Anda di halaman 1dari 11

Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita

saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan


cuaca negara kerana acap kali melanda negara.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya .
Analisis soalan:
Tema/Isu
: Masalah jerebu
Tugasan
: bincangkan punca-punca berlakunya jerebu dan kesankesannya
Format
: tiada (perbincangan)

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena


cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah
termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda
negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti
gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia
tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara
yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat.
Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri
iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa
menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir
menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula
pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang
secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised
Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari
kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke

selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia


mengalami
masalah
jerebu
yang
membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan
masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan
sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap
atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya,
sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang
kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak
membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.
Mereka tidak
betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran
terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu
tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara
dan mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di
Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida
dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu
bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap
yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan
meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon
serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi
tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan
perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan
arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan
asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di
negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari
kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur
dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.
Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang
memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan
dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi
menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat,
sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak

langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus


menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk
memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

Contoh kedua

LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU


Oleh: Tan Hui Lian
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran
udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah
dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu
terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor
terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala
penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan,
pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya,
apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging
bagi negara kita?
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan
pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan.
Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih
dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu
juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat
tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk
mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas
menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya yang
menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat
seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan
bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang
terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga
Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di
sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan
menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan
yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah
jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar
usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang
berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama
antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani

masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam
sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi
dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, bagai
aur dengan tebing. Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal
insan negara kita akan menjadi seperti telur di hujung tanduk. Sekiranya
masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek
buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk
diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Contoh 3

Fenomena jerebu yang melanda negara kita telah mendatangkan pelbagai kesan
buruk.
Bincangkan kesan-kesan nagatif maslah jerebu kepada masyarakat dan negara.
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif
terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu
boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu
bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem
pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima
rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana
risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan
di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan
keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta
benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.
Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di
kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi
menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan,
dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu
aktiviti
harian
masyarakat
di
negara
kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara
turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan
yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian
terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja.

Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa
mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun


begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan
memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan
ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan
nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem
muara.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih
serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu.
Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti
Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat
jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing
tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana
bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia.
Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu
daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu,
sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.
Contoh 4

Bacaan Terkini IPU Jerebu Selangor 14 Mac 2014: Indeks Pencemaran Udara
Kualiti udara di kawasan di negeri Selangor merosot pada Jumaat, malah beberapa kawasan
mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berbahaya

Setakat jam 6 pagi, dua kawasan yang berada di tahap Berbahaya adalah Banting (318)
dan Pelabuhan Kelang (350) manakala tiga kawasan mencatat IPU Tidak Sihat iaitu Kuala
Selangor (154), Petaling Jaya (186) dan Shah Alam (166)
Berikut adalah paparan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang direkodkan pada Jumaat,
sumber menerusi laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia di capaian
http://apims.doe.gov.my
Petunjuk
API

Status

0-50

Baik / Good

51-100

Sederhana / Moderate

101-200

Tidak Sihat / Unhealthy

201-300

Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>300

Berbahaya / Hazardous
6A
M

Lokasi
Banting

7A
M

8A
M

9A
M

10A
M

11A
M

12P
M

1P
M

2P
M

3P
M

4P
5PM
M

318* 316* 311* 306* 304* 301* 294* 279* 257* 242* 232* 226*

Kuala Selangor 154* 152* 149* 147* 148* 144* 134* 126* 126* 122* 119* 119*
Pelabuhan
Klang

350* 352* 358* 353* 345* 315* 304* 313* 316* 318* 317* 317*

Petaling Jaya

186* 186* 185* 184* 184* 184* 182* 183* 182* 177* 173* 174*

Shah Alam

166* 165* 164* 163* 162* 161* 160* 161* 162* 161* 161* 162*

Lokasi
Banting

6PM
221*

7PM
209*

8PM
198*

9PM
193*

10PM
186*

11PM
178*

Lokasi

6PM

7PM

8PM

9PM

10PM

11PM

Kuala Selangor

116*

114*

113*

111*

110*

108*

Pelabuhan Klang

317*

308*

294*

256*

229*

214*

Petaling Jaya

171*

168*

166*

164*

161*

157*

Shah Alam

159*

157*

154*

152*

149*

146*

Tempoh Kemaskini
IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara
automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan kitaran masa
selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan
Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu
pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS (http://apims.doe.gov.my)
mysumber : BACAAN TERKINI IPU JEREBU SELANGOR 14 MAC 2014 INDEKS
PENCEMARAN UDARA http://www.mysumber.com/bacaan-terkini-ipu-jerebu-selangor14-mac-2014-indeks-pencemaran-udara.html#ixzz32KwvGivz

JAS aktifkan pelan tindakan cegah


pembakaran terbuka
2014/02/20 - 10:56:59 AM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Berikutan cuaca panas dan kering, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah
mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.
Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga sudah mempertingkatkan pelaksanaan
Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah
Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang
kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.
JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor
dan pelepasan dari industri.
Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun ini sehingga 19 Februari 2014,
sebanyak 458 kes pembakaran terbuka sudah dikesan iaitu pembakaran terbuka
membabitkan kawasan hutan (103 kes), kawasan pertanian (199 kes), kawasan industri (17
kes), kawasan pembinaan (14 kes), tapak pelupusan sampah (7 kes), kawasan belukar (92
kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (26 kes).
Bagi tempoh yang sama, sebanyak 68 kes pembakaran terbuka sudah dikenakan tindakan
kompaun dan 22 kes dikeluarkan Notis Amaran.

Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan
kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM
500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah
atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau
dengan tidak sengaja.
Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga
melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba
dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-882727. - JAS
Shah Alam: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, semalam,
mengumumkan bahawa seluruh kawasan di Selangor adalah kawasan larangan pembakaran
terbuka, berkuat kuasa serta merta sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
Beliau berkata, larangan itu bagaimanapun tidak membabitkan pembakaran mayat,
pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku serta pembakaran gas mudah terbakar.
Berikutan pengumuman ini, semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran
terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk
tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja, katanya dalam kenyataan di sini.
Palanivel berkata, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran
terbuka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun
atau keduaduanya.
Kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, katanya.
Beliau turut meminta orang ramai di seluruh negara supaya bekerjasama untuk memadam
kebakaran kecil serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol
1800882727. BERNAMA

Sebanyak enam kes pembakaran terbuka


dilaporkan di Limbang
Posted on March 18, 2014, Tuesday
LIMBANG: Sebanyak enam kes pembakaran terbuka membabitkan kawasan kebun dan
ladang dilaporkan berlaku di bahagian ini sepanjang bulan ini, kata Ketua Zon Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang Anuar Shazat Merdzuki.


Beliau berkata, daripada jumlah itu dua kes dilaporkan berlaku di daerah Lawas dan empat
kes berlaku di sini.
Katanya kebanyakan kes tersebut tidak mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang
teratur sehingga menyebabkan api sukar dikawal dan merebak ke kawasan berdekatan.
Kita dapati kesedaran orang ramai masih kurang berhubung aktiviti pembakaran terbuka
pada cuaca panas sekarang.
Malah, mereka juga tidak mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang benar-benar
teratur sehingga menyebabkan api mudah merebak dan sukar dikawal, katanya ketika di sini
semalam.
Anuar menambah, aktiviti pembakaran terbuka seharusnya dielakkan pada musim panas
sekarang kecuali jika dilakukan untuk tujuan pertanian.
Jika mereka ingin melakukan pembakaran untuk aktiviti pertanian sekalipun, mereka perlu
mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang teratur, ujarnya.
Katanya ini penting agar api dapat dikawal dan mengelak daripada merebak ke kawasan lain.
Beliau turut mendedahkan sikap sambil lewa sesetengah pihak ketika memadam kebakaran
selepas berkebun juga antara punca menyumbang kepada kebakaran hutan dan semak.
Kebanyakan mereka tidak memadam api dengan betul dan sambil lewa sehingga
menyebabkan api berkenaan masih hidup dan merebak ke kawasan berdekatan.
Selain itu, orang ramai yang ingin pergi berburu dan memancing juga dinasihati agar tidak
membuat unggun api bagi memastikan api berkenaan tidak merebak, tegasnya.
Dalam pada itu, Anuar berkata sebelum pembakaran dilakukan penduduk dinasihati agar
memaklumkan aktiviti pembakaran kepada Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mendapatkan lesen kelulusan pembakaran.
Setiap pembakaran perlu mendapat lesen kebenaran daripada NREB dan JAS agar aktiviti
tersebut dapat dipantau bagi mengelak berlakunya kebakaran hutan, katanya sambil
menambah JBPM hanya membantu dari segi operasi memadam kebakaran.
Read more: http://www.theborneopost.com/2014/03/18/sebanyak-enam-kes-pembakaranterbuka-dilaporkan-di-limbang/#ixzz32KxvR700

Hilangnya pemandangan dek jerebu

By Aida Sue

March 13, 2014

Terdapat 13 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada
hari ini dari jam 6 pagi hingga 11 pagi terutamanya di kawasan Selangor seperti di Banting
( 138 ) , Kuala Selangor ( 158 ) , Pelabuhan Klang ( 148 ). Maklumat yang dirujuk dari
laman sesawang Jabatan Alam Sekitar itu juga menunjukkan , beberapa kawasan lain juga
mempunyai bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat termasuklah Putrajaya dengan
bacaan 127, Nilai di Negeri Sembilan dengan bacaan 147 dan juga Bukit Rambai di Melaka
dengan bacaan 116.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200
(tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh
merujuk ke portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui
bacaan IPU di kawasan mereka.
Punca jerebu
Selain itu menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk
Wan Mohd Nor Ibrahim, pihak bomba sudah penat memadamkan kebakaran terbuka
yang dilakukan oleh individu tertentu yang tidak bertanggungjawab hingga
menyebabkan keadaan bertambah kritikal terutama kualiti udara. Pihak bomba juga
telah mengendalikan 500 kes kebakaran terbuka di seluruh negara membabitkan hutan,

belukar, ladang dan sampah sejak Februari lalu dan kes ini meningkat sehingga 5 kali ganda
berbanding sebelum ini. Faktor cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa
hari memburukkan lagi keadaan. Pada tahun ini, cuaca kering agak tinggi berbanding tempoh
yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

Anda mungkin juga menyukai