Anda di halaman 1dari 47

PENGENALAN KEPADA TUMBUH-TUMBUHAN DAN PENGARUH SEBARAN TUMBUH-TUMBUHAN

PENGENALAN
Tumbuh-tumbuhan yang berada di sesuatu kawasan atau di dunia ini dapat dilihat sama ada sebagai tumbuhan semula jadi dan bukan semulajadi Tumbuhan semula jadi dalam erti kata sebenar, mungkin tidak lagi wujud kerana kebanyakan hutan semula jadi telah diganggu oleh pelbagai kegiatan dan aktiviti manusia seperti memburu, pertanian pindah , bagi tujuan pembangunan lain dan sebagainya.

Hanya beberapa sahaja yang mungkin belum pernah diganggu oleh manusia seperti hutan khatulistiwa di Lembangan Amazon dan hutan konifer di Kanada dan Siberia serta tumbuh-tumbuhan sub artik tundra.
2

Sambungan

Tumbuh-tumbuhan semulajadi dunia ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Hutan hujan khatulistiwa Hutan monsun tropika Hutan savana Tumbuh-tumbuhan gurun Hutan mediterranean Rumput hawa sederhana Hutan campur Hutan daun luruh sederhana Hutan pokok tirus Tumbuh-tumbuhan gunung Tundra
3

Sambungan

Ada pendapat yang mengatakan bahawa padang rumput ini adalah tumbuh-tumbuhan semulajadi sedangkan ada yang mengatakan ia wujud akibat tindakan manusia. Kegiatan manusia sejak awal-awal lagi telah menimbulkan kesan ke atas tumbuh-tumbuhan di dunia, jadi adalah tidak sesuai digunakan istilah tumbuhan semulajadi tersebut. Sebagai contoh, hutan-hutan di Asia Tenggara yang telah banyak ditebang dan kawasan ini telah digantikan dengan hutan sekunder atau belukar. Hutan sekunder ini pula tidak semestinya sama keadaannya dengan hutan asal yang mula-mula tumbuh di situ.
4

Sambungan

Selain daripada jenis tumbuhan semula jadi yang ditentukan oleh faktor iklim terdapat juga jenis tumbuh-tumbuhan di persekitaran yang khusus. Van Steenis (1934) telah menyatakan jenis persekitaran tumbuhan di persekitaran khusus terutamanya yang terdapat di Malaysia seperti berikut : Hutan paya bakau Hutan paya air tawar Tumbuh-tumbuhan pantai Hutan rawa Hutan gambut Hutan di atas batu kapur
5

Hutan hutan tropika

Dari segi taburannya hutan hujan tropika meliputi tiga kawasan utama iaitu :
Lembangan Amazon di Brazil, Colombia dan Ecuador di Amerika Selatan Lembangan Zaire di Afrika Tengah Di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan sebahagian besar Indonesia

Sambungan

Iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, purata min suhu tahunan kira-kira 27darjah C, hujan melebihi 2000 mm setahun dan tanpa musim kering menyebabkan pokok-pokok tumbuh sepanjang tahun. Jenis pokok yang terdapat di sini adalah jenis kayu keras seperti cengal (Balanocarpus), meranti (Shorea), balau (Shorea), belian dan seraya. Pokok kayu lembut seperti kapur dan kapur barus serta pokok menjalar dan memanjat seperti rotan. Tumbuhan epifit seperti orkid liar, paku pakis, kulampair dan lumut. Tumbuhan parasit seperti dedalu dan tumbuhan saprofit seperti kulat dan cendawan. 7

Sambungan

Jika diteliti didapati hutan hujan tropika terdiri daripada tiga tingkat atau lapisan iaitu atas, tengah dan bawah tetapi bukanlah jelas dan boleh ditentukan di lapangan. Dikatakan lapisan bawah atau lapisan C ketinggiannya kira-kira 10-15 m, lapisan tengah atau B kira-kira 30 m dan lapisan atas (A) kira-kira 40 m. Walaupun perlapisan tumbuh-tumbuhan kelihatan pada semua jenis hutan hujan tropika, tetapi tinggi setiap lapisan adalah berbeza mengikut kawasan. Sebagai contoh di Kalimantan, tingginya lapisan A, B dan C adalah 35, 20 dan 10 m tetapi di pantai Guyana (Amerika Selatan) lapisan atas melebihi 35 m, lapisan tengah adalah 20 m dan lapisan bawah sekitar 15-16 8 m.

Sambungan

Pokok-pokok di lapisan atas adalah tinggi dan besar, berbatang lurus dan berakar banir + pokok subur kerana mendapat sinar matahari yang cukup, dahan dan ranting pokok merebak luas dan menjalar keluar membentuk kanopi.
Kanopi pokok-pokok besar ini bercantum dan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bumi atau ke lantai hutan. Akar pokok besar tidak perlu menjalar jauh ke dalam tanih untuk memperolehi air kerana persekitaran adalah lembap.
9

Sambungan

Cahaya matahari hanya sedikit sahaja yang sampai ke lantai hutan dan beberapa jam sahaja setiap hari.
Keadaan sedemikian tidak memungkinkan pertumbuhan pokok-pokok rendah kerana di lapisan bawah kerana di lantai hutan adalah gelap dan lembap.

Hanya terdapat pokok-pokok yang memanjat yang mencari sinaran matahari seperti pokok-pokok menumpang epifit dan parasit.
10

Hutan monsun tropika

Hutan monsun tropika meliputi kawasan seperti India, Myanmar, Negara Thai, Vietnam, Kemboja, Laos, Brazil dan Venezuela di Amerika Selatan, Australia Utara serta Zaire, Angola dan Zambia di Afrika.
Hutan monsun tropika hidup subur dengan ciri-ciri iklim seperti jumlah hujan tahunan 1000-2000 mm dengan satu musim kemarau yang nyata, hujan turun pada musim panas dan suhu iaitu pada musim panas antara 28 30 darjah C dan suhu pada musim sejuk antara 21 24 darjah C.
11

Sambungan

Iklim yang sesuai menghasilkan kayu keras yang baik seperti pyinkado (pokok kekacang), cendana dan jati yang banyak terdapat di Myanmar.
Pokok jati sejenis pokok yang tahan kemarau sehingga 5-6 bulan. Di kawasan yang hujannya sederhana, padang rumput dan semak samun tumbuh dengan subur.

Hutan monsun tropika lebih jarang daripada hutan hujan tropika kerana pokoknya menggugurkan daun pada musim kemarau. Lapisan atasnya terdiri daripada pokok-pokok yang ketinggiannya melebihi 30 m.
12

Hutan savana

Dikenali juga sebagai padang rumput tropika kerana kawasan ini masih mengalami iklim tropika (jenis Sudan).
Taburan hutan savana ini seperti Afrika Barat, Sudan, selatan Afrika, kawasan Llanos di Lembangan Orinoco dan Compos di Dataran Tinggi Brazil, timur dan utara Gurun Besar Australia dan Dataran Tinggi Deccan.
13

Sambungan

Hutan savana sesuai dalam keadaan iklim yang mempunyai suhu yang tinggi sepanjang tahun antara 21 32 darjah C pada musim panas dan kira-kira 22 darjah C pada musim sejuk.
Hujan sedehana lebat diperlukan antara 500 1000 mm setahun dan terdapat satu musm kemarau yang panjang dan nyata. Savana terletak di antara hutan monsun tropika dan hutan gurun panas. Secara tidak langsung ciri-ciri hutannya akan bertukar dari hutan monsun tropika bertukar menjadi ciri tumbuhan gurun.
14

Sambungan

Savana terdiri daripada rumput yang tinggi dan semak samun. Rumputnya tidak memerlukan air yang banyak dan ketinggian rumputnya ialah 1 hingga 4 meter.
Selain itu pokok-pokok yang hidup di sini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kemarau seperti pokok akasia dan baobab.
15

Hutan bakau

Hutan bakau boleh ditakrif sebagai bentuk tumbuhtumbuhan litoral di pinggir pantai tropika dan sub tropika yang terlindung.
Hutan ini terbentuk dari sekumpulan khusus tumbuhan yang hanya boleh didapati di sepanjang pinggir pantai yang cetek serta di muara sungai yang berlumpur. Pada umumnya tumbuhan ini hidup di kawasan yang mengalami pasang surut air. Komuniti tumbuhan ini sangat kompleks serta mempunyai ekosistem yang produktif dan mempunyai banyak fungsi.
16

Sambungan

Antara fungsi utamanya ialah melindungi pinggir pantai, mengurangkan hakisan, menjadi punca makanan dan sumber kilang makanan organik hasil dari pengeluaran sisa buangan. Keunikan hutan bakau ialah lantainya tidak terdapat sebarang tumbuhan kecil kecuali anak bakau dan biasanya hanya satu jenis spesies bakau akan tumbuh di sesuatu kawasan.
Hutan bakau boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu paya bakau dan paya nipah.
17

Sambungan

Hutan bakau banyak terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, di sepanjang pantai timur Sabah, di Delta Rajang, Sarawak dan di sepanjang sungai Trusan-Lawas, Sarawak. Jumlah luas keseluruhan hutan bakau di Malaysia ialah 641, 170 hektar dengan 57 peratus di Sabah, 26 peratus di Sarawak dan 17 peratus di Semenajung Malaysia.
Daripada jumlah itu, 445,802 hektar telah dirizabkan sebagai hutan simpan.
18

Sambungan

Bakau boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pokok bakau yang mempunyai akar jangkang, akar udara dan vivipari. Kumpulan akar jangkang, spesies yang biasa terdapat ialah Bakau Kurap dan Bakau Minyak. Kumpulan yang mempunyai akar udara pula, spesies yang biasa terdapat ialah Api-api, Gedobu, Berembang dan Perepat.

Bagi Vivipari, spesiesnya termasuklah Tumu Putih, Tumu Merah, Tengar Burung dan Lenggadai.
19

PENGARUH SEBARAN TUMBUHAN DALAM PERSEKITARAN

Taburan spesies tumbuh-tumbuhan tidaklah seragam di seluruh dunia walaupun di kawasan yang belum diganggu manusia. Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan, keadaan dan jenis tumbuhtumbuhan boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu :
Faktor abiotik atau faktor persekitaran
Faktor atmosfera Faktor edafik Faktor fisiografi

Faktor biotik
20

Faktor atmosfera

Tumbuh-tumbuhan amat bergantung kepada atmosfera untuk beberapa bahan penting untuk pertumbuhannya iaitu oksigen dan karbon dioksida.
Namun perbezaan komposisi udara dari satu tempat ke satu tempat lain adalah terlalu kecil untuk menimbulkan kesan yang besar ke atas tumbuhtumbuhan.

Untuk itu, iklim dan cuaca adalah dua perkara yang akan mempengaruhi sebaran tumbuh-tumbuhan ini sama ada dari semasa ke semasa atau dari satu tempat ke satu tempat lain.
21

Cahaya
Cahaya amat mustahak bagi semua jenis hidupan dan tumbuh-tumbuhan + untuk proses fotosintesis. Bahagian spektrum elektromagnet yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan (klorofil) iaitu cahaya putih yang ternampak. Kepentingan cahaya dapat dilihat dengan jumlah intensiti cahaya yang banyak akan mempengaruhi daripada segi ekologi tumbuh-tumbuhan.

Untuk mendapatkan cahaya yang banyak, tumbuhtumbuhan mesti hidup di kawasan yang tidak dilindungi oleh ciri topografi yang tinggi supaya sumber cahaya tidak terlindung.
22

Sambungan

Daripada jumlah cahaya yang jatuh ke atas daun hijau, dianggarkan sebanyak 20 peratus dibalikkan, 20 peratus dibahangkan sebagai haba, 49 peratus digunakan dalam proses sejatpeluhan dan 10 peratus sahaja dipancarkan melalui daun.
Ini bermakna sebahagian besar daripada cahaya yang menembusi dedaun melalui ruang di antara daun dikenali sebagai cahaya bauran.
23

Sambungan

Sebagai contoh, dalam hutan hujan tropika, tumbuhtumbuhan matang adalah daripada spesies tertinggi sahaja yang menerima cahaya sepenuhnya.
Pokok-pokok renek dan pokok herba yang rendah hanya menerima cahaya bauran dan sesetengahnya pula terus hidup di kawasan yang teduh. Kanopi hutan yang tebal boleh mengurangkan cahaya hingga ke satu peratus daripada cahaya yang diterima. Ini menyebabkan tumbuh-tumbuhan autotrof iaitu tumbuhan yang boleh membuat makanannya sendiri tidak mungkin hidup sekiranya jumlah cahaya yang diperolehi tidak mencukupi.
24

Sambungan

Penyerapan dan pembalikan cahaya oleh air adalah banyak. Apabila matahari menyinari permukaan air, sebahagian daripadanya dibalikkan oleh permukaan air, sebahagian diserap oleh lapisan-lapisan atas.

Apabila cahaya menembusi air, maka intensitinya berkurangan dengan cepatnya. Dalam air yang jernih sekalipun, kira-kira 50 peratus daripada cahaya yang sampai di permukaan air yang akhirnya menembusi kira-kira 18 m.
Pada aras 120 m di dalam air, intensiti cahaya mungkin tidak mencukupi untuk proses fotosintesis.
25

Sambungan

Bahan-bahan pencemar seperti pepejal terampai yang terdapat di udara boleh mengurangkan kadar intensiti cahaya yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.
Di kawasan bandar, asap dikatakan boleh mengurangkan sebanyak 90 peratus dariapda cahaya dan kesan yang lebih buruk lagi apabila kumin-kumin asap dan habuk ini akan enap atau dimendakkan dia atas permukaan daun. Jadi, daun hijau tidak mendapat intensiti cahaya yang sepatutnya.
26

Sambungan

Perbezaaan penerimaan jumlah cahaya turut menyebabkan perbezaan jenis-jenis tumbuhan. Perbezaan penerimaan cahaya ini disebabkan oleh faktor waktu senja, waktu pagi, panjangnya hari malam dan siang pada musim-musim tertentu. Bagi kawasan khatulistiwa yang mengalami siang dan malam yang sama panjang membolehkan tumbuhan jenis hutan hujan tropika tumbuh di sini. Ciri-ciri tumbuhan ini adalah tebal, padat dan pokoknya adalah malar hijau, tinggi dan besar. Kawasan kutub, apabila berlakunya musim tertentu menyebabkan waktu malam adalah lebih panjang daripada waktu siang + hanya tumbuh-tumbuhan tertentu sahaja yang boleh mengadaptasi dengan penerimaan cahaya yang kurang.
27

Sambungan

Keperluan cahaya oleh tumbuh-tumbuhan adalah berbeza dari satu spesies ke satu spesies.
Tumbuh-tumbuhan yang memerlukan intensiti cahaya yang tinggi untuk pertumbuhan yang maksimum disebut heliofit. Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan teduh disebut siofit. Kebanyakan pokok besar, tanaman bijirin dan beberapa jenis rumput merupakan tumbuhan heliofit dan paku pakis serta lumut merupakan tumbuhan siofit.
28

Suhu

Keadaan suhu atmosfera ketara apabila kita cuba membuat perbandingan di antara tumbuh-tumbuhan di kawasan artik dengan tumbuh-tumbuhan di khatulistiwa. Biasanya, hampir semua aktiviti biologi akan terhenti sekiranya suhu turun sehingga lebih rendah daripada 0o C dan juga sekiranya suhu meningkat sehingga 50o C. Suhu yang terlalu rendah, air mungkin membeku dan sekiranya telalu panas, protien-protien mustahak untuk perkembangan tumbuhan akan termusnah.
29

Sambungan

Suhu yang melebihi 6o C sekurang-kurangnya tiga bulan membolehkan pertumbuhan kebanyakan tumbuhtumbuhan. Di kawasan yang mengalami suhu kurang daripada 6oC, hanya lumut dan rumpai yang tumbuh dalam keadaan ini. Di kawasan artik yang mepunyai suhu musim sejuk 0oC hanya sesuai untuk pertumbuhan lumut, kulampair dan pokok bantut.

Suhu di antara 25o C hingga 27o C seperti di kawasan hutan hujan khatulistiwa dan monsun tropika menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok sepanjang tahun. Hutannya tebal dan padat.
30

Sambungan

Suhu di antara 21o C hingga 32o C dengan kemarau yang panjang pula hanya sesuai untuk pertumbuhan hutan jarang savana dan rumput panjang.
Di kawasan gurun yang mengalami min suhu kira-kira 30o C dengan suhu waktu siang yang amat tinggi iaitu melebihi 50o C hanya sesuai bagi tumbuh-tumbuhan seperti semak samun berduri, rumput keras, kaktus dan pokok renek.
31

Sambungan

Bagi setiap spesies tumbuh-tumbuhan, terdapat suhu yang minimum, maksimum dan optimum untuk membolehkannya menjalankan proses tumbesarannya.
Sebagai contoh, bagi suhu minimum adalah berbeza di antara jenis pokok iaitu pertumbuhan tembikai, suhu minimum yang diperlukan ialah 15 18o C berbanding dengan suhu minimum yang diperlukan oleh tanaman bijiran di kawasan iklim sederhana iaitu 2 5o C.
32

Sambungan

Sekiranya suhu turun lebih rendah daripada suhu minimum bagi sesuatu spesies, maka aktiviti tumbesarannya berlaku dengan kadar yang perlahan dan akhirnya terhenti. Kadang-kala spesies tumbuhan tertentu mempunyai cara untuk mengatasi masalah keadaan suhu ini. Tumbuhtumbuhan di kawasan tropika lembap mungkin mati sekiranya suhu turun sehingga 0o C atau lebih rendah lagi. Bagi tumbuhan di kawasan iklim sederhana mempunyai cara yang khusus untuk membolehkannya melengkapi kitar hidupnya dalam tempoh yang sesuai. Di kawasan yang mengalami musim dingin yang terlalu sejuk, jumlah makanan simpanan di dalam tumbuh-tumbuhan akan menentukan sama ada tumbuhan itu akan terus hidup atau mati. 33

Faktor edafik

Faktor edafik ialah faktor yang berkaitan dengan sifat tanih. Sifat pertama adalah jenis tanih seperti tanih jenis gambut, lempung, laterit dan sebagainya.
Sifat kedua berkaitan dengan fizikal tanih tersebut seperti tekstur, struktur dan nilai pH.
34

Sambungan

Faktor edafik boleh mempengaruhi taburan tumbuhan dengan beberapa cara. Dilihat dari segi jenis tanih tertentu, hanya sesuai dengan jenis tumbuhan tertentu. Sebagai contoh, kawasan tanah gambut sesuai untuk tanaman nenas di mana akarnya tahan dengan tanih berasid.

Kawasan berpaya pula, tanihnya daripada jenis liat dan lempung adalah sesuai tumbuhan seperti bakau dan nipah. Kawasan yang mempunyai jenis tanih liat dan menakung air dengan banyak juga sesuai untuk tumbuhan jenis keladi dan padi sawah.

Kawasan tanih berpasir menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok seperti gelam, pokok ru, ketapang laut dan rumput-rumput kasar.

35

Sambungan

Sifat fizikal tanih juga boleh memberi pengaruh terhadap sebaran tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh kawasan yang mempunyai banyak humus yang tinggi akan mempunyai taburan tumbuhan yang lebih padat.
Kawasan delta biasanya lebih padat dengan pelbagai jenis tumbuhan dan merupakan kawasan pertanian yang produktif disebabkan tanih di kawasan ini mengandungi kandungan humus dan nutrien yang tinggi kesan daripada proses pemendapan.

36

Sambungan

Kawasan lereng bukit kurang padat dengan tumbuhan dan tidak banyak jenis tumbuhan yang tumbuh kerana kandungan humusnya rendah. Kecerunan bukit menyebabkan tanihnya kurang stabil dan gerakan serta hakisan terhadap nutrien lebih mudah berlaku. Kawasan padang pasir di mana sifat tanihnya yang kering, kasap dan mempunyai kandungan air bawah tanah yang begitu jauh ke dalam tanah. Ini menyebabkan tidak banyak tumbuhan yang boleh hidup. Taburan tumbuhannya adalah jarang dan hanya tumbuhan gurun misalnya kaktus yang mempunyai akar yang panjang sahaja yang boleh tumbuh di sini.

37

Faktor fisiografi

Faktor fisiografi merujuk kepada keadaan topografi bagi sesuatu kawasan itu dan bagaimana ia mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan.
Faktor-faktor topografi yang dibincangkan berkaitan dengan ciri-ciri permukaan bumi seperti altitud (ketinggian), kecerunan dan saliran sesuatu kawasan. Ketinggian sesuatu kawasan mempengaruhi pertumbuhan pokok-pokok yang berlainan. Kesan ketinggian terhadap tumbuh-tumbuhan dapat dilihat pada pengezonan tumbuh-tumbuhan di pergunungan tropika.
38

Sambungan

Kecerunan dilihat sebagai mempengaruhi keadaan tanih dan saliran di sesuatu kawasan dan pengaruhnya terhadap tumbuh-tumbuhan.
Kawasan yang mempunyai cerun yang curam, tanihnya adalah lebih nipis, lebih banyak batuan dan bersifat kurang matang seperti tanih regosol. Kecuraman cerun mempengaruhi pengaliran air dan pergerakan kumin tanih dan proses hakisan paling pesat berlaku di puncak bukit dan perlahan di kaki bukit. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ.
39

Sambungan

Topografi juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap saliran yang boleh mempengaruhi jenis-jenis tumbuhan di sesuatu kawasan. Tumbuh-tumbuhan di kawasan paya atau kawasan berair adalah berbeza dari tumbuh-tumbuhan kering yang terletak di kawasan yang tinggi. Pengaruh saliran terhadap tumbuh-tumbuhan ini dapat dilihat pada tiga jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza di kawasan saliran yang berbeza. Hutan bakau di kawasan tropika terdapat di kawasan air payau; hutan paya terdapat di kawasan dataran aluvium dan hutan hujan tumbuh di kawasan saliran yang agak baik.
40

FAKTOR BIOTIK
Faktor biotik merujuk kepada sesuatu spesies tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan bukan sahaja bergantung kepada keadaan persekitaran yang wujud di sesuatu tempat itu tetapi ia juga melibatkan bagaimana sesuatu spesies tumbuhan lain boleh hidup dalam keadaan persekitaran yang sama.

Secara teorinya, semakin sesuai persekitaran fizikalnya, maka semakin banyak spesies tumbuhtumbuhan yang boleh hidup. Kemampuan untuk spesies tumbuhan itu hidup bergantung kepada kemampuannya memperolehi keperluannya dari kawasan yang juga ditumbuhi oleh spesies lain.
41

Sambungan

Di sesuatu habitat terdapatnya interaksi dan saling bergantungan di antara haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Persoalan yang penting dalam hubungan ini bagaimana faktor biotik bertindak untuk mempengaruhi tumbuhtumbuhan. Sebagai contoh, terdapat persaingan di antara spesies yang sama atau berlainan untuk mendapatkan sumber persekitaran yang terhad. Sumber yang terhad tidak mungkin dapat menampung kehidupan hidupan yang ada di situ seperti cahaya, air dan nutrien.
42

Sambungan

Pokok-pokok yang besar mungkin mengurangkan banyaknya cahaya yang sampai kepada tumbuhtumbuhan yang lebih rendah yang tumbuh di bawah naungannya dan sukar bagi tumbuhan rendah/kecil ini untuk membesar dan membiak dengan sempurna.

Maka kemampuan tumbuh-tumbuhan rendah/kecil untuk menyaingi spesies tumbuhan besar untuk mendapatkan nutrien, air dan sebagainya akan berkurangan.
Secara kasarnya, bolehlah dikatakan bahawa persaingan merupakan faktor biotik utama yang menentukan jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup bersama-sama di sesuatu habitat.

43

Sambungan

Kegiatan haiwan juga tergolong dalam faktor biotik. Kesan haiwan terhadap tumbuh-tumbuhan yang paling ketara ialah kesan yang membawa keburukan. Tumbuh-tumbuhan menjadi makanan haiwan dan dengan itu ia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada mangsa haiwan. Terdapat pertalian yang rapat di antara jenis dan bilangan tumbuh-tumbuhan dengan jenis dan bilangan haiwan yang boleh ditampungnya. Haiwan sering berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan melalui proses pendebungaan, penyebaran biji benih tumbuh-tumbuhan tertentu oleh haiwan seperti burung dan sebagainya. Pertumbuhan dan pembiakan tumbuh-tumbuhan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh jenis dan bilangan haiwan yang memakannya.

44

FAKTOR ANTROPOGENIK

Faktor antropogenik adalah faktor manusia yang membawa kepada perubahan terhadap sesuatu persekitaran tumbuhtumbuhan. Kesan yang dibawa oleh manusia boleh dirasai di seluruh dunia dan kini sukar ditentukan kawasan yang benar-benar mempunyai tumbuh-tumbuhan semula jadi. Pengaruh manusia terhadap pola taburan dan jenis tumbuhtumbuhan melibatkan tiga proses yang utama iaitu :

Penciptaan persekitaraan baru; Penyebaran tumbuh-tumbuhan ke kawasan baru; Mengubah penghasilan bahan gen yang baru.
45

Sambungan

Ketiga-tiga proses ini mengubahsuai spesies dan himpunan spesies di seluruh dunia atau memusnahkan spesies tertentu dan menggantikannya dengan himpunan tumbuhtumbuhan lain.
Biasanya pengaruh manusia terhadap tumbuhtumbuhan didasarkan kepada kegiatan ekonominya dan kegiatan-kegiatan tersebut menimbulkan kesan-kesan tertentu terhadap tumbuhan.
46

Sambungan

Aktiviti-aktiviti manusia yang boleh dikaitkan dengan perubahan terhadap persekitaran tumbuh-tumbuhan seperti berikut : Mengumpul dan memburu Permulaan bercucuk tanam Pertanian pindah Mengeksploitasi hasil hutan untuk tujuan perdagangan Pengurusan hutan Kawasan ragutan ternakan Guna tanah selain pertanian Kesan pembakaran terhadap tumbuh-tumbuhan Pencemaran

47

Anda mungkin juga menyukai