Anda di halaman 1dari 42

RANCANGAN PERTANIAN

PROJEK PENANAMAN CILI


MENGGUNAKAN KAEDAH
SISTEM FERTIGASI

Disediakan Oleh :

NOR AZMI BIN ISMAIL


Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1. Pengenalan 3
2. Tujuan Penyediaan 5
3. Latar Belakang Perniagaan / Syarikat 6
4. Latar Belakang Pemilik 9
5. Rancangan Organisasi / Pengurusan 11
6. Rancangan Pengeluaran / Operasi 12
7. Rancangan Pemasaran 47
8. Rancangan Kewangan 83
9. Jadual Perlaksanaan Projek 94
10. Rumusan 98

2
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

2.0 PENGENALAN

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami /


melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara
konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi
untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,


pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan
untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasil
pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini


yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang
pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan
dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin
pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatif
kepada sistem penanaman konvensional.

4.2 Objektif, Visi Dan Misi

Objektif

• Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan


amalan pertanian yang baik dan sistematik.
• Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.

Visi

Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di


dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani
lain.

Misi

Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada


pemegang syer syarikat, pelabur dan pelanggan kami dengan
menghasilkan produk yang berkualiti dan sistematik.

3
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
7.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan


”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman
berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran
tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production
system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja
seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi
sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada


dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium,
Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah
oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang
pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih
dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang


terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada
bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk
mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh
sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang
disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap
berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga


bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada
pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan
pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir


dust’ juga dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ialah
habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan
dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’, ’vermiculite’ dan
’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan
ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit
(bukan batu kapur).

Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan


penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos
tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan
alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

4
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah


konvensional lain. Di antara kelebihannya ialah :
1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan
kehendak tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.

2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan


masalah penyakit.
3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah
penyakit dan perosak.

4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima
nutrient yang secukupnya.
5. Tiada masalah merumpai/ merumput.

6. Kualiti yang lebih baik.

7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.

8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.

9. Kurang penggunaan racun.

10.Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.

11.Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi

Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya

ialah :

1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah


pembinaan Rumah Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan
+ Kalis Serangga).

2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.

3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.

4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.

5
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional


Perbandingan Fertigasi Tanah

Jenis Tanaman Tanaman jenis sayur Semua jenis tanaman


dan buah
Struktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perlu

Jaring Kalis Serangga Wajib ada Tidak perlu

Sistem Pengairan Titis dan baja Bebas

Varieti Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenis

Air Air bersih Bebas

Modal Tinggi Rendah

Tapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rata

Elektrik Mesti ada Tidak perlu

Pengetahuan Teknikal Sangat perlu Perlu

Keadaan Tanah Tidak penting Perlu subur

Kos Operasi Rendah kerana Tinggi untuk baja,


sistem automatik racun, merumput dsb.
Risiko Penyakit Rendah Tinggi
Risiko Kekeringan Sederhana Tinggi
Keseragaman Pokok Seragam Tidak seragam

7.1.2 Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk


Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan,
tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Nama
saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai,
kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di Semenanjung
Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johor
dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti
tercatat di Jadual 1.

6
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zat


pemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5
gram).

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau
telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili
dan sos cili.

7
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ ,
sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas
dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal
belacan’.m006Dm,.

7.2 KEPERLUAN PERTANIAN

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan


perlu dibangunkan terlebih dahulu.
1) Penyediaan Kawasan

 Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari


tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal
perlu dibuang dan dibersihkan.

 Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan


perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.

 Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk


tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik

 Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah

penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

3) Bangunan

Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan


tanaman.
 Teduhan tempat meletak tangki nutrient.

 Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.

 Pusat pengumpulan hasil ladang.

8
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang


diperlukan untuk menjayakan sistem ini.
b) Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini


adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat
pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela
masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem
pengairan ini adalah :
1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)

2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)

3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)

4. Penitis (Pen Dripper 6mm)

5. Elbow PVC 1”

6. Socket Valve 1 ½ ”

7. Socket Valve 16mm

8. Ball Valve 1 ½ ”

9. Ball Valve 1”

10.Nripper / Adapter

11.Rubber Gromet Set 16mm

12.Tangki Nutrient 200/600 gelen

13.Pam Air 1.5 HP

14.Timer (Pemasa)

15.PH Meter

16.EC Meter

17.Penapis Air

9
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

c) Bahan Input

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman


dan keperluan ini berulang setiap musim. Berikut adalah senarai
keperluan bahan input :
1. Anak pokok – Cili

2. Polibeg 14” x 16”

3. Media Semaian

4. Media Tanaman

5. Baja Fertigasi (set A & B )

6. Racun Serangga

7. Racun Kulat

10.Kayu Penyokong

11.Dawai

10
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

7.2.3 Tenaga Buruh

Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara


automatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagi
melancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalah
seperti berikut :

BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI

1. Penyelia 1 Orang Bertanggunjawab melaksana dan


menyelia kerja-kerja harian dan
jadual tanaman
2. Buruh Am 1 Orang Melaksana kerja-kerja mengikut
arahan penyelia.
7.3 PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini,


pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan
sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

1) Penyediaan biji benih

2) Semaian Anak Benih

3) Membuat Larutan Stok

4) Penyediaan Beg Tanaman

5) Penanaman

11
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
6) Pembajaan

7) Pengurusan Sistem Pengairan

8) Kawalan serangga perosak dan penyakit

9) Penyelenggaraan tanaman

10)Penuaian

11)Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang
digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan
serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang
dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan


lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap
yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam
keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.

7.3.2 Semaian Anak Benih

Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih


tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%
kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan
medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang
diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat
moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug
polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa
menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan
pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan
mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau
captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu
plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan
penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan
dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus
terlalu padat.

12
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan
diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih
bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari
dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung
pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok
tumbuh tegap dan tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan


larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40
watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan
EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian
sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia
untuk diubah ke beg-beg tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang


diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x
ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.
Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan
daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk
mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya
pemendakan.

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan


berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan
zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang
mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4,
MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium
molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa
semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh
dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu
bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang
mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.

7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45


cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan
suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan
coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring
bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja

13
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan
satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum


dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan
masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat
lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4
lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan
begbeg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm
dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas
menanam.

7.3.5 Penanaman

Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk


diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini
ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih
awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman
ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam


lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan
pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke
atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai
penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau
melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.
Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan
pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan


ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat
bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa
dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya
menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali


sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi
unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur
dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,
magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium,
molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan

14
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik
(unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada
udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi
Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.
Larutan Wyne :

SET A SET B
1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat
2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Ferum EDTA
5. Mangan Sulfat
6. Kuprum Sulfat
7. Zink Sulfat
8. Asid Borik
9. Natrium Molibdat
Larutan Cooper :

SET A SET B
1. Kalsium Nitrat 1. Kalium Nitrat
2. Ferum 2. Mono Kalium Fosfat
3. Magnesium Sulfat
4. Mangan Sulfat
5. Kuprum Sulfat
6. Zink Sulfat
7. Asid Borik
8. Natrium Molibdat
Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut

kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.

Kadar Baja Fertgasi Bagi Tanaman Cili


Bagi bancuhan larutan 100 liter air :

BAJA KADAR (GRAM)


SET A

1. Kalsium Nitrat
11,300
2. Ferum EDTA
164

15
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
SET B

1. Kalium Nitrat 11,100


2. Mono Kalium Fosfat 1,750
3. Magnesium Sulfat 5,640
4. Mangan Sulfat 15.4
5. Kuprum Sulfat 0.78
6. Zink Sulfat 2.2
7. Asid Borik 30
8. Natrium Molibdat 0.18
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan


dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh
masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat
umur tanaman.

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang


pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang,
jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi
coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6
minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk
tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap
pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem
pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam
galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk
mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi


hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu
lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak
mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu.
Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut
penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini.


Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa
bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya.
Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman
sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan
kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air
bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja
dilakukan.

16
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

1) Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan


serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.

Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga


dan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalan
dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual di
bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Peringkat
Nama Bahagian
Pokok Simptom Kawalan
Perosak Diserang
Diserang
Kutu Daun Daun, bunga Semua Daun menjadi Sembur dengan
(Aphis spp.) dan buah peringkat kerekot, bunga racun
muda gugur dan buah chlorphyrifos atau
terbantut. imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun
permethrin,
cypermethrin atau
dimethoate jika
serangan pada
pokok berumur
lebih 60 hari.
Kutu Thrips Daun dan Semua Daun menjadi Sembur dengan
(Thrips spp.) bunga peringkat kerekot dan racun
bunga gugur. chlorphyrifos atau
imidachloprid
pada peringkat
awal selepas
menanam.
Sembur racun
chlorphyrifos
atau malathion
jika serangan
pada pokok
berumur lebih 60
hari.

17
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Ulat Daun dan Peringkat Daun dan buah Sembur dengan
Pengorek buah berbuah berlubanglubang racun
Buah chlorphyrifos jika
(Helionthis serangan
armigera melebihi tahap
spp.) 5%
Lalat Buah Buah Peringkat Terdapat lorong- Sembur dengan
(Bactocera) berbuah lorong kecil di racun
dalam buah dan chlorphyrifos
buah gugur. apabila pokok
mula berbuah.
Hamama Daun dan Pokok Daun Sembur dengan
Merah bunga Matang berkerekot, racun amitraz,
(Tetranychus bunga gugur dicofol, malathion
spp.) dan pokok atau prothiofos
terbantut.
2) Kawalan Penyakit

Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam


penanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena
serangan penyakit.

Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang


bebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia
mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. Penyakit
yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Bahagian Cara Kawalan


Penyakit Penyebab Simptom
Diserang Merebak
Antraknos Colletotrichum Buah Biji benih, Bintik-bintik lekok Rawatan biji
Buah capsici angin dan berpusar, benih denga
berwarna racun kulat
keperangan captan atau
terdapat di luar thiram.
kulit buah. Musnahkan
Lekoklekok ini pokok yang
akan membesar, diserang.

menjadi Sembur dengan


kehitaman dan racun kulat
akhirnya buah mancozeb
busuk dan gugur.

18
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Bintik Daun Cercospora Daun dan Angin Terdapat Musnahkan
capsici tangkai bintikbintik kecil bahagian yang
daun. bulat berwarna kena serang.
perang pada Sembur racun
daun. benomyl
Hawar Choanephora Pucuk Angin Terdapat Rawatan awal
Pucuk cucurbitarum sporaspora hitam diperingkat biji
pada pucuk yang benih.
kena penyakit. Musnahkan
Pucuk menjadi pokok yang
layu dan diserang.
berwarna hitam

Reput Sclerotium Pangkal Tanah Daun layu, Cabut, bakar


Pangkal rolfsii pokok terdapat maisilia dan
putih dan musnahkan
skelerotia seperti keseluruhan
biji sawi pada pokok yang
pangkal pokok. kena penyakit.
Pangkal pokok
menjadi hitam
dan mereput.
Lecuh Anak Pythium sp., Batang Tanah dan Di pangkal anak Rawatan benih
Benih Rhizoctonia anak benih air benih di peringkat
sp. seakanakan awal.
lecuh. Serangan Elak siraman
yang teruk berlebihan
menyebabkan Pastikan tapak
anak benih semaian
tumbang. mempunyai
saliran yang
baik.
Layu Pseudomonas Daun dan Tanah, air Daun layu dan Cabut dan
Bakteria solanacearum batang dan kuning. Empulur bakar pokok
sentuhan berwarna perang berpenyakit.
akar kehitaman dan Tentukan
berair. Jika akar saliran baik di
atau batang kawasan tapak
direndam dalam projek.
air, ianya
mengeluarkan
cecair jaluran
putih.

19
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Mozek Mosaic virus Semua Biji benih, Daun Cabut dan
Daun bahagian kutu daun berbintikbintik bakar pokok
pokok sebagai dan berkerekot. berpenyakit.
pembawa Urat daun Tentukan
penyakit. membengkak . saliran baik di
Pokok bantut dan kawasan tapak
kurang berbuah. projek.
Buah menjadi Elak guna biji
kecil dan berubah benih yang
bentuk. berpenyakit.
Kawal
serangga
pembawa virus
iaitu kutu daun
dan thrips
dengan
menyembur
racun
chlorpyrifos.
Kawal rumpai
yang menjadi
perumah
serangga
pembawa virus.

20
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan


sepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini
dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikut
adalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan :

HARI /
GERAK KERJA AKTIVITI
MASA
• Mengira keperluan baja dan
coco peat.
• Membuat pesanan
pembelian baja mengikut
keperluan.
• Membuat pesanan
pembelian coco peat.
• Membuat pesanan
pembelian beg tanaman
berwarna putih bersaiz 45 cm
25 Hari
x 15 cm bertebuk di tepi
PERSEDIAAN AWAL Sebelum
sahaja.
Tanam
• Membuat pesanan
pembelian keperluan lain
seperti biji benih, medium
semaian peat moss, dulang
semaian ’plug’, kayu
pancang, tali rafia, bilah
buluh, dawai bersalut, hand
sprayer, racun serangga dan
kulat yang biasa digunakan
dan keperluan lain.

21
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
• Menyediakan dulang
semaian.
• Mengisi dulang semaian
dengan medium
percambahan peat moss.
• Melembapkan medium
percambahan.
• Merawat anak benih dengan
racun kulat ’Thiram’.
• Membuat lubang kecil 1 – 2
cm dalam (1 lubang 1 plug).
20 Hari • Menyemai biji benih (1 biji
PENYEMAIAN BENIH Sebelum dalam 1 lubang).
Tanam • Menutup lubang berisi biji
benih.
• Menyembur dulang semaian
berisi biji benih dengan air
bersih menggunakan hand
sprayer.
• Menutup dulang semaian
dengan helaian plastik hitam
untuk memberi haba dan
mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak
kering.

 Membersihkan takung
pembesaran.
 Mengisi tangki pengumpul
dengan air bersih.
 Memastikan pam kecil
akuarium berfungsi dengan
19 Hari
PENYEDIAAN TAKUNG baik.
Sebelum 
PEMBESARAN Menetukan alat pengatur
Tanam
masa pam akuarium boleh
dihidupkan dengan
menjadualkan 4 – 6 kali
sehari (boleh berubah
mengikut keadaan, jenis dan
umur tanaman).

22
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Menimbangkan baja
menggunakan formulasi yang
18 Hari betul.
PENIMBANGAN BAJA Sebelum  Membancuh baja stok.
Tanam  Gunakan tong biru (tebus
guna) muatan 100 liter.

 Membuka plastik yang


menutup dulang semaian.
 Memindahkan dulang
semaian ke dalam takung
pembesaran.
 Memasang alat pengatur
masa dan pam akuarium
dihidupkan.

16 Hari Hingga Melarutkan baja pada bacaan
1 Hari  EC 2.5
PEMBESARAN ANAK Sebelum Memerhatikan pertumbuhan
BENIH Tanam anak pokok.
 Memeriksa sebarang tanda
jangkitan penyakit atau
serangga perosak.
 Membuat kawalan segera
sekiranya terdapat
tandatanda kerosakan.

 Membilas coco peat.


20 Hari Hingga
PENYEDIAAN BEG 5 Hari  Mengetoskan coco peat.
Menimbangkan coco peat 2 –
TANAMAN Sebelum 
2.5 kg untuk setiap beg
Tanam
( basah dan telah ditoskan).

23
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Mengisi coco peat ke dalam
beg tanaman.
 Mengangkut beg-beg berisi
coco peat ke dalam rumah
tanaman.
 Menyusun beg-beg tanaman
mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi
setiap paip tertier. Jarak
tanaman untuk cili ialah 75
cm dalam baris dan 150 cm
antara baris.
 Mencucuk alat penitis ke
dalam setiap beg.
 Menghidupkan pam dan
memeriksa semua paip
pengagihan termasuk alat
penitis untuk memastikan
tidak ada mana-mana paip
tertier yang bocor atau alat
penitis tersumbat.
 Menghidupkan pam untuk
membasahkan medium
tanaman di dalam beg-beg
tanaman.

 Mengangkut dulang-dulang
semaian ke dalam rumah
tanaman.
 Mengorek lubang 4 cm x 4
cm x 4 cm untuk dimasukkan
anak benih.

Mencabut anak benih dengan
cermat dengan memicit
bahagian bawah plug dahulu
sebelum mencabut anak
benih. Dengan cara ini
ketulan tanah yang dipegang
akar tidak tertinggal di dalam
PENANAMAN 0 Hari lubang plug.
 Memasukkan ketulan tanah
bersama akar ke dalam
lubang tanaman yang telah
disediakan.

24
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Kemaskan lubang bersama
akar anak benih supaya tidak
longgar.
 Mencucuk penitis

berhampiran dengan pangkal


anak pokok.
 Mencucuk bilah-bilah buluh
hampir kepada anak benih.
 Mengikat anak benih pada
bilah buluh bagi memastikan
pokok tumbuh tegak.

PENYELIAAN SELEPAS 1 Hari Dan 2  Memeriksa semua pokok.


MENANAM Hari Selepas Memerhatikan tanda-tanda
Tanam jangkitan penyakit atau
serangan perosak seperti
belalang, cengkerik atau
siput. Jika terjumpa,
 musnahkan.
Memastikan tidak ada pokok
yang tercabut disebabkan
 oleh binatang.
Memastikan tidak ada penitis
yang tercabut atau tidak
dicucukkan berhampiran

pangkal pokok.
 Menghidupkan pam sekali
pada awal pagi.
Pastikan bahawa medium
tanaman tidak terlalu basah
sehingga air bertakung di
dalam beg-beg tanaman.
Sekiranya ini berlaku, tebuk
beberapa lubang di sisi beg
(bukan di bawah beg
tanaman) menggunakan
pisau kecil untuk
mengalirkan air keluar
dengan segera. Jika air
bertakung, pokok akan mati.

25
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi. Mana-mana
pokok yang masih layu atau
mati perlu diganti.
Sebaiknya diganti dengan
beg tanaman yang baru
keran ditakuti pokok yang
3 Hari Selepas mati tersebut telah
Tanam dihinggapi penyakit.
 Melarutkan baja stok ke
dalam tangki larutan baja.
Bacaan EC ialah 2.5
 Menghidupkan pam,

memberi baja kali pertama


kepada pokok. Masih
diberikan sekali sehari.

 Menghidupkan pam pada


awal pagi. Pemberian larutan
baja masih 1 kali sehari.
 Memeriksa setiap pokok
pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
jangkitan penyakit atau
 serangan serangga perosak.
Sekiranya terdapat pokok
4 Hari Hingga yang layu pada awal pagi,
7 Hari Selepas  periksa medium tanamannya.
Tanam Sekiranya kering,
kemungkinan alat penitisnya
telah tercabut atau
tersumbat. Jika tersumbat,
cabut alat penitisnya dan cuci
saambil mengetukkannya
pada benda keras agar
bahan-bahan yang menyekat
pengaliran larutan baja akan
terkeluar.
 Menambah kekerapan
pemberian larutan baja
kepada 2 kali sehari, pada
7 Hari Selepas
awal pagi dan lewat petang.
Tanam  Tetapi sekiranya keadaan
cuaca sepanjang minggu
redup atau berjerebu,
26
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
penambahan kekerapan
pemberian baja ini boleh
ditangguhkan.
 Membuang tunas air atau
10 Hari Hingga
tunas ketiak supaya pokok
35 Hari
kekal mengeluarkan satu
Selepas
batang utama sahaj sehingga
Tanam
cabang utama keluar.
 Membuat rawatan
pencegahan penyakit akar
PENGURUSAN
’Pythium’.
PENYAKIT DAN  Larutkan racun kulat Previcur
7 Hari Dan 17
SERANGGA PEROSAK
Hari Selepas N sebanyak 10 ml atau Foli-
Tanam R-Fos sebanyak 13 ml ke

dalam 10 liter air. Siram 100


ml bancuhan ini ke pangkal
tiap-tiap pokok.
 Pastikan bahawa pam tidak
dihidupkan sebelum rawatan
ini. Larutan baja boleh
diberikan 2 jam selepas
rawatan ini dilakukan.

 Memeriksa setiap pokok


pada awal pagi.
Memerhatikan tanda-tanda
serangan penyakit atau
serangga perosak.

Memeriksa pucuk-pucuk
pokok untuk mengesan
serangan hama dan juga
kutu trips. Lihat di bawah
daun-daun di bahagian
pertengahan ( 2/3 bahagian
pokok) untuk mengesan
kehadiran afid, dan lalat putih
8 Hari Hingga (white fly). Serangan ulat
180 Hari pelombong daun jelas
Selepas nampak serangannya pada
Tanam daun-daun separa tua.
 Memeriksa sistem fertigasi
agar sentiasa berfungsi
dengan baik.

27
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Memacak dua batang
panjang, 180 cm kayu (2.5cm
20 Hari x 2.5cm) atau besi galvani
Selepas 1.25 cm, di sepanjang baris
Tanam paip pembahagi (membentuk
X) bagi mengikat dawai atau
tali penyokong pokok cili.

MENGIKAT POKOK  Mengikat dahan-dahan pokok


cili pada tali atau dawai
penyokong bagi
30 Hari
mengelakkan dahan-dahan
Selepas
daripada patah disebabkan
Tanam Hingga
berat buah (dilakukan
150 Hari
mengikut keperluan). Ia
dilakukan berterusan apabila
perlu.

 Membilas medium tanaman


dengan air bersih iaitu
dengan memberikan air
tanpa baja kepada semua
pokok mengikut kekerapan
25 Hari yang sedia ada.

Selepas Ini bertujuan untuk
Tanam Dan membersihkan timbunan
Seminggu garam-garam galian dan
Sekali meningkatkan pH medium
MEMBILAS MEDIUM tanaman bagi mengelakkan
TANAMAN proses air keluar dari pokok
(deplasmolisis) yang boleh
menyebabkan pokok mati.

 Menambahkan kekerapan
penitis larutan baja kepada 4
28 Hari
kemudian menjadi 5
Selepas
seterusnya menjadi 6 kali
Tanam
sehari mengikut
pertumbesaran pokok.

28
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
 Bunga-bunga cili mesti
menjalani proses
pendebungaan sebelum
menjadi buah.
 Pendebungaan sendiri sukar
berlaku kerana ketiadaan
agen pendebungaan seperti
seranggan atau angin jika
menggunakan Rumah
Tanaman dengan dinding
 kalis seranggan ini.
Pendebungan berbantu boleh
dilakukan dengan menepuk
perlahan dahan-dahan pokok
cili yang telah berbunga. Ia
dilakukan sekurang-kurannya
25 Hari sekali bagi setiap 2 hari. Cara
Selepas ini terbukti berkesan dapat
MEMBANTU Tanam Hingga meningkatkan pengeluaran
PENDEBUNGAAN Tamat Projek hasil cili.
 Alat penggetar bunga (pollen
vibrator) yang digerakkan
menggunkan bateri juga
boleh digunakan.
 Penggetaran tangkai-tangkai
bunga hanya akan berkesan
sekiranya dilakukan antara
pukul 10.00 pagi hingga 2.00
petang.

55 Hari  Memetik buah cili masak.


Selepas  Membuat penggredan buah
MEMETIK BUAH cili
Tanam Dan
Selang 3 Hari  Memasarkan buah cili

 Memetik buah cili yang


masak termasuk juga yang
150 Hari hijau.
MENAMATKAN Selepas  Mengasingkan yang masak
TANAMAN Tanam Atau dengan yang hijau.
Apabila Sesuai  Mencabut semua pokok
bersama akar dan
memusnahkan semuanya.

29
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

7.3.10 Penuaian

Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30


– 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah
dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali.
Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung
kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar
ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk
diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah
apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan
bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil
dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai

Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan


termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan
pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu
dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan

Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara


mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada
suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %.
Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.

Penggredan

Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz,


tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit
atau perosak.
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan
berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan
ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS
KETERANGAN GAMBARAN
KEMATANGAN

30
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Kulit berwarna hijau
muda.
Indeks 1 Dipasarkan sebagai
(Tidak Matang) cili hijau

Kulit berwarna hijau


tua.
Indeks 2 Keadaannya berkilat
(Matang) Dipasarkan sebagai
cili merah.

Kulit kelihatan
berwarna hijau dan
Indeks 3 merah ataupun hijau
(Cukup Matang) merah.
Dipasarkan sebagai
cili merah.
Kulit berwarna
merah kehitaman
(hampir masak).
Indeks 4
Keadaan ini masih
(Cukup Matang)
boleh diterima oleh
pasaran pada
peringkat runcit.
Kulit cili berwarna
merah sepenuhnya.
Indeks 5
(Cukup Matang)

Kulit cili berwarna


merah kehitaman.
Indeks 6
(Cukup Matang)

Pembungkusan

Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastik


yang muatannya 5kg boleh digunakan. Sementara bagi pembungkusan
runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin (plastik) , jaring plastik,
beg kertas dan dulang polistirifom berbalut filem polivinil klorid adalah
sesuai.

31
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
Penyimpanan

Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C boleh


menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5
jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8º
Celcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % .

7.4 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang


dilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yang perlu
diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisa semasa
penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projek menghasilkan
pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkaraperkara yang
terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :

1) Analisa Pasaran

32
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
2) Analisa Pesaing

3) Analisa Persekitaran

4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat)

5) Strategi Pemasaran

6) Pemilihan Strategi

7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

8.1.11 Masalah Pemasaran

a) Harga Tidak Stabil

Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan


mengikut keadaan semasa.

b) Kurang Saluran Pemasaran

Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang


efektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang
betul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkan
pengguna, pemborong dan peruncit.

c) Kurang Maklumat Pasaran

Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan


hasilhasil pertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumat
pasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapat
maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukan
pasaran semasa.

d) Kurang Prasarana

Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran

pengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

e) Bekalan Tidak Terjamin

Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana


berlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.

33
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran

Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak


pasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan dan
mengakibatkan pembaziran.

g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu

Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan


pengagihan pemasaran.

h) Sistem Pembungkusan

Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang


tidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.

i) Persaingan

Persaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar cili


yang lain.

j) Kurang Pendedahan

Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya di


luar negara.

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta
pulangan (hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman
1,000 pokok cili menggunakan sistem fertigasi di atas tanah yang
berkeluasan suku ekar.

9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN

Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos


pembinaan struktur rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan
yang terlibat adalah :
1) Kos Pembangunan

2) Kos Operasi

3) Kos Pengeluaran

34
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi

9.1.1 Kos Pembangunan

i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan


BI
PERKARA KOS (RM)
L
2. Pembersihan kawasan dengan 300
menggunakan traktor /
JCB untuk keluasan suku ekar
tanah.

Jumlah Kos 300

ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana


BI
PERKARA KOS (RM)
L
3. Pagar Kawasan 500
4. Sumber Air 500
5. Sumber Elektrik 200
7. Rumah Pam Sistem Fertigasi 1000

Jumlah Kos 2,200

iii) Pembinaan Sistem Fertigasi


BI
PERKARA KOS (RM)
L
1. Paip Utama (Polypipe HDPE 480
35mm)
2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 250
16mm)
3. Paip Tertier (Microtubing 6mm) 250

5. Pen dripper 200

9. Digital Timer 50

11. Pam Air 650

13. Tangki Air 200 Liter 1100

35
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
15. pH Meter 100

16. EC Meter 160

20. Upah Pemasangan 300

Jumlah Kos 25,000

9.1.5 Kos Pengeluaran ( 4 Bulan @ 1 Musim)

Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja,


benih, racun kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi
satu pusingan tanaman dan berulang pada setiap pusingan (musim).

9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (4 Bulan @ 1 Musim)


BI KOS BELANJA 1
PERKARA
L MUSIM (RM)
1. Anak benih Cili (1000 pokok) 200

2. Polybeg 16" x 16" x 0.12mm 230

5. Cocopeat (Sabut Kelapa) 1700

7. Baja Fertigasi (Set A & Set B) 750

8. Racun Kimia 1000

9. Lain-lain keperluan 500

Jumlah Kos 4380

9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan

Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal


kerja-kerja pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil,
iaitu bagi tempoh selama 4 bulan adalah :
BI
PERKARA KOS (RM)
L

36
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan
Pembersihan Kawasan
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan
Prasarana
iii) Pembinaan Sistem Fertigasi

Jumlah Kos Pembangunan

2. KOS OPERASI ( 4 BULAN)


i) Gaji Pengurusan / 20,000
Kakitangan ii) Utiliti Dan 20,000
Pengendalian

Jumlah Kos Operasi 40,000

3. KOS PENGELUARAN (4 BULAN)


500
i) Benih Cili (5,000 pokok)
2,000
ii) Polybeg iii) Tray
500
Semaian 'Plug' iv) Peat
500
Moss
3,000
v) Cocopeat (Sabut Kelapa) vi)
4,000
Sekam Bakar
12,000
vii) Baja Fertigasi (Set A & Set B)
1,500
viii)Racun Kimia ix)
1,000
Lain-lain keperluan

Jumlah Kos Pengeluaran 25,000

JUMLAH KESELURUHAN
275,000
KOS PERMULAAN

37
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN

10.2 Jadual Kerja


MINGG AKTIVITI CATATAN
U
-4 Penyediaan Kawasan  Bagi projek yang baru
bermula, kerja-kerja seperti
membina jalan, perparitan,
infrastruktur dan prasarana.
 Bagi pusingan musim
seterusnya, kerja-kerja
membuang sisa polibeg
tanaman, membetulkan
sistem fertigasi dan lainlain.
 Memusnahkan rumpai
perumah serangga perosak
dan penyakit dan lain-lain.

-3 Penyediaan Tapak  Membersihkan bumbung


rumah pelindung tanaman
dari kulat, lumut atau
sebarang kekotoran.
 Membaiki apa-apa
kerosakan pada struktur
rumah pelindung tanaman
dan lain-lain.

-2 Penyediaan Media Tanaman  Menggaul dan mengisi

38
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
media tanaman.
 Menyediakan campuran
media dan lain-lain.

-1 Penyediaan Semaian  Menyemai benih tanaman


dalam tray semaian plug.
 Semburan baja dan
kawalan serangga dan
penyakit.
 Kawalan suhu, haba dan air
pada media semaian.

0 Penanaman  Memindahkan ke ladang.


 Menyusun polibeg ikut
barisan.

1 • Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


• Pembajaan fertigasi.
• Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

2 • Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


• Pembajaan fertigasi.
• Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

3 • Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


• Pembajaan fertigasi.
• Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap
hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan

39
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
agar tidak tersumbat.

 Buang sulur air.

 Penyediaan kayu / tali /


dawai penyokong tanaman.

4  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Buang sulur air.

 Penyediaan kayu / tali /


dawai penyokong tanaman.

5  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

6  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

7  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

hari terhadap tanaman

40
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan

agar tidak tersumbat.

8  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

hari terhadap tanaman
untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.

9  Penyelenggaraan Tanaman  Agihan baja melalui sistem


 Pembajaan fertigasi.
Kawalan Serangga dan Penyakit.  Pemeriksaan rutin setiap

Mula Menuai Hasil hari terhadap tanaman

untuk mengesan serangan
serangga perosak dan
penyakit.
 Periksaan rutin harian mata
penitis sistem pengairan
agar tidak tersumbat.
 Mula menuai hasil, selepas
60 hari cili mula masak.

10  Menuai Hasil,  Memetik cili


 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
Jualan dan Pemasaran menggred.

 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

11  Menuai Hasil,  Memetik cili


 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
Jualan dan Pemasaran menggred.

 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

41
Rancangan Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi
12  Menuai Hasil,  Memetik cili peringkat akhir
 Lepas Tuai  Membersih, membungkus,
Jualan dan Pemasaran menggred.

 Pengedaran kepada
pemborong.
 Jualan terus.

11.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini


mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya
dalam jangka masa panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur


kenaikkan kos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos
operasi disebabkan oleh kenaikkan harga bahan api baru-baru ini,
namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan harga bagi cili di
pasaran.

Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan
institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran,
masih menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini
walaupun adanya pertambahan pesaing domestik oleh sebab
peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan


pengurusan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak
kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan
mampu memberi keuntungan yang lumayan dalam jangka masa
panjang.

42

Anda mungkin juga menyukai