Anda di halaman 1dari 14

MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS

PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

DENGAN
USAHASAMA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
ANAK-ANAK YATIM ISLAM AL-
(BIRO PERTANIA ASAS TANI)
IHSAN DAERAH LIPIS

KERTAS KERJA

PROJEK TANAMAN
ROCK MELON FERTIGASI
(LADANG PERINTIS)

DI SEDIAKAN UNTUK
THE COMMUNITY LINK CHALLENGE 2016
(CIMB BANK)

TEMPAT CADANGAN PROJEK

DI LOT 1014, JLN DATO’ MAHMUD,


MUKIM KUALA LIPIS, KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
1|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

1. PENGENALAN

Majlis Belia Daerah Lipis adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang
ditunjangi oleh anak-anak belia muda yang sentiasa berdaya saing dan
sentiasa bersedia memberikan khidmat masyarakat kepada komuniti setempat.
Usaha ini sentiasa diatur dengan kemas dan teliti bagi memastikan setiap inci
masyarakat mendapat kesan positif atas penubuhannya. Maka wujud
beberapa biro dan peranannya dalam menjalan tugas sebagai sebuah NGO
yang berperanan dalam pembangunan masyarakat khasnya golongan belia,
anataranya adalah Biro Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Daerah Lipis.

Biro Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Daerah Lipis merupakan salah
satu Jawatankusa yang terdapat di dalam Majlis Belia Daerah Lipis.
Jawatankuasa ini berperanan untuk melatih dan memberi maklumat berkaitan
dengan pertanian kepada golongan belia dalam usaha kerajaan melahirkan
lebih ramai UsahawanTani.

Biro Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Daerah Lipis Persatuan ini
adalah berperanan untuk membantu belia-belia yang berminat untuk
menceburi bidang pertanian.Bidang pertanian merupakan satu bidang yang
sangat baik untuk gologan belia menceburi. Biro ini juga sedang mengumpul
data berkaitan dengan penglibatan belia dalam bidang pertanian. Disamping
mencari peluang membantu golongan belia meningkatkan lagi taraf ekonomi
dan kemahiran melalui sektor pertanian.

Biro Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Daerah Lipis dengan kerjasaman
Jabatan Pertanian berperanan member latihan dan bimbingan kepada
golongan belia melibatkan diri dalam bidang ini. Selari dengan hasrat Majlis
Belia Malaysia menyediakan kemahiran kepada semua golongan belia
terutama golongan yang tercicir.

Cadangan projek Majlis Belia Daerah Lipis pada kali ini adalah untuk
membantu sebuah organisasi NGO lain iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak
Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Lipis dalam menceburi bidang keusahawanan
terutamanya dalam bidangan usahawan tani. Usaha ini dilihat dapat membantu
sesebuah organisasi untuk menjana pendapatan dan berdikari dalam
memajukan dan membanggunan organisasi itu sendiri.

Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Al-Ihsan, Daerah Lipis


adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan
Malaysia (ROS), PKAYIA bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan
anak-anak yatim yang berdaftar diseluruh Daerah Lipis terjamin khasnya dari
segi pendidikan. Selain itu, PKAYIA juga mempunyai sebuah Asrama iaitu

2|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

Asrama Cemerlang Anak Yatim PKAYIA yang berdaftar sebagai Pusat Jagaan
dibawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan,


Daerah Lipis adalah untuk menggabungkan tenaga sukarelawan dan
professional bagi menggerakkan kegiatan yang boleh memberi pembelaan
terhadap anak-anak yatim di Daerah Lipis khasnya ke arah tuntutan
pembangunan modal nilai insan yang sempurna.

Visi Dan Misi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan,


Daerah Lipis
VISI
MISI
Menjadi pertubuhan kebajikan yang
Menggabung tenaga sukerela dan
mantap dan produktif serta
professional untuk menggerakkan
berkemampuan membela masa
kegiatan yang mampu memberi
depan anak-anak yatim di Daerah
pembelaan dan pendidikan yang
Lipis melalui peningkatan dan
bermutu kepada anak-anak yatim
pencapaian diri mereka kearah insan
Islam di Daerah Lipis.
yang sempurna dan cemerlang.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan, Daerah Lipis,


