Anda di halaman 1dari 38

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020


1

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH


MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

1.0 PENGENALAN

Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang
perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah
dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju
wawasan 2020. Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan tokoh
pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau
mengatakan

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah
generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini
adalah dari kalangan yang berakhlak,berbudi bahasa dan berhemah
tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara
yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah
untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung
kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai
wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak
baik dan berhemah tinggi. Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan
elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan
masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial.

Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada


masyarakat semata-mata, ia merupakan satu saluran untuk menyampaikan kepada rakyat
berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni
dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan rakyat. Malaysia adalah
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resa dikenali
sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu
mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Oleh itu untuk menuju kearah
kecemerlangan pandidikan dalam sesebuah negara, dasar pendidikan yang jelas serta hala
tuju yang sebenar perlu diterapkan dalam setiap sistem pendidikan sesebuah negara itu.
Dasar dalam sesebuah sistem pendidikan menjadi asas pembentukan sistem pendidikan
serta panduan penting dalam pelaksanaannya.

Dalam sistem pendidikan, dasar yang dilaksanakan perlu jelas, tersusun rapi serta
perlu mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Hala
tuju pendidikan di Malaysia pula berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi muda pada masa depan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sistem pendidikan ini juga adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
2
berketrampilan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam
hala tuju dan falasafah pendidikan bermula daripada era Masyarakat tradisional, era
penjajahan, era kemerdekaan dan pendidikan abad ke 21 menuju Wawasan 2020.

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN

Terdapat beberapa konsep dalam dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia serta
pengertiannya. Sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang di bentuk
berasaskan beberapa dasar serta hala tuju yang berpandukan kepada FPK. Ia bermula dari
era sebelum penjajahan sehingga era kemerdekaan dan seterusnya arah menuju wawasan
2020.

2.1 KONSEP DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN

2.1.1 KONSEP DASAR PENDIDIKAN

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan


pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi
kehendak negara. Dasar perlu dilaksanakan untuk menjamin perjalanan sistem pendidikan
yang tersusun dan bermatlamat dan berlangsung dengan baik. Di Malaysia, dasar
pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem
pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.
Terdapat empat tujuan utama dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan
seperti Rajah 1; dasar kawalan, dasar solusi, dasar kebajikan dan dasar inovasi yang
bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan.

KAWALA
N

TUJUA
INOVASI SOLUSI
N
DASAR
Rajah 1 : Tujuan penggubalan dasar pendidikan di Malaysia

KEBAJIK
AN
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
3
Dasar-dasar Kawalan Dalam Pendidikan

Dasar kawalan bermaksud mendisiplin. Disiplin merupakan peraturan atau undang-


undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama,
norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu
yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain
mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan
guru, bersikap antisosial (peraturan), bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah
masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin
didefinisikan sebagai:

“ … is the practice of training people to obey rules and orders and


punishing them if they do not.”

Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn.
Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai

“kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang


ditetapkan”

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan
disiplin sebagai

“Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh


mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan
sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan.”

Amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan dan pemecatan adalah antara
tindakan yang dikenakan. Dasar ini membawa kepada kesinambungan operasi dan
kemantapan dalam menjalankan perkhidmatan mereka. Melalui dasar ini akta,peraturan,
disiplin, kod etika dan tata tertib dapat dilaksanakan.

Dasar- dasar Solusi Dalam Pendidikan

Dasar solusi bermaksud penyelesaian masalah. Dasar ini direalisasikan bertujuan


untuk mengatasi masalah yang timbul dalam segala aspek yang dilakukan terutamanya
dalam bidang pendidikan termasuklah aspek sosial dan ekonomi. Melalui dasar ini segala
masalah yang timbul dapat diatasi dengan cepat dan teratur. Dalam segala pentadbiran,
apabila keputusan yang dibuat menimbulkan permasalahan, maka sistem akan menjadi
salah dan hasilnya juga tersasar. Melalui sistem pendidikan, komunikasi antara satu sama
lain pasti akan berlaku perbezaan pendapat melalui idea-idea yang berbeza. Oleh itu dasar-
dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan
perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Antara dasar yang dilaksanakan
melalui dasar solusi ini seperti contoh Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
4
bahasa Inggeris. Selain itu Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) yang bertujuan untuk
meningkatkan minat pelajar dalam sukan dan memajukan sukan negara Malaysia.

Dasar-dasar Kebajikan Dalam Pendidikan

Dasar kebajikan bermaksud perkhidmatan merupakan suatu kebajikan. Pendidikan


adalah usaha sadar dan terencana bagi mewujudkan suasana belajar dan proses
pembelajaran agar didikan secara aktif diberikan bertujuan untuk mengembangkan potensi
diri serta untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian,
kecerdasan, akhlak mulia dan berketerampilan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-
kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Menerusi dasar ini,
usaha memperbaiki kebajikan dalam perkhidmatan pendidikan dilaksanakan. Antara usaha
yang dilakukan untuk merealisasikan dasar kebajikan ini, Malaysia memperuntukan dana
yang tinggi untuk pendidikan. Peruntukan kewangan yang besar ini disediakan bagi
melaksanakan projek-projek pembangunan dan perkhidmtan. Sebagai contoh dalam dasar
ini ialah Dasar Buku Teks Percuma kepada semua pelajar. Ini bertujuan untuk meringankan
beban ibubapa dan kemudahan kepada pelajar untuk membuat rujukan. Selain itu,
pembayaran yuran juga turut dimansuhkan. Sebelum tahun 2012, pelajar masih dikenakan
bayaran sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
dan Insuran Takaful. Namun mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini dimansuhkan dan
buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah
kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran itu membabitkan
peruntukan sebanyak RM150 juta.

Dasar – Dasar Inovasi Dalam Pendidikan

Dasar inovasi bermaksud pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan
kaedah yang tertentu. Tujuan utama dasar ini adalah untuk membawa pembaharuan dalam
masyarakat menerusi pendidikan. Melalui dasar ini, sisitem pendidikan ditambahbaik
daripada tahap yang sedia ada. Contohnya, mewujudkan Sekolah Sukan Negara seperti di
Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta Sekolah Seni seperti di Johor Bahru dan Kuching.
Melalui kewujudan sekolah-sekolah tersebut, dasar pembangunan modal insan dapat
dilaksanakan dalam memperkembangkan potensi pelajar.

2.1.2 DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu

Dalam dasar ini, pendidikan dilakukan secara informal betujuan untuk


mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus seni seperti pantun, gurindam
dan seloka. Selain itu, tenunan dan cetakan fabric menerusi pembuatan batik, pertukangan
dan ukiran seperti membuat perahu dan rumah serta seni mempertahanan diri seperti
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
5
persilatan. Hiburan dan permainan wujud seperti tarian istan, wau, sepak raga dan congkak
serta tutur kata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama.

Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 - 1800)

Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi
pelabuhan antarabangsa yang hebat. Apabila Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis
pada tahun 1511, semua kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin
hilang. Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan
kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian.

Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 – 1957)

Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah


memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris telah membawa masuk orang-orang
dari negara China, India dan Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi Tanah
Melayu. Masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi
tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan di bandar
dan kawasan perlombangan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai berniaga dan
melombong. Manakala masyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan
keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi. Dasar ini bertujuan untuk
membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Melalui
dasar ini penduduk Tanah Melayu terpaksa berpecah mengikut kaum, ekonomi dan hirarki
sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah
menerusi dasar polarisasi pendidikan.

Dasar Reformasi Pendidikan (1957 – 1979)

Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan
ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Laporan
Razak 1956 dan Laporan RahmanTalib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang
berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa penghantar utama di semua sekolah. Antara langkah yang telah
diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini adalah menggunakan
sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru-guru yang
mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama
dengan mengunakan bahasa Melayu. Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah
ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Dasar Inovatif Pendidikan (1980 – 1990)


Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
6

Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan


yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat
menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Kurikulum dan peperiksaan
sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan dilaksanakan dalam sisitem
pendidikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 selama 6 tahun. Kemudian, pada tahun
1989, Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya didokumentasikan sebagai rujukan dan
panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.

Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 – 2000)

Kewujudan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT)
sangat ketara dalam dasar liberalisasi pendidikan yang menggunakan bahasa Cina dan
Tamil sebagai bahasa pengantaraan. Selain itu, penubuhan institusi pendidikan swasta
digalakkan. Perkembangan institusi pendidikan swasta ini sama ada secara persendirian
ataupun usahasama di antara universiti atau kolej di luar negara mahupun dalam negara
dengan institusi tempatan. Institut Pengajian tinggi tempatan juga mangalami perubahan
menerusi dasar pengkoperatan. Penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada
ledakan ICT di sekolah-sekolah.

Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 – 2020)

Dalam memacu kemajuan Negara ke arah 2020, dasar globalisasi dilaksanakan


bertujuan untuk melahirkan warganegara kelas pertama. Malaysia berusaha untuk bersaing
pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Menerusi dasar ini,
wujudnya sekolah-sekolah seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi. Selain itu,
IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia.

2.1.3 KONSEP HALA TUJU PENDIDIKAN

Hala tuju pendidikan di Malaysia berlandaskan kepada FPK yang memfokuskan


kepada pendidikan yang berterusan. Tujuan utama hala tuju pendidikan adalah untuk
mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan, aktiviti, indikator dan
jangka masa yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda atau digugurkan
berdasarkan perkembangan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan. Pendidikan
merupakan proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran
berterusan sejak kecil hingga akhir hayat melalui peringkat awal, peringkat sekolah dan
peringkat selepas sekolah. Pada peringkat awal menerapkan pendidikan asas di rumah dan
tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti dan
penjagaan kesihatan. Peringkat sekolah pula adalah pendidikan di sekolah rendah dan
menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu, pengetahuan dan kemahiran,
penghayatan agama, nilai murni dan pembentukan jati diri.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
7
Konsep FPK juga menekankan fokus kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu melalui empat potensi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Potensi intelek memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira, berfikir secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan ilmu untuk diri
dan orang lain. Emosi pula mempunyai perasaan jiwa yang kuat dengan mempunyai ciri-
ciri seperti tenang, kasih sayang, perpaduan dan keceriaan. Rohani pula berkaitan dengan
sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menghargai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk
akhlak mulia, memupuk dan membina disiplin. Manakala jasmani memberi tumpuan
kepada perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan badan, melakukan
riadah dan meningkatkan daya pengeluaran. Selain itu, ia dapat mewujudkan satu
masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif
dan berinovatif. Melalui konsep ini juga dapat melahirkan modal insan yang dapat
menguasai sekurang-sekurangnya tiga quotient iaitu Intelectual Quotient(IQ), Emotional
Quotient(EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar
bandar selaras dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang disasarkan oleh
UNESCO.

2.2 PENGERTIAN DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN

2.2.1 PENGERTIAN DASAR PENDIDIKAN

Menurut Dewan Bahasa Edisi Empat, dasar bermaksud asas, teras, utama
bersinonim dengan pertimbangan dan prinsip. Dari sudut penggubahan pula, dasar
bermaksud perbuatan atau usaha mengubah, contohnya kita harus meninjau sejarah
perkembangan sains moden serta dasar-dasar dan falsafahnya. Dasar dalam penggubalan
pula bermaksud membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll),
membentuk dan mengatur(menyusun), contohnya sesuatu jawatankuasa itu telah digubal
menjadi satu perlembagaan yang baru dan terpulanglah kapada kerajaan kelak untuk
menentukan dasar-dasar bagi menggalakkan bumiputera terlibat dalam perniagaan dan
perdagangan.

Dasar adalah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas
untuk sesuatu keputusan. Dalam kata lain, dasar bererti sesuatu kenyataan mengenai hasrat
bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak dan satu pengistiharaan (hasrat dan ideologi)
dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan masalah.mendapatkan hasil dan
mencapai objektif. Dasar-dasar ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan kecekapan,
meningkatkan produktiviti, mengatasi masalah selain menjadi panduan bagi mencapai
objektif serta menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik untuk dipraktikan.

2.2.2 PENGERTIAN HALA TUJU PENDIDIKAN

Menurut Dewan Bahasa Edisi Empat hala tuju bermaksud mengarah, menghala
untuk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu atau segala perintah yg dituju, maksud,
matlamat, tuntutan. Halatuju mempunyai jangka masa yang pendek dan khusus kepada
suatu aspek sahaja. Ia juga dapat dicapai dalam masa yang singkat. Bagi halatuju jangka
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
8
panjang, ia agak jauh dan mengambil masa yang lama untuk dicapai. Di samping itu,
panduan disiplin diri dan rancangan strategik dengan teratur juga perlu ada sebagai satu
cara untuk realisasikan wawasan dengan cemerlang.

Wawasan 2020 merupakan salah satu halatuju masyarakat Malaysia. Dalam


pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia 28 Feb 1991, oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau telah membentangkan langkah-langkah ke hadapan mengenai matlamat Malaysia.
Malaysia dianggar akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Selain itu,
Wawasan 2020 bermatlamat untuk pembentukkan sesebuah negara Malaysia yang maju
pada tahun 2020. Kemajuan daripada aspek ekonomi, politik,sosial, keharmonian, kejiwaan
dan kebudayaan juga mendorong dalam mencapai Wawasan 2020 ini.

2.3 DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jika melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar
bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Pendidikan pada Zaman
Pramerdeka terbahagi kepada beberapa peringkat yang menjadi pemangkin kepada hala
tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. Rajah 2 menunjukkan kronologi perubahan era
pendidikan di Malaysia.

Rajah 2 : Kronologi Perubahan Era Pendidikan Di Malaysia


Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
9
3.0 APAKAH KEPENTINGAN DASAR – DASAR PENDIDIKAN KE ARAH
PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA?

Zaini Abdullah (2011) telah mengkategorikan dasar-dasar yang ditentukan oleh


kerajaan kepada lapan era iaitu masyarakat Melayu Tradisi, penjajahan (1511 – 19570,
1950-an, 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an dan Abad 21.

3.1 Perubahan Era Pendidikan Di Malaysia

3.1.1 Semasa Era Masyarakat Tradisional

Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran
secara turun-temurun yang diwariskan kepada genarasi seterusnya. Hala tuju pendidikan
berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan
dalam aspek teknik dan praktikal. Pendidikan era ini diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan
masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran
yang dimiliki. Jika bapa seorang nelayan sudah tentu perkara yang diajarkan kepada
anaknya adalah berkaitan dengan teknik menangkap ikan, menghadapi gelora dan
sebagainya. Falsafah pendidikan ini lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang
mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam yang dipelajari. Hal ini bertepatan dengan pendapat Hasan Langgulung (1995)
yang mengatakan bahawa fungsi pendidikan adalah pengembangan potensi yang ada pada
individu supaya dapat digunakan olehnya dan masyarakat untuk menghadapi arus
perubahan.

Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok
dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang
diajarkan berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi
pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam mampu melahirkan masyarakat
yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan
manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah
pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam
pembelajaran.

3.1.2 Era Penjajahan

Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri
Melayu. Pada zaman penjajahan Ingeris, terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza dan
masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah
Melayu, Sekolah Pondok dan Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India. Sekolah aliran
melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah menekankan kepada kurikulum asas iaitu
pelajaran membaca, mengarang, ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan
jasmani. Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan penternakan.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
10
Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk
mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak
berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun,
kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Hala tuju
pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu
untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-
ekonomi negara. Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang tidak seimbang di
Malaysia apabila negara mencapai kemerdekaan. Setiap jenis sekolah itu mempunyai
falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem
ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep
intergrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa
pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi rumit dalam sistem pendidikan sekarang
dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional. (Sufean Hussin, 1993).

Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian.


Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya Laporan Barnes (1950),
Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956). Laporan ini
telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara
kita.

3.1.3 Era Kemerdekaan

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran kebangsaan. Pada tahun 1957, Ordinan Pelajaran digubal berdasarkan perakuan
Laporan Razak pada tahun 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1960, Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh
Jawatankuasa Rahman Talib. Daripada laporan jawatankuasa tersebut, menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi


penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Bermula
dari tahun 1992, kadar penyertaan terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka
Malaysia, 2008). Untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat,
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
11
pendidikan diberikan keutamaan dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama
untuk semua kaum dalam negara ini. Pada masa ini juga, Sistem Pendidikan Kebangsaan
mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung
Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun,
selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang
menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan.
Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.
Bagi menghasilkan tenaga kerja mahir, pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih
penekanan pada peringkat menengah.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,
peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya FPK telah digubal
pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. FPK
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan
negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta
Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan
Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang
pendidikan termasuk peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiary,
perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun
1999, menaiktarafkan kelayakan guru daripada sijil kepada diploma, menaiktarafkan
Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan
menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

3.1.4 Menuju Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan suatu garis panduan kepada arah dasar pembangunan
negara. Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara bagi mencapai suatu tahap kemajuan. Ia
juga menetapkan satu jangka masa tertentu sebagai panduan demi mencapai matlamat ini.
Pada zaman ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf
ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam
perundangan, dasar dan program-program yang dilancarkan. Antara penambahbaikan yang
dilakukan adalah seperti Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program Bimbingan dan
Kaunseling (Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
12
Jemaah Menteri, 2002). Selain itu,program-program seperti Bayaran Insentif Subjek
Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003, Program j-QAF diperkenalkan pada
tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai
Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan
Jemaah Menteri, 2003) dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Perubahan
paling ketara dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian
ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru

3.2 KEPENTINGAN DASAR PENDIDIKAN MENGIKUT PERUBAHAN ERA


PENDIDIKAN

Dalam menuju Wawasan 2020, dasar pendidikan sangat penting mengikut


perubahan era pendidikan. Zaini Abdullah (2011) telah menyatakan perubahan tersebut
menerusi Jadual 1.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 13

ERA CIRI & DASAR & HALA KEPENTINGAN


NILAI TUJU PENDIDIKAN
PENDIDKAN •Masyarakat •Tiada dasar yang jelas •Hirarki pendidikan mengikut kelas sosial, kaum
ERA berstruktur: •Mengekalkan dan dan jantina dikekalkan
MASYARAKAT i. Raja pengukuhan hiraki status kuo •Peranan institusi istana, masjid, surau & rumah
MELAYU ii. Pembesar •Keharmornian sistem & dikukuhkan
TRADISI iii. Rakyat jelata fungsi dalam masyarakat •Taraf pendidikan informal: adab & adat, agama
iv. Pendatang •Kemasyarakatan & kekitaan Islam, sosial, ekonomi & politik ditingkatkan
•Ketuanan, pertuanan, •Bakti kepada tanah/alam
hamba, daulat, tulah •Cinta & berkorban untuk
tanah air
•Pengekalan budaya &
warisan
PENDIDIKAN •Masyarakat •Menitikberatkan kepada •Masyarakat mengikut kehendak & nilai penjajah
ERA berstruktur: kehendak & nilai penjajah •Semangat patriotisme dikawal oleh penjajah
PENJAJAHAN i. Elit •Dasar pecah & perintah •Perpaduan kaum dapat dielakkan
(1511 – 1957) ii. Bangsawan •Pengekalan budaya &
iii. Rakyat warisan berdasarkan kaum
pertengahan •Dasar dualisme dalam sistem
iv. Rakyat bawahan pendidikan
•Masyarakat majmuk •Dasar-dasar pendidikan lain:
•Budaya superior i. Isolasi
penjajah ii. Polarisasi
•Amalan pecah & iii. Liberalisasi
perintah iv. Indoktrinasi
•Pembaratan & v. Ideologi
kristianisasi
•Kebangkitan
patriotisme
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 14

PENDIDIKAN •Masyarakat majmuk •Dasar sekolah vernakular •Meningkatkan jumlah celik huruf
ERA 1950-AN •Perpaduan & •Dasar penyeragaman •Mengekalkan & mengukuhkan hirarki status kuo
kesefahaman kaum peraturan pentadbiran •Mengekalkan budaya & warisan mengikut kaum
•Kompromi antara sekolah
kaum: •Dasar pelbagai bahasa
i. Kewarganegaraan •Dasar satu kurikulum
ii. Kedudukan Raja bercorak Malaysia
Melayu •Dasar pendidikan wajib
iii. Kedudukan agama percuma 9 tahun/ kenaikan
Islam darjah automatik
iv. Kedudukan Bahasa •Dasar pendidikan dewasa/
Melayu lanjutan
PENDIDIKAN •Berorientasi •Dasar pembangunan •Mencapai 100% jumlah celik huruf
ERA 1960-AN membasmi buta pendidikan tinggi & teknik •Mewujudkan semangat perpaduan (sekolah
huruf •Dasar pendidikan percuma kebangsaan)
•Membentuk •Dasar kenaikan darjah •Kemahiran akademik & vokasional secara formal
perpaduan automatik diperolehi
•Bahasa kebangsaan •Dasar biasiswa dan kemajuan •Murid yang mempunyai keluarga berpendapatan
•Peningkatan taraf kerjaya rendah dibantu untuk meneruskan persekolahan
hidup •Dasar Bahasa Kebangsaan •Satu negara bangsa dapat diwujudkan dengan
•Peluang dan •Dasar Kurikulum adanya bahasa kebangsaan
kebebasan Kebangsaan
•Penyertaan demokrasi •Dasar pembelajaran sivik
•Dasar ekuiti/kuota dalam
pendidikan tinggi
•Dasar pendidikan tinggi
untuk mobiliti sosioekonomi
PENDIDIKAN •Literasi •Dasar membasmi keciciran •Bahasa kebangsaan terutamanya dikalangan kaum
ERA 1970-AN •Perpaduan\ patriotik •Dasar biasiswa & bantuan bukan Melayu dikukuhkan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 15

•Sumber manusia kewangan •Murid yang menghadapi masalah kewangan untuk


•Masyarakat maju •Dasar sekolah asrama meneruskan persekolahan dapat dibantu
•Membangun negara •Dasar buku teks percuma •Kemahiran murid yang berkebolehan dalam
•Dasar bantuan pemakanan bidang teknik & vokasional dapat ditingkatkan
•Dasar ekuiti dan
perkembangan pendidikan
•Dasar pembangunan
pendidikan teknik &
vokasional
PENDIDIKAN •Perpaduan •Dasar Bersih, Cekap dan •Satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru
ERA 1980-AN •Tenaga mahir Amanah bagi rakyat Malaysia di wujudkan dengan
•Pendemokrasian •Dasar Pandang ke Timur memberi keutamaan kepada peningkat hasil dan
•Masyarakat maju & (perkembangan pendidikan mutu kerja.
bermoral teknik & vokasional) •Semangat atau motivasi pekerja ditingkatkan
•Pendidikan kemahiran •Dasar penggunaan komputer seiring dengan penerapan nilai-nilai murni.
•Dasar kurikulum asas dan
individu seimbang
•Dasar pemindahan teknologi
PENDIDIKAN •1983: Kurikulum •Dasar latihan perindustrian •Perkembangan diri individu dikembangkan secara
ERA 1990-AN Bersepadu Sekolah dan pemindahan teknologi menyeluruh:
Rendah (KBSR) •Dasar multimedia/ - Kesenian & Rekreasi
•1988: Kurikulum penkomputeran di sekolah - Muzik
Bersepadu Sekolah •Dasar pendidikan berasaskan - Seni visual
Menengah (KBSM) komuniti - Pendidikan Jasmani & Kesihatan
•1988: Falsafah •Dasar kurikulum seimbang •Latihan kemahiran hidup diperluaskan dalam
Pendidikan Negara •Dasar reformasi pentadbiran memantapkan taraf pencapaian kemahiran
(FPN) sekolah vokasional & teknikal bermula dari peringkat
didokumenkan •Dasar sekolah cemerlang sekolah rendah:
•Wawasan 2020: •Dasar sekolah wawasan - Kemahiran Hidup
•Nilai-nilai kerohanian & sikap dengan alam
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 16

Wawasan Pendidikan •Dasar sekolah bestari sekelilingnya didedahkan secara mendalam:


digubal dengan 9 •Dasar Sijil Terbuka - Pendidikan Islam
cabaran yang perlu •Dasar pendidikan bertaraf - Pendidikan Moral
ditangani dunia - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
•Akta Pendidikan 1996 •Dasar francais dan - Sains
•Pemurnian FPN: pengkopratan pendidikan - Kajian Tempatan
Falsafah Pendidikan tinggi •Kemahiran asas komunikasi bagi semua golongan
Kebangsaan (FPK) murid dikuasai sepenuhnya:
•Sekolah khas/ projek - Membaca
•Pendidikan berterusan - Menulis
•Penswastaan - Mengira
pendidikan
•Globalisasi/
pengantarabangsaan
• Sains &
Teknologi
• Industrialisasi
PENDIDIKAN •Membina masyarakat •Dasar Sekolah Cemerlang •Berpaksikan kemahiran abad ke-21 dengan
ABAD 21 Glokal (Global + (kluster & berprestasi tinggi) kemahiran belajar sepanjang hayat dalam
Local) persekitaran P&P berasaskan ICT disasarkan
•Pengantarabangsaan: •Murid yang kreatif dan inovatif, berfikir secara
pendidikan bertaraf kritis untuk menyelesaikan masalah,
dunia berkomunikasi secara berkesan, dan berfungsi
•Globalisasi & dalam kumpulan dapat dihasilkan.
persaingan sejagat •Jurang digital dapat dirapatkan
•Minda kelas pertama •Modal insan yang berpengetahuan untuk memacu
•PIPP (2006 – 2010) transformasi negara ke arah pembangunan k-
•Patriotism ekonomi (knowledge economy)
Kewarganegaraan •Dasar 1Murid 1Sukan •Menyemarakkan kembali kegiatan sukan di
sekolah
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 17

•Sekolah kluster •Mengoptimumkan keupayaan fizikal murid


•Sekolah berprestasi •Melahirkan modal insan yang cergas, sihat &
tinggi produktif
•Sekolah berwatak •Murid dapat nikmati manfaat bersukan
•Menurunkan kadar obesiti dikalangan murid
•Dasar Yuran Percuma •Semua kanak-kanak Malaysia tanpa mengira latar
belakang sosio-ekonomi dipastikan mempunyai
akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu.
•Usaha Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
akademik dapat dicapai.
•Dasar Pentaksiran Holistik •Modal insan yang berkebolehan untuk belajar,
bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan
berkesan dapat dilahirkan
•Murid berkebolehan menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan baik
•Murid berupaya berfikir secara kreatif & kritikal
serta mampu bertindak secara rasional
•Pembelajaran sepanjang hayat sentiasa diamalkan
•Kelainan orang lain dan perbezaan individu
sentiasa dihormati
•Pemimpin yang baik yang baik dan berkesan di
dalam keluarga dan masyarakat berjaya
dihasilkan.
•Dasar Pengantarabangsaan •Institusi melahirkan manusia yang berperibadi,
Pendidikan dengan nilai moral yang teguh, seorang manusia
yang sempurna, bukan sahaja dari aspek
akademik, tetapi dengan kemampuan intelektual
untuk menangani cabaran globalisasi.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 18

•Dasar Pengajaran dan •Meningkatkan pembangunan sumber tenaga


Pembelajaran dalam Bahasa manusia ke arah mencapai taraf negara maju
Inggeris (PPSMI) •Menyediakan murid dari peringkat awal
persekolahan untuk bersaing dalam pasaran dunia
•Memberikan kelebihan yang kompetitif kepada
negara dengan mencontohi kejayaan Singapura
dan India yang semakin melangkah ke depan
kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris
•Dasar Mempertabat Bahasa •Melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin
Melayu Memperkukuh untuk menggunakan bahasa Malaysia & bahasa
Bahasa Inggeris (MBMMBI) Inggeris standard untuk digunakan dalam
perbualan, penerokaan ilmu, urusan rasmi & alam
kerjaya mengikut keperluan & kesesuaian.
•Modal insan yang dibina mampu mengakses
pelbagai bidang ilmu melalui penggunaan
pelbagai media seperti teknologi komunikasi
maklumat serta mempunyai minda yang kritis,
kreatif dan inovatif.
•Membentuk negara bangsa 1Malaysia yang
mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik,
mampu bersaing diperingkat global ke arah
mencapai negara maju
•Dasar Vitamin 1Malaysia •Meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan
murid
•melengkapkan pengambilan makanan bernutrisi
dikalangan murid

Jadual 1: Dasar-dasar dan hala tuju pendidkan di Malaysia mengikut era serta kepentingannya.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
19
Dasar Pandang ke Timur

Dasar Pandang ke Timur dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ekonomi ini telah diumumkan semasa
Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala
Lumpur. Dasar ini merupakan kelangsungan kepada dasar 'Buy British Last' yang turut
diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981.

Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta


menjadikan negara Asia Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja.
Bertitik tolak dengan iti, lebih 15 000 rakyat Malaysia telah memperoleh manfaat menerusi
dasar yang telah diperkenalkan 30 tahun lepas.

Dasar ini merangkumi latihan dan kursus di sektor pendidikan dan swasta seperti
yang dinyatakan di bawah:

a. Latihan Perindustrian dan Teknikal


b. Program Pengajian Akademik
c. Program Pengajian Teknikal
d. Program Kemajuan Eksekutif
e. Hubungan di antara institusi-institusi
f. Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Pada 20 April 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul
Razak telah mencadangkan dasar ipandang ke timur ditambahbaikkan semula dan bidang
yang baru serta berinovasi diperkenalkan. Antara bidang yang terlibat adalah teknologi
tercanggih, teknologi hijau , teknologi lestari dan bioteknologi. Penambahbaikkan ini teleh
mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara Jepun.

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)

American Pediatric Association telah mencadangkan bahawa kanak-kanak


seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti jasmani sekurang-kurangnya satu jam sehari.
Aktiviti jasmani ini perlulah dimulakan dengan aktiviti yang mudah sehinggalah ke aktiviti
yang lasak.

Kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Western
Australia dengan kerjasama University of Notre Dame telah menemui kadar obesiti
dikalangan kanak-kanak di Malaysia telah meningkat sebanyak dua kali ganda di antara
tahun 1990 sehingga tahun 2000. Sejajar dengan keputusan penyelidikan ini, maka,
keputusan kerajaan melaksanakan Dasar 1M 1S adalah tepat pada masanya. Secara
keseluruhannya, Dasar 1M 1S ini menekankan kepada tiga konsep:

a. Pembangunan sukan sekolah: meningkatkan kadar penyertaan murid dalam


sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
20
b. Penfokusan kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif: melibatkan setiap
murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan
c. Peningkatan tahap potensi: menggilap dan membangunkan bakat setiap murid.

Perlaksanaan dasar ini bukan hanya untuk menurunkan kadar obesiti dikalangan
murid-murid. Ianya juga berkepentingan untuk:

a. Menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah


b. Mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
c. Melahirkan modal insan yang cergas, sihat, produktif berdaya saing, kreatif
d. Murid dapat nikmati manfaat bersukan
e. Mengukuhkan dan memupuk jati diri murid untuk memastikan kelangsungan
negara

Kesimpulannya, dasar ini sangat penting kerana kualiti pembangunan keupayaan


fizikal murid dapat dioptimumkan selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak
Pada Tubuh Yang Sihat”.

Program Vitamin 1Malaysia (PV 1M)

Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Program Vitamin 1Malaysia


kepada semua sekolah rendah bantuan kerajaan. Sekolah-sekolah ini haruslah yang terlibat
dengan ProgramRancangan Makanan Tambahan (RMT). Program Vitamin 1Malaysia ini
dilaksanakan rentetan daripada kecenderungan murid-murid memakan makanan yang
kurang berkhasiat

Yayasan 1Malaysia Development Berhad (MDB) dipertanggungjawabkan dalam


pengagihan Multi Vitamin 1Malaysia ini kepada sekolah-sekolah rendah tersebut.
Pengagihan secara percuma ini telah bermula 1 Oktober 2011 hingga 30 September 2013
iaitu selama dua tahun. Setiap murid diagihkan produk multi vitamin jenama Champs M
berperisa nanas dengan syarat murid tersebut mestilah penerima RMT. Setiap murid ini
dibekalkan tiga biji tablet seorang seminggu.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan ibubapa dan penjaga
kerana program ini adalah pelengkap kepada Dasar 1M 1S dimana taraf pemakan dan
kesihatan dapat ditingkatkan sekaligus dapat melengkapkan pengambilan makanan
bernutrisi dikalangan murid.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada tahun 2003, dasar ini telah dilaksanakan. Dasar ini telah menetapkan bahasa
kebangsaan/ibunda digantikan dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ini dijadikan
perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
21
Semenjak perlaksanaannya, dasar ini telah menjadi perdebatan hangat dikalangan
masyarakat. Ada yang membidas dan ada yang menyokong. Masyarakat tidak menyokong
sepenuhnya kerana berpendapat bahawa:

a. murid mengalami kesukaran dalam mengikuti pelajaran


b. guru-guru mengambil masa menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa
perantara
c. murid tidak dapat menguasai bahasa ibunda sepenuhnya terutama di peringkat
sekolah rendah

Rajah 3 berikut merupakan kronologi kepada perlaksanaan PPSMI.


Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
22

Rajah 3: Kronologi kepada perlaksanaan PPSMI.

Kesimpulannya, Dasar PPSMI ini telah mendapat tentangan hebat daripada majoriti
masyarakat termasuklah dikalangan karyawan dan sejarahwan negara. Perlaksanaan ini
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
23
lebih banyak menimbulkan isu negatif terutamanya terhadap tahap keyakinan murid dalam
mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik. Akhirnya, PPSMI ini telah dimansuhkan
secara soft landing. Dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk
menggantikan Dasar PPSMI ini setelah kajian mendalam dilakukan.

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


(MBMMBI)

Dasar MBMMBI ini dilaksanakan untuk menggantikan Dasar PPSMI yang telah
dimansuhkan. Dasar ini menetapkan bahasa Inggeris digantikan dengan bahasa
kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di
semua peringkat pendidikan.

Dasar ini dilaksanakan kerana kerajaan yakin bahawa sains dan matematik perlu
dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh murid-murid: bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil di SJKT.

Dengan termaktubnya keputusan pendekatan baru pengajaran dan pembelajaran


dalam matapelajaran sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan
baru ini dipercayai akan dapat memartabatkan bahasa Melaysia, memperkukuhkan bahasa
Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk mengusai ilmu sains dan teknologi ke
arah pembinaan negara bangsa Malaysia.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
24

4.0 Faktor-faktor pengubalan dasar-dasar pendidikan

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011) berkata,
dasar pendidikan yang diamalkan di negara ini sejak negara merdeka, sentiasa
mengutamakan kepentingan keperluan semua kaum.Menurutnya, setiap rakyat negara ini,
selagi memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada negara berhak menikmati
pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang amat penting bagi


menentukan hala tuju sistem pendidikan Negara.Terdapat tiga tujuan utama dalam dasar
pendidikan kebangsaan iaitu untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan Negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan,sosial,ekonomi
dan politik.Faktor kedua ialah menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan
menghormati kedua ibu bapa.Terakhir,dasar yang dilaksanakan berkesan untuk
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti berikut:
a) Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah;
c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar Bandar atau
pedalaman;
h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsur-
unsur intelektual, rohani, emosi dan jasmani;
i) Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik;
Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
j) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna
bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa
Tamil;
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
25
k) Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
sebagainya.

4.1 Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Dalam bidang pendidikan,Akta Pelajaran 1961 mengikut Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960 menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan.

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak


menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri
ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar,walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan
dengan serta merta melainkan hendaklah dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak,perenggan 12,1956)

Akta Pendidikan 1996 menegaskan kepentingan Bahasa Melayu dengan memperuntukan


penggunaannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan
ia hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

4.2 Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah wujudkan rancangan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; dan
tahun 1989 kerajaan melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia.

Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar
oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan
kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang
mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang
diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam
Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996).

Di antara faktor-faktor utama yang biasa dipertimbangkan ialah kehendak dan


keperluan pelajar, kehendak dan keperluan negara serta kehendak sarwa jagat.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
26

4.3 Melicinkan Tatacara Pengurusan Pendidikan

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan meningkatkan kecekapan dan


keberkesanan pengurusan pendidikan itu sendiri. Langkah ini diambil bagi memastikan
Kementerian Pelajaran Malaysia dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya
dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang ,bersepadu dan secara yang
lebih sistematik. Aspek pengurusan banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996,
misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Surat cara bagaimana pengelolaan bagi
institusi pendidikan.

4.4 Mendemokrasikan Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama rata untuk


semua kanak untuk mendapatkan pendidikan. Dasar Kementerian adalah untuk merapatkan
jurang pendidikan antara lokasi,tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.Satu
aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang yang terbuka
kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira status, kaum dan juga gender.
Dasar Ekonomi Baru yang disusun semula dapat mengurangkan jurang perbezaan yang
ketara dari sudut peluang pendidikan antara golongan kaya dan miskin.Program sokongan
pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan samada di kawasan luar bandar
atau pendalaman.

4.5 Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan (KBSR & KBSM)

Kementerian mengambil langkah tertentu dalam menentukan kurikulum dibuat dan


ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan
diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran
asas 3M (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua,komponen
manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan
alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga,
komponen perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik,
pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.Justeru, matlamat pendidikan
adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan
sosial (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980).

Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM
ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata
pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah
Bahasa Iban.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
27

4.6 Memperluaskan Pendidikan Vokasional Dan Teknik

Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan


Kebangsaan juga turut mengambil langkah memperluaskan pendidikan vokasional dan
teknik (PTV) melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
Beberapa diambil unutk menperluaskan strategi ini antaranya menyediakan latihan
kemahiran, latihan khusus yang berhubungan dengan bidang pekerjaan tertentu, dan latihan
bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pada tahun 2011,PTV mengalami perubahan
dan dipertingkatkan sejajar dengan kepentingannya untuk melahirkan sumber manusia
yang berkemahiran tinggi.PTV bertujuan bagi menambah bekalan modal insan
berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan minat ke arah itu.Bagi memberikan tumpuan yang lebih kepada
vokasional,sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukarkan menjadi sekolah
vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang 2015. Bermula dari
tahun 2012, pendidikan vokasional mula diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan
pada tahun 2014 sekolah teknik dinaik taraf berstatus kolej.

4.7 Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi

Beberapa langkah telah diambil bagi memastikan pelajar di institusi pengajian


tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.Antara matlamat tersebut
ialah;

a) Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan


sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan
pendidikan tinggi;
b) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan
peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses
kepada pendidikan tinggi;
c) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi
dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan
program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan;
d) Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang
tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara
dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta;
e) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM
dinaiktaraf menjadi universiti; dan
f) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000
membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta.

4.8 Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin

Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah merupakan mata


pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
28
dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Bagi pelajar bukan Islam pula diberi
pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan utama mata pelajaran ini
diperluaskan dan wajib diambil teras untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh
kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.Disamping dapat memiliki nilai-nilai murni yang disemai dalam
subjek tersebut.

4.9 Pengajaran Bahasa Ibunda

Matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem


pendidikan berteraskan masyarakat sendiri. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil
langkah untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini akan dapat mengekalkan identiti
kaum masing.Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran
bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di
sekolah rendah dan menengah. Langkah ini dilaksanakan supaya setiap masyarakat di
negara ini rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara
ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan:

Dasar POL(Bahasa Ibunda Pelajar) dilancarkan pada 2006 bagi menjadikan


sekolah-sekolah kerajaan lebih menarik kepada pelajar bukan Melayu dan memudahkan
mereka untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perpaduan.

“..... pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah


Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan
dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau
lebih dan jika munasabah dan praktik.”(Akta Pendidikan 1996)

4.10 Penekanan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Menjelang pada abad 21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada
globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Dunia pendidikan menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi
berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh yang demikian, KPM menyediakan
program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia disamping dapat menggunakan
teknologi dengan sebaik mungkin. Bagi memastikan pengguna ICT juga berlaku diluar
bandar,KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses serta merangkaikan infrastuktur
dan perkaksan ICT melalui teknolgi tanpa wayar.Perkara yang dititik beratkan adalah
menyediakan infrastruktur,membangunkan perisian dan melatih guru yang mahir.

4.11 Menggalakkan Aktiviti Ko-Kurikulum

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan


aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi memupuk disiplin dan meningkatkan jati diri di
kalangan pelajar. Kelab dan persatuan dari NGO seperti pasukan-pasukan kadet tentera,
kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain dapt menarik pelajar untuk menyertai
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
29
aktiviti yang dianjurkan.Aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan
peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan
RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan
aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi
awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005).

4.12 DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH


BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia pada tahun 2011 berikutan memansuhan dasar PPSMI secara beransur-ansur
mulai 2011 dan berakhir sepenunya pada 2014 adalah bertujuan untuk melahirkan generasi
warga Malaysia yang fasih dan yakin mengguna bahasa Malaysia dan Inggeris.

Dasar ini bertujuan untuk memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama dan
bahasa ilmu. Peningkatan bahasa Inggeris juga diberi penekanan agar murid-murid
berupaya bersaing dan meneroka ilmu pada peringkat nasional dan global. Dilihat kedua-
dua bahasa terbabit adalah penting dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai
jati diri di samping berpengetahuan, berkemahiran tinggi untuk memacu ekonomi
berasaskan pengetahuan.Pengenalan dasar MBMMBI mempunyai tujuan yang jelas iaitu:

a) Penerokaan ilmu.
b) Pengisiannya dalam bidang kerjaya.
c) Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi.
d) Melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan
penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam
perbualan.

Pengukuhan bahasa ini pada peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan


bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaannya dalam
bidang lain, termasuklah undang-undang, penyiaran dan pelbagai sektor lain. Penekanan
dalam penggunaan bahasa Inggeris dilihat dapat membantu generasi baru bersaing di arena
antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat dan kejuruteraan.

Bagi memastikan dasar MBMMBI berkesan, harus melibatkan sokongan semua


pihak. Di samping kepentingan pembangunan kurikulum dan latihan guru, ibubapa dan
masyarakat boleh memainkan peranan mereka secara serentak. Walau bagaimanapun,
perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan terus
menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara. Dasar
tersebut akan memastikan aspek budaya negara yang ikut diwarnai oleh bahasa Inggeris,
akan terus dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran
banyak bahasa oleh bahasa antarabangsa itu.

Zaini Abdullah (2011) dasar pendidikan yang digubal bertujuan bagi mendisiplin/
kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Proses pembuatan dan pelaksanaan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
30
sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai
matlamatnya. Strategi dan perancangan disusun secara tepat oleh kerajaan bagi
membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi meningkatkan kemakmurkan
dan melonjakkan sistem pendidikan negara ke aras yangn tertinggi secara keseluruhan.
Bagi melaksanaan dasar yang digubal ia melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang
pakar dari pelbagai pihak.Semestinya guru-guru dipertanggungjawabkan sebagai
pelaksana di sekolah dan perlu akur dengan dasar yang telah dibuat melalui Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
31

5.0 Implikasi Pelaksanaan Dasar-dasar Pendidikan Negara.

Implikasi menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud sesuatu maksud tujuan dan
sebagainya yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang.
Ia juga memberi maksud kesan kemungkinan dan sebagainya yang terbit atau dapat
ditakrifkan daripada sesuatu. Dasar pula menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud
bahagian terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan kepada kenyataan Dewan Bahasa
dan Pustaka di atas, maka dapat dikatakan implikasi perlaksanaan dasar-dasar pendidikan
negara ialah kesan kepada perlaksanaan asas dan bahagian terpenting dalam sistem
pendidikan negara.

Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri individu
ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan masyarakat yang baik dan sempurna.
Pendidikan di Malaysia menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi
perkembangan dan kemajuan negara. Ia juga diiktiraf sebagai agen untuk mencapai
perpaduan rakyat. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh negara
dalam usaha menjadikan negara sebagai sebuah negara maju seiring dengan wawasan 2020
di samping menyediakan tenaga kerja mahir dan pembangunan modal insan. Oleh itu,
Dasar Pendidikan Negara telah digubal untuk merealisasikan hasrat ini.

Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara. Dalam usaha mencapai matlamat ini,
pelbagai langkah dan strategi telah disusun dan dilaksanakan. Keadaan ini membawa
kepada implikasi yang besar kepada perkembangan sistem pendidikan negara.

5.1 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama


untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Salah satu aspek pendemokrasian
pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk
mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender.
Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Masyarakat
kampung yang miskin dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata
dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu. Ordinan Pelajaran 1957
misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh
sekurang-kurangnya enam tahun. Bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa oleh kerajaan
telah diberikan kepada golongan miskin. Ini membolehkan golongan miskin juga dapat
menimba ilmu tanpa bimbang akan masalah kewangan.Akta Pelajaran 1961 yang
berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan.
Pendidikan percuma diberikan secara percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat
lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
32
Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif
kepada golongan kurang berupaya. Program Pendidikan Khas contohnya dirangka untuk
tidak melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Golongan
istimewa seperti kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta
kanak-kanak ‘down syndrome’ juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti
termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara. Dengan ini dapatlah kanak-kanak golongan
istimewa juga mampu menimba ilmu seperti orang lain dan seterusnya mencapai kejayaan
dalam hidup mereka.

Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan


perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. Malaysia
sebuah negara yang unik terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa
dan budaya. Oleh itu pada asalnya pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi
keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Selepas merdeka, peranan utama sekolah-
sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan memeliharakan hubungan
yang baik antara satu sama lain. Pendemokrasian pendidikan melalui penubuhan sekolah
Wawasan, di mana sekolah melayu, cina dan india digabungkan menjadi satu telah berjaya
mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yang belajar tanpa mengira kaum.

Tambahan pula, pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahan


prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.
Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, asrama,
Pusat Sumber Sekolah, computer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar di bandar
malah di kawasan pedalaman juga disediakan. Ini membolehkan semua pelajar turut
menikmati kemudahan infrastruktur yang lengkap dan membolehkan mereka belajar dalam
keadaan yang selesa.

Sebenarnya, pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positif


malahan turut memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan. Hal ini berlaku berikutan
ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan akan menafikan peluang untuk pelajar
berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara. Masalah ini berpunca
daripada darjah penerimaan peluang-peluang pendidikan yang tidak sama antara kelompok-
kelompok yang berbeza dalam masyarakat. Contohnya masalah keciciran di sekolah-
sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman akan terus menjadi trauma yang menghantui
pengajar, pelajar, pihak berwajib dan masyarakat amnya. Sedangkan matlamat asalnya
adalah untuk menghargai dan menggunakan secara optimum segala kemudahan yang ada
untuk manfaat pembangunan diri mereka.

5.2 Penggunaan Bahasa Melayu

Selepas merdeka selama 12 tahun dari tahun 1957 hingga akhir tahun 1970-an,
sistem pendidikan masih tidak berubah. Yang berubah hanyalah pada nama iaitu nama
‘sekolah Melayu’ ditukar menjadi ‘sekolah kebangsaan’ dan sekolah aliran bahasa lain
ditukar kepada ‘sekolah jenis kebangsaan’. Ini menyebabkan wujudnya sistem empat jenis
persekolahan yang menggunakan empat empat bahasa pengantar yang berlainan. Apabila
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
33
berlakunya peristiwa 13 Mei1969, kerajaan, di bawah pentadbiran Majlis Tindakan Negara
(MAGERAN) mengambil tindakan tegas untuk melaksanakan peruntukan Seksyen 21(b)
Akta Pendidikan 1961 yang memberi kuasa kepada menteri mengubah menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Keadaan ini memberikan impak yang besar apabila pada tahun 1965, kumpulan
pertama pelajar Melayu dari Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah memasuki
universiti dengan mengikuti ijazah pertama dalam bahasa Melayu. Dalam tahun 1970,
Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utamanya telah ditubuhkan. Tambahan pula, pada tahun 1981 peperiksaan
Higher School Certificate (HSC) digantikan dengan Peperiksaan Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Dalam tahun
1982, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarahkan supaya memulakan
pengajaran semua kursus tahun pertama dalam bahasa Melayu.

Pelaksanaan dasar pendidikan menggunakan bahasa Melayu menberi kesan yang


luar biasa terhadap kemajuan anak-anak Melayu dan juga anak-anak dari kaum-kaum lain.
Dalam tempoh hanya 10 tahun sahaja, pelajar Melayu aliran bahasa Melayu berpeluang
melanjutkan pelajarannya ke peringkat pengajian tinggi pada tahun 1965. Dari tahun 1970
hingga tahun 2000 iaitu selama tempoh 30 tahun, ratusan ribu anak Melayu berjaya berjaya
memperoleh pendidikan hingga ke peringkat tinggi, dan daripada jumlah itu ribuan pula
memperoleh ijazah tinggi dalam pelbagai bidang kepakaran menjadi pakar sains, pakar
Matematik, pakar perubatan, professor dan professor madya dalam pelbagai bidang ilmu.
(Hassan Ahmad 2005)

Sehubungan dengan itu, mutakhir ini timbul pula isu yang berkaitan dengan
pertukaran pengajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelbagai pandangan
telah dilontarkan, ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Keadaan ini berlaku apabila
menyedari kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dari kalangan pelajar selepas 11 tahun
mempelajarnya di peringkat sekolah rendah. Sebenarnya, masalah ini bukan berpunca
daripada penggunaan bahasa Melayu tetapi berkaitan dengan dengan kaedah pembelajaran
bahasa Inggeris itu sendiri. Kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru, kesempurnaan
prasarana seperti makmal bahasa dan motivasi pelajar itu sendiri. Oleh hal yang demikian,
sesuatu perubahan yang akan dilakukan perlukan kajian yang mendalam dan perancangan
yang teliti supaya tidak mengalami kerugian setelah dilaksanakan kelak.

5.3 Tenaga Pengajar Berkualiti

Dasar pendidikan negara memberikan implikasi yang besar kepada peranan dan
tanggungjawab guru. Dalam era globalisasi ini, tugas guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai
Wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara
majumengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi,
politik , sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh itu, peranan guru bukan sahaja tertumpu
kepada menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai agen perubahan untuk
mendidik dan melahirkan generasi masa depan menjadi warganegara berilmu pengetahuan,
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
34
berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada
pembangunan masyarakat dan negara.

Di peringkat sekolah, peranan guru adalah meliputi tugas-tugas seperti


menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan keperluan
pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga
penyediaan bahan-bahan pembelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut
saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk
tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru juga
perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi
kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan,


melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, di samping menjadi cntoh
teladan kepada pelajar mereka. Dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti, kerajaan
telah menaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Kerajaan
juga telah menjenama IPG dengan universiti serta kolej terkenal di luar negara dan dalam
negera. Program khas Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Program berkembar Pra-perhidmatan (Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dan Program Bahasa-bahasa Antarabangsa.

Selain itu, syarat pengambilan guru diperketatkan. Contohnya, bagi calon program
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang
dipohon. Ujian pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum,
melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan dadah dan lulus temuduga. Bagi
calon lepasan SPM pula perlu melepasi syarat-syarat akademik, menduduki Ujian Sahsiah
Guru, ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temuduga. Melaui proses seperti ini dapat
meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan
negara. Hal ini menunjukkan betapa tidak cukup untuk seseorang guru itu menjadi guru
cemerlang dengan hanya berbekalkan ikhtisas akademik bergulung-gulung. Tetapi aspek
kemahiran, pedagogi dan skil untuk komunikasi dengan pelajar lebih utama dan lebih
memberi kesan kepada pelajar.

5.4 Tenaga Kerja Mahir dan Profesional

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat
Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr
Mahathir Mohammad pada 28 februari 1991. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai
matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai
melalui kepakaran, teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan
kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi ini.

Situasi ini memberi impak kepada dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan
negara telah mengkelaskan pelajar-pelajar ini untuk mengisi pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Sistem penjawatan adalah berdasarkan sijil persekolahan. Bagi mereka berkelulusan
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
35
menengah, mereka akan mengisi jawatan-jawatan sepeti buruh, pembantu pejabat, jurutaip,
tukang sapu, prebet tentera, konstabel polis dan sebagainya. Bagi yang beijazah akademik
pula boleh memegang jawatan pegawai tadbir, penolong penguasa polis, pegawai polis dan
sebagainya dan bagi yang berkelulusan professional mereka menjawat jawatan berstatus
tinggi seperti jurutera, peguam, doktor dan sebagainya. (Amir Hassan Dawi 2009)

Pemangkin ke arah matlamat ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang
lengkap dengan teknologi terkini bagi membaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi mengahadapi cabaran alaf baru. Fenomena
pendidikan untuk pekerjaan semakin nyata dengan perkembangan sekolah-sekolah teknik,
vokasional dan institut-institut kemahiran. Begitu juga dengan penubuhan Institut
Pendidikan Tingggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). IPTA
dan IPTS ini menjadi landasan utama bagi menyediakan pekerja yang berkemahiran dan
professional untuk menggerakkan pembangunan negara.

Kepentingan bidang teknik dan vokasional disedari seawal tahun 1961 apabila
sekolah menengah tekink dan vokasional yang pertama diasaskan. Ini diikuti dengan
penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962. Di peringkat lanjutan, Politeknik
Ungku Omar telah bermula pada tahun 1969. Pada amnya institusi-institusi ini diwujudkan
untuk menyediakan pekerja-pekerja kolar biru di sektor perindustrian. Kebanyakan institusi
ini diisi oleh orang pelajar-pelajar Melayu. Bagi golongan bukan Melayu, mereka banyak
memasuki institusi swasta dan menjalani latihan kemahiran tidak formal. Dengan
penubuhan institusi seperti ini telah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan
negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Tenaga kerja dari golongan pemikir dan
pelaksana dapat dihasilkan untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan nanti.

5.5 Penswastaan Pendidikan

Kemajuan pesat ekonomi negara menuntut kemajuan yang pesat dalam bidang
pendidikan. Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri
merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara yang kurang menawarkan
program-program tersebut. Pada masa kini, institusi pengajian tinggi awam juga tidak
mampu menampung permintaan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi
awam. Bagi melengkapkan kekosongan ini, kerajaan telah menggalakkan penubuhan
institusi pendidikan swasta supaya sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab
ini.

Menurut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan swasta terbahagi kepada
dua kategori iaitu yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang menawarkan
pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran. Kumpulan institusi
yang termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak-kanak, sekolah rendah dan
menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah antarabangsa, sekolah
perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran. Kumpulan kedua pula ialah kolej-
kolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta dan cawangan universiti swasta.
Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang
menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
36

Walaubagaimanapun, penswastaan pendidikan dikatakan telah memesatkan


pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan
melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan,
matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-
mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan
masuk pelajar contohnya bagi IPTS tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang
longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang
berpengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu
yang diajar meragui dan lain-lain.

Oleh itu perlunya ada pihak yang memantau sistem pendidikan swasta ini. Jabatan
Pendidikan Swasta (JPS) contohnya merupakan satu jabatan di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Jabatan ini terlibat secara langsung mengawasi penubuhan dan
operasi serta menjalankan pemantauan bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti
pendidikan di institusi pendidikan swasta berterusan. Bagi memastikan perjalanan
pengurusan bersesuaian dengan aspirasi negara, segala urusan pentadbiran adalah
berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta
Majlis Pendidikan Tinggi Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Lembaga Akreditasi
Negara dan Perbadanan Tinggi Nasional 1997.

6.0 Kesimpulan

Dasar pendidikan negara adalah asas kepada perkembangan pendidikan negara. Ia


juga adalah peraturan serta garis panduan kepada usaha dan perjuangan negara ini melalui
proses pendidikan. Semua program dan aktiviti adalah berlandaskan kepada dasar
pendidikan negara. Wawasan 2020 pula adalah satu matlamat menjelang tahun 2020 iaitu
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Berdasarkan kepada situasi sekarang negara telah berada
di atas landasan yang betul menuju era zaman maju tersebut. Kesan yang berlaku hari ini
jelas menunjukkan keberkesanan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara.
Walaubagaimanapun, hasrat untuk melihat Malaysia sebagai negara maju tidak akan
tercapai jika ianya tidak dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua
pihak. Oleh itu, sokongan padu daripada semua pihak sangat diperlukan bagi melihat cita-
cita ini menjadi kenyataan.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
37
References
Insert References Here.

Jurnal Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah


Perpaduan Nasional. http://www.sosiohumanika-
jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf [Available]. Online. [6 March, 2012].

PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENJANA WAWASAN 2020 . Petikan: Buku


Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
http://jpmportal.prison.gov.my/akademi/images/ArkibAKM/pembangunan%20modal
%20insan%20penjana%20wawasan%202020.pdf [Available]. Online. [7 March, 2012].

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-
kebangsaan.html [Available]. Online. [8 March, 2012].

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan.


http://www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab14.pdf [Available]. Online. [8
March, 2012].

Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Jurnal Terjemah Alam dan Tamadun Melayu 1


(2009) 139 – 166. http://journalarticle.ukm.my/1522/1/1.pdf. [Available]. Online. [8
March, 2012].
Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1 S). (2011). Bahagian
Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.slideshare.net/MondNiel/1-murid-1-
sukan-10683754
Zaini Abdullah (2011). 112 – 115.

Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan Kelab Sukan Sekolah: Sukan Olahraga
Sekolah Menengah. (2011). Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.slideshare.net/sunlam29/olahraga-sekolah-menengah
Childhood Obesity in Malaysia. http://www.ihs.uwa.edu.au/research/obesity-malaysia.
[Available]. Online. [11 March, 2012].

Masa untuk mempertimbangkan semula Dasar Pandang Ke TImur, Kata Njaib. (2010).
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=491858

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong
Malim. Quantum Books.

Amir Hassan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Quantum Books.

Hassan Ahmad. 2005. Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan


dan Pencapaian.
Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia
Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
38
Shahril Hj. A.Karim.1997. Pendidikan Swasta Menjelang Wawasan 2020.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Anda mungkin juga menyukai