Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROJEK PENANAMAN LIMAU KASTURI

KOLABORASI BERSAMA JABATAN PERANIAN

1.0 PENGENALAN

Projek penanaman limau kasturi ini adalah salah satu kaedah Penilaian Bilik Darjah yang dijalankan
bagi subjek Sains kepada murid tahun 6. Penanaman Limau kasturi dipilih memandangkan ia
merupakan sejenis limau yang mudah ditanam dan merupakan pokok buah-buahan berdaun
sepanjang tahun serta bersaiz kecil hingga sederhana

Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting serta mempunyai tabiat pertumbuhan
dari menegak hingga mempelai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau kasturi
mempunyai sistem perakaran akar tunjang.

Pokok limau kasturi akan mengeluarkan buah pada tahun ke-2 (pada masa ini buahnya sedikit)
didalam masa 4 tahun ia akan berbuah banyak. Ia boleh bertahan selama 12 tahun dan kos
penjagaannya adalah tidak tinggi berbanding dengan tanaman yang lain. Proses pendebungaan pokok
limau kasturi boleh berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebungaannya ialah serangga
seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.

2.0 RASIONAL

Projek ini juga memberi peluang kepada murid mengaplikasi apa yang mereka pelajari dalam sains
hayat kepada realiti sebenar. Projek ini juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada murid
berkaitan dengan ilmu pertanian sekaligus memberi pengalaman berharga mereka berkaitan aktiviti
pertanian. Selain itu projek ini juga berkolaborasi dengan Jabatan pertanian dan ini memberikan nilai
tambah kepada murid memandang institusi ini akan memberikan kursus pendek berkaitan cara
penanaman, penjagaan, pembajaan serta cara membuat baja sendiri menggunakan bahan-bahan
terbuang.

3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid tentang cara penanaman, penjagaan dan pembajaan serta
melibatkan murid dengan ilmu keusahawanan. Projek ini juga dapat melibatkan murid secara langsung
dalam aktiviti pertanian dan membina serta memupuk semangat berkumpulan, bekerjasama,
bertanggungjawab serta keusahawan di dalam diri murid.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman untuk bertani.

2. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas keusahawanan pertanian.

3.Memberi peluang kepada murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di kelas ke lapangan yang
sebenar.

4. Menambah dana tabung sekolah dengan penjualan hasil pertanian ini


5.0 KUMPULAN SASARAN

77 orang murid tahun 6 SK Sungai Lang

6.0 BILANGAN PESERTA

5 orang guru, pekerja swasta dan 77 orang murid

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Sumbangan daripada persendirian/ibu bapa dan penjaga

8.0 TEMPAT PROJEK

Kawasan lapang belakang bangunan bilik jqaf, bilik guru dan surau.

9.0 JAWATANKUASA PROJEK

Pengerusi :

Naib pengerusi :

Setiausaha :

Bendahari :

AJK :

Ahli :

10.0 ANGGARAN KOS PENYEDIAAN PROJEK

Anggaran keluasan tanah adalah 2400 kaki persegi yang mana mengikut perkiraan sebanyak 100
batang pokok limau kasturi boleh ditanam. Jabatan pertanian juga telah bersetuju membekalkan pokok
limau kasturi kepada pihak sekolah.

 Kos pokok limau kasturi: 100 batang pokok limau kasturi ( dibekalkan oleh jabatan pertanian).
 Kos menggali lubang pokok menggunakan backhoe: RM 500
(sekiranya tidak boleh dilakukan secara manual)
 Kos tanah dan baja: RM 350
 Kos membuat baja sendiri: RM100

Jumlah anggaran terkumpul: RM950


11.0 PENUTUP

Diharapkan projek yang dirancang ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama daripada
semua pihak. Sekaligus membina nilai-nilai yang positif dalam diri serta memberi pengalaman berharga
kepada murid-murid khususnya dan warga sekolah amnya.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,

……………………………………..

Norazlinda Ali

Anda mungkin juga menyukai