Anda di halaman 1dari 1

"Dunia tanpa sempadan" bagaimana ia menjadi satu cabaran dalam pembangunan insan masa kini?

Istilah dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang yang lebih besar terhadap kemajuan, Cabaran.
kemajuan dan ledakan teknologi ini telah menyebabkan berlakunya satu proses transformasi yang
melanda seluruh dunia. Segala aspek kehidupan manusia menghadapi pelbagai cabaran pada era ini.
Dengan konsep dunia tanpa sempadan, urusan negara tidak lagi menjadi hak eksklusif sesebuah negara
itu dan terbuka kepada persaingan yang lebih sengit. Walaupun terdapat pelbagai kesan yang besar
dapat kita ketahui, namun apabila kita khususkan sebagai rakyat, kita tidak akan dapat lari dari hal ini
terhadap kelangsungan negara untuk terus bertahan dan mara ke hadapan.

Sebagai contoh cabaran yang harus dihadapi ialah risiko berlakunya kegiatan tidak bermoral atau
pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak
bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak
bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi
laman sesawang tersebut. Ini memberikan kesan terhadap pembentukan dalam pembangunan insan.

Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat contohnya. Ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini
ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di
kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah,
minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas,
bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi.

Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya
hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci
membenci terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah
disebabkan oleh kelalaian masa lampau.

Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri pelajar khususnya


telah membawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma
kehidupan secara keseluruhannya. Kesan negatif yang amat jelas dapat
dilihat dalam diri seseorang pelajar itu adalah perubahan gaya hidup dan
pemikiran mereka. Remaja pada masa kini merasakan bahawa mereka
sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa
keperluan mereka untuk mendapatkan nasihat daripada sesiapapun
termasuklah ibu bapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai