Anda di halaman 1dari 14

Fertigasi

Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.

Melon Pure Gold Masak 70 hari

Kemanisan 13-15 brix

Cili Mulai Tuai 9 Minggu

Hasil Sepokok 3-4 kg

Kelebihan Sistem Fertigasi:


Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit Mengatasi masalah bawaan tanah Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik Penggunaan baja yang cekap dan jimat Mengurangkan penggunaan racun Modal pusingan yang rendah Meningkatkan hasil pengeluaran Masalah merumpai sangat rendah

Antara tanaman yang sesuai untuk fertigasi

PENANAMAN FERTIGASI
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation . Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro ,Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro . Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato , timun jepun , cili merah , terung , melon, cili sayur , strawberi dan juga pokok hiasan . Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran . Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium ,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah .

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran . Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok . Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan . Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas . Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat ,sekam padi , rootwool , perlite , zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi . Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah , ringan, berkualiti dan mudah digunakan . Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki , tong stok nutrient , pam , paip poly atau pvc . Dripper , mini tubing , tubing , timer dan peralatan kawalan air dan baja . Dalam sistem fertigasi , air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit . Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman . Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG ialah berjumlah RM30 ,000 untuk keluasan 600 kaki persegi . Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka . Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun . Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih .

SISTEM FERTIGASI
Sistem Fertigasi Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah stu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan, tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yangdiperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa pencemaran alam sekitar dan pembaziran. Antara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jarring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi. Kerajaan telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasakan pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional. Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.

Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan. Jadi, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini!

http://motif-maju.site88.net/fertigasi.html Apa Itu Sistem FERTIGASI ? Sistem Fertigasi ialah sistem penyaluran baja ke dalam sistem pengairan. Apa Itu Sistem Pengairan ? Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada bila-bila masa.

Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :


Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System ) Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System ) Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System )

Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah.

GAMBARAJAH SISTEM PENGAIRAN TITIS

CARA SISTEM BERFUNGSI

PENGGUNAAN TEKNOLOGI FERTIGASI DALAM PENGELUARAN SAYUR-SAYURAN 1. Pengenalan Fertigasi Penanaman tanpa tanah dengan pemberian baja melalui sistem pengairan. 2. Kelebihan Sistem Fertigasi Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit. Mengatasi masalah tanah. Meningkatkan hasil pengeluaran. Masalah rumpai sangat rendah. Kualiti hasil yang lebih baik. Penggunaan baja yang cekap. Mengurangkan penggunaan racun. Hasil yang lebih tinggi.

3. Kelemahan Sistem Fertigasi Modal permulaan yang agak tinggi. Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman. Pengurusan ladang yang berterusan. Kerosakan sistem membawa kerugian. 4. Jenis Tanaman Yang Boleh Ditanam Secara Fertigasi Tanaman sayur berbuah : Tomato, Cili, Capsicum, Terung, Timun Jepun Lain-lain seperti melon, strawberry, bunga landskap boleh ditanam secara fertigasi. 5. Hasil Jenis Tanaman Tomato Terung Cili Timun Jepun Melon Tempoh 5 6 bulan 5 6 bulan 5 6 bulan 70 90 hari 55 60 hari Hasil 2 4 kg / pokok 6 9 kg / pokok 4 6 kg / pokok 10 15 kg / pokok 3 5 kg / pokok

6. Pengurusan Tapak Semaian Dan Rawatan Biji Benih Prestasi tanaman sangat bergantung kepada kualiti larutan nutrien dan input yang dibekalkan. Media semaian mestilah yang baik untuk menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit dan harga yang berpatutan. Habuk sabut dan peat moss boleh digunakan, sekiranya menggunakan habuk sabut perlu gaul dan rendam dalam larutan nutrien 1.5 EC. Isikan dalam plot / bekas semaian tanpa padat. Biji benih perlu dirawat untuk mempercepatkan percambahan, 70% daripada kejayaan hasil projek terletak kepada biji benih. Biji benih yang terpilih dan ada jaminan tidak perlu dirawat ( terus semai ). Sebagai contoh ialah Resistant Tm VC 5 FIN. Rawatan 1 Rendam biji benih dalam air biasa selama 6 8 jam. Tus Gaul racun kulat ( cth : thiram ) Rawatan 2 Rendam biji benih dalam air suam selama 3 4 jam. Tus Tutup biji benih ( lembap ) di dalam bekas dengan plastik/ kertas basah. Biarkan sehingga cambah ( 2 4 hari ).

Rawatan 3 Rendam biji benih dengan air panas biasa 6 8 jam. Taburkan biji benih di atas kertas lembap. Gulungkan. Masukkan dalam plastik jernih ( tiup untuk digelembongkan ). Jemur pada panas matahari 6 8 jam. Biar dalam suhu biasa sehingga cambah. Semai biji benih yang sudah dirawat. Teknik menyemai pengaruhi cambah dan keseragaman. Semai dengan kedalaman 0.5 1.0 cm dan kekalkan kelembapan. Untuk menyemai biji benih sayur bilangan / pot adalah seperti berikut : Tomato 2 biji / pot Terung 1 biji / pot Cili 1 biji / pot Timun Jepun 2 biji / pot Kobis 1 biji / pot

Susun di atas rak di bawah lindungan 50 70% atau masukkan dalam bilik gelap / karung plastik hitam. Apabila pecah dan keluar mata tunas perlu diletakkan di cahaya matahari di bawah struktur pelindung hujan 3 (SPH). Periksa dan siram hari-hari dengan siraman halus atau kabus. Untuk mengekalkan kelembapan siram 1 2 kali sehari. Sebelum cambah - siraman air + racun kulat. Selepas cambah - Siram larutan baja

Bila keluar daun ketiga boleh tanam dalam polybag ( minggu ketiga ) tomato, cili & terung ). Asingkan anak pokok terpilih - yang subur, normal, uniform, segar dan tiada jangkitan penyakit. Jumlah pokok yang disemai mestilah 20 30%. Lebih daripada keperluan sebenar di ladang. Alih anak benih terpilih ke polybag di sebelah petang dan jangan siram sehari sebelum alih untuk mengelakkan daripada pecah. Seminggu sebelum mengalih ke polybag ianya perlu dibasahkan dengan air kosong 5 kali sehari selama 5 minit Sistem Fertigasi bergantung kepada jenis tanaman. 7. Penyediaan Ladang Tindakan awal yang perlu diambilkira adalah merupakan perkara-perkara berikut : Luas kawasan atau jumlah polybag ( poin ). Pemilihan kawasan. Saiz rumah lindungan. Tentukan sistem operasi yang sesuai. Buat anggaran kos sesuaikan dengan bajet. Sediakan kawasan. Mulakan pembinaan penubuhan unit.

7.1. Penyediaan Kawasan Kawasan jangan terlindung, sekurang-kurangnya mendapat cahaya matahari 6 jam sehari. Pilih kawasan yang mempunyai kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih ( telaga tiub ). Bina sistem saliran yang baik elak air bertakung kelembapan tinggi. Adakan parit kecil dan besar jika perlu untuk menampung dan mengalirkan air berlebihan terutama semasa hujan lebat. 8. Keperluan Asas Fertigasi Rumah / Struktur Pelindung Hujan ( SPH ). Sumber Air. 4 Larutan Baja. Sistem Pengairan. Media Tanaman Bekas Tanaman ( polybag / pasu dll. ). Biji Benih Alat Pengukur Larutan. 8.1. Rumah / Struktur Pelindung Hujan ( 8 x 8 x 60 = 100 polybag ) SPH terdapat berbagai bentuk dan saiz terpulang kepada pengusaha untuk memilih yang terbaik dan mempunyai bajet yang mencukupi. Sebagai contoh yang mudah dan murah pengusaha boleh rujuk kepada gambar rajah berikut:8.2. Sumber Air Tidak terputus bekalan. Bersih tidak tercemar (Toksik / keracunan mendapan / ampaian ferum dll.). Jernih. Tidak berbau. Lebih sejuk, lebih baik ( oksigen tinggi ) Air boleh didapati dari bekalan Lembaga Air Perak, air bumi ( telaga tiub) atau air gunung ( mengalir ). Penanaman kali kedua tangki perlu dibersihkan / dibasuh.

8.3. Baja

Baja sama dengan baja hidroponik. Kandungan nutrient yang lengkap dan seimbang (berbeza ikut jenis tanaman). Biasanya dalam satu set khas ( A & B ) ( campuran atau cecair ) dalam bungkusan / bekas berlainan. GI paip 1 Bumbung plastik lutsinar 0.12 mm GI paip 11/2 6 2 8 5 Contoh Kandungan Baja Set A Set B Kalsium nitrate Kalsium nitrate Ferum Mono kalium posfat Magnesium sulfat, Mangan sulfat Kuprum sulfat, Zink sulfat Asid borik, Nitrium molibdat 8.4. Sistem Pengairan Pam 1 Hp. 2 Penapis ( Filter ) - Air sebelum pergi - Air ke tangki Timer 2 tong biru 200 liter untuk bancuhan baja set A & set B. Paip HDPE 32 mm ( paip utama ). PE tubing. Adaptor. 8.5. Media Ciri-ciri media yang baik perlu mempunyai ruang udara 20 40%, kadar air 60 80%, bebas penyakit, mesra alam dan murah. Selain itu ianya boleh mengawal nutrient, pH dan suhu serta mudah diperolehi. Media tanaman yang popular merupakan habuk sabut 100%, arang sekam100% dan campuran habuk sabut + arang sekam 50:50.

8.6. Bekas Tanaman

Tong cat, pasu, polybag boleh digunakan, asalkan mudah diperolehi. 8.7. Biji Benih Biji benih terpilih perlu sesuai dengan keadaan setempat, hasil tinggi dan diterima pasaran. Terdapat Normal seed F1 Hibrid dan Precision seed F1 Hibrid dan ada jaminan.

8.8. Alat Pengukur Larutan Alat ini diperlukan untuk mengukur larutan baja mengikut peringkat dan jenis tanaman. 9. Pengurangan Ladang Sebelum memindahkan anak benih ke ladang semua peralatan termasuk PE tubing, dripper, nipple perlu dibersihkan. Sekiranya masuk pusingan ulangan kedua atau seterusnya mesti dilakukan sterilisation ladang dan peralatan terlebih dahulu.

9.1. Mengubah Anak Benih Ke Ladang Sehari sebelum mengubah ke ladang jangan siram anak benih dengan air dan perlu tanam di waktu petang. Tanam sama paras dengan media dalam polybag.

9.2. Umur Anak Benih Di Ubah Ke Ladang Tomato Cili Terung Kobis Timun Jepun Tembikai Wangi 15 25 hari 25 30 hari 25 30 hari 14 20 hari 5 8 hari 8 10 hari

9.3. Menyiram Sila rujuk manual tanaman tomato dan cili.

9.4. Menyulam

Menyulam dilakukan seminggu selepas mengubah anak benih ke dalam polybag / ke ladang untuk mendapatkan keseragaman.

9.5. Penyediaan Larutan Stok SetA Stok A 100 ml Larutan SetB Stok B 100 ml Larutan Isi air dalam tangki Campurkan larutan stok A kacau Campurkan larutan stok B ( jumlah yang sama dengan stok A ) kacau. Sukat bacaan EC dan pH. Ulang langkah di atas sehingga dapat kepekatan EC dan pH yang dikehendaki.

9.6. Pengagihan Nutrien Ke Ladang Permulaan ( Vegitatif ) pH 5.8 6.3 EC 1.5 1.8 3 5 kali sehari ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ) Siang hari sahaja Selepas 3 4 minggu pH 6.0 6.3 EC 1.8 2.5 4 6 kali sehari ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ) Siang hari sahaja Pengagihan nutrien dipengaruhi oleh : Jenis tanaman banyak daun / daun lebar Umur tanaman lebih tua, lebih banyak atau pekat Cuaca panas cair dan banyak, kerap Cuaca sejuk pekat, sedikit, jarang Cahaya kurang baja lebih pekat Pemberian awal nutrien diperlukan banyak dan flushing 30% dibuang.

Pemberian pertengahan nutrien flushing 15% buang. Pemberian akhir nutrien sekadar cukup sahaja.

9.7. Penjagaan Di Ladang 1. Periksa sistem pengairan untuk mempastikan tiada kebocoran dan aliran titisan sempurna kepada setiap polybag / pokok. 2. Pastikan tiada mikro nutrien. 3. Latih pokok dengan memasang trellis menggunakan tali rafia halus bagi tanaman tomato, timun dan melon. 4. Cantas semua tunas-tunas sisi / air bagi tanaman tomato dan setiap kali potong celup gunting dalam racun kulat mengelakkan penyakit. 5. Kebersihan ladang perlu dijaga dengan baik sisa tanaman, buah busuk, bungkusan, bekas racun perlu dikumpul dan dimusnahkan. 6. Pokok perlu dijaga dari perosak dan penyakit dengan cara samada cara manual ( mengambil dan membuang perosak / penyakit ), cara biologi (menggunakan musuh semula jadi / predator) atau cara kimia (menggunakan racun serangga). 7. Serangga perosak yang selalu menyerang tanaman sayur-sayuran merupakan ulat ratus, hamama, kutu daun, trip, ulat pelombong daun, lalat putih dan lain. 8. Serangga dan penyakit boleh dikurangkan / dikawal dengan mengamalkan amalan pertanian baik ( APB ), membaja ikut jadual, mengikut jarak tanaman yang betul, pengairan yang cukup dan saliran yang baik. 9. Amalkan pusingan tanaman yang betul dan elakkan tanaman melon, cili dan tomato berturut-turut. 10. Memungut Hasil Pengeluaran hasil tanaman dari sistem fertigasi sangat tinggi sekiranya semua dijaga dengan baik. Berikut merupakan hasil tanaman yang boleh dicapai : Tomato 120 180 ton / ha Cili 30 40 ton / ha Terung 25 35 ton / ha Timun Jepun 50 60 ton / ha Hasil dipetik, dimasukkan dalam bakul plastik dan dihantar ke pusat pengumpulan/ kawasan teduhan untuk tujuan penggredan, pembungkusan dan pemasaran.

Anda mungkin juga menyukai