Anda di halaman 1dari 4

PEMBAJAAN TANAMAN GETAH DEWASA

PENDAHULUAN
Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk mencapai kematangan
awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk getah
memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka
membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan
pembajaan diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan
perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi
perkara yang mengganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah.
Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis
racun dan kadar yang sesuai.

PEMBAJAAN TANAMAN GETAH DEWASA
Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber makanannya. Baja mengandungi zat-
zat yang diperlukan untuk pokok getah tumbuh dengan baik. Pembajaan yang cukup
dan sempurna akan:
Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah.
Mempercepatkan kanopi di antara pokok- pokok bertemu. Seterusnya naungan
yang dihasilkan akan menolong mengurangkan pertumbuhan rumpai dan kos
mengawalnya.
Merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh.
Menolong mengelak serangan beberapa penyakit daun.

Jenis Baja
Biasanya dua bentuk baja dijual iaitu baja sebatian atau baja campuran. Baja sebatian
adalah lebih baik berbanding dengan baja campuran disebabkan ianya lebih seragam
dari segi kandungan nutrien, tetapi harganya lebih mahal. Kedua-dua baja campuran
atau baja sebatian boleh digunakan selagi kualiti dan nisbah kandungan nutriennya
dikekalkan.

Pembajaan Getah Matang
Pada dasarnya, pokok getah dewasa dibaja setahun sekali sehingga tiga tahun
sebelum ditanam semula. Jenis dan kadar baja bergantung kepada siri tanah dan
ketahanan klon terhadap kerosakan angin. Bagi kawasan getah matang pembajaan
secara berhemah (Discriminitory Fertilizer Recommendation) dan pembajaan bagi
pokok yang dirangsang adalah disyorkan seperti di bawah.

Pembajaan Secara Berhemah (Discriminitory Fertilizer Recommendation)
Pembajaan secara berhemah bermakna pembajaan mengikut keperluan sesuatu
kawasan yang ditentukan berdasarkan status nutrien dalam pokok dan tanah.
Tinjauan nutrien tanah dan daun di kawasan terbabit dijalankan. Sampel daun
diambil dari pokok yang telah mempunyai empat atau lebih pusaran daun yang telah
matang.
Sampel daun dan tanah di bawa ke makmal untuk dinilai kandungan nutrien.
Syor pembajaan dibuat untuk tempoh dua tahun berdasarkan keputusan analisis
tanah dan daun serta beberapa maklumat tambahan seperti sejarah pembajaan,
klon dan kerosakan yang disebabkan oleh angin.
Tinjauan dan analisis nutrien dilakukan dua tahun sekali.

Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh dan Dirangsang
Bagi kawasan yang ditoreh dan pokok- pokok dirangsang sama ada dengan etefon
atau gas etilina, baja tambahan perlu diberi bagi mengimbangi lebihan nutrien yang
telah hilang akibat daripada pengeluaran lateks yang bertambah.
Bagi setiap tambahan 1,000 kg/ha getah kering yang dihasilkan, 11 kg "N" (55 kg
Ammonium Sulfat) dan 12 kg "K2O" (25 kg Muriate of Potash) setiap hektar perlu
ditambah

Cara Membaja
Kebun hendaklah bersih daripada rumpai sebelum baja ditabur.
Baja ditabur di antara barisan pokok dan perlu dielakkan menabur di pangkal pokok
(Rajah 1).

Rajah 1. Membaja Pokok Getah Dewasa

Waktu Pembajaan
Kadar pengambilan nutrien berhubung terus dengan pengeluaran daun baru. Tempoh
penyerapan zat nitrogen oleh pokok getah dengan kadar yang paling aktif ialah di
antara waktu perdaunan semula sehingga lima bulan berikutnya. Pembajaan untuk
getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun muda mula keluar selepas musim
daun luruh. Oleh itu jika ranggasan daun berIaku pada bulan Februari, tahap
penyerapan nitrogen yang tinggi berIaku di antara bulan Januari hingga Julai. Selepas
itu, kadar penyerapan nutrien akan berkurangan.

Jika ranggasan sekunder dan perdaunan semula kali kedua berlaku, maka pembajaan
dengan jumlah baja yang lebih banyak diperlukan. Dalam keadaan ini

jumlah baja yang melebihi 1 kg/pokok adalah perIu. Dinasihatkan baja ini dibubuh dua
kali di mana pembajaan kedua dibuat tidak lewat dari bulan Jun.

Bagi kawasan tanah berpasir, dinasihatkan pembajaan dibuat dua kali atau lebih
setahun contohnya dalam bulan Februari/Mac dan Mei/Jun.

Di kawasan di mana dikhuatiri berlaku ancaman kerosakan angin, kepadatan daun
perlu dikurangkan bagi mengelakkan dahan-dahan dan pokok-pokok yang berdaun
lebat patah. Ini boleh dilakukan dengan:

I. Kadar dan jumlah baja perlu diselaraskan bagi menghindar risiko kerosakan oleh
angin. Kadar baja terutamanya baja nitrogen dikurangkan.
II. Pembajaan ditangguhkan tetapi tidak lewat dari bulan Jun.
III. Jumlah baja perlu dikurangkan dan hanya setengah kadar baja dibubuh. Ini
adalah kerana penyerapan kebanyakan nutrient jauh berkurangan selepas tiga
hingga empat bulan selepas perdaunan semula berlaku.

PENUTUP
Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi penyelenggaraan kebun
getah dewasa untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan kawalan rumpai,
pembajaan, penyakit-penyakit utama dan serangga utama perosak getah, iaitu anai-
anai. Pengurusan kebun kecil getah yang efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran
hasil dan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebun kecil getah pada amnya.

RUJUKAN
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai