Anda di halaman 1dari 17

ORGANIC PLANT BOOSTER

PENGENALAN
 Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan
produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan,
banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti
penggunaan bahan organic dan Efektif Micro Organisma (EM)
telah digunakan
 mengurangkan penggunaan bahan kimia seterusnya
mengurangkan kos pengeluaran serta memastikan pengeluaran
bahan makanan bebas dari bahan kimia.
EFECTIF MICRO ORGANISMA
 EM ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup
berkelompok atau berkoloni di sesuatu tempat.
 Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan
dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan
dan manfaat kepada serangga dan binatang kecil yang
lain.
 EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki
dan memulihkan tanah.
 Jabatan Pertanian telah berjaya membuktikan penggunaan
EM (Plant Booster) ke atas beberapa tanaman seperti Rock
Melon, Tomato, Cili dan Pisang dapat meningkatkan mutu
dan kualiti tanaman tanpa penggunaan bahan kimia
ORGANIC PLANT BOOSTER ( OPB )
Teknologi yang menggabungkan unsur-unsur seperti
buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang
menghasilkan kumpulan mikroorganisma berfaedah,
enzim-enzim dan hormon-hormon pertumbuhan semula
jadi.
Berfungsi sebagai merangsang tanaman untuk
meningkatkan pertumbuhan dan hasil serta ketahanan
pokok melalui pengambilan nutrien yang lebih efisien.
BAHAN-BAHAN PENGHASILAN ORGANIC PLANT
BOOSTER (OPB)
 Gula merah sebanyak 3 kilogram (kg)
 Belacan (3kg)
 Buah nanas (5kg),
 Telur (10 biji),
 Susu tepung atau susu segar (5 liter),
 Buah pisang (5kg),
 Buah betik (5kg),
 Buah labu (5kg),
 Kangkung (3kg),
 Ragi (5 biji)
 Air (50 liter).
KAEDAH PEMBUATAN
 Belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan
dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya.
 Bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu
tepung, gula merah dan air.

 Kemudian, bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan


dikacau sehingga sebati.
 Masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter,
panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 sentimeter).
 Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu
atau media dan kacau sehingga sebati.
 Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-
sayuran adalah sebanyak 50 liter.
 Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses
fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap.
 OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas
permukaan media dan berbau masam manis.
 Jika OPB tidak mengeluarkan miselium dan tidak berbau masam manis,
sebanyak 0.5kg molases atau gula merah disyorkan untuk dimasukkan ke
dalam bekas tersebut. Kacau sehingga sebati dan bekas tersebut ditutup
secara separa anaerobik dan diperam semula melalui proses fermentasi
selama seminggu.

 Setelah matang, OPB dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada


tanaman. Bagi tujuan penyimpanan stok, OPB perlu disimpan di tempat
yang gelap.
PERBANDINGAN
APLIKASI PADA TANAMAN
Melon
 Minggu 1-2 (15ml/1Liter air)
 Minggu 3-5 (20ml/L)
 Minggu 6-10 (30ml/L)

Tomato
 Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
 Minggu 3-5 (15ml/L)
 Minggu 6-8(20ml/L)
 Minggu 9 keatas (25ml/L)
Cili
 Minggu 1-2 ( 10ml/1Liter air)
 Minggu 3-5 (20ml/L)
 Minggu 6-8 (30ml/L)
 Minggu 9 keatas (40ml/L).

Pisang
 Minggu 2 ( 10ml/1 liter air)
 Minggu 4 (15ml/L)
 Minggu 8 (20ml/L)
 Minggu 10 (25ml/L)
 Minggu 12 ke atas hingga matang (30ml/L) setiap bulan.
KESAN OPB KEPADA TANAMAN

 Boleh membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan


pokok, meningkatkan hasil tanaman antara 20 antara 30
peratus
 Penjimatan dalam penggunaan baja
 Mempercepatkan tempoh masa dalam proses pembungaan
 Memanjangkan tempoh hayat tanaman
 Meningkatkan ketahanan penyakit pada tanaman
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai