Anda di halaman 1dari 25

KAWALAN TIKUS DI

LADANG SAWIT

Group 3:

1. KHAIRUL ANUAR
2. MOHD SHAHRIL
3. MUHAMMAD RAFI
JENIS-JENIS TIKUS
1. Tikus Sawah
2. Tikus Belukar
3. Tikus Rumah
CIRI-CIRI

Tikus Sawah – Rattus argentiventer


Panjang : 140-220 mm
Berat : 85-180 g
Habitat : Lebih gemar tinggal di tanah dan
gemar bersembunyi di dalam lubang-
lubang di pangkal tunggul dan
bawah batang-batang kayu besar.
Majoriti spesies di kawasan “coastal”
dan di kawasan ladang baru yang
mana dahulunya adalah hutan.
Kadar pembiakan adalah tinggi dan
aggresif dan menyebabkan
kerosakanserius pada tanamana
sawit.
Pengelasan Saintifik:

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Mammalia
Order : Rodentia
Family : Muridae
Subfamily : Murinae
Genus : Rattus
Species : R. argentiventer
Tikus Belukar – Rattus tiomanicus

Panjang : 125-190 mm
Berat : 55-152 g
Habitat : Tinggal di tanah dan di atas pokok
sawit dan gemar bersembunyi di
bawah himpunan pelepah.
Spesies yang dominan di ladang
sawit. Saiz yang kecil memudahkan
pergerakan naik turun walaupun
pada pokok yang tinggi.
Pengelasan Saintifik:

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Mammalia
Order : Rodentia
Family : Muridae
Genus : Rattus
Species : R. tiomanicus
Tikus Rumah – Rattus rattus diardii
Panjang : 125-205 mm
Berat : 85-240 g
Habitat : Tinggal di tanah dan di atas pokok
sawit.
Kadar pembiakan lebih tinggi dan
agak agresif berbanding tikus
belukar.
Pengelasan Saintifik :

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Mammalia
Order : Rodentia
Family : Muridae
Subfamily : Murinae
Genus : Rattus
Species : R. rattus
SERANGAN TIKUS & KESAN-KESANNYA KE ATAS
POKOK SAWIT

Pokok muda:
 Tikus akan memakan umbut anak sawit lantas menyebabkan
kematian pada anak sawit kerana titik pertumbuhannya
rosak.
 Melewatkan pencapaian hasil yang tinggi di peringkat awal
penuaian.

Pokok matang :
 Tikus merosakan tandan sawit di atas pokok dan memakan
buah lerai di pangkal pokok.
 Kerosakan pelepah akibat serangan tikus akan
mengurangkan penghasilan buah tandan segar sebanyak 20%
pada tahun pertama.
 Kerosakan akibat serangan tikus di mesokarp buah sawit
akan menyebabkan kehilangan hasil minyak sebanyak 5-10%.
KESAN SERANGAN BARU PADA
BUAH SAWIT
KESAN SERANGAN LAMA PADA BUAH
SAWIT
KESAN SERANGAN TIKUS PADA PELEPAH
SAWIT
CARA-CARA KAWALAN TIKUS

i. Kawalan kimia :
 Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam
umpan makanan tikus.
 Jenis racun yang sering digunakan dibahagikan kepada
dua (2) generasi:

Generasi 1: Generasi 2:
-Warfarin -Bromadiolone
-Chlorophacinone -Brodifacoum
-Coumatetralyl -Coumachlor
-Difenacoum
-Difethialone
-Flocoumafen
 Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat
antara 4-20g setiap satu.
 Umpan yang baik berbentuk kiub 2 cm dan
senang dilihat di ladang.
 Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti
setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang
20% umpan atau kerosakan tandan kurang
daripada 5%.
 Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6
pusingan (400-500 umpan racun/ha).
 Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu
racun sekiranya digunakan berulang kali.
 Keresistanan kepada warfarin telah
menyebabkan penggunaan racun generasi kedua
seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4
g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10
hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2
pokok (70-75 kiub /ha) dan flocoumafen.

 Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam


dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan
yang lebih panjang.
ii. Kawalan fizikal:
Kawalan fizikal melibatkan pemasangan
penghalang seperti pagar mata punai atau kolar
zink pada pangkal pokok sawit belum matang
(25cm x 50cm) dan kepingan zink tersebut
hendaklah ditanam lebih kurang 15 cm di dalam
tanah untuk mengelak tikus dari mengorek
masuk.
iii. Kawalan biologi :
 Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto
alba javanica).
 Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan
sekitar 8-10 tahun.
 Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya
membiak dua kali setahun di antara Julai
hingga Oktober dan antara November hingga
Disember.
 Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri
dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung
rumah.
 Najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus

dan bulu.
 Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120 g
mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus.
 Populasi burung Pungguk Jelapang boleh
digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak
sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar.
 Apabila mengamalkan kawalan perosak
bersepadu iaitu penggunaan racun kimia
bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun
Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan.
Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan
brodifacoum tidak digalakkan sama sekali oleh
kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk
Jelapang.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai