Anda di halaman 1dari 23

Pengenalan

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah
meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim
berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas
melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost
(lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli
sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan
ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Paras laut akan meningkat kira-kira 7
meter secara mendadak.
Suhu pada permukaan Bumi telah meningkat 0.74 0.18 C (1.33 0.32 F)
selama seratus tahun terakhir. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
menyatakan bahawa, "sebahagian besar peningkatan suhu global sejak pertengahan
abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya pengumpulan gas-gas
rumah kaca akibat aktiviti manusia" melalui efek rumah kaca. Kesimpulan dasar ini telah
dikemukakan oleh setidaknya 30 badan ilmiah dan akademik, termasuk dari negaranegara G8. Akan tetapi, masih terdapat beberapa ilmuwan yang tidak setuju dengan
beberapa kenyataan yang dikemukakan IPCC tersebut.

Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas
rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada
mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di
dalam mana-mana ruang.
Proses kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon
dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila
komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan
memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
Kesan rumah hijau global
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang
memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan
kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan
kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih
teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di keduadua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Punca-punca Pemanasan Global


Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh
Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik,
teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai
lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara
sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang
faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian


iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia
atau tamadunnya.

Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.

Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida


akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan
penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah
hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung
lagi.

Pelepasan karbon dioksida


Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak
berbau dan bukan toksik. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat
daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi
perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya meningkat
kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain
seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada
atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan
menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon
dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi
menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa
antara 200 atau 300 tahun. Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan, untuk kembali
pulih amat sedikit.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat yang
merupakan sebuah negara yang maju adalah disenaraikan sebagai pengeluar gas
karbon dioksida yang terbesar di dunia (penyebab utama pemanasan global)
dengan 6.0005 bilion tan, diikuti oleh China dengan 5.017 bilion tan dan
penyumbang ketiga terbesar ialah Indonesia dengan 3.014 tan. (Dewan Masyarakat
Julai 2007)
Pelepasan karbon dioksida dari asap-asap kenderaan

Kemajuan dan kepesatan pembangunan teknologi permotoran menyebabkan


terdapat banyak kenderaan-kenderaan baru yang direka dan dibina bagi memenuhi
kehendak pasaran pengguna yang sentiasa berubah-ubah dan mementingkan gaya
dalam kehidupan. Kenderaan digunakan sebagai alat perhubungan dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. Namun dalam kegairahan kita menggunakan kenderaan tanpa
disedari asap-asap yag dikeluarkan oleh kenderaan yang berwarna putih, kelabu atau
hitam boleh memberi kesan kepada alam sekitar terutamanya peningkatan suhu dunia.
Asap-asap dari kenderaan ini mengeluarkan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida
terhasil daripada pembakaran bahan fosil seperti petroluem oleh kenderaan. Pembakaran
sumber tenaga fosil seperti arang batu dan petroleum menyebabkan pengeluaran
sebanyak 5.4 billion tan metric gas karbon dioksida (CO2) setahun. Aktiviti penjanaan
tenaga dan pembakaran bahan api fosil dalam pelbagai enjin ini telah meningkatkan
pembebasan tenaga haba ke sekeliling dan seterusnya menyebabkan peningkatan suhu
bumi.
Laporan IPCC yang keempat menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu
bumi sekarang disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. (Dewan Masyarakat
Julai 2007). Pengeluaran gas karbon dioksida dijangka meningkat sebanyak 3.4 kali bagi
negara China dan 5.8 kali bagi negara India.
Kadar penggunaan kenderaan meningkat dari masa ke semasa sebagai contoh di
Kuala Lumpur sahaja terdapat lebih daripada 3 juta buah kenderaan bersesak-sesak
sehari dan bilangan ini akan bertambah dari bulan ke bulan. Ini tidak termasuk
penggunaan kenderaan di bandar-bandar besar lain di dunia. Dibimbangi pengeluaran
asap yang tidak terkawal ini akan menyebabkan permasalan ini akan menjadi lebih gawat
lagi.

Selain itu kegairahan sesetengah pengguna kenderaan yang tidak berpuashati


dengan kelajuan pergerakan kenderaan mereka sanggup membelanjakan beribuan ringgit
semata-mata untuk membeli aksesori kenderaan untuk meningkatkan kuasa kuda
kenderaan mereka. Dalam keasyikan tersebut mereka mengabaikan keperluan asas
penyelenggaraan kereta yang dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan asap yang
keluar dari ekzos kenderaan mereka menjadi salah satu punca berlakunya pemanasan
global.
Pembebasan Asap daripada Perindustrian
Perindustrian merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi sesebuah
negara. Namun tanpa kita sedari asap-asap yang keluar daripada kilang-kilang industri
mengundang bahaya kepada alam sekitar. Asap-asap yang dikeluarkan daripada kilang
mengandungi gas karbon dioksida, gas beracun yang boleh memberi kesan peningkatan
suhu rumah hijau. Selain itu, perindustrian kilang juga membebaskan sulfur dioksida dan
nitrogen oksida ke udara yang bertindak dengan wap air lalu berkumpul dalam awan dan
menyebabkan berlakunya hujan asid. Hujan asid ini boleh menjejaskan mutu kesihatan
penduduk setempat.
Penggunaan CFC
Pemanasan global juga berlaku berpunca daripada penggunaan Kloroflorokarbon
(CFC). CFC adalah gas yang sangat memudaratkan dan merupakan gas yang paling
banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi. Ia bertindak dengan gas ozon
daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak
melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung
(UV). CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Didapati satu molekul CFC

mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Pemusnahan ozon boleh menyebabkan


kemasukan sinaran ultra ungu B (UVB) ke bumi dan boleh membahayakan sel hidup.

Pembalakan haram/Penggundulan Hutan


Pembalakan berleluasa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
bertujuan komersial semata-mata tanpa mementingkan tentang alam sekitar memberi
kesan kepada alam sekitar. Pembalakan yang berleluasa menyebabkan sejat peluhan
alam terganggu dan menyebabkan udara kering yang banyak yang boleh mengakibatkan
hujan berkurangan. Ia juga boleh mengurangkan proses fotosintesis menyebabkan udara
tidak seimbang kandungannya (karbon dioksida, oksigen, proses sejat peluhan terganggu
boleh rnenyebabkan kenaikan suhu).
Penggundulan hutan mengurangi penyerapan karbon oleh pohon, menyebabkan
emisi karbon bertambah sebesar 20%. Penebangan hutan pula menyebabkan
pengeluaran sebanyak 1.6 billion tan metric karbon dioksida setahun. Apabila emisi
korbon bertambah menyebabkan berlakunya permanasan global.
Hutan di dunia sedang dimusnahkan pada kadar satu ekar sesaat. Setiap 16 minit,
hutan seluas Taman Pusat New York dimusnahkan dan hutan Philadelphia (74 ribu ekar)
musnah setiap tahun dari muka bumi. (Dewan Masyarakat Julai 2007). Menurut laporan
Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan di antara 1986 hingga Jun 1990,
500,000 hektar hutan di Malaysia di tebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya
320,000

hektar

sahaja.

Angka ini amat membimbangkan, sekiranya tiada usaha yang tegas diambil bagi

menanganinya kawasan hutan yang menjadi tempat penyerapan karbon dioksida akan
berkurangan dan malapetaka alam lain akan menimpa kita.

Pembakaran Terbuka
Pembakaran secara terbuka berlaku samada melalui proses semulajadi atau
dirancang oleh manusia. Kedua-dua penyebab ini boleh memberi kesan kepada
pemanasan global. Pembakaran ini menyebabkan kepulan asap terbebas dengan banyak
di udara yang boleh mencemarkan alam sekitar serta bertambahnya kuantiti karbon di
udara. Selain itu pembakaran terbuka juga boleh mengancam spesis-spesis hidupan di
kawasan tersebut. Apabila kegiatan pembakaran dijalankan spesis tumbuhan yang lain
akan musnah contohnya apabila pokok balak tumbang ia akan memusnahkan tumbuhan
kecil yang berada disekitar itu. Selain dari tumbuhan binatang-binatang yang hidup di
kawasan tersebut akan lari dan mati kerana kawasan perlindungan mereka telah
dimusnahkan.
Kesan Pemanasan Global Di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan
penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion
penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak
terkawal. Jika pemanasan global berterusan, manusia dan tamadunnya akan pupus
sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah
seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan
bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun
timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Menurut saintis, kesan yang pasti akan berlaku dalam dua bentuk fenomena alam
yang berbeza, tetapi dengan impak kepada krisis kemanusian yang sangat serius dan
menakutkan yang akan mengorbankan puluhan juta nyawa.
Peningkatan paras air laut
Pertama, paras air laut akan meningkat ekoran mencairnya semua bongkah ais di
Artik, Antartika dan Greenland, yang mengikut perkaraan saintis akan hilang sepenuhnya
menjelang tahun 2100. Sekiranya keadaan ini benar-benar berlaku, dianggarkan 2000
pulau dan wilayah pantai di seluruh dunia termasuk di Indonesia, Afrika dan Eropah akan
tenggelam apabila paras air laut meningkat melebihi tujuh meter.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan.
Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami
2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk
membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Kepupusan sistem ekologi
Kesan pemanasan global dalam ekologi sistem termasuklah kepupusan. Menurut
Data Merah (Red Data Book) International Union for Conservation of Nature and Natural
Resources (IUCN), kepupusan dimaksudkan sebagai spesis yang tidak kelihatan atau
tidak direkodkan dalam jangka masa 20 tahun, maka ini dianggap pupus di atas muka
bumi ini. Kemusnahan hutan dan secara tidak langsung menyebabkan kehilangan habitat

fauna. Aktiviti penerokaan hutan dan tanah pamah punca kepupusan dan kemusnahan
habitat hidupan liar. Keadaan ini menyebabkan hutan yang kaya dengan tumbuhtumbuhan yang menjadi makanan hidupan liar semakin berkurangan.

Sosial ekonomi dan kesihatan


Kesan terhadap pemanasan global yang seterusnya adalah melibatkan sosial
ekonomi & kesihatan. Situasi yang tidak menentu ini banyak membantu penyakit yang
merebak. Ini kerana perubahan suhu banyak memberi kesan peningkatan dan
perkembangan mikrob seperti bakteria, virus dan alga serta kelangsungan hidup vektor.
Situasi ini benar-benar berlaku disekeliling kita. Contohnya semasa keadaan panas, ia
banyak membantu meningkatkan pembiakan nyamuk. Sekiranya nyamuk semakin banyak
membiak, sudah tentu memerlukan bekalan darah manusia yang banyak. Semasa cuaca
panas juga ia dapat memanjangkan lagi musim pembiakan nyamuk, tetapi memendekan
lagi tempoh kematangan mikrob yang dibawa. Antara penyakit berjangkit yang mudah
merebak denggi, malaria, taun dan lain-lain. (Dewan Masyarakat, Julai 2007)
Perubahan Iklim Cuaca
Kesan pemanasan global yang nyata juga terlihat apabila iklim di beberapa
bahagian lain di dunia bertukar menjadi panas dan kering, menyebabkan tanah-tanahnya
tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Kejadian itu sebenarnya sudah pun berlaku pada
masa ini apabila negara-negara pengeluar makanan utama dunia terutamanya beras dan
gandum seperti China, India, Australia dan Kanada mengalami penyusutan mendadak
pengeluarn pertanian mereka. Bencana alam yang akan berlaku pada masa hadapan
kesan pemanasan global ini menimbulkan pelbagai persoalan. Bagaimanakah bumi akan
diwariskan kepada generasi akan datang.
Kesan kepada kehidupan manusia

10

Bencana akibat daripada pemanasan Global akan memberikan kesan yanng


mendalam dalam kehidupan manusia. Manusia akan hidup dalam keadaan tidak selesa
kerana kerap berlaku gempa bumi, hakisan tanah, banjir dan bencana alam yang lain.
Kejadian banjir adalah hasil daripada kegiatan manusia dengan alam yang tidak terkawal
mengejar kepada proses pembangunan yang tiada batasan. Akibat pemanasan ini
menyebabkan terjadi perubahan iklim global. Banyak pulau yang tenggelam apabila ais
cair. Sementara terdapat beberapa kawasan mengalami suhu ekstrim yang meningkatkan
kawasan gurun atau curahan hujan tingi sehingga menyebabkan banjir. Air lautan menjadi
kurang masin. Pemanasan global dapat membahayakan manusia malah kesannya
dipercayai menjadi lebih dasyat daripada peperangan bersenjata secara pemberontak
besar-besaran.

Contoh kesan pemanasan global yang dirasai di Negeri Johor dalam bentuk banjir
besar. Mini Siklon yang berpunca di Laut China, Selatan memukul Johor. Sebelum ini
Siklon dan Taufan tidak pernah melawat Malaysia, namun sekiranya pemanasan Global
berterusan ia akan menjadi rutin.(Dewan Kosmik, Mac 2007).
Langkah-langkah Mengatasi Pemanasan Global
Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan
pemanasan global adalah perlu supaya kejadian ini tidak memburukkan imej pengurusan
alam sekitar, tahap udara dunia yang kian tercemar dan pembangunan negara. Negara
tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam
sekitar.

11

Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat.
Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun,
sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak
menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar


Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah
atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan
kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat
soal alam sekitar. Kebanyakan masyarakat hanya menunding jari kepada kerajaan dalam
situasi pemanasan alam ini. Oleh itu pendidikan alam sekitar harus di sebarkan kepada
semua masyarakat melalui menjadikan matapelajaran wajib di sekolah, universiti,
ceramah dan kursus di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.
Kempen Penanaman Pokok
Salah satu penyebab pemanasan global ialah akibat terlalu banyak kandungan
karbon dioksida (CO2) di dalam udara. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan
kandungan CO2 dalam udara adalah dengan memelihara pokok-pokok dan menanam
lebih banyak pokok-pokok yang sedia ada. Tumbuh-tumbuhan terutama yang muda yang
cepat pertumbuhannya, amat cepat dan banyak menyerap CO2 di udara dan
memecahnya melalui proses fotosintesis, dan menyimpan CO2 dalam batangnya.
Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera apabila ia membesar. Ia
mengabungkan karbon dari CO2 dengan hidrogen untuk menghasilkan gula yang
disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang mati akan membebaskan CO2.

12

Oleh itu, penebangan hutan dan tumbuhan yang mati secara langsung akan
membebaskan CO2 dari tisu tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang
hidup akan menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera bumi.
Di seluruh dunia, tahap kepupusan hutan telah mencapai tahap yang
membimbangkan. Banyak kawasan hutan yang telah digondol, pokok yang akan tumbuh
kembali agak kurang kerana tanah telah kehilangan kesuburannya akibat aktiviti
pembalakan dan hakisan tanah. Selain itu, banyak kawasan hutan yang digondol telah
diubah kegunaannya seperti dimajukan menjadi kawasan pembangunan seperti
perumahan, membina kilang dan sebagainya. Oleh itu, kempen penanaman semula pokok
haruslah diteruskan supaya ia dapat mengurangkan kesan rumah hijau.
Menukar Penggunaan Lampu
Banyak pengguna tidak mengetahui fakta ini. Selama ini mereka hanya
mengatakan lampu kalimantang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar. Tetapi
sebenarnya lampu jenis itu adalah penyumbang kepada gas rumah hijau. Negara Amerika
Syarikat telah memperkenalkan jenis lampu yang lebih efisyen yang lebih walaupun hanya
menggunakan tenaga yang kurang berbanding dengan lampu kalimantang. Lampu jenis
ini sudah banyak dijual di Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat Philips. Sekiranya dalam
26 juta rakyat Malaysia menggunakan lampu jenis ini di rumah ataupun pejabat, ia mampu
mengurangkan 13 bilion paun karbon dioksida daripada memenuhi ruang atmosfera.
Jumlah ini lebih tinggi daripada karbon dioksida yang dihasilkan daripada kenderaan pada
sepanjang tahun. Mungkin berbelanja sedikit dengan menukar jenis lampu, kita mampu
melambatkan proses pemanasan global yang kritikal.
Pengurangan Kenderaan ataupun Berkongsi Kenderaan

13

Semua orang tahu gas yang dikeluarkan daripada kenderaan sememangnya


berbahaya bukan sahaja kepada kesihatan manusia dan haiwan malah memberikan
kesan negatif kepada alam sekitar. Tidak ada orang yang membantah apabila dinyatakan
gas karbon dioksida atau asap kenderaan itu antara penyumbang terbesar kepada gas
rumah hijau. Kita sepatutnya memanfaatkan teknologi telekomunikasi yang kita ada di
negara kita. Sepatutnya kita perlu menggunakan sistem ini daripada berkejar ke sana sini
memandu kenderaan sehingga mengeluarkan gas yang banyak. Ataupun lebih baik
menggunakan pengangkutan awam yang mesra alam seperti LRT Putra, Star LRT
ataupun Monorel untuk sampai ke destinasi pilihan. Ataupun kita juga boleh mengamalkan
amalan berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke destinasi yang sama. Sekurangkurangnya kita

mampu mengurangkan gas petroleum sekali gus mengurangkan

pengeluaran karbon dioksida daripada kenderaan yang dipandu.


Mengawal Suhu Peti Sejuk
Tahukah anda bahawa gas daripada peti sejuk adalah berbahaya kepada alam
sekitar? Peti sejuk anda sebenarnya menggunakan 10 sehingga 15 peratus tenaga
elektrik daripada keseluruhan elektronik di rumah. Gas dari peti sejuk adalah
chloroflurocarbon yang merbahayakan kepada alam sekitar. Kebanyakan peti sejuk lama
adalah kurang mesra alam. Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli peti sejuk
yang baru, ia tetap memberikan kesan kepada alam sekitar. Yang perlu dilakukan ialah
mengawal suhu peti sejuk di dalam rumah anda supaya jangan tetapkan suhu thermostat
terlalu tinggi. Satu darjah Celsius dapat memberikan perubahan yang besar. Peti sejuk
juga tidak boleh diletakkan di tempat yang dapat ditembusi cahaya matahari dan pastikan
ia sentiasa ditutup rapat. Yang paling penting, usahlah anda ada sehingga dua atau lebih
peti sejuk di dalam rumah anda.

14

Membeli Tenaga Hijau


Bayangkan sekiranya pada suatu hari nanti berlaku kehabisan bahan api fosil, apa
yang dapat kita lakukan? Oleh itu, lebih elok sekiranya kita beralih kepada penggunaan
tenaga semulajadi seperti tenaga solar, geothermal (haba bumi) dan kuasa angin.
Mengapa kita tidak menggunakannya? Mungkin sesetengah pihak mula beralih
menghasilkan tenaga nuklear dan gas asli sebagai alternatif bagi tenaga fosil. Namun,
kesan radioaktif yang akan muncul pula memberi kesan sehingga beribu-ribu tahun.
Malah, kesannya lebih teruk daripada arang batu dan gas petroleum. Ahli kaji Iklim
sekarang ini sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan global ini
iaitu dengan menghadkan pembebasan karbon dioksida (CO2) iaitu dengan mengantikan
bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan CO2. Mereka telah
mengkaji bagaimana untuk menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap.
Membeli Barang Kitar Semula
Untuk mengurang kesan pemanasan global, kita harus membeli barang kitar
semula. Bunyi macam mudah. Namun anda mungkin tidak tahu tenaga yang digunakan
bagi menghasilkan produk daripada barang kitar semula lebih menjimatkan daripada
menghasilkan barangan yang baru. Oleh itu, kos dapat dijimatkan dan pemuliharaan alam
terjaga. Misalnya, kertas daripada kitar semula adalah satu pertiga lebih murah daripada
bukan kitar semula. Kita sebagai pengguna ada kuasa bagi menentukan pasaran.
Sewajarnya, kita memeriksa produk atau pembungkusnya bagi memastikan ada logo kitar
semula pada produk itu sebelum membelinya. Kini sudah banyak produk yang ada logo
itu.
Kempen Kitar Semula / Sistem Green Dot

15

Antara cara lain bagi mengurangkan kesan pemanasan global ialah menjalankan
sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus yang dinamakan sistem Green Dot. Di
negara Jerman, sistem ini telah dijalankan sepenuhnya. Bahan-bahan pembungkus yang
mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula. Dengan ini segala
bahan tersebut dapat dikitar semula tanpa menyebabkan pelupusan bahan tersebut yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar yang seterusnya menjurus kepada kesan rumah
hijau.
Cukai Bahan Buangan
Antara langkah-langkah negara lain yang harus diikuti bagi mengurangkan kesan
rumah hijau ialah mengenakan cukai bahan buangan seperti yang dijalankan Denmark
dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan. Cukai
bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan
dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan,
dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana
menjadi punca sampah dan kekotoran. Kaedah ini patut dijadi teladan dan dorongan ke
arah mesra alam sekitar di negara ini.
Usaha Ahli Sains / Kaji Cuaca
Ahli Kaji Cuaca telah cuba sedaya upaya mencari jalan untuk mengurang kesan
pemanasan global ini. Mereka telah cuba untuk mengatasi masalah pemanasan global
dengan cara memencilkan CO2 dan menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera
atau membuang CO2 yang sudah berada disitu. Caranya ialah dengan cara penyimpanan
bawah air atau bawah tanah. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan
penyuntikan CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk

16

menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak
mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut.

Pengurangan Penggunaan Bahan Klorofluorokarbon


Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan
global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya
klorofluorokarbon (CFC). Peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen
monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC yang menjuruskan
pemanasan global harus diharamkan sama sekali. Penguatkuasaan oleh jabatan-jabatan
yang terlibat harus dijalankan supaya pengeluar dan pengguna bahan CFC yang
berlebihan harus dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Pengurangan Aktiviti-Aktiviti Manusia Yang Menyebab Pemanasan Global
Aktiviti-aktiviti manusia seperti penerokaan alam sekitar, kegiatan perkilangan dan
industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan
khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi haruslah dihentikan
atau dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi
mengelak pemanasan global kian meruncing. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan
haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat

17

oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke
atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.
Kajian Berterusan
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar
kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh
diminimumkan kesannya. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan
dan keselamatan kepada penduduk dunia dan negara .

Kesimpulan
Setelah kita menyaksikan pelbagai fenomena dan insiden yang berlaku
kebelakangan ini, kita patut sedar bahawa bumi yang kita duduki ini sudah menjangkau
usia tuanya dan ia perlu diperlihara dan dijaga supaya dapat terus hidup untuk
membolehkan segala hidupan diatasnya bernyawa.
Namun, segala harapan dan usaha yang diperjuangkan tidak menampakkan
sokongan yang kuat oleh sebahagian besar penghuni bumi. Mereka lebih mementingkan
kehidupan materialistik dan keuntungan kapitalis bagi menjamin kelangsungan untuk
hidup mewah. Adakah mereka dapat kita dapat terus hidup dengan senang jika asas atau
habitat kita sendiri dalam keadaan goyah. Kita kini seperti tikus dan labu yang akhirnya
memakan diri sendiri.
Walaupun

begitu,

sokongan

tetap

diberikan

kepada

pertubuhan

seperti

Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan


isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan

18

perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak iaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan
NGO dan individu yang mahu terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini.
Persoalan menyelamatkan lingkungan alam memang seharusnya menjadi tanggungjawab
bersama. Bukan saja antara mahluk namun juga antara kebijakan berbagai negara.
Indonesia memiliki kepentingannya sendiri, demikian pula negara lain. Namun diantara
berbagai perbedaan kepentingan yang ada, kepentingan menyelamatkan kehidupan di
bumi harus menjadi kepentingan bersama. Berkaitan dengan hal itu, dalam sebuah acara
di Bali pertengahan bulan November 2007, Presiden SBY mengemukakan pendapat,
gagasan dan ajakan kepada rakyat serta masyarakat dunia. Dibawah ini adalah cuplikan
dan inti dari pernyataan Presiden SBY.
Adalah menjadi tugas dan misi kita untuk melestarikan alam semesta,
menyelamatkan bumi dan tanah air kita, dimana kita hidup dan juga tempat hidup untuk
cucu dan generasi mendatang. Kita harus melihat secara utuh alam semesta ini, tanah
air, dan bumi kita, yang tentu harus memberikan manfaat terbesar bagi kemanusiaan dan
kesejahteraan manusia lahir dan batin, sekarang dan masa depan.
Kita tidak boleh egois, dengan keserakahan, katakanlah dengan tanggung jawab
yang rendah, kita menguras semuanya itu dan tidak menyisakan untuk generasi yang
akan datang. Kita yang menjadi punca menimbulkan bencana dan malapetaka yang
tentunya akan mengganggu civilization atau peradaban dan segala kehidupan di muka
bumi ini. Bagi yang beragama Hindu juga dikenal yang kita sebut dengan Tripitaka,
kedekatan manusia dengan Yang Maha Pencipta, manusia dengan sesama manusia dan
manusia dengan lingkungannya. Kita perlu wujudkan sesuatu yang baik yang diajarkan
oleh agama itu untuk keselamatan dan kesejahteraan umat manusia, utamanya di negara
dan tentunya di seluruh dunia.

19

Sokongan terhadap mengembangkan pusat-pusat seperti taman safari, taman


haiwan, muzium, galeri, dan lain-lain adalah amat diperlukan. Ini adalah kerana tempattempat ini baik untuk belajar, untuk mengenal alam, mengenal flora dan fauna.
Dunia masa kini sedang menuju ke era baru yang kita sebut dengan gelombang
keempat, peradaban manusia, fourth wave of civilization. Gelombang pertama, abad
pertanian. Gelombang kedua, abad industri. Gelombang ketiga, informasi. Keempat
adalah sesungguhnya gelombang 3 plus, iaitu yang bercirikan penghormatan dan
keramahan pada lingkungan, karena hanya dengan itulah kehidupan manusia akan terus
berlangsung, kita survive dalam kehidupan di dunia ini.
Kembali kepada peradaban gelombang keempat tadi. Kita harus sentiasa bersedia
mempersiapkan diri dengan baik keranan bidang ekonomi yang nantinya akan
meningkatkan kesejahteraan rakyat harus

kita kaitkan dengan karakter peradaban

gelombang keempat itu. Bukan hanya ekonomi yang berasaskan pertanian, industri dan
teknologi maklumat, tetapi ekonomi yang juga perlu berasakan pada lingkungan dalam erti
yang cukup

luas. Ekonomi kreatif yang memadukan seni, kreativiti dan teknologi.

Ekonomi produk budaya, culture economy, ekonomi warisan, warisan sejarah, heritage
economy, ekonomi lingkungan, wisata lingkungan, eco-tourism, eco-economy. Itu karakter
ekonomi gelombang keempat.
Go Global Atau Go Local
Sering ada pertanyaan yang betul itu go global atau go local? Apakah kita harus masuk
pada ekonomi dunia yang serba global atau justru kita mendayagunakan keunggulankeunggulan setempat, keunggulan lokal kita. Saya mengajak, jangan dipertentangkan.
Kita sudah hidup dalam era globalisasi. Ekonomi setiap negara terintegrasi dalam era

20

globalisasi. Ekonomi setiap negara terintegrasi dengan ekonomi global. Paling sedikit
yang banyak mendapatkan manfaat dari wis
Untuk menangani masalah alam sekitar atau pemanasan global ia memerlukann
kerjasama global. Benar, negara-negara yang punya hutan, termasuk Malaysia harus,
bertanggung jawab untuk menyelamatkan dan mengelola hutannya.
Di Indonesia, mereka mengadakan insiatif yang di sebut Coral Triangle Initiative (CTI)
menyelamatkan sumber-sumber alam yang ada di lautan . Usahasama perlu diadakan
dengan rakan serantau seperti Malaysia, Filipina, Timor Leste, PNG, Solomon Island
bersama-sama dan juga bantuan masyarakat dunia.

21

22

23

Anda mungkin juga menyukai