Anda di halaman 1dari 2

Punca-punca kejadian pencemaran udara

1. Perkilangan
Kilang-kilang juga dianggap sebagai salah satu punca pencemaran udara yang utama. Ini
kerana kebanyakan kilang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-
masing tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini
berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Terdapat syarikat-syarikat
yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah melepaskan asap
ke sekeliling tanpa menapiskan asap tersebut walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik kilang tdak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yng ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau
kestabilan alam sekitar. Contoh kilang adalah kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji
pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi.

2. Asap dari kenderaan motor


Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan factor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Masyarakat pada zaman sekarang amat bergantung kepada
pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan motor. Peningkatan jumlah kenderaan adalah
“bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan”. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan yang buruk. Kualiti udara persekitaran
amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap
teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan
motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam
akan mengurangkan impak pencemaran udara ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta
kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbandng dengan sedekad
lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan,
pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
Keadaan in akan menyebabkan peningkatan penggunaan kenderaan bermotor dan akan
menyebabkan jumlah asap yang dilepaskan dari paip ekzos kenderaan seperti karbon monoksida
meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal serta kotor dan berlakulah
jerebu.

3. Pembakaran terbuka
Salah satu faktor yang menjadi punca pencemaran udara adalah pembakaran terbuka.
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak perlupusan sampah, sisa pepejal di kawasan
industry dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.
Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan.
Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius
pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu
menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya, masalah jerebu
yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh Negara seolah-olah
diselubungi asap.

4. Penjanaan kuasa
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas
asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan Antara 35
dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana
86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14
peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. Aktiviti perindustrian dan pembangunan


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industry pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada perlepasan pencemaran gas organik dan bukan organic, bahan
kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya
industri kimia melepaskan pencemar yang mengadungi pelbagai kompaun yang berasaskan
nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur
dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan
sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida
adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan
iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon
industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.
Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah Antara contoh-contoh
aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

6. Aktiviti harian manusia


Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan,
gas klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon.
Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
menyebabkan pencemaran udara.

Anda mungkin juga menyukai