Anda di halaman 1dari 4

Mengurangkan

kandungan
oksigen dalam air
Hidupan akuatik
akan mati
Manusia akan
mendapat
penyakit kronik
Menggalakkan
bakteria untuk
terus membiak
Banjir
Sistem air
bawah tanah
tercemar
Mengurangkan kandungan oksigen dalam air
Bahan-bahan seperti daun-daun besar, minyak dan gris akan mengganggu
sebaran oksigen pada permukaan air serta akan mengurangkan kandungan
oksigen terlarut dalam sistem air. Cahaya turut dihalang dari masuk ke dalam
sungai.

Hidupan akuatik akan mati
Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang
telah tercemar.

Manusia akan mendapat penyakit kronik
Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein
beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar.
Menggalakkan bakteria untuk terus membiak
Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria
untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air
mahupun kepada manusia sendiri.

Banjir
Berlakunya banjir disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya
mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam
sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut.

Sistem air bawah tanah tercemar
Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sekiranya sisa ini mengalir ke
dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar.

Anda mungkin juga menyukai