Anda di halaman 1dari 3

Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri

Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan


Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
dan Undang Luak-Luak yang selepas ini
Dinamakan Negeri Sembilan, 1895
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008. Kuala
Lumpur: ITNMB
Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka
Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan
Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah
naungan Kerajaan British.
2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri
gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan
seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku
janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama
Islam.
3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah
bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain
berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini.
Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell,
G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong,
Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan
Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan
Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas.
(Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai)
Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.
(Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit.
Meterai Dato Bandar.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD
Meterai Undang Jelebu.
(Tandatangan) SYED ALl

Saksi.
(Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER.
30 hari bulan Jun 1895.
CAP DATO JOHOL.
Saksi.
(Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS
Meterai Dato Rembau.
(Tandatangan) SIRUN
Meterai Yam Tuan Besar.
(Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH.
20 hari bulanJun 1895.
Saksi.
(Tandatangan) MARTIN LISTER.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana.
Saksi.
(Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER
Teks diambil daripada Maxwell & Gibson, 1924: 64-65

Persetiaan Persekutuan, 1895


Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur:
ITNMB
PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli
Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang
berikut, iaitu: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor,
Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali
sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri
mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di


atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali
sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.
3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud
bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa
berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf
sebagai Raja atau Pembesar.
4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British,
bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor NegeriNegeri Selat. Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai,
memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh
agama Islam. Pelantikan Residen Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu
terhadap Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan
di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.
5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam
Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya
sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan
sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka,
atas permintaan Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata
untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.
Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa
yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masingmasing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang
dinamakan dengan Empayar British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar
pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:

Anda mungkin juga menyukai