Anda di halaman 1dari 18

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK
MENGAWAL MUSUH
PEROSAK
( Tanaman Sawit )
PENDAHULUAN
 Pokok sawit mungkin diserang oleh
pelbagai jenis musuh seperti serangga dan
haiwan vertebrata.

 Kawalan musuh adalah penting bagi


memastikan pulangan hasil tidak terjejas.
SERANGGA
i) Ulat bungkus ( Psychidae sp.)
- Kerosakan pada daun
- Daun akan berlubang, kering dan reput
- Serangan yang teruk menyebabkan reput
bahagian pelepah dan pelepahmenjadi
kekuningan seolah-olah terbakar
- Metisa plana, Pteroma pendula dan
Mahasena corbetti adalah jenis ulat
bungkus yang menyerang industri sawit di
Malaysia
 Kawalan
- Pokok berumur kurang 4 tahun, semburan
racun serangga trichlorfon, cypermethrin
dan diflubenzuron
- Suntikan batang bagi pokok lebih 5 tahun
atau yang terlalu tinggi
- suntikan dengan racun sistemik seperti
monocrotophus dan metamidophos
- Musuh semulajadi seperti parasitoid dan
pemangsa memakan ulat bungkus
ii) Ulat beluncas ( Limacodidae sp. )
( Sitora nitens, Darna trima )
- Kerosakan pada daun
- Daun kelihatan bergerigi dari tepi dan
kadangkala hanya tinggal bahagian lidi
 Kawalan
- Pemangsa seperti Cantheconidea sp. Dan
Sycanus sp memakan pelbagai peringkat
beluncas
- Tingkatkan populasi pemangsa dengan
menanam tanaman bermanfaat
- Racun serangga yang mempunyai bahan aktif
cypermetrin 5%, acephate (75%).
iii) Kumbang Badak ( Oryctes rhinoceros )

 Kerosakan
- Makan pangkal pelepah sawit yang
menyebabkannya berlubang
- pucuk muda yang kembang berbentuk
kipas akan patah
- Serangan berterusan menyebabkan pokok
sawit mati
 Kawalan
- Elakkan penanaman secara ‘underplanting’
- Batang sawit reput jangan dibiarkan
menegak kerana menarik kumbang badak
untuk membiak
- Bagi kawasan tanam semula secara
pembakaran sifar, cincang dan serakkan batang
sawit sebagai sungkupan supaya cepat kerja dan
tidak sesuai untuk pembiakan kumbang badak
- Tunggul lama perlu dimusnahkan
- Perangkap feromon untuk mengurangkan
populasi kumbang badak
- Bagi kerosakan teruk >5%, sembur racun
serangga seperti cypermethrin,
cyhalothrin
- Agen kawalan biologi kulat Metharizium
anisopliae dan virus orytes (baculovirus)
iv) Ulat tandan ( Tirathabarufivena sp.)
 Kerosakan

- Tandan kelihatan kotor kerana terdapat selaput sutera


dan longgokan najis dari larva
- Kerosakan bermula pada peringkat bunga sehingga
buah masak
- Bahagian mesokap sawit menjadi berlubang dan
kadangkala tidak mempunyai isirung
 Kawalan
- Sembur racun agen kawalan biologi seperti
Bacillus thuringiensis, diflubenzuron dan
cyfluthrin pada bahagian tandan
v) Anai-anai ( Coptotermes curvignathus )

 Kerosakan
- Menyerang semua peringkat umur sawit
dari bahagian pucuk hingga ke bawah
- Pelepah bawah menjadi kuning/ kering
dan buah tidak terbentuk
- Serangan teruk menyebabkan pokok
tumbang kerana batang telah reput
 Kawalan
- Musnahkan sumber populasi anai-anai
seperti tunggul dan batang kayu terutama
di kawasan tanah gambut semasa
pembukaan ladang
- Sembur larutan chlorpyrifos pada
bahagian pangkal pokok
- Letakkan campuran racun fipronil dengan
habuk kayu getah dan serkam padi sebagai
umpan dalam botol yang berlubang 50-100g
dari pokok yang diserang
v) Belalang (Valanga nigricornis)
 Kerosakan

- Menyerang daun pokok sawit muda


menyebabkan daun rosak dan berlubang
 Kawalan

- Sembur daun sawit dengan racun berbahan


aktif trichlorfon atau chlorpyrifos atau acephate
- Tanam tanaman penutup bumi bagi
mengurangkan persekitaran yang sesuai untuk
belalang bertelur.
HAIWAN VERTEBRATA
i) Tikus ( Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer )
 Kerosakan
- Memakan buah sawit bahagian mesokarp
dan kadang kala sehingga ke bahagian isirung
 Kawalan
- Gunakan umpan racun tikus yang
mempunyai bahan aktif seperti warfarin,
chlorophacinone atau brodifacoum.
- Menggalakkan populasi burung pungguk
jelapang dengan mendirikan sebuah kotak
sarang bagi setiap kawasan (1 sarang/10hek )
- Jika sarang dibuat bagi kawasan 5 hektar – 7.5
hektar akan mempercepatkan pembiakan
burung pungguk dan mengurangkan serangan
tikus.
- Pasang dawai mata punai atau zink pada
pangkal pokok muda untuk mengelak sarang
tikus
ii) Gajah ( Elephas maximus )
 Kerosakan

- Sawit matang dirosakkan pada bahagian pucuk


dan umbut
- Pokok muda akan rebah dan kadang kala mati
dipijak
 Kawalan

- Gali parit dalam disekeliling kawasan ladang


- Pasangkan pagar elektrik untuk menggalakkan
serangan gajah
iii) Landak ( Histrix brachyura )
 Kerosakan
- Merosakkan bahagian pangkal dan pucuk pokok
sawit
 Kawalan
- Pasang perangkap, memburu dan menembak
untuk menghalangnya
- Pihak perhilitan perlu dimaklumkan kerana
haiwan tersebut dilindungi
- Campuran zink fosfid dan kanji disapu pada
pangkal pokok untuk menghindari serangan
- Meletakkan kepingan zink di sekeliling pokok
Rujukan : Buku Perusahaan Sawit Di
Malaysia (MPOB)

Anda mungkin juga menyukai