Anda di halaman 1dari 4

1.0 Pengenalan 1.1 Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.

Keunikan yang ada pada kelip-kelip adalah pada ekornya, yang boleh mengeluarkan kerlipan cahaya. Mengikut rekod kajian terdapat antara 1,900 ke 2,000 spesis kelip-kelip yang terdapat di dunia. Di Kampung Kuantan, Kuala Selangor terdapat 3 spesis kelip-kelip iaitu Pteroptyx tener, Pteroptyx valida dan Pteroptyx malaccae. Spesis dari jenis Pteroptyx tener adalah spesis yang paling banyak terdapat di Kampung Kuantan. Kelipkelip dewasa bagi spesis Pteroptyx tener hanya berukuran 5 10mm panjang. Keunikan yang ada pada spesis ini adalah kebolehan menghasilkan kerdipan beritma secara serentak.

Rajah 1.1.1 Seekor kelip kelip

Rajah 1.1.2 Bahagian badan kelip kelip

2.0 Habitat 2.1 Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini banyak mendiami di atas pokok berembang (Someritia caseolaris) yang tumbuh di tebing Sungai Selangor. Kelipkelip memerlukan keadaan cuaca yang lembab dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak. Pada siang hari, kelip-kelip ini menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Sementara habitat bagi larva kelip-kelip pula banyak mendiami kawasan sekitar pangkal akar pokok-pokok bakau terutamanya sago dan nipah.

Rajah 2.1.1 Perkampungan kelip kelip

Rajah 2.1.2 Sampan untuk membawa pengunjung

3.0 Kitar Hidup 3.1 Kitaran hidup kelip-kelip berlaku secara metamorfosis iaitu ianya bermula dari peringkat telur kepada larva dan dari peringkat larva bertukar menjadi pupa yang akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa. Selepas mengawan, kelip-kelip betina akan bertelur di tanah yang berlumut dan berlumpur. Pada peringkat telur, ianya mengambil masa antara 15-20 hari sebelum ianya bertukar menjadi larva. Dalam tempoh 23 bulan, larva akan bertukar menjadi pupa. Selepas 9-12 hari, pupa akan bertukar menjadi kelip-kelip dewasa. Jangkamasa proses keseluruhan perubahan kitar hidup kelip-kelip adalah diantara 6-7 bulan manakala jangkamasa hidup kelip-kelip dewasa dianggarkan 2-3 bulan sahaja.

Rajah 3.1.1 Kitar hidup kelip-kelip

4.0Sumber makanan

4.1 Kelip-kelip dewasa menghisap cairan nectar yang dikeluarkan dari pokok berembang sebagai sumber makanannya. Manakala sumber makanan utama larva kelip-kelip ialah sejenis siput kecil, Cyclotropis carinata. Siput ini hanya bersaiz kurang dari 1 sentimeter dan banyak didapati dibawah pokok sago/ rumbia yang mereput. Larva mempunyai mandibel yang mengeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair.

Rajah 4.1.1

5.0 Ancaman 5.1 Pembangunan dan penebangan hutan paya bakau secara berleluasa telah jelas memberikan kesan terhadap populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selanggor. Kawasan hutan paya bakau di Kampung Kuantan telah berkurangan kepada 50% sejak 20 tahun lepas(1984-2004) akibat dari pembukaan tanah untuk pertanian mahupun untuk penempatan. Pembukaan tanah-tanah pertanian dengan penebangan banyak pokok berembang, nipah dan sago banyak member kesan terhadap populasi kelip-kelip yang mana menyebabkan berkurangnya sumber makanan iaitu siput Cyclotropis carinata.

6.0 Pemuliharaan

6.1 Untuk mengekalkan populasi kelip-kelip ini dan juga habitatnya, maka Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil beberapa inisiatif bagi program pemuliharaan kelip-kelip ini. TNB melalui anak syarikatnya TNB Research Sdn Bhd dengan kerjasama daripada Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), telah menjalankan kajian untuk pemuliharaan populasi kelip-kelip dan habitatnya. Antara lain, kajian yang dijalankan melibatkan kejian pembiakkan kelip-kelip secara terkawal dan juga penanaman semula pokok berembang. Selain dari itu, pihak TNB juga giat mempromosikan program pemuliharaan kelip-kelip menerusi program kesedaran alam sekitar kepada orang ramai terutamanya para pelajar sekolah.

Rajah 6.1.1 Penglibatan TNB dalam pemuliharaan kelip kelip

Anda mungkin juga menyukai