Anda di halaman 1dari 7

PENGAWALAN PEROSAK TIKUS DI LADANG SAWIT

1.0

PENDAHULUAN

Serangan tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit sama ada di peringkat muda ataupun di peringkat matang. Pada peringkat muda, serangan boleh berlaku dengan cara memakan tisu umbut yang masih muda dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut ataupun mati akhirnya manakala pada peringkat matang, tikus gemar memakan buah yang telah masak dan kadang kala memakan jambak bunga betina apabila populasi telah meningkat terlalu tinggi.

Kerugian

akibat

serangan

tikus

dianggarkan

sehingga

240

kg

minyak/hektar/tahun atau 5% hasil ladang dan boleh mencecah sehingga 10% bagi kawasan yang paling teruk diserang.

2.0

JENIS TIKUS

Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii (Gambar 1). Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat, Rattus argentiventer kurang memanjat dan menyerang pokok muda manakala Rattus rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi populasi R. tiomanicus. Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4 bulan. Sepasang tikus boleh membiak setiap dua (2) bulan dan boleh melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali. Sepasang tikus boleh membiak sehingga 2000 ekor setahun.

Gambar 1

R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil minyak sebanyak 5%. Kerosakan pelepah akan mengurangkan 20% buah tandan segar (BTS) pada tahun pertama (Gambar 2).

Gambar 2

3.0

KAWALAN TIKUS

Tikus di ladang sawit boleh dikawal menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi. Kawalan tikus dijalankan sekiranya kerosakan BTS melebihi 5%. Kos input adalah antara RM30 - RM70/hektar/thn.

3.1

Kawalan Kimia

Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 50 jenama yang berdaftar yang sebahagian daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagi kepada dua (2) generasi iaitu Generasi 1 dan 2 seperti berikut: (Gambar 3) Generasi 1 i. ii. iii. Warfarin Chlorophacinone Coumatetralyl i. ii. iii. iv. v. vi. Generasi 2 Bromadiolone Brodifacoum Coumachlor Difenacoum Difethialone Flocoumafen

Gambar 3

Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu. Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/hektar).

Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali. Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang.

Wood (1976, 1984, 1988) mencadangkan pengumpanan dijalankan

di

kawasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar baiting) manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya dijalankan apabila perlu sahaja, iaitu sekiranya populasi tikus meningkat dan kerosakan tandan adalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan kaedah response baiting dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding calender baiting.

3.2

KAWALAN FIZIKAL

Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25sm x 50sm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 sm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorak masuk ( Gambar 4 ).

Gambar 4

3.3

KAWALAN BIOLOGI

Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica)(Gambar 5) bagi mengawal tikus telah mula direkodkan di Malaysia pada tahun 1969. Burung ini berkemungkinan berasal dari Sumatera / Jawa (Duckett, 2008; Medway and Wells, 1976). Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember.

Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah. Pelet/najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu. Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120gm mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus.

Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar ( Gambar 6 ). Pungguk boleh menghuni kotak sarang lebih daripada 2.5m. Apabila

mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum

tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang.

Gambar 5

Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica)

Gambar 6

Pembinaan Kotak Sarang

Tempat Bertenggek

4.0

PENUTUP

Terdapat banyak kaedah dalam mengawal tikus di ladang sawit. Ia boleh dilakukan dengan mengumpan racun, secara calender baiting atau response baiting. Bagi tempoh jangka panjang dan lebih ekonomik, kawalan boleh dilakukan secara integrasi dengan burung Pungguk Jelapang. Untuk impak yang lebih berkesan, pengawalan tikus perlu dilakukan secara bersepadu oleh semua pemilik dan pengusaha ladang sawit.

Disediakan oleh : Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA

SUMBER:
Diadaptasi dari artikel oleh Dr. Norman Hj. Kamaruddin (MPOB) yang dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Kebangsaan Bil. 1/2009 pada 30.6.2009

Anda mungkin juga menyukai