Anda di halaman 1dari 6

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang

Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin
Embong,

guru-guru

dan

murid-murid

yang

saya

kasihi

sekalian. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.
Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk
Jerebu. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain
zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World
Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori
kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia
juga dianggap fenomena udara kering.
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami
oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di
atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia
tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang
teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat
membahayakan kesihatan rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Apakah sebenarnya punca kepada kemenjadian jerebu? Faktor dominan yang
menyumbang kepada masalah jerebu ialah pertama pembakaran hutan secara besar-besaran.
Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal
ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini.
Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini
mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke
Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara
kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras
berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah

separuh

bakar

berterbangan

di

atmosfera

lalu

berlakulah

jerebu.

Kedua masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga
menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang
ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk
membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka
tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa
kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk
membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar
bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup
angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan
asap

ke

udara

dan

mengakibatkan

jerebu.

Yang ketiga Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah
pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida
dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap pencemar.
Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang
dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan
bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta
tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah
jerebu

di

negara

kita

dengan

semakin

runcing.

Selain itu, yang keempat masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang
tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang

perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap
pengusaha

kilang

yang bagai

enau

dalam

belukar,

melepaskan

pucuk

masing-

masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara
di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat
penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap
yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara
menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang
memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.
Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan
memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Hadirin sekalian,
Apakah kesan jerebu terhadap kesihatan kita. Dalam mendepani realiti baru dunia yang
pantas berubah, rakyat Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kawasan Kuala Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu.
Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi
penduduk di bandar raya besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak
dapat ditutup dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena
El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja
yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah
selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan
pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.
Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan
terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali
jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer
menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling
teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan
Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat

diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan
dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang
lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah
seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema
dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah
diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik
dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam.
Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit,
kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif
kepada kesihatan orang ramai.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam
bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan
buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang
lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber
pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan
merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari
dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih
berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong
ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di
negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada
kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini
akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan
hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat
kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas

oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan
lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang.
Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani
akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi
fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula
akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang
secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


Apakah langkah-langkah untuk mengatasinya masalah jerebu ini. Memang tidak
dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara
besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang
canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga
undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja
membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kesimpulannya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk
kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti
manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkahlangkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan. Sekiranya
masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan
nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua orang haruslah berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat
dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah
Melayu ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai