dapat membantu dalam membangunkan sumber baru
dan pendapatan kawasan. Agro-industri dan agro-pelancongan dapat diimbangi.

• Dapat memenuhi permintaan dan pengeluaran untuk industri herba yang berskala
besar.

• Dengan membesarkan skala tanaman herba dapat membantu pertumbuhan


ekonomi di Johor khususnya kawasan pendalaman.
4.0 KONSEP

Tumbuhan telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup manusia sejak dahulu kala
lagi. Ribuan spesies tumbuhan di Malaysia sama ada yang tumbuh liar di hutan, ditanam
untuk hiasan atau sebagai rumpai dalam taman telah dilaporkan mempunyai nilai ubatan.
Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, perubatan tradisi kini menjadi popular bagai satu
rawatan pilihan atau pelengkap kepada perubatan moden serta untuk penjagaan kesihatan
rawatan kulit. Justeru, perkembangan industri herba menggunakan pokok yang tumbuh
secara liar atau ditanam telah meningkat dengan pesat di Malaysia.

Permintaan industri herba di Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Herba yang
semakin mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah,
Pegaga, Mengkudu, Hempedubumi, Misai Kucing, Dukung Anak, Mas Cotek dan banyak lagi.

Kerajaan juga telah banyak melabur dalam menghasilkan kajian tentang herba-herba yang
berpotensi di Malaysia. Dengan dana yang telah diperuntukkan untuk menyelidik herba-
herba yang berpotensi untuk tujuan domestik dan pengeksportan.

Seperti sedia maklum, herba tempatan memang mempunyai banyak negara pesaing
dikalangan ASEAN yang mempunyai biodiversiti sumber herba yang hampir sama malahan
ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Rujukan dari Matrade dimana mereka telah
menyenaraikan beberapa negara pesaing dalam industri herba dikalangan ASEAN. Negara
pesaing yang menjadi pesaing utama adalah negara jiran THAILAND terutama dalam
pengeluaran herba dan merupakan pengeluar herba global terhebat dalam produk herba
berasaskan pudina, serai wangi, kayu putih dan minyak melati – perisa dan wangian.
Thailand kini telah dikenali di seluruh dunia dalam program sokongan yang kuat daripada
kerajaan pada pameran perdagangan diperingkat domestik dan antarabangsa. Negara gajah
putih tersebut juga dikenali sebagai “Kitchen of the World” dikawasan asia menjadikan
produk herba sebagai satu sasaran.
Menduduki tempat kedua adalah negara Vietnam. Vietnam telah menubuhkan institut
materia medica iaitu sebuah pusat penyelidikan bersepadu mengenai industri herba.
Negara tersebut telah dianjurkan penanaman herba berskala besar untuk pasaran domestik
serta pasaran eksport.

Negara Singapura juga merupakan antara 12 negara yang disenaraikan sebagai pengeksport
utama tumbuhan perubatan dan herba didunia. Kedudukan Singapura sebagai pusat
percubaan klinikal utama dunia menyebabkan lebih daripada 150 ujian klinikal dijalankan
dalam setahun dinegara tersebut. Kini kerajaan Singapura memperuntukan sebanyak USD $
2 billion untuk penyelidikan herba. Walaupun sumber bekalan tempatan kurang dari negara
tersebut tetapi kemajuan sains dan teknologi membolehkan Singapura maju dalam
perdagangan herba.

Keempat sebagai pesaing dalam industri herba di kalangan ASEAN adalah negara jiran
Indonesia. Indonesia yang sudah lama terkenal dengan jamu perubatan tradisional. Negara
tersebut mempunyai sumber bekalan mentah herba dan rempah ratus yang banyak dan
kepelbagaian jenis herba juga banyak. Selain daripadan tanahnya yang subur, negara
tersebut mampu mengeluarkan produk herba berkualiti dengan kos yang lebih kompetitif
berbanding negara ASEAN yang lain.

Seterusnya adalah negara Filipina yang kini menjadi pembekal utama minyak pati
berasaskan herba Ylangylang, nilam dan serai wangi. Filipina mempunyai keutamaan yang
tinggi dalam penyelidikan tanaman herba dimana mereka menghasilkan produk dan
mempunyai laluan pasaran yang menembusi pasaran Jepun sejak beberapa lama.
5.0 SENARIO INDUSTRI HERBA DI MALAYSIA

5.1 Unjuran Pengeluaran Herba Mengikut Jenis

Sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


5.2 Unjuran Pengeluaran Rempah Mengikut Jenis.

Sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Jumlah pengeluaran herba dijangka meningkat daripada 17 ribu tan metrik kepada 73 ribu
tan metrik dengan kadar pertumbuhan 15.4% setahun. Pengeluaran rempah-ratus pula
dijangka meningkat daripada 40 ribu tan metrik kepada 117 ribu tan metrik
dengan kadar pertumbuhan 11.2% setahun (Carta 7-8 dan 7-9). Jumlah eksport herba yang
meliputi produk terproses dijangka meningkat daripada RM152 juta kepada RM1.3 bilion
dalam tempoh yang sama.
6.0 KERTAS CADANGAN

Cadangan untuk mendapatkan pajakan tanah seluas 50 ekar daripada J-Biotech untuk
melaksanakan Projek Industri Herba di Desaru.
Pelaksanaan Projek Industri Herba di Desaru dengan mengaplikasi tanaman herba yang
bermutu tinggi dan dapat mengeluarkan herba-herba yang terbaik dengan berskala besar.

Sumber : Google Maps


6.1 Komponen Projek
6.1.1 Penanaman Herba
Permintaan herba untuk pengeluaran ubat-ubatan tradisional semakin meningkat.Di
Malaysia, nilai produk berkaitan herba ialah lebih daripada RM 4.5 bilion setahun. Pada
masa ini, kurang daripada 10% bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran ubat-
ubatan tradisional ditanam di Negara ini. Selebihnya diimport dari luar negara atau pun
diperoleh dari hutan.

Pendekatan harus ditumpukan kepada penanaman komesial. Terdapat 3 pendekatan


penanaman :

i) Penanaman secara habitat semulajadi


ii) Penanaman bersepadu tanaman pertanian
iii) Penanaman bersepadu tumbuhan semusim, herba, tumbuhan renek dan pokok

Dengan pendekatan ini, pengeluaran herba dapat dipenuhi untuk pasaran domestik dan
juga eksport. Nilai eksport herba yang semakin mahal dan permintaan yang sangat tinggi,
Desaru bakal menjadi daerah pengeluar herba yang terbaik dan strategik di Johor.

6.1.2 Pengeluaran Herba

Dengan pelaksanaan tanaman herba yang fleksibel, hasil pengeluaran juga berkualiti. Hasil
pengeluaran dapat dibahagi kepada 4 komponen iaitu :

i) Herba segar
ii) Herba kering dan berkisar
iii) Herba cecair (liquid)
iv) Herba ekstrak

Anda mungkin juga menyukai