dalam usaha memberikan peranan untuk mengwujudkan satu pengurusan
organisasi anak yatim yang cekap dan berkesan serta membina dan
menguruskan kompleks asrama anak yatim secara bestari dan lestari.
Petubuhan juga sentiasa berusaha mewujudkan program pendidikan, latihan
dan kebajikan kepada anak-anak yatim Daerah Lipis serta mengambil
tanggungjawab membela nasib anak yatim Islam sebagai ‘Fardu Kifayah’.
Bercita-cita menjana pendapatan sendiri sebagai sumber tetap untuk
mengurus kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim serta mampu
memperkukuhkan dan mempelbagai sumber kewangan sebagai langkah untuk
berdikari dalam bidang kewangan.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan, Daerah Lipis


berhasrat menjadi sebuah pertubuhan yang kuat dan teguh dalam membela
nasib anak-anak yatim di Daerah Lipis dan sentiasa aktif membantu anak-yatim
mendapatkan biasiswa pendidikan serta tempat untuk melanjutkan pelajaran
ke institut pengajian tinggi awam mahupun swata serta berharap akan menjadi
sebuah entiti kerajaan dalam membentuk masyarat yang mempunyai modal
insan dan berdaya saing dalam memainkan peranan bagi membentuk Malaysia
sebuah negara maju.

3|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

2. TUJUAN KERTAS CADANGAN

Lokasi PROJEK PERINTIS TANAMAN ROCK MELON FERTIGASI Untuk


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM AL-IHSAN DAERAH
LIPIS, telah dikenal pasti iaitu di atas DI LOT 1014, JLN DATO MAHMUD,
MUKIM KUALA LIPIS, KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR seluas 1
ekar.

Ini merupakan projek Majlis Belia Daerah Lipis dengan kerjasama


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Lipis yang
merupakan sebuah badan kebajikan dibawah yang menjaga kebajikan anak-
anak yatim khasnya di Daerah Lipis.

Tujuan Majlis Belia Daerah Lipis menceburi dalam projek tanaman rock melon
ini adalah bertujunan bagi menimbulkan minat serta memberi pendedahan
kepada golongan belia bagi menarik minat mereka menjadi Pengusaha serta
menjadi UsahawanTani. Selain itu, usahasama yang dirancangan dalam projek
kali ini, dijalankan kerana Majlis Belia Daerah Lipis melihat aktiviti pertanian
ini dapat memberikan peluang kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim
Islam Al-Ihsan Daerah Lipis menjana pendapatan bagi menampung
keperluan kewangan pertubuhan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Latihan yang akan di berikan adalah untuk mengembangkan potensi dalam


bidang pertanian terutama melalui kaedah tanaman secara fertigasi sehingga
mampu membuka peluang kerja baru yang pada akhirnya akan meningkatkan
pendapatan (income) dan kesejahteraan hidup. Manfaat dari usaha tanaman
ini adalah :
o Mengembangkan potensi pertain Moden di kalangan golongan belia.
o Menambah pengalaman dan melahirkan lebih ramai golongan belia
yang berpotensi dan berkemahiran
o Membuka peluang pekerjaan baru kepada golongan belia
o Meningkatkan pendapatan atau penghasilan
o Membantu dalam memenuhi peningkatan permintaan Rock Melon.
o Melatih golongan belia bagaimana menjana pendapatan
o Membantu pengeluaran ROCK MELON dalam negara dan tidak lagi
bergantung kepada import

3. PROFIL TAPAK

4|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

3.1 LOKASI TAPAK


Lokasi yang telah dikenal pasti dan mendapat kelulusan dari pihak Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur iaitu
di atas DI LOT 1014, JLN DATO MAHMUD, MUKIM KUALA LIPIS, KUALA
LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR seluas 1 ekar dan kira-kira 500 meter
dari jalan besar ke Bandar Lipis dan lebih kurang 3km ke Bandar Lipis dan
ianya amat sesuai kerana lokasinya jauh dari kawasan perbandaran,
perumahan, pelancongan, perindustrian, penempatan dan kemudahan awam
serta jauh dari sumber takungan air bersih untuk kegunaan awam.

Lokasi Tapak cadangan projek ini berada di bawah Pentadbir Pejabat


Perkhidmatan Veterinar Daerah Lipis di mana keluasant apak projek adalah
seluas 1 ekar di mana juga berhampiran dengan Asrama Anak Yatim PKAYIA
itu sendiri bagi memudahkan pemantauan.

Sehubungan dengan itu, segala pembangunan yang di cadangkan adalah


tertakluk di bawah garis panduan dan piawaian yang akan ditetapkan oleh
pihak pentadbiran yang berkaitan dengan projekter sebut. Berdasarkan lokasi
tapak yang strategic dan mempunyai keluasan yang sesuai, pembangunan ini
dijangka dapat disediakan dengan sempurna.

3.2 PLAN LOKASI

Lokasi
Projek

5|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

3.3 AKSESIBILITI TAPAK

Lebuh Raya laluan 8 dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Kuala Lipis ke Gua
Musang adalah merupakan akses langsung kepada pembangunan Projek
Fertigasi Rock Melon ini. Jarak tapak cadangan Projek ini dari laluan utama
adalah sejauh lebih kurang 5 kilometer sahaja .Oleh yang demikian jelaslah
bahawa tapak cadangan projek ini sememangnya mempunyai aksesibiliti yang
baik dan berpotensi untuk di bangunkan.

4. RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

4.1 SISTEM FERTIGASI


Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan
”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan
serentak. Fertigasi juga Merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa
menggunakan tanah (soiless culture production system).Umumnya hanya
beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini,
terung, melon, petola dan strawberisahaja yang sesuai menggunakan kaedah
ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti
penyakit akar seperti penyakit Phytium,Fusarium,Rhizoctonia dan Penyakit
Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan
kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah
tanaman, yang lebihdikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di
Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar
yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam
agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun,
6|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang
paling dianggapmberbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk


mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair
(terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah’coconut coir dust’ atau
yang dikenali sebagai’coco peat’ . Dalam bahasa mudah ialah habuk sabut
kelapa.’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim
tanaman komersil lain seperti’perlite’, ’vermiculite’ dan’maidenwell diatomite’ .
Medium tanpa tanah lain yangboleh digunakan ialah medium pasir sungai,
pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati
ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketaradapat
mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengancara-cara lain.
Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan
alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

4.2 KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedahkonvensional


lain. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dankehendak
tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.
2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan
masalah penyakit
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient
yang secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai / merumput.
6. Kualiti yang lebih baik.
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.
8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.
9. Kurang penggunaan racun.
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.
11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

5. ANGGARAN KOS YANG TERLIBAT DALAM SISTEM FERTIGASI BAGI


TANAMAN 1EKAR TANAMAN ROCK MELON (LADANG PERINTIS) DAN
ANGGARAN PENDAPATAN

7|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

5.1 KOS PUSINGAN PERTAMA

JUMLAH KOS
BIL KEPERLUAN KUANTITI
(RM)
1. CUCI KAWASAN 2 HARI 4,400.00

2. RUMAH TANGKI 2 TANGKI 5,100.00

3. SISTEM SALIRAN 625 SALIRAN 7,100.00

4. SISTEM ELEKTRIK 1 SISTEM 5,500.00

5. MEDIA TANAMAN (coco pit) Utk>2500 polibeg 5,250.00

6. POLY BAG Utk>2500 tanaman 1,500.00

7. LANTAI PENUTUP BUMI Utk>2500 tanaman 4,100.00

8. BAJA FERTIGASI Utk>2500 tanaman 4,400.00

9. RACUN SERANGGA / KULAT Utk>2500 tanaman 1,400.00

10. BENIH ROCK MELON Utk>2500 tanaman 1,100.00

11. RUMAH SEMAIAN 2.5X5 KAKI 3,100.00

JUMLAH BARANG 42,950.00

10. BAYARAN TENAGA BURUH 3 BULAN TANAMAN 5798.25

13.5% X JUMLAH BARANG

12 LAIN-LAIN 1251.75
JUMLAH KESELURUHAN
50,000.00
KOS

JUMLAH KESELURUHAN KOS PUSINGAN PERTAMA BAGI PROJEK


TANAM ROCK MELON MENGGUNAKAN KAEDAH FERTIGASI
(TERBUKA)
RM 50, 000.00 x 1 Ekar = RM 50, 000.00

ANGGARAN PENDAPATAN SATU PUSINGAN

8|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

Penanaman rock melon yang menambil masa selama 70hari (lebih kurang 2
bulan setengah), penanaman rock melon mengunakan sistem fertigasi ini bagi
1ekar tanah akan mampu menempatkan sebanyak 2500 batang pokok
melibatkan kos permulaan sebanyak RM 50, 000.00.

Setiap pokok mampu mengeluarkan hasil sebanyak 2 biji rock melon bagi
setiap kali penanaman dan berat setiap biji yang dihasilkan lebih kurang 2kg.
Maka bagi setiap pokok dapat menghasilkan 4kg rock melon untuk dituai dan
dipasarkan.

4kg x 2500batang pokok = 10,000kg


Tolak 5% (buah yang rosak n tidak menjadi)

*untuk setiap kali proses penuaian mampu memberikan 9500kg rock melon
untuk dipasarkan bagi setiap pusingan penaman selama 70 hari

Harga ladang bagi setiap 1kg = RM 5.00

JUMLAH BAGI PENGELUARAN HASIL BAGI PUSINGAN PERTAMA


UNTUK 1 EKAR TANAH ADALAH :

RM5.00 x 9500kg = RM 47500.00

5.2 KOS DAN ANGGARAN PENDAPATAN PUSINGAN KE-2

* sebelum sesuatu pusing dimulakan, tapak projek perlu direhatkan selama


lebih kurang seminggu (7hari) dan juga dapatan menhasilkan sebanyak
9500kg rock melon.

JUMLAH KOS
BIL KEPERLUAN KUANTITI
(RM)
1. MEDIA TANAMAN (coco pit) Utk>2500 polibeg 5,250.00

2. BAJA FERTIGASI Utk>2500 tanaman 4,400.00

3. RACUN SERANGGA / KULAT Utk>2500 tanaman 1,400.00

4. BENIH ROCK MELON Utk>2500 tanaman 1,100.00

JUMLAH BARANG 12,150.00

5. BAYARAN TENAGA BURUH 3 BULAN TANAMAN 1,822.50

9|Muka Surat
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

15% X JUMLAH BARANG

6. LAIN-LAIN 1,027.5
JUMLAH KESELURUHAN
15,000.00
KOS

JUMLAH KESELURUHAN KOS PUSINGAN KE-2 BAGI PROJEK TANAM


ROCK MELON MENGGUNAKAN KAEDAH FERTIGASI (TERBUKA)

RM 15, 000.00 x 1 Ekar = RM 15, 000.00

JUMLAH BAGI PENGELUARAN HASIL BAGI PUSINGAN KE-2 UNTUK 1


EKAR TANAH ADALAH :

RM5.00 x 9500kg = RM 47, 500.00

5.3 KOS DAN ANGGARAN PENDAPATAN PUSINGAN KE-3

seperti pengiraan pusingan ke-2

5.4 KOS DAN ANGGARAN PENDAPATAN PUSINGAN KE-4

seperti pengiraan pusingan ke-3

5.5 KOS DAN ANGGARAN PENDAPATAN UNTUK SETAHUN (BAGI 4


PUSINGAN PENANAMAN)

Untuk jangkamasa setahun projek ini dapat dijalankan sebanyak empat


pusingan dengan anggaran kos dan pendapatan tahunan seperti berikut :

KOS RM PENDAPATAN RM
Pusingan pertama 50, 000.00 Pusingan pertama 47, 500.00
Pusingan ke-2 15, 000.00 Pusingan ke-2 47, 500.00
Pusingan ke-3 15, 000.00 Pusingan ke-3 47, 500.00
Pusingan ke-4 15, 000.00 Pusingan ke-4 47, 500.00
JUMLAH 95, 000.00 JUMLAH 190,000.00

Anggaran keuntungan setahun adalah sebanyak :


RM 95, 000.00

Dan anggaran keuntungan bagi setiap bulan untuk setahun :


10 | M u k a S u r a t
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

RM 95, 000.00 / 12 bulan = RM 7, 916.67

6. RUMUSAN

- Secara keseluruhannya, projek tanaman ROCK MELON secara kaedah


fertigasi ini mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada
pengusahannya dalam jangka masa panjang.

- Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastrukturkenaikkan


kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan
oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini,namum ia dapat diseimbangkan
dengan peningkatan harga barang makanan.

- Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusi
serta faktor kekurangan bekalan yang tinggi di pasaran,masih menunjukkan ke
daya maju yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing
domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman Fertigasi di
Malaysia. Dengan mengambil kira faktor semasa di bantu oleh tenaga kerja
yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak saya yakin dan
percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi
keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.

- Projek ini juga dilihat dapat membantu dan memberikan peluang kepada Majlis
Belia Daerah Lipis untuk membantu memberikan khidmat latihan dan
kepakaran kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan
Daerah Lipis dalam usaha menjana pendapatan sendiri bagi memampung
keperluan untuk menjaga dan menjamin kebajikan anak-anak yatim dibawah
pemantauan pertubuhan khasnya di Daerah Lipis.

LAMPIRAN

11 | M u k a S u r a t
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

12 | M u k a S u r a t
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

13 | M u k a S u r a t
MAJLIS BELIA DAERAH LIPIS
PROJEK FERTIGASI ROCK MELON

14 | M u k a S u r a t

Anda mungkin juga menyukai