Anda di halaman 1dari 3

Usia remaja sangat berharga kepada setiap orang.

Tempoh ini perlu diisi dengan


aktiviti yang dapat mengubah tingkah laku remaja kea rah yang lebih positif.
Huraikan aktiviti-aktiviti positif yang dapat mengubah tingkah laku remaja

Tingkah laku remaja merupakan subjek yang sering dibincangkan oleh


masyarakat. Usia remaja sangat berharga kerana pembentukan tingkah laku tekal
bagi kebanyakkan individu bermula pada fasa ini. Pengkaji sosiologi iaitu Ismahalil
Ishak menulis bahawa masyarakat perlu membantu remaja supaya mereka dapat
melestarikan tingkah laku terpuji. Hal ini dinyatakan demikian kerana tingkah laku
yang diamalkan oleh seseorang ketika muda akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Para cendekiawan telah membincangkan tingkah laku pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara ini sejak dahulu lagi. Kini kerajaan memberikan tumpuan
terhadap tingkah laku remaja kerana golongan inilah yang bakal meneruskan tradisi
negara bangsa integriti. Tingkah laku remaja yang baik juga akan dapat melonjakkan
untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja maju. Sebagai
persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti positif yang dapat mengubah tingkah laku
remaja?
Antara aktiviti positif yang dapat mengubah tingkah laku remaja ialah jalinan
silaturahim. Contoh terbaik bagi membincangkan perkara ini ialah remaja yang
mengisi masa lapang dengan menziarahi sanak saudara, adik beradik dan jiran
tetangga untuk meningkatkan kemesraan kebiasaannya berperwatakan positif.
Aktiviti jalinan silaturahim ini dapat dijadikan perisai pada perlakuan buruk. Apabila
banyak pihak mengenali seseorang remaja, tentulah remaja itu akan malu untuk
berkelakuan negative. Remaja juga akan berusaha untuk memperbaik diri beramal
dengan akhlak mulia. Sanak saudara, adik beradik dan jiran tetangga akan menjadi
mata dan telinga untuk melihat dan mendengar tingkah laku remaja. Remaja yang
sentiasa menjalinkan silaturahim akan selalu menyedari bahawa dirinya sentiasa
diperhatikan. Oleh hal yang demikian, amat jelaslah bahawa jalinan silaturahim
merupakan aktiviti positif yang perlu diimpimentasikan oleh remaja bagi mengubah
tingkah laku ke arah yang lebih positif. Selain jalinan silaturahim aktivti yang dapat
mengubah tingkah laku remaja ialah aktiviti kemasyarakatan. Antara contoh aktiviti
kemasyarakatan ialah gotong-royong dan khidmat sukarela kepada golongan kurang
upaya. Melalui aktivti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dinjinjing, remaja
memahami bahawa dirinya sangat penting untuk masyarakat. Kesedaran tentang
hakikat ini menyebabkan remaja berusaha untuk meningkatkan kualiti diri seiring
dengan sumbangan untuk masyarakat sepanjang tempoh usia remajanya. Melalui
aktiviti gotong-royong dan khidmat sukarela juga membolehkan remaja
berkomunikasi dengan masyrakat. Pertemuan secara kerap dengan orang yang
berhati mulia boleh menyebabkan perubahan tingkah laku remaja. Pujangka
menyebut bahawa sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan
menikmati bau yang harum. Oleh itu, ternyatalah bahawa kemasyarakatan
merupakan aktiviti positif yang dapat mengubah tingkah laku remaja.
Selain itu, aktiviti peningkatan kemahiran juga merupakan aktiviti positif yang
dapat mengubah tingkah laku remaja. Penulisan dan pertukangan merupakan
contoh aktiviti peningkatan kemahiran yang boleh diceburi oleh remaja untuk
mengubah tingkah laku. Remaja yang mempunyai kecendurungan dalam sesuatu
kemahiran perlu digilap bakatnya kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Kemahiran yang dianugerahi tuhan kepada remaja seperti
kemahiran penulisan dan pertukangan perlu diasah kerana permata yang
ditelenggami lumpur tidak akan bersinar. Apabila berlakunya peningkatan kemahiran
dalam diri, mereka akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat.
Pada masa yang sama, mereka dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk
mengembangkan karier dan membantu masyarakat. Oleh hal yang demikian,
terbuktilah bahawa aktiviti peningkatan kemahiran merupakan gerak kerja positif
yang dapat mengubah tingkah laku remaja.
Seterusnya, tingkah laku remaja akan mengalami perubahan sekiranya
golongan ini mengisi tempoh kehidupan dengan mengikuti aktiviti bagi membina
nilai-nilai keinsanan. Antara aktiviti yang diserapkan nilai-nilai keinsanan ialah kem
bina insan dan kem ibadah. Aktiviti ini dapat membantu remaja paradikma tentang
kehidupan. Perubahan intrensik akan berlaku apabila remaja mengikuti slot
muhasabah diri. Melalui aktiviti ini juga, remaja akan lebih mengenali dirinya sendiri
dan persekitarannya. Sikap remaja sebelum ini bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing akan dapat dikikis. Remaja akan terserlah
sebagai individu yang menghormati orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
Nilai-nilai keinsanan yang lain seperti empati, murah hati dan tawaduk juga akan
terbina melalui aktiviti tersebut. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa remaja
yang mengikuti aktiviti bagi membina nilai-nilai keinsanan akan Berjaya mengubah
tingkah lakunya ke arah yang positif.
Di samping itu, aktiviti lain yang dapat mengubah tingkah laku remaja ialah
aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Penglibatan diri remaja dalam Jemaah
tabligh merupakan contoh paling dominan bagi memperkatan perkara ini. Agama
merupakan mekanisma paling utuh untuk mengubah manusia secara total apatah
lagi golongan remaja. Jemaah tabligh melaksanakan aktiviti bagi mengajak semua
orang khususnya remaja mengubah diri sendiri secara intrensik. Berdasarkan sirah
Nabi Muhammad SAW mengubah kefasikan masyarakat Arab dengan perantaraan
agama. Kegiatan Jemaah tabligh hari ini merupakan inspirasi daripada amalan
Rasulullah iaitu penyampaian dakwah. Remaja yang mengambil amalan ini sebagai
budaya kehidupan akan sentiasa dapat bermuhasabah diri. Oleh itu, sangat jelas
bahawa partisipasi remaja dalam aktiviti keagamaan merupakan usaha untuk
bermuhasabah diri bagi membolehkan mereka mengubah tingkah laku agar
bersesuaian dengan penerimaan masyarakat.
Diskusi yang menarik tentang aktiviti-aktiviti positif bagi mengubah tingkah
laku remaja jelas menunjukkan bahawa fi’il ubi-ubi muda ini mampu diubah dengan
usaha bersungguh-sungguh daripada diri remaja itu sendiri dan pelbagai pihak lain.
Sinergi yang ampuh antara pelbagai pihak perlu dilipatgandakan bagi membantu
remaja mengubah tingkah laku mereka kea rah yang lebih baik. Masyarakat juga
perlu bersedia dan bersabar untuk berhadapan dengan karenah remaja yang sukar
diduga demi kebaikan masa depan mereka. Malaysia sentiasa berharap semoga
remaja akan sentiasa membaiki diri kerana mereka merupakan harapan negara
pada masa depan. Pujangga pernah berkata bahawa jika mahu melihat masa depan
sebuah negara, lihatlah keadaan remaja pada hari ini. Sebagai kesimpulannya,
remaja seharusnya menjadi ayam tambatan negara maka usaha untuk mengubah
tingkah laku remaja ke arah yang lebih positif perlu digembleng secara bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai