Anda di halaman 1dari 10

Ringkasan Eksekutif

Dalam rancangan Malaysia ke-9, sektor pertanian kembali diangkat supaya menyaingi kepesatan perkembangan sektor industri dan lainnya. Usaha ini bagi mengoptimumkan hasil pendapatan ekonomi negara dari pelbagai sudut di samping mengambil kira kantung pendapatan petani yang perlu dipertingkatkan. Tidak setakat itu, malah beberapa syarikat besar lainnya turut cuba mengembangkan cabang hiliran perniagaannya kearah pertanian. Keupayaan sektor pertanian untuk berkembang tidak terbatas kerana ianya merupakan sumber asasi manusia sama ada sebagai makanan atau penghasilan pelbagai produk. Jesteru itu kesedaran mengenainya harus dipupuk. Sekolah dilihat sebagai tempat terbaik bagi menjelaskan keupayaan bidang ini kepada jenerasi muda supaya timbul kesedaran dan minat. Sehubungan dengan perkara diatas, dengan penuh inisiatif sekumpulan 5 orang guru dari Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Alor Star berpakat menubuhkan satu badan bertindak untuk menjayakan satu aktiviti berbentuk keusawanan yang diberi nama Projek Ops Belantara. Projek Ops Belantara ini dipilih bertitik tolak daripada kajian yang dijalankan oleh 5 orang guru terbabit berkaitan potensi penanaman jagung manis Zea mays dari jenis Masmadu. Pengesahan oleh pihak FAMA mengenai peluang pemasaran dan permintaan yang tinggi jagung dari jenis ini menguatkan lagi keyakinan akan kejayaan projek ini. Masa tuaian bagi jagung jenis ini adalah kira-kira 68 72 hari selepas semaian. Projek ini akan dilaksanakan 4 kali (4 musim) dalam tempoh 1 tahun dan melibatkan masing-masing seramai 60 orang pelajar tingkatan 2 dan 4 bagi satusatu musim. Pada peringkat permulaan, sumber kewangan bagi menjayakan projek ini diperolehi melalui pinjaman peribadi atas nama 5 orang guru yang mengetuai program ini. Jumlah berkenaan adalah dianggarkan secara kasar kira-kira RM 3,172 untuk keluasan tanaman yang dianggarkan kira-kira 1 hektar persegi. Pengeluaran bagi keluasan tanaman seperti yang dinyatakan diatas boleh mencapai kira-kira 30,000 batang tongkol jagung dengan anggaran untung bersih RM7,136.50 bagi setiap satu

musim (3 bulan). Oleh yang demikian dianggarkan sekolah mampu menjana pendapatan RM 28,546.00 setiap tahun melalui projek ini. Projek ini tidak akan dilaksanakan mengikut Amalan Pertanian Yang Baik. Iaitu satu garis panduan tatacara pertanian moden yang diperkenalkan oleh MARDI. Pelajar tidak dipaksa untuk menjaja hasil pertanian tersebut sebagaimana kaedah lama. Sebaliknya pasaran jualan dikenalpasti terlebih dahulu oleh badan bertindak yang diketuai oleh 5 orang guru tersebut sebaik usahasama dan perbincangan dengan pihak FAMA dilakukan bagi memastikan keesahan permintaan pasaran bagi sesuatu hasil pertanian. Pelajar hanya perlu mengetahui proses penanaman dan belajar berkaitan cara untuk mendapatkan bantuan bagi tujuan khidmat nasihat dan pemasaran oleh agensi kerajaan seperti MARDI dan FAMA sekaligus membuka pengetahuan mereka akan kefungsian agensi berkenaan. Dengan bantuan FAMA, projek ini diberi keutamaan sebagai salah satu syarikat yang mendapat tender bagi membekalkan pengeluaran jagung kepada syarikat Nestle. Ianya bagi menampung pengeluaran produk di kilang Nestle yang berasaskan jagung. Nestle adalah syarikat multinational dari Amerika yang terkemuka. Perolehan tender ini membawa erti hasil pengeluaran jagung ini akan terjamin jualannya. Manakala pihak MARDI pula mengesahkan bahawa mereka sedia memberi bantuan dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal yang diperlukan terhadap projek yang dirancang ini.

0BJEKTIF Tujuan utama bagi perlaksanaan program ini di sekolah adalah seperti berikut : 1) Menjanakan kewangan sekolah Perlaksanaan kebergantungan belanjawan. 60% daripada perolehan hasil keuntungan projek akan diagihkan kepada program biasiswa persendirian sekolah yang diujudkan khas untuk pelajar miskin. ini adalah bagi terhadap tujuan kerajaan mengurangkan dalam soal sekolah

30% daripada perolehan hasil keuntungan projek akan di masukkan kedalam tabung sekolah, untuk meningkatkan keupayaan P&P dari segi frasarana dan alat bantu mengajar (ABM).

10% daripada perolehan hasil keuntungan projek adalah di khaskan sebagai upah kepada peserta (pelajar sahaja) yang terbabit menjayakan satu sesi program (projek semusim).

2)

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu pengetahuan dalam aktiviti pertanian. Pelajar akan merasai pengalaman langsung proses bertani, bermula dari peringkat perancangan memulakan tanaman, proses penjagaan, tuaian sehinggalah ke proses pemasaran. Kerjasama yang dijalin dengan agensi kerajaan seperti MARDI dan FAMA, akan membentuk kefahaman pelajar akan kepentingan dan kefungsian agensi tersebut dalam membantu untuk khidmat nasihat dan pemasaran. Cara pengurusan profesional dan penulisan laporan teknikal juga turut diajar bagi memastikan pelajar bekerja secara sistematik.

3)

Kemahiran tambahan kepada pelajar Pelajar akan didedahkan kepimpinan, dengan sifat kemahiran-kemahiran tolong-menolong dan berkomunikasi,

kemahiran bekerja dalam kumpulan. LOKASI Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman mempunyai 1/3 kawasan padang terbiar tidak termasuk padang bola sepak. Lokasi projek ini adalah di kawasan padang terbiar tersebut yang dianggarkan berkeluasan 1 hektar. Pihak MARDI telah dijemput untuk melihat kualiti tanah dengan kesesuaian tanaman dan hasil keputusan menunjukkan tanah di kawasan berkenaan amat sesuai bagi tanaman jagung yang dimaksudkan. ------------------------------------------azzam--------------------------------------------

3.0

PERANCANGAN OPERASI

3.1

Takrif Perancangan Operasi Perancangan operasi merupakan satu rangkaian aktiviti-aktiviti merancang,

mengguna dan mengawal segala sumber yang ada bagi menghasilkan sesuatu keluaran atau perkhidmatan. 3.2 Fungsi Perancangan Operasi Di Dalam Penanaman Jagung Di Sekolah Fungsi perancangan operasi di dalam sesebuah firma ialah untuk menghasilkan keluaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pengurusan. Oleh itu, fungsi merancang operasi di dalam penanaman jagung di sekolah penting bagi menghasilkan keluaran yang bermutu dan berkualiti. 3.3 Matlamat Perancangan Operasi Pengeluaran Jagung Matlamat perancangan operasi pengeluaran jagung ialah untuk mereka cipta suatu sistem di mana keluaran-keluaran yang dikehendaki dapat dihasilkan dengan jumlah (kuantiti) yang diperlukan, mempunyai mutu (kualiti) yang bagus, tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, dengan kos yang menjimatkan dan dengan kadar keuntungan yang optimum. 3.4 Kepentingan Perancangan Operasi Bagi Penanaman Jagung Aktiviti operasi perlu dirancang agar ia menjadi lebih berkesan, mampu merendahkan kos-kos keluaran dan operasi, meminimumkan pembaziran dan seterusnya memaksimumkan penghasilan keluaran jagung. Kegagalan dalam merancang dan mengawal aktiviti pengeluaran / operasi boleh menimbulkan masalah-masalah seperti kelewatan di dalam penerimaan bahan, ketidakpuasan pelanggan, kekurangan jumlah output, kadar pembaziran yang tinggi dan kerosakan bahan mentah. Seterusnya boleh membawa kepada penurunan produktiviti dan kegagalan di dalam pencapaian matlamat untuk menjana pendapatan sekolah..

5.1

Perancangan Proses Pengeluaran Jagung Kejayaan bagi penanaman jagung ini berkait rapat dengan perancangan proses

pengeluaran atau operasi. Reka cipta proses pengeluaran atau operasi bergantung kepada spesifikasi jumlah jagung yang akan ditawarkan. 3.6 Strategi Keluaran Setiap keluaran jagung yang di keluarkan perlulah mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Guru seharusnya peka terhadap tempat-tempat bagi pemasaran jagung seperti di pasar, kedai dan juga menjadi orang tengah bagi menjual hasil penanaman jagung. Pengurusan keluaran adalah sebahagian daripada kegiatan yang dapat menjana kewangan sekolah yang patut diberikan perhatian yang sewajarnya.

3.7

Carta Gantt Bagi Perancangan Operasi

Aktiviti

Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 14 3

Mengadakan mesyuarat bagi melaksanakan projek penanaman jagung serta pemilihan ahli projek. Pembahagian tugas dan memulakan langkah pembersihan dan pemilihan tempat serta tanah yang sesuai. Proses mengembur atau membajak tanah serta menghapus rumpai. Proses penanaman biji benih jagung mengikut jarak tanaman dan keperluan benih. Keperluan Air dan membaja. Penghasilan Jagung dan membuat perancangan untuk di pasarkan.

3.8

Prosedur Kerja Penghasilan Tanaman Jagung Penghasilan tanaman jagung ini telah mengambil masa selama 14 minggu

untuk diusahakan dengan sempurna. Dalam masa 14 minggu ini, semua langkah telah dibuat berdasarkan perancangan mengikut carta Gantt. Prosedur kerja atau susunan langkah-langkah bagi penanaman jagung ini bermula dengan pemilihan tanah, persediaan tanah, mengapur, menanam, kawalan rumpai, kambus, kawalan rumpai, menuai dan racun serangga.

SUSUNAN LANGKAH-LANGKAH KERJA BAGI PENANAMAN JAGUNG

Pemilihan Tanah

Persediaan Tanah

Mengapur

Menanam Keperluan Air

Kawalan Rumpai

Kambus

Menuai

Racun Serangga

Projek siap (Hasil)

------------------------------------------------------KHAI---------------------------------------

Kewangan Anggaran kos dan pulangan tanaman bagi sehektar semusim: Nama Tanaman Nama Botani Kepadatan Jarak Tanaman Keluasan Pengeluaran Jangkamasa Memungut Hasil Jagung Manis Zea may var. Saccharata 53,000 Pokok/Hektar 75 cm X 25 cm 1 Hektar 68 - 72 Hari

A. Anggaran Kos Pengeluaran Kos Bahan: PERKARA Benih Baja NPK Green Racun (Basta) Racun (Gromoxone) Racun (Thiodan) Racun (Amaron) Tali Rafia JUMLAH UNIT Kg Kg Lit. Gln. Lit. Lit. Gulung KUANTITI 40 250 2 2 1 2 5 HARGA / UNIT 2.50 1.26 32.00 61.00 28.00 26.00 2.50 NILAI / KOS PENGELUARAN (RM) 100.00 315.00 64.00 122.00 28.00 52.00 12.50 693.50

Lain-lain kos: PERKARA Minyak petrol Jamuan ringan UNIT Lit. Orang KUANTITI 70 440 HARGA / UNIT 1.98 2.00 NILAI / KOS PENGELUARAN (RM) 138.60 1320.00

untuk pelajar Penyenggaraan alatan pertanian JUMLAH

200.00 1658.60

Jumlah keseluruhan kos: Kos bahan + lain-lain kos 693.50+1658.60 = RM 2352.10 Kos peralatan tidak dinyatakan berikutan peralatan pertanian boleh dipinjam dari stor alatan pertanian sekolah.

B. Anggaran Pendapatan Bersih Sehektar Semusim Mengikut Hasil Dan Harga (RM) HASIL (TONGKOL) Rendah 25,000 Sederhana 30,000 Tinggi 35,000
1

JUMLAH PENDAPATAN PADA 3 HARGA 0.20 5,000.00 3,136.50 6,000.00 4,136.50 7,000.00 5,136.50 JUALAN 0.30 7,500.00 5,636.50 9,000.00 7,136.50 10,500.00 8,636.50 0.50 12,500.00 10,636.50 15,000.00 13,136.50 17,500.00 15,636.50

PENDAPATAN Kasar Bersih Kasar Bersih Kasar Bersih

----------------------------------------iwan------------------------------------------

Harga di kebun petani

Anda mungkin juga menyukai