Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih
bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan
kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri
dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik. Mereka berpendapat
bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang
Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan
dalam sesuatu permainan tertentu.
Dengan itu, kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika
mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. Model ini
telah diperkenalkan oleh James Thorpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.
Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani
untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran
permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun
meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.
Antara kebaikan model ini ialah ia dapat memberi peluang kanak-kanak
meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan
mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia
mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak
dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah berasaskan idea Bunker dan
Thorpe (1982). Matlamat utama TGfU ialah supaya murid dapat memperkembangkan
kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Mengikut Model Bunker
dan Thorpe (1982), terdapat empat kategori dalam permainan kanak-kanak. Keempat-
empat kategori tersebut adalah sasaran, pukulan, jaringan /dinding dan serangan /
kawasan.

2.0 TAJUK PERMAINAN

Hit & Goal Permainan Kategori Pukulan / Pemadang


3.0 MATLAMAT

Amali permainan kanak- kanak ini adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian
amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam
permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan
kategori serangan/ kawasan.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori pukulan. Nama
permainan ini ialah Hit & Goal kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan
peserta untuk memukul dan memasukkan bola ke dalam bakul. Permainan ini dikatakan
dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat
kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan
ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa
pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Sehubungan itu, pelajar dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).

3.0 OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk:
1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.
2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai
bekerjasama dalam satu pasukan.
3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan
jasmani yang tersusun.
4. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul.
5. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.
6. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-
kanak.
7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi
yang tepat untuk memenangi permainan.


4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

Langkah Aktiviti Catatan
Pemanasan
badan
Semua pelajar membuat aktiviti pemanasan
badan.
1. Regangan tengkuk
2. Regangan bahu
3. Regangan paha
4. Regangan hadapan
5. Regangan lengan dan sisi badan
6. Regangan pinggul dan kaki
7. Regangan otot-otot betis

Kemahiran
memukul



Berdiri betul dengan membawa tangan ke sisi
muka. Pinggang bergerak serentak dengan
hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke
arah pembaling bola. Bila kaki hadapan

memijak tanah pangkal paha pula hendaklah
dipusing bagi mengimbangi hayunan serentak
dengan itu bet dihayun ke arah bola.
Aktiviti
individu


Pelajar dikehendaki memukul bola di atas
skital. Pukulan hendaklah dibuat pada paras
bahu dengan menggunakan teknik memukul
yang betul.








Alatan :
Bola
Pemukul
Skital
Aktiviti
berpasangan

Secara berpasangan pelajar memukul bola ke
arah pasangan. Pelajar 1 membaling bola
kemudian pelajar 2 memukul bola dan
sebaliknya aktiviti dilakukan oleh pelajar 2.
Aktiviti diulang beberapa kali untuk
mengukuhkan kemahiran.


Pelajar A baling



Pelajar B pukul





Aktiviti
berkumpulan

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan
seramai 5 orang bagi satu kumpulan. Pelajar
dikehendaki memukul bola melepasi jarak
yang ditetapkan dan memasuki kawasan yang
dibenarkan.





Pukul bola













Bola

Pelajar


Kawasan bola masuk
Permainan
bersyarat
Bermain permainan softball mini

Lihat lampiran.









Penyejukan
badan
Semua pelajar membuat aktiviti penyejukan
badan.
1. Regangan tengkuk
2. Regangan bahu
3. Regangan paha
4. Regangan hadapan
5. Regangan lengan dan sisi badan
6. Regangan pinggul dan kaki
7. Regangan otot-otot betis












4.1 SENARAI JENIS ALATAN
1. Pemukul dan bola plastik / kertas
2. Gelung rotan (5 buah)
3. Skital ( 4 / 5 buah )
4. Pundi kacang ( 5 atau lebih)
5. Bakul atau kotak kosong ( 2 buah )


4.2 Prosedur Pelaksanaan

1. Terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang. Setiap
kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

2. Pusingan pertama, kumpulan pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli
kumpulan pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli
yang berada di posisi memukul.


3. Pemukul akan memukul bola sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang
kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada
pemain ke-3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang
ke dalam bakul yang disediakan.

4. 2 markah akan diberikan jika berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.


5. Sementara ahli kumpulan pemadang akan berada di kawasan masing-masing

6. Ahli kumpulan pemadang cuba menagkap bola kertas dan membaling bola itu kepada
ahli kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam kotak beracun.
7. 1 markah akan diberikan kepada kumpulan pemadang sekiranya berjaya meletakkan
bola ke dalam kotak beracun terlebih dahulu. Dan larian kumpulan pemukul akan
terbatal
8. Pusingan pertama akan tamat sebaik sahaja kesemua ahli pemukul telah melakukan
pukulan.







4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

















4.4 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

1. Permainan terbahagi kepada 2 pusingan

2. Pusingan pertama akan tamat setelah kesemua ahli pemukul telah melakukan pukulan.
3. Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3 kawasan, kawasan A (kawasan
penyambut bola), B (kawasan pemadang) dan C (kawasan jaringan pemadang)

4. Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam zon mereka yang telah ditetapkan
sahaja. Namun bagi ahli kumpulan pemadang, dibenarkan untuk bergerak ke kawasan
terhampir dengan mereka untuk mengambil bola yang telah jatuh.

5. Bola di baling hanya dari paras bahu ke pinggang sahaja.

Anda mungkin juga menyukai