Anda di halaman 1dari 33

PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

1
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Prakata
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah,
syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi idea untuk
mengolah semula Panduan Penanaman Cendawan
Tiram Kelabu secara bergambar. Dengan ada buku
panduan ini, dapatlah kita mendapat serba sedikit
maklumat berkaitan dengan tanaman Cendawan Tiram
Kelabu yang mempunyai nilai khasiat nutrien yang
tinggi dan menjana keuntungan yang tinggi. Pendapatan yang dijana boleh diperolehi
boleh mencapai lebih kepada 4 angka. Sesungguhnya bidang penanaman cendawan
menjanjikan pulangan yang tinggi. Bidang pertanian merupakan kerjaya pilihan bagi
mereka menjanakan ingin pendapatan yang tinggi. Tidak Mustahil jika
anda salah seorang Jutawan Cendawan pada masa akan datang.
Amin Selamat Maju Jaya. Wassalam

Yang benar
Mohd Izwan B. Mohd Khalit
Kedah AgroFarm Sdn Bhd

Kandungan
Pengenalan 3
Jenis-jenis Cendawan 6
Penanaman Kulat Cendawan Tiram Kelabu 8
Penyediaan Substrat Beg Cendawan 9
Pengukusan Beg Cendawan 14
Penyuntikan Benih (Inokulasi) 16
Pemeraman Beg Cendawan 18
Memungut Hasil Badan cendawan 19
Pembungkusan 23
Penjagaan Beg Dan Rumah Cendawan 25
Anggaran Perbelanjaan penanaman Cendawan 27

2
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENGENALAN

PENDAHULUAN
Dari segi sejarah, cendawan
secara sai ntifiknya di kelaskan
sebagai jenis tumbuhan kelas
rendah. Ini disebabkan oleh
keadaan fizikalnya yang
ringkas yang tidak
mempunyai akar yang jelas,
tidak mempunyai c abang,
tidak berdaun, tidak berbunga
dan tidak mempunyai bibit
yang jelas. Tetapi sejak akhir-
akhir ini para pengkaji tumbuhan telah menempatkan kulat dan cendawan dalam kumpulannya
yang tersendiri disamping kumpulan tumbuhan dan haiwan. Malaysia merupakan sebuah
Negara tropika yang bersuhu panas lembab (23
C-35
C, RH=80-90% dengan hujan
sepanjang tahun. Keadaaan iklim seperti ini menjadikan hutan hijau Malaysia banyak
ditumbuhi bermacam kulat
terutamanya kulat cendawan
kebanyakkannya ada pada batang-
batang kayu mati sebagai proses
pereputan secara semulajadi.
Cendawan didefinasikan sebagai
organ pensporaan kulat yang boleh
dimakan. Ia mengandungi banyak
protein, vitamin dan zat-zat galian
seperti Kalium(K) dan Posforus(P)
yang penting untuk kesihatan
badan. Ia juga mempunyai rasa
yang sedap. Selain daripada
tumbuh semulajadi, ada beberapa
jenis cendawan yang boleh
ditanam dan dibiakan. Cendawan
hidup dengan menumpang pada

3
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL
perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah
reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai,
tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti
payung. Proses ini adalah biasa berlaku pada satu ekosistem hutan. Kulat cendawan
pengurai bahan reput (selulosa) tanaman ini kebanyakkan membawa banyak nilai
khasiat makanan dan kesihatan pada manusia. Sangat sedikit kulat cendawan beracun.

“BUKAN SEMUA KULAT ITU CENDAWAN.”

Cendawan tergolong dalam keluarga kulat ataupun fungus. Perlu difahami bukan semua
kulat adalah cendawan, tapi semua cendawan adalah kulat. Cendawan mengandungi zat
makanan dan vitamin yang tinggi berbanding sayur-sayuran yang lain. Tidak seperti
tumbuhan hijau yang lain yang boleh melakukan proses fotosintesis untuk mendapatkan
makanan melalui air, karbon dioksida serta tenaga matahari cendawan mendapatkan
sumber makanannya daripada bahan organik yang kompleks melalui tisu tumbuhan dan
binatang yang hidup atau mati sebab itulah kita dapati, cendawan tumbuh diatas habuk
kayu yang mati, najis binatang dan bahan buangan pertanian. Bagi pengamal
penanaman cendawan, bahan-bahan seperti habuk kayu biasa digunakan untuk dijadikan
sebagai medium bagi menanam cendawan.

Menurut sebahagian pendapat para saintis, sekitar 1.5 juta spesis kulat telah
dikenalpasti, malah ia jatuh nombor dua dari segi jumlah spesis yang terbanyak selepas
serangga yang berjumlah enam juta spesis. Daripada 1.5 juta spesis kulat ini, hanya
10,000 ribu ke 12,000 ribu spesis adalah cendawan. Daripada jumlah itu, 2,000 spesis
didapati boleh dimakan dan mempunyai khasiat.

Diantara cendawan yang terkenal ialah cendawan butang (Agarcus Specisis), cendawan
shiitake (Letinus edodes ), cendawan jerami (Rolrariella Rolraceae), cendawan telinga
kera (Auricularia Polytricha), cendawan abalone (Pleurotus Cystdiosus) dan cendawan
Ling Tze (Ganoderma Lucidum)

4
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL
PENAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA
Bioteknologi penanaman cendawan di peringkat global telah bermula sejak tahun
1960an terutama di Negara cina, Jepun, Eropah, Amerika dan Asia. Negara-negara
tersebut telah berjaya meletakkan perusahaan penanaman cendawan sebagai satu dari
sumber ekonomi negara mereka. Perusahaan penanaman cendawan di Malaysia masih
berada di peringkat awal (sejak 1980 an) dan bagi menjayakan program Bioteknologi
Malaysia seperti yang dirancangkan oleh kerajaan, sangatlah sesuai perusahaan
tanaman cendawan ini yang bersifat bioteknologi sederhana dimajukan secara lebih baik
dan teratur. Dua faktor yang sangat menentukan kejayaan perusahaan tanaman
cendawan ini ini ialah Bioteknologi Kultur benih kulat cendawan dan Bioteknologi
Penanaman Cendawan dimana kedua-dua faktor ini telah sedia ada.

Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang telah dijalankan oleh para
petani di Malaysia. Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha menceburi
bidang ini ialah:

Kandungan Keuntungan
nutrien yang tinggi
pemakanan dalam
yang tinggi jangka masa
pendek

FAKTOR
UTAMA
PENANAMAN
CENDAWAN
KOMERSIL

Potensi Kos
pemasaran Pengeluaran
rendah.
Bahan buangan
Pertanian

5
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

JENIS-JENIS CENDAWA N

Terdapat 2000 jenis sepsis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh
dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu:
Nama Nama Saintifik Gambar
1. Cendawan Tiram Kelabu Pleurotus sajor caju

2. Cendawan Tiram Putih Pleurotus florida

3. Cendawan Abalone Pleurotus systidiosus

6
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Nama Nama Saintifik Gambar


4. Cendawan Shitake Lentinus polytricha

5. Cendawan Telinga Kera Auricularia plytricha

6. Cendawan Jerami Padi Volvoveilla volcacea

7. Cendawan Butang Agaricus spp

7
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENANA MAN KULAT CENDAWA N

Kulat cendawan ini boleh ditanam pada bahan buangan pertanian yang mengandungi
selulos. Hemiselulos danlignuin. Diantara contoh bahan yang boleh digunakan untuk
penanaman cendawan ialah Habuk Kayu Getak, Sisa Kapas, Kayu Berangan, Kayu Oak
Dan Akasia, Jerami Padi, Sekam Padi dan tandan kosong atau sabut kelapa sawit. Bahan
(substrat) habuk kayu getah salah sangat baik, ekonomi dan produktif bagi perusahaan
kulat cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor caju.

8
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENYEDIAA N BAHAN SUBSTRAT

Cara-cara menanam cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor caju) Dengan menggunakan
habuk kayu getah.
Penyediaan subtrat beg cendawan.

Bahan/Peralatan
Bahan/Peralatan Gambar
Habuk Kayu Getah
(Rubber sawdust)

Dedak Padi Halus


(rice barn)

Kapur pertanian

9
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Bahan/Peralatan Gambar
Beg Plastik polypropylene (PP)
Khusus untuk tanaman
cendawan.
Tahan Panas saiz 13’’ x 6’’

Penutup dan gelang


(cap & neck)

Air (75% kelembapan)

10
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Langkah penyediaan:

Cara1.

Gaulkan habuk kayu getah, dedak padi halus dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

Habuk Kayu Getah Dedak Padi Halus Kapur Pertanian

Campurkan air 75% kelembapan sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila
dikepalkan tidak berderai. Sumber air yang terbaik adalah dari telaga dari air paip kerana
tiada klorin.

11
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sederhana
padat ( 3 kali hentakan) supaya terdapat rongga-rongga udara kecil bagi pertumbuhan
Miseliam.

12
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Pasangkan gegelang dan penutup dengan kapas atau span untuk menutup lubang kecil
penutup. Kapas dan span digunakan bagi bertujuan memberi ruang pernafasan kepada
Miseliam.

Kapas/span
Penutup
(Cap)

Gelang
(neck)

Miseliem yang telah terbentuk setelah


pemeramam 2 bulan (60 hari). Miseliam
yang berwarna putih akan meliputi sekitar
beg cendawan.
13
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENGUKUSAN

Pengukusan bertujuan untuk membasmi kuman dan juga segala bentuk mikrob yang
berada dalam campuran habuk kayu getah. Beg-beg cendawan akan dikukuskan selama
4-8 jam pada suhu 95
C- 100C menggunakan sumber bakar gas atau sebagainya.

Bahan/Peralatan

Cara: Letakkan lapik dan bata atau kayu dan dawai jaring ke dalam tong dram setinggi
20cm.

Tong Dram

Daw ai Jaring

20cm

Bata / kayu

14
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Isikan air ke dalam tong dram sedikit dari pelapik tadi.

Tong Dram

Daw ai Jaring

Air

20cm

Susunkan menegak beg kulat yang telah siap ke dalam tong dram sebanyak 60-80 beg
cendawan atau peti kukus 1050 beg cendawan.

Setelah 8 jam pengukusan, sejukkan kesemua beg kulat cendawan selama 2 malam
pada suhu bilik sebelum disuntik benih (spawn).

15
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENYUNTIKA N BENIH (INOKULASI)

Penyuntikkan benih (Inokulasi) hendaklah dilakukan didalam bilik yang telah disembur
dengan pembasmi kuman seperti Dettol. Jeypine atau Lysol pada kadar 10%

Bahan / Peralatan

Benih Cendawan Pencungkil benih Beg Cendawan

Benih kulat cendawan yang disediakan di dalam plastik atau botol kaca.
Pencungkil benih dari dawai atau dawai tebal (spatula)

16
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Leraikan benih kulat cendawan dengan pencungkil


benih yang bersih dan tiada pencemaran. Ia
hendaklah dilakukan dekat dengan nyalaan api gas
atau spirit.

Benih Kulat cendawan 1 plastik boleh menyuntik


lebih kurang 70-80 buah beg cendawan.

Benih kulat cendawan akan bersama dengan media


pembawa iaitu gandum. Sebelum proses suntik,
media hendaklah dileraikan dahulu agar
memudahkan suntikan benih.

Buka penutup mulut beg kulat cendawan dan masukkan benih kulat cendawan sebanyak
satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.

17
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PROSES PEMERAMAN

Susun beg kulat cendawan secara menegak atau baring di bilik pemeraman selama 2
bulan yang gelap dan sejuk. Terlindung dari cahaya matahari. Suhu bilik antara 25
C -
30
C dan adalah sangat baik kalau terdapat penyaman udara.

18
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

MEMUNGUT HASIL BADAN CENDAWAN

Setelah Miseliam tumbuh memenuhi keseluruhan beg kulat cendawan dan kelihatan
putih. Susunkan semula beg cendawan di dalam rak dengan merebahkannya.

Proses Miseliam yang telah terbentuk


setelah pemeramam 2 bulan (60 hari).
Miseliem yang berwarna putih akan
meliputi sekitar beg cendawan.

Buka penutup mulut beg kulat cendawan dan korek sedikit beg kulat cendawan dengan
besi pengorek dan biarkan sehingga hasil pertama keluar 4-5 hari selepas dibuka.

Semburkan air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk
meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu 28
C-30
C. Jika perlu, guna netting
hitam.

19
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Beg cendawan perlu dikorek sedikit dan ditutupkan semula beg kulat cendawan yang
telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Pencungkil
Benih
Neck Beg PP

20
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Ia betujuan untuk merehatkan Miseliam serta mengaktifkan kembali sebelum


penghasilan seterusnya.

Hari 1 Hari 2

Hari 3

Hari 5
Hari 4

Setelah dibuka, hendaklah disiram disisi beg cendawan. Pastikan air tidak terkena
secara terus ke mulut beg cendawan. Proses ini berterusan sehingga 6-7 kali
penghasilan.

21
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Petik cendawan yang telah berkembang atau matang tepi cendawan kering dan
bekerinting. Cabut dan potong bahagian pangkalnya.

Pemilihan cendawan mengikut saiz dan kualti bagi pasaran.

22
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANA N

 Cendawan yang telah dituai, hendaklah


dibungkus dengan elok dan rapi bagi
menjami kualiti.

 Cendawan yang dipetik akan dipilih


yang sesuai serta dibungkus dengan
plastic untuk dijual.

 Cendawan boleh disimpan di dalam peti


sejuk selama 8-10 hari sahaja.

Petik cendawan yang telah


berkembang atau matang
sebelum tepi kering dan
berkerinting.

Cabut dan potong bahagian


pangkalnya.

23
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

CARTA ALIR PROSES PENANAMAN CENDAWAN

Penyediaan bahan Tanaman

Mencampurkan Bahan
(Kering)

Campurkan Air (75%)

Masukkan Dalam Beg


Cendawan (PP)

Padatkan

Pengukusan Beg Cendawan


4-8 Jam 100C

Penyejukan

Pemeraman
Selama 2 Bulan

Penghasilan sehingga
1 -8 kali

24
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

PENJAGAAN BEG DAN RUMAH CENDAWAN

1. Beg substrat cendawan yang telah disuntik benih cendawan ditempatkan


di satu ruang khas untuk pemprosesan pemeraman sebelum dialihkan ke
rumah cendawan.

2. Keadaan suhu antara 25


C - 30
C adalah sesuai bagi pertumbuhan
Miseliam semasa pemeraman.

3. Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan badan


cendawan ialah 28
C – 30
C.

4. Kelembapan bandingan (RH) ruang udara yang diperlukan di dalam rumah


cendawan ialah 80% - 90%.

5. Untuk mendapatkan suhu rendah 28


C dan kelembapan yang tinggi 85%
diperlukan, rumah cendawan hendaklah disiram dua kali sehari iaitu pagi
dan petang. Siraman elok dilakukan di dinding, lantai dan jika perlu di
bumbung.

6. Sebelum menyuntik benih cendawan pastikan tangan dicuci dengan


larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapak tangan hingga
pergelangan tangan.

7. Sembur bilik dengan larutan basmi kuman 10% seperti Dettol, Lysol.

8. Sembur bilik serta rak kayu selepas penghasilan.

25
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

MENGENALI MASALAH-MASALAH PENYAKIT CENDAWAN


DAN KEROSAKAN BEG CENDAWAN.

Beg Cendawan ini didapati telah


dijangkiti penyakit. Beg ini perlu
dimusnahkan. Lebih-lebih lagi jika
keluar Cendawan berwarna Oren

Cendawan Tiram Kelabu ini berwarna


kuning pada kelopaknya kerana
terkena air yang berlebihan atau air
telah disembur secara terus ke mulut
beg cendawan

26
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

ANGGARAN PERBELANJAAN PENAMAN CENDAWAN TIRAM

1. MODAL TETAP
a) Bangsal Cendawan RM
Ruang kerja 15’ x 15’ 4000.00
Bilik Suntikan Benih 10’ x 15’ Gunakan Ruang Sedia ada
Ruang pengeluaran badan cendawan 15’ x 15’
4 Rak Kayu
–untuk 3000 Beg cendawan (4 ½ bulan bagi 1 pusingan )
-12’(P) x 2’(L) x 6’(T) satu rak
JUMLAH 4000.00

b) Peralatan RM
Dapur 3 Lingkar 100. 00
Tong drum 25.00
Gas, tong & injap 110. 00
Gelong paip getah 30.00
Muncung penyembur 15.00
Penutup & gelang beg 200. 00
JUMLAH 480. 00

27
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

2. MODAL BERUBAH
Untuk 1 kukusan-1050 beg Cendawan ( Peti kukusan berukuran 4’ x 8’ x 4’)
Bahan / peralatan RM
Kapur 6kg @ RM0.20 1.20
Dedak Padi 36kg @ RM 0.60 21.60
Gas 1 tong @ RM 25.00 110. 00
Air (anggaran) 5.00
Span 2Kg @ RM 3.50 7.00
Benih Cendawan 15 peket @ RM 3.00 45.00
Beg plastic PP 5kg @7.50 37.00
Habuk Kayu Getah 360kg @ RM 250.00/lori 1 tan 41.00
Upah bayaran gaji pekerja 20 sen /beg 210. 00
1050 x 0.20 sen
JUMLAH 393. 30

28
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

JADUAL KUTIPAN HASIL – 1 Kukusan 1050 beg

BIL HARI KUTIPAN HASIL JUMLAH JUMLAH (RM) @


(KG) RM7.00/KG
1. 45 Persediaan tanaman cendawan - -
2. 55 Kutipan pertama 9.0 -
3. 70 Kutipan kedua 26.0 -
4. 85 Kutipan ketiga 18.0 -
5. 100 Kutipan keempat 15.0 -
6. 115 Kutipan kelima 11.0 -
7. 135 Kutipan keenam 9.0 -
8. 4 ½ bulan 88.00 616. 00
JUMLAH (pendapatan kasar)

PENDAPATAN KASAR – KOS PERBELANJAAN KUKUSAN (MODAL BERUBAH)


RM 616.00 – RM 393. 30 = RM 222.70

PENDAPATAN BERSIH = RM 222.70 untuk sekali pusingan dalam 2 hari


persediaan 1050 beg cendawan.

Dalam 1 bulan minimum 4 kali persediaan 1050 beg cendawan:

Pendapatan bersih = 4 x 222.70 RM 890.80 Sebulan atau maksima 8 kali


persediaan 1050 beg cendawan

Pendapatan bersih = 8 x 222.70 RM 1718.60 sebulan boleh tolak


10% kerosakan
= RM 178.16
Pendapatan bersih 1781.60 – 178.16 RM 1603. 44 sebulan pada %
kecekapan biologi 10.5%

Bila % kecekapan biologi meningkat pada 25%


UNTUNG RM 2.38 x 1603.44 = RM 3816.19 SEBULAN

“Maka anda juga boleh berpendapatan R M 4000.00 sebulan jika anggaran


pengiraan ini diambilkira. Pertanian merupakan kerjaya pilihan !!!!”

29
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

30
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

31
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

Rujukan :
1. http://projekcendawan.blogspot.com
2. http://jutawanternak.blogspot.com
3. http://jutawantani.wordpress.com
4. http://www.bicarajutawan.com
5. Unit Tanaman Cendawan, Syeksyen Penyelidikan & Agroteknologi, Taman Pertanian
Universiti Putra Malaysia (UPM)

32
PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM KELABU KOMERSIAL

KEDAH AGRO FARM MENAWARKAN BEG CENDAWAN PP


YANG SIAP DIKUKUS DAN PEMBENIHAN.

KUANTITI HARGA HARGA BIASA


PROMOSI
1000 unit RM 1.50 RM 1.60
beg keatas
1000 unit RM 1.60 RM 1.70
beg kebawah

33

Anda mungkin juga menyukai