Anda di halaman 1dari 11

Bahagian 1

Soalan 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2017), idealistik bermaksud ataupun
membawa definisi bersifat idealis atau berasaskan idealisme berkenaan dengan pendirian,
pandangan, cita-cita, dan sebagainya.

Pendidikan di Malaysia lebih berupaya idealistik daripada realistik ataupun


pragmatik. Hujah ini juga lebih dikukuhkan dalam FBN.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FBN), “Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Pendidikan di Malaysia kukuh dan mendukung cita-cita anak-anak yang bersekolah di
sekolah Malaysia. Hujah ini bukan sahaja fakta tetapi lebih idealitistik dari segi sudut Rukun
Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama menggariskan objektif masyarakat
Malaysia yang mahu dibentuk dan bahagian keduanya adalah menggariskan Lima Prinsip
Rukun Negara. (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Bahagian
Pembangunan Kurikulum (2022).

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai
tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard
yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang
mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah


mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal
pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat
tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.

Menurut Shazali Bin Ahmad (2018), satu daripada hasrat KSSR adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada
kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni.
Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang
dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 7 supaya berupaya bersaing di peringkat
global.
DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR,
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit
Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut
dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru telah memberi


penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

Pendidikan STEM juga merupakan salah satu aspek atau elemen yang sangat penting
dalam Pendidikan Malaysia. Dalam konteks Pendidikan Malaysia, STEM diterapkan di
kalangan murid bagi memberikan pandangan dan pendirian yang lebih idealistik daripada
realistik ataupun pragmatik.

Rajah 1: STEM sebagai Pendekatan PdPc

Menurut Cikgu Hailmi (2015), seorang guru Sains sekolah menengah mendefinisikan
STEM adalah singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah
ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Pendekatan STEM
ialah PdP yang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri,
penyelesaian masalah atau projek dalam konteks kehidupan harian, alam sekitar dan
masyarakat tempatan serta global.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), PdPc STEM
yang kontekstual dan autentik dapat menggalakkan pembelajaran mendalam dalam kalangan
murid. Murid boleh bekerja secara berpasukan atau secara individu mengikut kemampuan
murid ke arah membudayakan amalan STEM seperti berikut:
1. Menyoal dan mengenal pasti masalah.
2. Membangunkan dan menggunakan model.
3. Merancang dan menjalankan penyiasatan.
4. Menganalisis dan mentafsirkan data.
5. Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasional.
6. Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian.
7. Melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan berdasarkan eviden.
8. Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat tersebut.

Justeru itu, Pendidikan di Malaysia dikatakan lebih berupaya idealistik disebabkan


Pentaksiran bilik darjah (PBD). Pentaksiran bilik darjah merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru
yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap
penguasaan murid.

Rajah 2: PBD tahap 1


Menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiaran Bilik Darjah Edisi ke-2 (2019), PBD
boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif
dilaksanakan seiring dengan proses PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan
pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Guru perlulah
merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan
melapor tahap penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP.

Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan


penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
 Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan
murid.
 Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
 Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.
 Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan
Standard
Prestasi.
 Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.

Oleh itu, secara keseluruhanya Pendidikan di Malaysia lebih berupaya idealistik daripada
realistik ataupun pragmatik. Ia lebih dapat diketahui dan dikukuhi melalui Falsafah
Pendidikan Negara (FBN), Rukun Negara, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
Sains, Teknologi, Engineering, dan Matematik (STEM), dan menerusi Pentaksiaran Bilik
Darjah (PBD). Penekanan idea realistik dalam Pendidikan Malaysia merupakan tunjang bagi
kemenjadian murid.
Bahagian 1
Soalan 2
a) Pendapat responden

Pendapat responden 1
Responden 1 berpandangan bahawa Pendidikan di Malaysia lebih berupaya idealistik
daripada realistik ataupun pragmatik. Responden 1 mengatakan bahawa KSSR merupakan
idealistik yang boleh diterima. KSSR juga dibina berasaskan enam tunjang, iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan
Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati
nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran
kritis dan kreatif serta inovatif.

Pendapat responden 2
Berdasarkan pandangan responden 2, beliau mengatakan Pendidikan Malaysia lebih berupaya
idealistic disebabkan oleh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
dalam PdPc bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis,
kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

Disamping itu, 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) juga amat penting dalam merealisasikan
idealistik di kalangan murid. Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk
diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Peta Pemikiran ini
mempunyai 8 jenis iaitu boleh dilihat dalam rajah 3. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam
mengaplikasikan 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini dalam aktiviti Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) agar mampu “menghasilkan” murid yang mempunyai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

Rajah 3: 8 peta pemikiran i-think

Pendapat responden 3
Responden 3 menghujahkan bahawa pendekatan Didik Hibur menjadi realistik apabila
dilaksanakan di bilik darjah. Pendekatan didik hibur merupakan satu pendekatan dalam PdPc
yang menekankan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara terancang. Unsur
keseronokan akan wujud melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna
dan memikat yang dapat membantu memperkukuh pemahaman dan mendorong murid untuk
belajar. Didik hibur dilaksanakan mengikut konteks isi kandungan mata pelajaran serta
menggunakan kepelbagaian strategi serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menimbulkan cabaran, rasa ingin tahu, kawalan, fantasi, kerjasama, persaingan sihat dan
pengiktirafan. Pendekatan ini dilaksanakan merentas kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Apabila
murid bergiat cergas dengan aktiviti didik hibur, mereka dapat meneruskan PdPc dengan
baik. Sepanjang aktiviti ini mereka seronok dan bergembira.
Pendapat responden 4
Responden 4 juga mengatakan bahawa Pembelajaran berasaskan masalah (PBL)
amatlah membantu murid. PBL memang merupakan lebih kepada idealistik daripada realistik
ataupun pragmatik. Pembelajaran berasaskan masalah atau projek (PBL) adalah pedagogi
berpusatkan murid di mana murid belajar melalui pengalaman menyelesaikan isu atau
masalah yang terkandung dalam bahan pencetus yang disediakan guru atau projek yang
diberikan guru. Guru boleh menyediakan isu atau masalah atau projek dari pelbagai sumber
seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, buku teks, dan kartun, video, televisyen, filem dan lain-
lain dengan sedikit pengubahsuaian untuk memenuhi kehendak PdP. Masalah dunia sebenar
atau projek relevan digunakan sebagai wadah untuk menggalakkan murid belajar tentang
konsep dan prinsip yang dihasratkan oleh guru. PBL dapat menggalakkan pembangunan
kemahiran berfikir kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kemahiran komunikasi.
PBL memberi peluang murid bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi mencari dan
menilai bahan-bahan penyelidikan, menganalisis data, membuat wajaran dan keputusan serta
memupuk sifat pelajar sepanjang hayat dalam kalangan murid. Bagi memastikan PBL
berkesan, masalah yang disediakan harus;
 mendorong murid untuk memahami konsep dengan jelas dan mendalam.
 mengkehendaki murid membuat keputusan yang wajar dan mempertahankannya.
 memenuhi standard kandungan atau pembelajaran yang hendak dicapai dan
berkaitan
dengan pengetahuan terdahulu atau pengalaman sedia ada.
 mempunyai tahap kerumitan yang bersesuaian bagi memastikan murid dapat
bekerjasama untuk menyelesaikannya.
 terbuka dan menarik untuk memotivasikan dan meningkatkan minat murid
Menyelesaikannya

Pendapat responden 5
Responden ke-5 berpendapat bahawa Pendidikan Malaysia lebih berupaya dengan aktiviti
pembelajaran abad ke-21. Beliau berkata aktiviti pembelajaran abad ke-21 sesuai dengan era
dan gaya hidup masa kini, Murid-murid mudah menyerap elemen pembelajaran abad ke-21
yang dipromosikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Elemen yang terdapat dalam
PAK21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. Dalam
mengaplikasikan PAK21 sebanyak 47 aktiviti digunapakai semasa PdPc di bilik darjah.
Contohnya, Gallery walk, Hot seat, role play dan sebagainya.
b) Sokong hujah anda daripada perbincangan bersama 5 responden

Berdasarkan pendapat responden 1 dari temuramah bersama saya iaitu mengenai


KSSR, saya juga menyokong elemen itu. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran,
maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Kini saya menyokong dengan hujah responden 2 iaitu tentang Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid
perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras
tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk
menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif adalah
kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan
menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran
menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan
rasional. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk
menyelesaikan masalah.

Justeru itu, saya bersetuju dengan responden ke-3 iaitu elemen pendekatan didik hibur
pula memberikan kesan yang mendalam terhadap Pdpc. Didik hibur pula penggabungjalinan
unsur kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam elemen subjek yang perlu difahami dan
dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni dalam elemen bahasa merangkumi kecekapan
memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pendekatan didik
hibur, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan
dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni Bahasa juga menzahirkan
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.
Disamping itu, hujah responden 4 itu sangat menakjubkan iaitu mengenai
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Saya sangat terharu apabila menemuramah
responden yang ke-4 itu. Berdasarkan pemerhatian saya, murid menggunakan maklumat lama
dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid
mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini juga dapat
membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih
bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk. Tambahan pula, Kreativiti digunakan
oleh murid secara inovatif dalam projek PBL. Kreativiti adalah kebolehan menggunakan
imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu
atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian
kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. Kreativiti dan inovasi
saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran abad ke-21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
PdPc.

Berdasarkan hujah responden 5 iaitu aktiviti pembelajaran abad ke-21 memang


memberikan impak yang idealistik di kalangan murid secara eksplisit. Selaras dengan
Transformasi Sekolah 2021 atau TS25, pembelajaran dan pemudahcaraan juga harus
disesuaikan mengikut keadaan dan masa. Para guru diminta untuk menerapkan dan
mengamalkan kaedah serta aktiviti yang berkaitan dengan PAK 21. Antara aktiviti-aktiviti
pembelajaran abad ke-21, pembentangan hasil sendiri memang sesuai sebagai lebih berupaya
idealistik daripada realistik dan pragmatik. Dalam pembentangan hasil sendiri, seorang wakil
murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
Wakil murid itu boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

c) Rumuskan dan laporkan pandangan responden tentang isu yang dibincangkan

Berdasarkan pendapat sebanyak 5 orang responden semasa temuramah, maka


pendapat-pendapat mereka sepadan dengan fakta tugasan ini iaitu Pendidikan di Malaysia
lebih berupaya idealistik daripada realistik ataupun pragmatik. Berdasarkan hasil
perbincangan dan pandangan responden-responden itu, Pendidikan di Malaysia dikatakan
idealistik dengan memperkenalkan sistem KSSR dalam Pendidikan kita.
Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aspek penting untuk
menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan
sesuatu perkara, mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan, membuat pertimbangan dan
keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
Tambahan pula, pendekatan didik hibur pula amatlah mengagumkan kalangan murid.
Pendekatan ini mengaktifkan pergerakan murid di dalam bilik darjah semasa PdPc. Tanpa
didik hibur minda murid-murid tidak cergas. Contohnya, nyanyian dalam semua subjek.

Disamping itu, bagi menyokong usaha membantu murid-murid dalam PdPc


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Pembelajaran berasaskan
masalah (PBL) dalam semua subjek. PBL ini merupakan satu strategi untuk
memperkukuhkan kemahiran dalam kalangan murid. Melalui PBL ini, guru dapat membantu
murid memaksimumkan tahap penguasaan secara berterusan serta membolehkan guru
melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan keupayaan murid. Penghasilan produk
melalui PBL ini diharapkan dapat memberi impak yang positif terhadap penguasaan murid
serta lebih berupaya idealistik.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-21 penting dalam membantu murid


meningkatkan pencapaian pembelajaran pada dari peringkat tahap 1 sehingga tahap 2.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-21 merupakan satu keperluan untuk dikuasai supaya
pembelajaran di sekolah rendah menjadi lebih mudah. Aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-
21 dilaksanakan sebagai aktiviti sokongan untuk pembelajaran murid semasa PdPc. Aktiviti-
aktiviti pembelajaran abad ke-21dilaksanakan mengikut kesediaan dan perkembangan murid
iaitu seseorang murid boleh menyelesaikan aktiviti bergantung kepada prestasi dan kemajuan
mereka. Malah, kesedaran tentang kepentingan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran abad ke-21 akan membolehkan murid mewujudkan negara yang celik ilmu dan
seterusnya mampu bersaing dalam era globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai