Anda di halaman 1dari 3

Punca Penipisan Lapisan Ozon

Kloroflourokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan

ozon. Ia terdiri daripada klorin, flourin dan karbon. Lazimnya, penggunaan bahan
ini dikaitkan dalam pembuatan penghawa dingin, aerosol, peti sejuk, dan juga
melalui pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik.
Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang digunakan telah meningkatkan kadar
penyingkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan kemerosoton secara
beransur-ansur dalam paras ozon global. Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan
menghakis lapisan ozon sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang.
Akhirnya, lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius.

Melalui kegiatan perindustrian asap mengandungi gas seperti karbon

dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dibebaskan ke
ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami
kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.

Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear, pelancaran roket.
Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan
lapisan ozon musnah. Contohnya negara Amerika, India, Pakistan. Selain itu, jet
supersonik yang menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas-gas seperti
karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di
atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas
terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.

Tumbuh-tumbuhan berperanan membebasakan oksigen dan menyerap gas

karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Namun, penyahutanan secara meluas
menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon
terjejas.

Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di

dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu
kenderaan sendiri. Oleh itu, bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin
melambung dari semasa ke semasa. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan
gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan
troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan
hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Anda mungkin juga menyukai