Anda di halaman 1dari 8

Kertas Kerja Projek Penanaman Cili

Menggunakan Kaedah Fertigasi


1.0 Latar Belakang Pemohon

Nama penuh :
Status :
Alamat :
Umur :

1.1 Maklumat asas sayuran yang akan diusahakan

Tanaman : Cili
Target : 1000 pokok
Target pengeluaran per pokok : 1 - 2 kg
Pasaran :

Sasaran - Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain. Hasil pertanian yang


dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di mana sasaran
utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna sasaran. Penetapan
harga adalah dipengaruhi oleh :

1) Masa

2) Kualiti

3) Kuantiti

4) Permintaan
2.0 PENGENALAN

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui


pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada
pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran
makanan yang semakin kompetitif.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,


pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna
pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang


semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana
ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur
pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan
merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional

2.1 Objektif

 Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan


pertanian yang baik dan sistematik.

 Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti


tinggi dan penjimatan tenaga buruh.
3.0 Pengoperasian

3.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”.
Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi
juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah
(soiless culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah
sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja
yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada


dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan
Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan


untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair
(terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan. Medium
tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali
sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’
mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti
’perlite’ , ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang
boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit
(bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia


diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat
mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos
tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat
pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
4.0 SISTEM PENGAIRAN

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari
jenis titisan yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik
mengikut sela masa yang telah ditetapkan.

Bahan keperluan bagi system pengairan ini adalah :

1. Paip Utama (Polypipe 32mm)


2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3. Paip Tertier (Microtube 3mm)
4. Penitis (Pen Dripper 3mm)
5. Poly Equal T 32 mm
6. End Cap 32mm
7. Ball Valve 32 mm
5. Elbow 16 mm
8. T 16mm
9. Poly Female T
10. Male Tread Adapter 16mm
11. One way nipple
12.Tangki Air 600 gelen
13 Tangki Baja 120 L
14. Pam Air 2 HP (Qmax 600L
15.Timer (Pemasa)
16.PH Meter
17.EC Meter
18.Penapis Air (Disc Filter)
4.1 BAHAN INPUT

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan
ini berulang setiap musim.

Berikut adalah senarai keperluan bahan input:

1. Benih
2. Tray
3. Polibeg 16” x 16”
4. Media Semaian (Peat Moss Holland)
5. Media Tanaman (Cocopeat)
6. Plastik ’Silver Shine”
7. Baja Fertigasi (set A & B)
8. Racun Serangga
9. Racun Kulat
10 Foliar (CaBor, Ammonium CY 787 etc.)
11 Mol ikan, Plant Organic Booster.
10.Kayu Penyokong (Pancang)
11.Tali
5.0 PERBELANJAAN KOS

5.1 KOS PERMULAAN PROJEK PENANAMAN CILI

Projek ini melibatkan kos operasi membuka tanah atau penyediaan kawasan tanah
lapang dan kos pembinaan pondok. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah :

1) Kos Pembangunan

2) Kos Operasi

3) Kos Pengeluaran
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini


mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka
masa panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur


kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi
disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat
diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah daninstitusi
serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran,masih menunjukkan
kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaing
domestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahaan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan


yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya
bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang
lumayan dalam jangka masa panjang

Anda mungkin juga menyukai